You are on page 1of 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa.

Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1) Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan.
2) Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
3) Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan.
4) Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
5) Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6) Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
7) Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
8) Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional
Melayu tempoh hari.
9) Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
10) Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama
seawal pukul 8.00 pagi.
11) Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
12) Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.
13) Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
14) Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
15) Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16) Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan
itu.
17) Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak
sulamannya.
18) "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan
tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
19) Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
20) Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terangbenderang.
21) Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis
dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
22) Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
23) Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
24) Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk
dan bergotong- royong membuat persiapan hari raya.
25) Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
26) Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya.
27) Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di
kampung.
28) Beberapa orang pelajar pelajar berada di perpustakaan.
29) Buku buku di atas meja itu tebal tebal belaka.

30)

Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.

JAWAPAN
1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan. kedua-dua
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan
rumahnya. keledek goreng
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan. oleh sebab
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-hal lain
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih
itu. apabila
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung. marah akan
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal
itu. berminggu-minggu
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu
tempoh hari.Berbagai-bagai / Pelbagai
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. sos cili
10.Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal
pukul 8.00 pagi.Semua peserta
11.Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar oleh ibunya
12.Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. saling
membantu / bantu-membantu
13.Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. daripada
14.Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan
segera. memperlebar
15.Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ialah
16.Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan
itu. dalam
17.Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak
sulamannya. Telekung mini
18."Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas
tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik

19.Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. kami
usahakan
20.Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terangbenderang. sangat terang/terang-benderang
21.Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam
satu insiden rompakan bank pagi semalam. perompak
22.Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada
23.Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak
dibenakannya. beberapa
24.Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan
bergotong-royong membuat persiapan hari raya. pada
25.Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan
26.Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. gemar akan
27.Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di
kampung. Setengah
28.Beberapa orang pelajar pelajar berada di perpustakaan. pelajar
29.Buku buku di atas meja itu tebal tebal belaka. Buku...tebal-tebal belaka/
Buku-buku...tebal belaka.
30.Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.

You might also like