You are on page 1of 14

Tajuk: Rasuah adalah dianggap sebagai musuh dalam selimut.

Berikan pandangan
anda mengenai pernyataan ini dan terangkan sebabnya rasuah dapat melumpuhkan
ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Nama

No.ID

Batch

Kursus

1.0 Pengenalan
Isu rasuah sering diperkatakan sejak muttakhir ini sama ada di media massa, media
cetak mahupun media elektronik. Rasuah boleh mencemarkan imej sesebuah
negara dan rakyatnya. Gejala rasuah yang wujud ssekian lama dan menjadi amalan
yang biasa. Kebiasaan ini seharusnya tidak menjadi amalan berterusan sehingga
amat sukar untuk dibendung dan dibenteras sehingga ke akar umbi. Amalan rasuah
ini akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan masyarakat, bangsa dan
negara. Kita terpaksa akui di negara kita juga tidak terkecuali daripada amalan
rasuah. Salah satu iltizam Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hari pertama dilantik
sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5 ialah usaha memerangi dan membasmi
gejala rasuah di kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana beliau menyedari gejala
rasuah akan merosakkan tamadun dan menghalang kemajuan negara.
Amalan rasuah jika tidak dikawal, akan membawa kepada kemerosotan
ekonomi, kecelaruan sistem pentadbiran dan sosio negara. Jenayah rasuah jika
tidak dibendung akan mengakibatkan berlakunya banyak masalah sosial dalam
negara ini kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka
kegiatan jenyah rasuah dan ketidakadilan akan terus berleluasa.

1.1 Apakah itu rasuah?


Definisi rasuah (bahasa Latin: corruption daripada kata kerja corrumpere = busuk,
rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency
International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,
termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak
sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya
(keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan
awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

penyalahgunaan harta negara.

merugikan negara

memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana


seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak
berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada
pihak-pihak tersebut. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah
yang utama iaitu:
1.
2.
3.
4.

Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]


Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam
[Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah


sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka
kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan
penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan
negara miskin terutamanya di Amerika Latin.
Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin
berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar
memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang,
cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami
masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara
rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas)
Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik
undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik
untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi
dianggap legal di tempat tertentu lain.
1.2 Jenis-jenis rausah
Rasuah Transaktif
Rasuah transaktif menunjuk kepada adanya kesepaktan timbal balik antara pihak
pemberi dan pihak penerima demi keuntungan kedua belah pihak dan dengan
aktif diusahakan tercapainya keuntungan ini oleh kedua-duanya. Rasuah jenis
ini biasanya melibatkan dunia perusahaan dan pemerintah, atau masyarakat dan
pemrintah. Selain itu, jenis yang memeras adalah jenis rasuah di mana pihak
pemberi dipaksa untuk menguap guna mencegah kerugian yang sedang
mengancam dirinya, kepentingannya atau orang-orang, dan hal-hal yang
dihargainya.

Rasuah Defensif
Rasuah defensf adalah perilaku korban rasuah dengan pemerasan. Rasuah ini
adalah dalam rangka mempertahankan diri.
Rasuah Investif
Rasuah investif adalah pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian langsung
dengan keuntungan yang dibayangkan akan diperoleh di masa yang akan dating.
Rasuah Perkerabatan atau Nepotisme
Rausuah perkerabatan atau nepotisme, adalah penunjukkan yang tidak sah
terhadap teman atau sanak-saudara untuk memegang jawatan dalam
pemerintahan, atau bentuk-bentuk lain, kepada mereka, secara bertentangan
dengan norma dan peraturan yang berlaku.
Rasuah Autogenik
Rasuah autogenik sudah disinggung di depan. Hal yang perlu dijelaskan lebih
lanjut adalah rasuah dukungan. Menerima rasuah kerana ikutan budaya sedia
ada.Terus terima kerana kumpulan sedia ada sudah terima .Contoh : Satu
kumpulan pekerja baru terima rasuah kerana pekerja sedia ada sudah terima.
Rasuah Dukungan
Rasuah dukungan tidak secara langsung menyangkut wang atau imbalan
langsung dalam bentuk lain.
Rasuah Investif
Rasuah investif adalah pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian langsung
dengan keuntungan tertentu,selain keuntungan yang dibayangkan akan
diperoleh di masa yang akan dating.
Rasuah Perkerabatan atau Nepotisme
Rasuah perkerabatan atau nepotisme,adalah penunjukkan yang tidak sah
terhadap teman atau sanak-saudara untuk memegang jawatan dalam
pemerintahan,atau tindakan yang memberikan perlakuan yang
mengutamakan,dalam bentuk wang atau bentuk-bentuk lain,kepada
mereka,secare bertentangan dengan norma dan peraturan yang berlaku.
Rasuah Autogenik
Rasuah autogenic sudah disinggung di depan.Hal yang perlu dijelaskan lebih
lanjut adalah rasuah dukungan.Menerima rasuah kerana ikutan budaya sedia
ada.Terus terima kerana kumpulan sedia ada sudah terima.Contoh:Satu
kumpulan pekerja baru terima rasuah kerana pekerja sedia ada sudah terima.
Rasuah Dukungan
Rasuah dukungan tidakk secara langsung menyangkut wang atau imbalan
langsung dalam bentuk lain.Tindakan-tindakan yang dilakukan adalah untuk
melindungi dan memperkuat rasuah yang sudah ada.

1.3
Gagal melapor
a) Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah

Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009


Denda: Tidak lebih RM 100,000
Penjara: tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

b) Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan

Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009


DENDA: Tidak lebih RM 10,000
PENJARA: Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Anda Dilindungi
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM
sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI
MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana
pihak dalam apa jua keadaan.
1.

PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang


jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di
bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
2.
PEMBERI MAKLUMAT boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010.
3.
PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah
dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.
1.4 Keadaan Yang Mencetuskan Rasuah

Pemusatan

kuasa,

terutamanya

dalam

kalangan

para

pembuat

dasar/pembuat keputusan, yang tidak berhubungan langsung dengan rakyat,


seperti yang sering terjadi di wilayah-wilayah yang dianggap tidak demokratik.

Kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang
dibenarkan undang-undang

Projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar.

Sikap individu tertentu dan jaringan "teman lama".

Lemahnya

pemahaman

tentang

undang-undang

apatah

lagi

untuk

melaksanakannya.

Kelemahan sistem pelaksana dan sistem kehakiman.

Kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat.

Gaji penjawat awam yang kecil.

Rakyat yang tidak kritikal: mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam
dengan politiking, seterusnya "malu" melaporkan kecurangan yang berlaku.

Waktu-waktu pemilihan parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan
dibanteras.

2.0 Sejarah mengenai rasuah


Rasuah:Inspektor dipenjara 5 tahun,denda RM25,000
SHAH ALAM 19Sept.-Seorang inspector polis dijatuhi hukuman penjara lima tahun
dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati
bersalah menerima suapan RM5,000 daripada seorang suspek kes samun,tiga
tahun lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak
pendakawaan Berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mat Ghani juga memerintahkan tertuduh,Mohd Firdaus Mohd Japar,26,menjalani
hukuman penjara 25 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan
pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu proses rayuan di
Mahkamah Tinggi tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada
RM10,00
Laman web: http://lianglahad.blogspot.my/2012/09/inspektor-dihukum-mengalahkankhir-toyo.html

Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun,denda RM977,560


KUALA LUMPUR 28 Dis.- Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ),Abd.Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh
Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati beraslah atas 10 pertuduhan
rasuah melibatkan sejumlah RM193.512,enam tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak
pendakwaan Berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Hukuman tersebut berkuatkuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan
pihak pembelaan untuk menangguh pelaksanaan hukuman penjara dan denda
sementara notis rayuan ditailkan ke Mahkamah Tinggi.

Rasuah adalah dianggap sebagai musuh dalam selimut.

4.0 Langkah-langkah untuk mencegah dan mengatasi rasuah


(a) Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada
rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat
diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada
sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
(b) Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik
sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar
menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan
hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
(c) Menguatkuasakan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar
masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras
dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan
berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang
bakal diterima. Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
haruslah me1ngambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai kerajaan
dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah. Oleh itu, satu operasi dan
evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu
menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah. Operasioperasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak
daripada kerajaan dan rakyat.
(d) Memudahkan urusan menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses
temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang
ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan
1

telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
untuk mempercepatkan proses.

(e) Kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah haruslah diadakan


Ini adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami secara mendalam tentang
rasuah. Dengan itu, ibu bapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di
sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat
tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka. Badan kerajaan dan Badan
Bukan Kerajaan haruslah bekerjasama untuk mengadakan kempen ini di seluruh
Malaysia supaya semua orang tahu keburukan rasuah.
(f) Kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawaipegawai kerajaan
Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan
dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa
menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.Dengan itu, kandungan dalam kursus
yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang
berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan
pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masingmasing.
(g) Memupuk semangat anti-Rasuah dalam kalangan Belia
Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut
dikenali dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal
telah diberikan kepada mereka. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing
dengan masyarakat dunia yang lain, penerapan ini sangat penting untuk menjadikan
belia lebih bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan
membebaskan negara kita dari amalan rasuah.
(h) Kerjasama antara masyarakat
Jika tiada kerjasama yang wujud dalam kalangan masyarakat maka negara sukar
untuk menangani gejala rasuah ini.Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai

kita roboh. Oleh itu, kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani
isu susah.
(i)Majikan harus memprihatinkan pekerja
Hal ini kerana, keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab
terhadap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, pekerja tidak akan melahirkan rasa
ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan. 2

5.0
iBU BAPA
Agama

6.0 Kesimpulan
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan
rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak
wujudnya peradaban manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama,
malah semakin menjadi amalan biasa. Apaapa pun amalan biasa terutama yang
buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung
dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa
kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku
dalam sejarah tamadun besar dunia.
Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini.
Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat
diperlukan terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.
Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habishabisan dari awal lagi akan memberi
kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara. Penyakit ini juga akan turut
menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang
mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai
terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan
serta birokrasi negara ini. Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan
berlarutan dan ketagihan. Setelah sebati dengannya maka wabak berbahaya ini
merebak menjangkiti orang lain pula. Rasuah menyebabkan seseorang menjual
prinsip, maruah dan harga diri.
Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan
peraturan yang telah ditetapkan.
Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis
kepercayaan. Oleh itu, semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh
menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja
melebihi pendapatan. Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini,
rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang
undang. Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada
penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh

menerbitkan perilaku baik seseorang. Sehubungan itu, dalam memerangi gejala ini,
semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan. Jika kita
sepakat melakukannya, tiada sebab kita akan gagal.
Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu
dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita
rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua
pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam
mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan
negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya
menjual prinsip, maruah dan harga diri!

You might also like