You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Pada mulanya, saya telah ditugaskan untuk menganalisis secara kritis tentang
peranan sekolah sebagai satu institusi formal yang mampu merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen-elemen dan unsur-unsur penting
yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan
sahsiah terpuji. Matlamat (FPK) ialah untuk melahirkan modal insan yang berguna
kepada negara, bangsa dan agama. Misi Kementerian Pendidikan malaysia ialah
membangunkan sistem pendidikan berkualiti yan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Tambahan lagi, Falsafah Pendidikan Sekolah mempunyai matlamat dalam
mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selesa dan mesra untuk membolehkan
anak murid menimba ilmu sambil mempelajari nilai-nilai yang murni. Dengan
adanya anggapan bahawa sekolah adalah rumah kedua mereka, anak murid akan
suka ke sekolah dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam kegiatan sosial yang
berunsur negatif, menggalakkan anak murid mengamalkan semangat berpasukan
yang jitu untuk mewujudkan "Masyarakat Penyayang" di sekolah. Kemudian,
melatih murid-murid bertindak dengan cepat dan penuh keyakinan terhadap segala
proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P), di samping bersedia menghadapi
sebarang cabaran dan rintangan, selaras dengan falsafah kerja yang diilhamkan oleh
Guru Besar, iaitu "Work Smart, Masa Jimat. Act Fast, Hati Puas".
Seterusnya, berusaha memupuk minat belajar yang berterusan di kalangan anak
murid, selain menyalurkan semangat mencintai diri, mencintai keluarga, mencintai
sekolah dan mencintai negara di sanubari setiap anak murid, membimbing anak
murid agar berjaya meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum agar dapat
melengkapkan diri sebagai bakal pemimpin yang sihat, yang berilmu, yang
bermoral, serta memastikan semua anak murid berupaya menguasai kemahiran 3M,
iaitu membaca, menulis dan mengira dengan sempurna dalam membantu
merealisasikan matlamat dan cita-cita Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020
negara kita.
2.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pada amnya, perkataan falsafah boleh diertikan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran dan pandangan ini dihasilkan daripada
usaha hasil kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan

falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran, dan memberi arah tuju atau
pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan
huraian tersebut, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju
atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan
negara.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan
dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan
dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal
guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini
agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berada di landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering
disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih
utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani
lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan perkara yang menjadi kuasa penggerak ke arah pencapaian pendidikan
berkualiti.
3.0 Analisis berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar mengenai peranan
sekolah sebagai suatu institusi formal dalam merealisasikan Hasrat Falsafah
Pendidikan Di Malaysia (FPK) Berdasarkan Aspek :
* Elemen-Elemen Dan Unsur-Unsur Penting Dalam (FPK)
* Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Hasrat (FPK)
* Implikasi (FPK) Dalam Sistem Pendidikan Negara

Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Di


sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar.
Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan bagi setiap pelajar.
Empat unsur dan elemen terpenting dalam (FPK) iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani dikaitkan bagi menganalisis peranan sekolah sebagai satu institusi formal
dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan
sahsiah terpuji. Berikut merupakan analisis saya sebagai seorang pelajar melihat
peranan - peranan yang telah dilaksanakan oleh sekolah dalam merealisasikan
hasrat tersebut berdasarkan elemen-elemen terpenting dalam (FPK) bersama
implikasinya terhadap pendidikan negara.
Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pelajar, sekolah selalunya
menganjurkan aktiviti-aktiviti kurikulum bercorak pertandingan akademik misalnya
pertandingan perbahasan, bercerita, syarahan, sajak, puisi, pidato, drama, teater dan
sebagainya bagi zon peringkat sekolah, daerah, negeri dan ke peringkat seterusnya.
Peranan yang dimainkan di sekolah dalam menganjurkan aktiviti ini ialah
membentuk pelajar yang berketerampilan, mengasah bakat dan intelektual pelajar,
mengasuh dan melatih pelajar belajar memperjuangkan seni-seni bahasa,
mendedahkan pelajar dengan semangat patriotik negara dan mewujudkan semangat
daya saing untuk kecemerlangan sekolah. Aktiviti ini bersesuaian dalam
merealisasikan hasrat FPK dengan unsur di dalamnya yang berhasrat melahirkan
rakyat Malaysia yang bukan sahaja berketerampilan dalam menjalankan tugas
dalam jangka masa yang singkat
malahan cekap dan sempurna. Ia juga melahirkan masyarakat yang intelektual dan
berilmu pengetahuan. Sebagai implikasinya terhadap pendidikan negara,
berlakunya perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis. Secara refleksinya, melalui aktiviti ini, setiap
insan akan berusaha untuk memperoleh ilmu dan mengembangkan ilmu, mampu
berfikiran secara kreatif, kritikal dan reflektif, serta sanggup berkongsi ilmu dengan
orang lain dan persekitaran.
Pada pengalaman saya sebagai seorang pelajar, saya mendapati bahawa setiap
sekolah giat menjalankan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sebagai
contoh, setiap tahun, sekolah akan menganjurkan kejohanan olahraga peringkat
sekolah, daerah dan seterusnya. Acara yang dipertandingkan biasanya ialah acara
padang seperti acara balapan, acara gelanggang, tarik tali serta acara perbarisan
persatuan unit beruniform sekolah. Manakala, guru-guru pula didedahkan untuk

mengikuti anjuran kursus-kursus kurikulum yang melibatkan Guru sumber, Guru


Besar, Pengetua, Penolong Kanan, dan pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran
serta Jabatan Pelajaran Negeri. Sekolah pula sering dipantau bagi menilai
keberkesanan setiap program pendidikan dan kurikulum. Peranan sekolah melalui
aktiviti ini berkait rapat dengan elemen dan unsur jasmani di mana mahu
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai ciri-ciri kecergasan fizikal dan
kesihatan diri untuk berdikari dan hidup secara bermasyarakat. Sebagai
implikasinya terhadap sistem pendidikan negara, berlakulah perubahan kemudahankemudahan kepada para pelajar bagi memberi peluang mengembangkan potensi
mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan
seimbang. Kesimpulannya, dengan aktiviti seperti ini, setiap insan akan lebih
menyedari tentang pentingnya kesihatan fizikal, malahan dapat mengembangkan
bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, serta mampu menggunakan
kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat dan menyumbang
kemajuan dan kemakmuran negara.
Seterusnya , sekolah memainkan peranan dalam mendedahkan para pelajar kepada
aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat. Sebagai contoh, sekolah sering mengadakan
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan-kawasan persekitaran sekolah,
mengunjungi warga-warga emas di rumah kebajikan mereka, melawat orang-orang
sakit di hospital, serta menggalakkan pelajar untuk menghulurkan bantuan atau
derma daripada aspek tenaga, material dan sebagainya. Peranan ini penting bagi
mendekatkan pelajar berhubung dengan masyarakat, mampu meningkatkan tahap
sosialisasi pelajar dengan masyarakat setempat serta mendidik pelajar untuk
sentiasa peka dan mengambil berat tentang alam sekitar. Hal ini pula penting dalam
merealisasikan unsur (FPK) di mana rakyat Malaysia yang berbilang kaum mampu
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Sebagai implikasinya terhadap pendidikan negara, berlakunya perubahan
aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nila-nilai murni dalam jiwa
pelajar dan berlakulah perubahan program pendidikan yang mengutamakan nilainilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Secara kesimpulannya,
peranan ini mampu memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang
rasa, kekitaan, serta bersemangat dalam mempertahankan maruah diri, profesion,
agama, bangsa dan negara.
Tambahan lagi pada pemerhatian saya terhadap sekolah, sekolah memainkan
peranannya dalam mengekalkan serta tidak mengabaikan matapelajaran pendidikan
islam, dan pendidikan moral walaupun subjek ini tidak termasuk dalam subjek
peperiksaan sekolah rendah. Namun, setiap sekolah juga mengadakan ujian fardu

Ain terhadap pelajar, di mana ujian ini menguji hafalan pelajar terhadap ayat-ayat
suci Al-Quran, memerhati aspek ibadat seperti solat fardu, wuduk, tayamum dan
lain-lain. Dalam kandungan subjek Pendidikan islam, terkandung tiga bahagian
seperti asuhan tilawah Al-Quran yang berfokuskan kepada aspek mengenal,
menyebut, membaca, dan menulis huruf perkataan. Asas Ulum Syariah juga
terkandung di dalamnya dengan menegaskan aspek keimanan dan keislaman
melaui rukun iman dan rukun islam, ibadat yang menekankan aspek ibadat dan
amalan secara berterusan, dan sirah Rasulullah S.A.W yang menekankan sirah dan
contoh teladan dalam kehidupan seharian. Asas akhlak Islamiah pula berfokuskan
kepada pembentukan peribadi murid
agar menghayati akhlak dan tingkahlaku muslim yang mukmin. Subjek Pendidikan
Moral pula terkandung 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan
prinsip-prinsip Rukunnegara. Peranan ini saya kaitkan dengan unsur (FPK) di mana
berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan sekaligus berkait dengan unsur rohani. Sebagai
implikasinya terhadap sistem pendidikan negara ialah berlakunya perubahan sikap
peribadi pendidik itu sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap
tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebagai refleksinya, aktiviti ini akan dapat menghasilkan
keberkesanan insan dalam mengakui tentang kewujudan Tuhan, Tuhan sebagai
pencipta, mampu mengamalkan segala ajaran yang dianuti, menyedari bahawa
hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan,
menyedari individu seharusnya bertanggungjawab di atas segala perbuatannya serta
menyemai nilai-nilai murni tidak kira agama mahupun bangsa.
Di sekolah juga, terdapat aktiviti-aktiviti kepimpinan yang dianjurkan untuk para
pelajar. Sekolah sering melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam soal
kepimpinan, memupuk sikap tanggungjawab, berdikari dan sebagainya. Sebagai
contoh, sekolah sering melibatkan pelajar dalam kursus kepimpinan, kem
kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin di sekolah seperti pemimpin pemimpin
yang menjawat jawatan sebagai ketua kelas, pengawas dan lain-lain. Programprogram ini mendedahkan pelajar dengan semangat bekerja, berdedikasi semasa
menjalankan tugas serta membentuk teladan terbaik kepada pelajar-pelajar lain di
sekolah. Peranan sekolah yang dapat dilihat ialah dengan menganjurkan programprogram serta mengasah bakat kepimpinan pelajar yang mampu merealisasikan
hasrat (FPK) dengan meletakkan unsur (FPK) di dalamnya bagi melahirkan ramai
di antara rakyat Malaysia yang berketerampilan. Dengan itu, sistem pendidikan

berlaku perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya


yang sesuai dalam melahirkan insan yang berketerampilan dan berakhlak mulia.
Kesimpulannya, aktiviti ini memang penting untuk membentuk insan yang cekap
dan berkompentensi tinggi dalam menjalankan tugas dengan sempurna, memupuk
pembawaan diri yang baik, serta berpandangan jauh dan berinisiatif.
Selain itu, berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, kebanyakan sekolah juga
menyediakan keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara
yang segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Ada sekolah yang mengindahkan sekolah dengan menanam tumbuhtumbuhan, pokok-pokok, bunga, serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan
suasana keselesaan. Majlis sekolah-sekolah rendah juga pernah menganjurkan
pertandingan sekolah tercantik bagi peringkat sekolah-sekolah daerah , negeri dan
peringkat seterusnya. Aktiviti ini berperanan untuk memastikan kebersihan dan
keceriaan sekolah dalam memberi keselesaan kepada para pelajar menghadapi sesi
pengajaran dan pembelajaran seharian dengan lebih kondusif dan berkesan.
Peranan ini berkait rapat dengan elemen FPK iaitu berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri di mana kesannya mampu melahirkan pelajar yang berfikiran
waras dan berjiwa tenang, serta mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk
menghadapi cabaran hidup. Implikasinya, berlakulah perubahan iklim sekolah yang
kondusif untuk mencitai ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
Peranan sekolah yang seterusnya berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya
membaca dengan mengadakan projek nilam setiap tahun. Hal ini dilakukan bagi
menarik minat pelajar untuk membaca, meningkatkan pengetahuan pelajar,
meningkatkan pengalaman pelajar menerokai bidang dan cabang-cabang ilmu serta
mendidik pelajar dengan budaya membaca. Projek nilam ini dipertandingkan dan
menganugerahi pelajar-pelajar yang membaca buku terbanyak sepanjang setahun.
Sebagai implikasinya, berlaku perubahan budaya sekolah untuk memupuk pelajarpelajar mencintai ilmu pengatahuan, berusaha meningkatkan budaya ilmu dan
budaya membaca serta membuka pemikiran yang terbuka dan luas. Jadi,
kesimpulannya, peranan ini memang bersesuian dalam merealisasikan hasrat (FPK)
iaitu bagi melahirkan rakyat Malaysia yang ulat buku dan berilmu pengetahuan.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, peranan sekolah seterusnya ialah
menyediakan tenaga kerja terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk menggerakkan dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Sekolah
sering mendedahkan guru-guru dengan kursus-kursus akademik bagi

memahirkan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar di dalam kelas.


Sekolah juga menganugerahkan guru-guru yang cemerlang dalam profesionnya
sebagai pendidik. Ia bersesuaian dengan unsur di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Implikasi terhadap
pendidikan negara ialah dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berusaha
memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan, mampu
mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara, serta mampu
mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
Sebagai kesimpulannya, saya sebagai insan yang berpengalaman menjadi pelajar
sangat mengharapkan usaha yang berterusan daripada pihak sekolah dalam
memainkan peranannya demi memartabatkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dengan itu, barulah pelajar
berminat dalam menjadikan sekolah sebagai tempat tumpuan segala aktiviti
masyarakat setempat, menjadikan sekolah sebagai sumber inspirasi dan aspirasi
pelajar dan masyarakat setempat, menjadikan sekolah sebagai lambang keindahan
dan keunggulan dalam masyarakat, contoh hidup yang realistik dalam masyarakat,
menjadi pusat latihan kemahiran dan pembangunan manusia cemerlang, pusat
pemupukan watak penyayang dan pusat penyuburan nilai-nilai murni bangsa. Jadi,
kesemua elemen-elemen dan unsur-unsur dalam (FPK) sangat berkait rapat dalam
merealisasikan matlamat pendidikan kebangsaan. Tambahan pula, (FPK) akan
sentiasa dijadikan rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem
pendidikan negara serta dijadikan bimbingan untuk para pendidik semasa mereka
melaksanakan tugas-tugas pendidikan.
4.0 RUMUSAN
Berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan, elemen-elemen dan unsur-unsur
yang terkandung dalam (FPK) memang penting dan sangat berkait rapat dengan
matlamat (FPK) iaitu untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara,
bangsa dan agama.
Misi Kementerian Pendidikan ialah mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik
untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi
aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, sekolah yang
dijadikan sebagai satu institusi formal haruslah memainkan peranannya dalam
merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) tersebut. Sekiranya
dilihat dari sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat
usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau

secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia
mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, berakhlak, beradab dan bersopan,
seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik, namun
terdapat masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam sebilangan
kalangan besar pelajar melayu , terutamanya dalam luar bandar.
Sebagai rumusan berkaitan dengan tugasan ini, jelas terbukti bahawa sekiranya
setiap pendidik haruslah berpegang pada (FPK) dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara
akan menjadi suatu kenyataan , dan bukan hanya satu impian sahaja. Oleh itu,
peranan-peranan sekolah serta implikasi (FPK) dalam menjayakan hasrat wawasan
pendidikan negara memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat (FPK)
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
dan sahsiah terpuji. Sesuailah dengan wawasan sekolah yang ingin menerapkan
nilai-nilai Islam ke arah pembentukan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan kasihkan sekolah, keluarga, masyarakat dan alam semesta,
murid. Kemudian, mampu memupuk kesedaran ibu bapa tentang pentingnya
pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.
BIBLIOGRAFI
I. Sumber buku
I. Mok Soon Sang: Siri pendidikan perguruan Pendidikan di Malaysia Edisi
ketujuh,Kumpulan Budiman SDN. BHD, Kuala Lumpur, 2000.
II. Choong Lean Keow: Siri pendidikan perguruan Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia untuk program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman
SDN.BHD, Kuala Lumpur, 2010.
III. Mook Soon Sang: Siri Pendidikan Perguruan Ilmu Pendidikan untuk KPLI
(Komponen 3: Profesionalisma Keguruan), Kumpulan Budiman SDN. BHD,
Subang Jaya, 2006.
IV. Mook Soon Sang: Siri Pendidikan Bimbingan dan Latihan INSAK, Penerbitan
Multimedia SDN. BHD, Perak, 2008.
II. Internet
i. http://skdarau.tripod.com/cabaran.html

ii. ipti.edu.my/pipp/.../MEMPERKASAKANKURIKULUM PENDIDIKAN


NEGARA.doc iii. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan
iv. http://sarjana.tripod.com/guru3.html v.
http://www.scribd.com/doc/19318122/Falsafah-Pendidikan-Malaysia#.
vi. http://www.scribd.com/doc/8682918/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia
vii. http://members.tripod.com/mozac_web/pengenalan.html
LAMPIRAN
BORANG KOLABORASI

You might also like