You are on page 1of 2

Soalan Latih Tubi Pend. Quran Sunnah.

SPM SBP Integrasi Sabak Bernam


1.

Mempersendakan agama ialah Menjadikan apa yang dibenci oleh agama sebagai bahan
mainan dan senda gurau. Betul / Salah
2. Syirik Khafi iaitu syirik yang jelas seperti menyembah batu, matahari. Betul / Salah
3. Syirik Jali iaitu syirik yang tersembunyi dan tidak disedari seperti solat untuk dikatakan wara
dan untuk dipuji . Betul / Salah
4. Kaum Nabi Nuh : Allah membinasakan mereka dalam banjir yang besar.
Betul / Salah
5. Kaum Nabi Hud (Kaum Ad) : kemarau panjang selama 3 tahun. Disusuli angin ribut yang
dahsyat selama lapan hari tujuh malam.
Betul / Salah
6. Kaum Nabi Solih ( Tsamud) : Satu letusan suara keras yang menggegarkan pada waktu pagi. .
Betul / Salah
7. Kaum Nabi Ibrahim : Menimpakan ke atas mereka runtuhan bangunan tanpa disedari.
Betul / Salah
8. Kaum Nabi Lut : Membalikkan tempat tersebut kemudian disusuli hujan batu menimpa
kepala. Betul / Salah
9. Kaum Nabi Syuib (Madyan) : Satu gempa bumi yang amat dahsyat. . Betul / Salah
10.Kaum Nabi Musa : Kemarau, ribut taufan, serangan serangga ( belalang , kutu ) dan katak
serta menukar air sungai menjadi darah.
Betul / Salah
11.Urutan tahap kehidupan manusia yang betul ialah Alam Rahim , Alam Dunia, Alam barzah,
Alam Roh, Alam akhirat. Betul / Salah
12.Kafir Muahad ( : Orang kafir yang malarikan diri dari negara asal mereka dan meminta
perlindungan negara Islam. Betul / Salah
13.Kafir Mustakman ( )) : Orang kafir yang membuat perjanjian dengan negara Islam. Betul
/ Salah
14.Ashabus-syimal Golongan yang menerima suratan amalan dengan tangan kiri dan mereka
akan menderita dengan azab neraka Allah. Betul / Salah
15.Al-Muqarrabun ialah Golongan yang paling hampir dengan Allah. Mereka mempunyai
kedudukan yang istimewa bersama para Anbiya yang mendapat sebaik-baik balasan di
syurga. Betul / Salah
16. Irab al-Quran ialah hasil pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali,
Yahya bin Yakmur dan Khalil bin Ahmad. Betul / Salah
17.Maunah ( ) - Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi
rasul.Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad. Betul / Salah
18.Istidraj ( )- Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk
menambahkan lagi kesesatan mereka.Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan
kepada Firaun. Betul / Salah
19.Ilham fitri ialah ilham yang diberikan oleh Allah kepada haiwan. Betul / Salah
20.Al-Rijal ialah Pemimpin diperingkat tertinggi seperti pemimpin masyarakat atau pemimpin
negara. Betul / Salah
21.Hadis ahad ialah Hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih perawi dan tidak mencapai
darjah mutawatir. Betul / Salah
22.Hadis Aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang rawi walaupun dalam satu generasi
dan kemudiannya diriwayatkan oleh ramai rawi. Betul / Salah
23.Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi sahaja iaitu hampir seluruh
rawinya bagi setiap generasi hanya seorang sahaja. Betul / Salah
24.Hadis Syaz ialah hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadis sahih atau hadis
hasan. Betul / Salah
25.Hadis Mursal :Hadis yang disandarkan oleh tabiin kepada Rasulullah tanpa menyebut nama
sahabat . Betul / Salah
26.Hadis Maktu: Hadis yang disandarkan kepada tabiin sahaja samada
perkataan atau
perbuatan, tanpa dikaitkan dengan sahabat atau Rasulullah. Betul / Salah
27.Al-Hafiz : Gelaran yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis di samping dapat menghafaz dan
menguasai lebih daripada 100,000 hadis dari segi sanad dan matannya. Betul / Salah

28.Al-Hakim: Gelaran untuk ulama yang memiliki sifat-sifat al-Muhaddis dan menghafaz serta
menguasai lebih daripada 300,000 hadis dari segi sanad dan matannya. Betul / Salah
29.Kuliah agama ialah disampaikan sempena ibadat tertentu seperti solat jumaat , solat sunat
dua hari raya dan sebagainya. Mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Betul /
Salah
30.Debat : Debat melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pandangan berbeza.Setiap
pihak diberikan peluang untuk mengemukakan, mematahkan dan menyokong hujjah. Betul /
Salah
31.Dewan
Dewan Al-Jundi menguruskan rekod-rekod pentadbiran dan elaun-elaun setiap anggota
tentera. Betul / Salah
32.Dewan
Dewan Kharaj ditubuhkan bagi memungut hasil dalam negeri dengan lebih teratur. Betul /
Salah
33.Al-Faiu harta yang ditinggalkan oleh orang kafir sebelum perang. Betul / Salah
34.Al-Kharaj iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi. Betul / Salah
35. Al-Asyur ialah cukai tanah yang dikenakan terhadap orang kafir yang memiliki tanah.
Betul / Salah

You might also like