You are on page 1of 12

Pilihan 4: Perdagangan Dan Keusahawanan

Nota Bab 4: Simpan


Kira

Nama:
Xuan

Leong Yong
Kelas:

2B4
Nama Guru: Puan Tee

4.1 Menyimpan rekod urus niaga


4.1.1 Maksud simpan Kira

Simpan kira ialah proses meekodkan urus niaga secara


sistematik. Proses ini memerlukan penyediaan rekod urus niaga
berdasarkan bentuk akaun yang mempunyai peraturan debit
dan kredit.

4.1.2 Jenis Rekod dalam Simpan Kira


(a) Rekod wang tunai yang diterima dan dibelanjakan
- Direkodkan dalam Akuan Tunai.
- Membantu peniaga mengetahui jumlah wang tunai yang
diterima dan
dibelanjakan.
(b) Belian dan Jualan
- Melibatkan belian stok yang dilakukan secara tunai/
kredit( hutang)
- Melibatkan penjualan stok yang dilakukan secara tunai/ kredit(
hutang)
(c) Hasil dan Belanja
- Hasil merupakan pendapatan yang diterima oleh perniagaan
berpunca daripada penjualan barang niaga ataupun
perkhidmatan.
- Penerimaan bayaran juga merupakan hasil bagi sesebuah
perniagaan, misalnya komisen dan sewa diterima.
-Belanja ialah kos yang perlu dibayar, seperti gaji, kadar
bayaran, dan insurans.
(d) Aset dan liabiti perniagaan
- Aset ialah harta benda yand dimiliki manakala liabiti ialah
hutang perniagaan kepada pihak lain.

4.1.3 Tujuan menyimpan Rekod Urus Niaga


Sebagai bukti berlaku urusniaga

Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan


dan urusniaga yang telah dijalankan
Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan
tanggungan perniagaan
Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu
tempoh perniagaan
Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan

Mengetahui jumlah perbelanjaan yang dibuat dan


pendapatan yang diperoleh.

4.1.4 Cara menyimpan Rekod dalam Simpan Kira


(a) Cara Manual
Fail
- mengikut kumpulan seperti tajuk, abjad.
- Menggunakan indeks bagi memudahkan kerja mencari
semula.
-disusun secara melintang, menegak, atau bersisi.
Buku rekod
- diwujudkan untuk tujuan kawalan
- contoh, buku rekod kedatangan, buku log fotostat, dan
buku log kenderaan.
(b) Cara elektronik
- rekod perniagaan dimasukkan ke dalam komputer( cakera liut
atau cakera padat).
- menjimatkan penggunaan kertas dan ruang.
- menyimpan banyak maklumat.
-rujukan maklumat dan dapat dilakukan dengan cepat dan
mudah.

4.2 Merekod Urus Niaga


4.2.1 Sistem Catatan Bergu
(a) Maksud urus niaga
- Urus niaga ialah aktiviti menjual dan membeli antara dua
pihak.
- Aktiviti ini melibatkan pemberi yang menawarkan sama ada
barang mahupun perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada
penerima.
(b) Maksud akaun
- Akaun ialah rekod maklumat senarai urus niaga bagi sesebuah
perniagaan.
- Akaun mempunyai dua bahagian, iaitu debit (Dt.) dan kredit
(Kt.)
(c) Prinsip catatan Bergu
- Setiap urus niaga direkodkan dalam dua akaun yang berbeza.
- Satu akan direkodkan di sebelah debit dalam satu akaun,
manakala akaun yang satu lagi akan direkodkan di sebelah
kredit.
- system yang merekodka dua catatan dalam dua akaun bagi
satu urus niaga dikenali sebagai sistem catatan bergu.
- prinsip catatan bergu ialah:
Suatu urusniaga dicatatkan dua kali
Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan
Tarikh dan jumlah mestilah sama
(d) Maksud aset, liabiti, ekuiti pemilik, hasil, dan belanja
ASET

Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang


digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan
bukan untuk tujuan jualan semula.
Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa
tempoh perniagaan.
Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van,
Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan
Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari,
kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer,
mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai
dalam satu tempoh perakaunan.
Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai
dalam tempoh yang cepat atau digunakan
dalam satu tempoh perakaunan.
Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank,
Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang
perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau
perkhidmatan.
Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)


Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik
dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu
lebih daripada satu tahun.
Contoh; pinjaman bank, gadai janji.
2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan
dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu
tempoh perakaunan atau setahun.
Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja
terakru, hasil terdahulu.
EKUITI PEMILIK
Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal
yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan
untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN +
UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN
HASIL

Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh


perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan
barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
Contoh: Jualan, komisen diterima, diskaun diterima, dan
faedah simpanan di bank.
BELANJA
Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah
perniagaan.
Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk
mendapatkan hasil.
Contoh: Belian, komisen diberi, sewa dibayar, kadar
bayaran, pembaran bil-bil perniagaan.

4.2.2 Urus Niaga Tunai


Buku Lejar
-Merekodkan segala urus niaga yang berlaku dalam perniagaan.
-Rekod yang terdapat dalam buku lejar perlu dicatat dengan
betul dan bersistem.
Merekod Urus Niaga secara tunai
Akaun tunai
-Mencatatkan penerimaan( pendapatan) dan pembayaran
( perbelanjaan) yang dilakukan secara tunai sahaja.
-Tunai merupakan antara aset bagi sesebuah perniagaan.
Mengimbang dan menutup Akaun Tunai
-Jumlahkan kedua-dua bahagian debit dan kredit.
-Gunakan jumlah bahagian yang lebih besar jumlahnya sebagai
angka pengimbang.
- Cari perbezaan antara kedua-dua bahagian debit dan kredit.

- Catat jumlah perbezaan sebagai baki hantar ke bawah (h/b) .


- Baki dipindahkan ke bawah (b/b) bagi menunjukkan jumlah
baki yang masih ada pada bulan yang berikutnya.
Akaun Bank
Akaun Bank Simpanan
-Diberi faedah/ keuntungan oleh pihak bank
Akaun Bank Semasa
-Kemudahan cek.
-boleh menambah simpanan wang tunai/cek.
-Akaun bank hanya merekodkan urus niaga yang melibatkan
Akaun Semasa sahaja seperti:
Wang tunai yang disimpan dalam Akaun Semasa
Cek yang diterima dan dimasukkan ke dalam Akaun
Semasa.
Cek yang dikeluarkan untuk membuat pembayaran.
Akaun Modal
-Merekodkan aset seperti wang tunai di tangan dan di bank,
perabot, kenderaan, dan premis.
Akaun Ambilan
-Merekodkan pengambilan wang atau barang daripada
perniagaan.
-Tujuan merekodkan pengambilan ini adalah untuk mengetahui
jumlahnya kerana ambilan akan mengurangkan jumlah modal
perniagaan.
Akaun Aset
-Perlu diwujudkan berasingan berdasarkan jenis asset dalam
lejar.
-Ada antara asset yang dirangkumkan dalam satu kumpulan,
misalnya Akaun Lekapan dan Lengkapan terdiri daripada
lampu, kipas, dan alat hawa dingin.

-Akaun alatan Pejabat terdiri daripada mesin taip, komputer,


dan mesin fotostat.
Akaun Hasil
-Diwujudkan bagi merekodkan pendapatan perniagaan.
-Contoh: komisen yang diberikan oleh pembekal, faedah yang
diterima daripada simpanan, dan menyewakan premis.
Akaun Belanja
-Terdiri daripada bil elektrik dan air( kadar bayaran), insurans,
gaji, upah, dan iklan.
-Semua belanja perniagaan akan dikategorikan dalam akaun
Belanja.
-Peniaga perlu mewujudkan akaun setiap belanja yang
dikeluarkan secara berasingan.
- Ada juga belanja boleh dirangkumkan kepada satu akaun
yang boleh direkodkan dalam Akaun Belanja Am.

4.2.3 Urus Niaga Kredit


Maksud urus niaga kredit
-Dibuat secara berhutang.
-Memerlukan peniaga membuat dan menerima bayaran pada
jangka masa tertentu.
-Menjual secara kredit dan membeli secara kredit.
Maksud penghutang dan pemiutang
-Penghutang ialah pelanggan yang membeli secara kredit.
-Pemiutang ialah pembekal yang member kemudahan kredit.
Akaun Penghutang
-Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada
perniagaan

Akaun Pemiutang
-Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada
perniagaan.

4.2.4 Buku Tunai


-Hampir sama dengan lejar, tetapi terdapat lebih lajur
berbanding dengan lejar( akaun)
-Di sebelah debit buku tunai, kita akan rekodkan
penerimaan( masuk) wang atau cek, manakala di sebelah
kredit kita akan rekodkan pengeluaran( keluar) wang atau cek.
-Tunai dan bank mestilah diimbangkan dan bakinya dimasukkan
ke dalam Imbangan Duga.
- Jika peniaga telah membuat buku tunai, maka dia tidak perlu
lagi menyediakan Akaun Tunai dan Akaun Bank.
- Catatan bergu tidak diperlukan apabila catatan dibuat dalam
Buku Tunai.
Mengenal pasti buku tunai

Contoh buku tunai


Mengimbangkan dan menutup akaun
Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu
tempoh tertentu seperti suku tahun,setengah tahun atau
diakhir tahun

Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang &


A. Modal) hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki
b/b
Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan
jumlah ke dalam kunci kira-kira
Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b
dan baki b/b.
Overdraf bank
-Kebenaran daripada pihak bank kepada pemegang akaun
semasa untuk mengeluarkan wang melebihi jumlah simpanan
dalam Akaun semasa.
-Akaun Bank mempunyai baki di sebelah kredit yang
bermaksud overdraf.

You might also like