You are on page 1of 7

Tajuk : Kewujudan masyarakat majmuk banyak mengubah corak masyarakat

Malaysia.Huraikan impaknya ke atas pembinaan negara Malaysia.

1.0Pengenalan
Masyarakat (Society) bermaksud skelompok orang yang membentuk sebuah
sistem interaksi social di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam
lingkungan sistem social itu adalah lahir dari individu-individu yang berada
dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung
dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah
masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang
hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta
berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Masyarkat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota
masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya
melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan
sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama
merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut
pembesar yang dating berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan,
membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit
tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina
satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam
konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat
membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersamasama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan
masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk
terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam
konteks masyarakat. Ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Masyarakat
majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang
bersatu padu.
Manakala masyarakat majmuk (Plural Society) bermaksud masyarakat
pelbagai kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian
bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah
negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan membawa
maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
Menurut sarjana Graham Sanders dalam bukunya yang bertajuk The
Development Of a Plural Society In Malaysia. Beliau mengatakan bahawa
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu
kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut
beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga
daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology Of The
Thirdworld. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk
lebih kurang sama dengan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu,
Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah

yang dating ke Tanah Melayu pada masa dahulu dengan membawa masuk kaumkaum tersebut untuk memenuhi peluang pekerjaan di sini.
Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di
tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga
Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian
budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan
kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

1.1 Definisi Masyarkat


Masyarakat (sebagai terjemahan istilah society) adalah sekelompok orang
yang membentuk sebuah system semi tertutup (atau semi terbuka), yang
sebahagian besar interaksinya adalah antara individu-individu yang berada
dalam kelompok tersebut. Kata society berasal dari Bahasa Latin, societas,
yang bererti hubungan persahabatan dengan yang lain. Lebih abstraknya,
sebuah masyarkat adalah suatu jaringan hubungan-hubungan antara entityentiti. Masyarakat adalah sebuah komunitas yang interpenden (saling tergantung
satu sama lain). Istilah masyarakat digunakan untuk mengacu sekelompok orang
yang hidup bersama dalam satu komunitas yang teratur.

1.2 Definisi Masyarakat Majmuk


J.S.Furnival (1948): Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi
beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal
dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak
bersatu padu dan mempunyai budaya yang tersendiri. Masyarakat majmuk
Malaysia: kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui
pekerjaan, kekurangan kontak social dan wujudnya satu kumpulan etnik yang
dominan dari segi politik. Negara kita didiami oleh penduduk yang berbilang
kaum dan beraneka ragam. Keaneka ragam dapat dilihat dari segi etnik.
Perbezaaan etnik ini selari dengan perbezaan-perbezaan lain seperti cara hidup,
Bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal, dan hubungan social.
Negara kita ini, khususnya di Semenanjung Malaysia, pada asalnya adalah dihuni oleh orang-orang
Melayu (juga merupakan penduduk asal kawasan kepulauan Melayu). Merekalah yang
memperkembangkan budaya negara kawasan ini. Di samping orang Melayu, terdapat juga pendudukpenduduk asal yang lain, baik yang berada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
Penduduk asal negara ini yang dikategorikan sebagai bumiputera (pribumi) telah sedia pelbagai.
Kepelbagaian ini ditambah lagi dengan kedatangan penduduk-penduduk lain, khususnya dari negeri
China dan India yang mempunyai latar belakang yang berbeza daripada penduduk pribumi. Orang
Cina dan India ini dikategorikan sebagai bukan bumiputera (bukan-pribumi). Kepelbagaian inilah
yang sebenarnya mencorakkan negara kita sekarang ini. Namun ada yang menganggap bahawa
kepelbagaian merupakan satu kekuatan, dan bukannya sumber perpecahan di dalam membina negara
yang maju dan makmur. Inilah keunikan negara kita, walaupun pelbagai namun tidak berpecah.
Keunikan ini memang diakui oleh dunia.

1.3 Punca-punca kewujudan masyarakat majmuk


Perkembangan perusahaan getah dan menyediakan peluang pekerjaan.

Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan


buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh untuk perlombongan
bijih timah di Tanah Melayu.
Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya melalui
Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh.
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu
memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai.
Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran.

1.4 KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK

SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik
yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu
ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan
satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India.
Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua
penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19,
berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu.
Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum
tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa
setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti
migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi
Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber
kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar
liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian
cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi
49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat
Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar pecah dan perintah
(divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada
masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan
setiap kaum.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan
juga faktor penolak dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing


sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak
digalakkan.

SELEPAS MERDEKA
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, penduduk negara ini berjumlah 7.38 juta di
mana 6.28 juta (Semenanjung Tanah Melayu) dan 0.41 juta (Sabah) serta 0.692 juta (Sarawak).
Pada tahun 1970, bertambah menjadi 10.78 juta (25.8%) di mana
2.0Sejarah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia

Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan
pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi
orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran
populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli
sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak
penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan
eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914
merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik
masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan
masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa
uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar
kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu
telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, IndonesiaTetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan
oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi
mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini
berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui
beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama
di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah
dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen
yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih
kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga
menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada
kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang
dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. Setelah kemasukan migran
daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam
proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak
pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba
dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut

berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien
yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga
kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India
yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta
yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya
mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

You might also like