You are on page 1of 7

PERATURAN 1 :

NAMA ALAMAT BERDAFTAR DAN SURAT MENYURAT


Nama

: Persatuan Perantau

Anjuran

: PISMP PSV

Alamat

: IPGKDA, Jitra Kedah

PERATURAN 2 :

PERSATUAN

LAMBANG / LOGO KELAB

PERANTAU

Perlambangan persatuan dipilih berdasarkan pimilihan beberapa logo yang direka dan
setiap rekaan memepunyai matlamat yang berbeza.

Logo persatuan ini dipilih kerana sesuai dengan matlamat yang diketengahkan dan
sesuai dengan identiti ahli jawatankuasa persatuan.

Lambang yang dibentuk seolah seperti orang tersebut telah di abstakkan melalui bentuk
berus.

Bentuk berus dipilih kerana ia melambangkan kesatuan dalam melaksanakan tugasan


dan walaupun ia bersifat lembut tapi dengan kerjasama semua ahli, ia menghasilkan
kerja yang mantap.

Nama Persatuan Perantau di pilih kerana kesemua ahli persatuan merupakan orang
luar daripada negeri Kedah dan kami merantau menuntut ilmu pengetahuan di bumi
Jelapang Padi

Warna Hijau

Warna Merah : Keberanian membuat keputusan dan kesungguhan bekerja

: Kedamaian

Warna Biru

2bentuk yang sama melambangkan AJK Persatuan dan bentuk huruf S mewakili

: Kesepakatan dan keharmonian silatulrahmi ahli persatuan

perkataan Seni kerana mewakili bidang kursus ahli persatuan.


PERATURAN 3 :
ASAS-ASAS DAN TUJUAN-TUJUAN KELAB
Pada keseluruhannya asas-asas dan tujuan-tujuan kelab ialah untuk menyatukan kalangan
usahawan, bakal usahawan dan mereka yang berminat dibidang keusahawanan. kelab akan
berperanan untuk memupuk semangat kerjasama serta saling bantu membantu dan akan
berfungsi sebagai satu organisasi yang akan:

Menyatukan ahli-ahli dalam sebuah organisasi yang bermatalamat untuk membina dan
melahirkan usahawan di masa kelak.

Memupuk minat ahli-ahli persatuan di bidang keusahawanan.

Mendidik, melatih dan membimbing ahli-ahli persatuan untuk memperolehi kemahiran


dan pengalaman di bidang keusahawanan.

Melatih ahli-ahli persatuan tentang pengendalian perniagaan dan pengurusan kewangan

Segala keuntungan akan disalurkan ke dalam kewangan persatuan untuk melakukan


aktiviti persatuan yang seterusnya.

Mengasah kemahiran komunikasi dan interaksi bersama masyarakat

Melahirkan ahli persatuan yang fleksibel dalam apa jua bidang selain pengkhususan
dalam pendidikan.

PERATURAN 4 :
KEAHLIAN KELAB
Keahlian kelab adalah terdiri daripada dua jenis iatu:

Ahli biasa ialah terbuka kepada warganegara Malaysia dan siswa guru Institut
Pendidikan Guru Kampus Darul Aman.

Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 40 tahun

Mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan perlancongan

PERATURAN 5 :
BAYARAN KEAHLIAN & LAIN-LAIN BAYARAN

Bayaran masuk (pendaftaran) dan yuran tahunan yang perlu dibayar adalah seperti
berikut:-

Bayaran masuk RM10.00

Bayaran tahunan RM50.00

Ahli Kehormat tidak dikenakan apa-apa yuran.

Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Persatuan terlebih dahulu dalam
masa 15 hari dari awal tiap-tiap tahun.

Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula kepada mereka


yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan oleh hutang.

Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang ditentukan
boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli. Sekiranya ada ahli yang
tidak membayar yuran tersebut dalam masa yang ditetapkan, maka wang itu akan
dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

PERATURAN 6
AHLI JAWATAN KUASA KELAB

Satu jawatan kuasa yang dinamakan pegawai persatuan adalah seperti berikut:

Seorang Pengerusi

Seorang Timbalan Pengerusi

Seorang Setiausaha

Seorang Bendahari

Enam Ahli Jawatan Kuasa dipilih dalam mesyuarat agung tahunan persatuan.

Tujuh orang Ahli Jawatankuasa dilantik oleh pengerusi dengan persetujuan


jawatankuasa

Jawatankuasa persatuan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekli


atau

Pada bila-bila masa apabila dikehandaki oleh pengerusi

Permintaan secara bertulis daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Jika Setiausaha tidak memanggil untuk bermasyuarat mengikut fasal 9.5.2 dalam
tempoh dua minggu dari tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli yang memohon
boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa
dijemput hadir.

Satu perdua daripada bilangan Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup kuorum
bagi menjalankan mesyuarat.

Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali


berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan disifatkan sebagai telah
meletak jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa.

Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Naib-naib Pengerusi tidak hadir


didalam mesyuarat jawatankuasa, Jawatankuasa itu boleh melantik salah
seorang Ahli Jawatankuasa untuk menjadi Pengerusi mesyuarat itu.

Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam Surat
Pekeliling yang dihantar kepada Ahli jawatankuasa.

Jawatankuasa Kelab boleh menubuhkan jawatankuasa. Jawatankuasa kecil / biro-biro


jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang Ahli
Jawatankuasa.

PERATURAN 7
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN TANGGUNGNGJAWAB PEGAWAI KELAB

Pengerusi

Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya hendaklah mempengerusikan semua


mesyuarat Jawatankuasa Persatuan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan ia hendaklah
mendatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.

Timbalan Pengerusi

Membantu tugas-tugas Pengerusi Persatuan dan memangku jawatan Pengerusi


semasa ketiadaannya.

Setiausaha

Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran persatuan mengikut


undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah dan keputusan mesyuaratmesyuarat agung dan Jawatankuasa. ia bertangungjawab menguruskan hal-hal surat
mesyuarat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira dan bukubuku kewangan.

Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti
nama, umur, nombor kad pengenalan, dan alamat tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir
dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

Bendahari

Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan dan urusan kewangan persatuan.

Bendahari hendaklah menyedia dan membentang Penyata Kira-kira Kewangan


tahunan yang telah disahkan oleh pengerusi.

Menunjukkan penyata kewangan setiap kali pengeluaran dijalankan bagi mengelak


ketirisan dan ketidak puasan hati setiap ahli persatuan.

PERATURAN 8
KEWANGAN KELAB

Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut bagi peraturan ini, wang persatuan


boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
persatuan.

Bagaimana wang kelab tidak boleh digunakan untuk kepentingan jawatankuasa

Bendahari bolehlah menyimpan wang runcit ditangan tidak lebih daripada RM200.00
(Ringgit: Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah
itu mesti disimpan di dalam bank yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. Akaun bank
hendaklah atas nama persatuan.

Setiap pengeluaran kewangan mesti direkod dan mendapat persetujuan pengerusi atau
timbalan.

PERATURAN 9
LARANGAN-LARANGAN

Ahli persatuan tidak boleh terlibat dengan segala salahlaku undang-undang Institut
sepanjang menjadi ahli persatuan.

Ahli persatuan juga tidak boleh menyalahgunakan nama persatuan bagi tujuan peribadi
atau untuk mendapatkan sesuatu dana atau pinjaman peribadi.

Ahli persatuan tidak dibernarkan mengadakan aktiviti diluar persetujuan ahli


jawatankuasa dan melakukan aktiviti secara persendirian.

Setiap ahli tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
melanggar undang-undang persatuan dan pihak Institut.

Setiap ahli tidak dibenarkan sewenang-wenangnya keluar daripada persatuan tanpa


kebenaran AJK Persatuan.

PERATURAN 10
PEMBUBARAN KELAB

Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat Agung yang dipanggil kerananya.

Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang
dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan
dan bakinya yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
mesyuarat Agung itu.

Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan secara bertulis


kepada Pendaftar Pertubuhan (Pihak Institut) dalam masa 14 hari dari tarik
pembubaran ini.

You might also like