You are on page 1of 4

Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan

Bismilahirrahmanirrahim
Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif
lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga
masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para peserta yang saya
kagumi serta hadirin yang saya hormati.
Hadirin yang dihormati
Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara
cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri
pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum
seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan.
Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh.
Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota
masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat
majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan
kelangsungan keharmonian di dalam negara.
Bahasa Melayu sebagai wahana untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi
cabaran kepada negara dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020.
Bahasa Melayu mempunyai kekuatan untuk membina hubungan diantara
pelajar yang berbilang kaum dan budaya. Perkara ini juga dinyatakan

dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang menjadi asas
kepada Akta Pelajaran 1961.

Peranan Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan terus diberi penekanan


dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini diperlihatkan dalam fokus
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras kedua pelan ini iaitu
membina Negara Bangsa. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)

ini,

bahasa

merupakan

elemen

yang

amat

penting

untuk

menterjemah hasrat membina negara bangsa

Hadirin yang dirahmati,


Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik
jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya
hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita
ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah
berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa
perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan
dengan jelas apabila catatan ilmuwan Inggeris

R.O. Winsted yang

menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa


perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung
ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan
biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa
tercinta kita, Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang
kemampuan

bahasa

kebangsaan

kita

Berdasarkan

perkara

ini,

bahawa

jelaslah

sebagai

wadah

hamparan

perpaduan?
sejarah

jelas

membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan


yang cemerlang di dunia.
Hadirin yang dihormati,
Melalui bahasa Melayu, sebarang buruk sangka dan salah faham
antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam
kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan
bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu,

sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.


Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa
Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan,
kemelayuan ataupun keindiaan.
Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di
Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya
dengan

menggunakan

bahasa

Melayu.

Langkah

Dewan

Bahasa

memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit


merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman
daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan
sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap
kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak
kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di
bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa
bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyrakat di Malaysia.
Hadirin yang dikasihi,
Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah
tentulah

bahasa

Melayu

turut

menjadi

bahasa

penyebaran

ilmu

pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib


Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana
hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat
Malaysia

sendiri.

Untuk

pengetahuan

hadirin,

ilmu

pengetahuan

merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan.


Masyarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun.
Apabila

tidak

bertamadun,

sudah

tentulah

masyarakat

bertindak

membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucarkacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin
mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran


Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan
jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan
bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan
sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat
saya, jurang itu boleh memecah belahkan perpaduan. Apabila bahasa
Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah
jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan,
sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi.
Selain

dasar

baharu

itu,

usaha

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh


Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama
untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan
bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa
Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu
sebagai tonggak perpaduan.
Hadirin yang dirahmati,
Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka
ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang
memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang
kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah
anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia.
Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan
kita kerana Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan .
Sekian, terima kasih.

You might also like