You are on page 1of 7

BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA
Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu
kebangsaannya sendiri.
Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih. Jalur merah dan putih ini
membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan biru.
Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja. Bulan sabit
lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah
negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.

MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA

JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.

JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWALTU


MENURUNKANNYA.

JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA


MASUK PADA WAKTU PETANG.

JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH


TIANG,
NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG, KEMUDIAN
BARULAH TURUNKAN.

JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP


SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN. MISALNYA
UNTUK MENUTUP KERANDA.

TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH


DAN TIDAK MUDAH PUTUS.

BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

PERLIS INDERA KAYANGAN

BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN


Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan
rakyat.
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat Baginda.
KEDAH DARUL AMAN

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.
Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda
negeri ini beragama Islam.
Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara
rakyatnya dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.
SELANGOR DARUL EHSAN

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN


Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan
darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan
kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga
segi yang
berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang
berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
PAHANG DARUL MAKMUR
BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam
di bawah.
Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara
melambangkan
bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah
seorang yang
bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih
di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat
istiadat,
adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai
sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.
KELANTAN DARUL NAIM

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM


Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini
termasuk rakyat dan
Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian
Raja negeri ini.
TERENGGANU DARUL IMAN

BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN


Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia
melingkari tanah
hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
JOHOR DARUL TAKZIM
BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan
negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
PERAK DARUL RIDZUAN

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Pe
rak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di
Hilir Perak Darul Ridzuan.
MELAKA DARUL AZIM
BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan,
sementara anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri
dan Malaysia.
SARAWAK BUMI KENYALANG
BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak
mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan
sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
SABAH DI BAWAH BAYU

BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU


Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut
sebelah atas
bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik
bayangan Gunung Kinabalu,
berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung
bendera yang berkibar
dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah
berwarna putih
dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan
keamanan dan kesejahteraan,
putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru
tua melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini
mewakili lima bahagian
yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung
Kinabalu pula melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah.
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Warna putih pula
membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning
melambangkan
kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.
WILAYAH PERSEKUTUAN

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN


Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah

Persekutuan.
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan
digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang
berkenaan.
Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera
Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan
Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati,
dimuliakan dan kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan,
keharmonian dan kebenaran; dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian
dan bertenaga.
Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan
penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan
negara.
Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah
Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang
bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

You might also like