You are on page 1of 1

KELEMAHAN SISTEM PENGURUSAN MATRIK

Di dalam sistem ini, pekerja akan bekerja dibawah kedua-dua pengurusan dan ini boleh
menimbulkan persaingan yang tidak sihat di kalangan pengurus di dalam syarikat. Perebutan
pekerja mahir akan berlaku dan akan menyebabkan wujudnya permusuhan di tempat kerja dan
akan membantutkan proses kerja.
Masalah dalaman akan wujud hasil daripada sistem ini. Perkara ini berlaku apabila pekerja
menjadi keliru tentang siapa ketuanya. Sebagai contoh, pekerja menerima arahan yang berbeza
berkaitan dengan sesuatu hal daripada jabatan yang berbeza.
Apabila sistem ini dilaksanakan, kenaikan kos syarikat akan berlaku. Hal ini kerana ia
memerlukan kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja-pekerjanya memandangkan di dalam
sistem ini terdapat dua pengurusan.

You might also like