You are on page 1of 23

Esei

Di malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum. Setiap
perayaan itu, melambangkan satu budaya dan adat istiadat yang tersendiri. Anatara
perayaan yang disambut ialah hari raya aidilfitri, tahun baru cina dan deepavali.

Antara cara untuk mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia ialah dengan menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa. Cara ini
adalah bertujuan untuk menghargai perayaan yang disambut oleh pelbagai bangsa.

Selain itu, sikap bekerjasama dan tolong menolong juga amat penting kerana ia akan
mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan juga dapat melahirkan sifat berkasih sayang
serta sikap bekerjasama di antara kaum.

Di samping itu, berakhlak mulia dan berbudi pekerti juga dapat mengukuhkan perpaduan
dikalangan rakyat Malaysia. Dengan adanya sikap sedemikian, masyarakat akan menjadi
lebih harmoni, aman, dan sejahtera dikalangan pelbagai kaum tanpa menimbulkan
sebarang rusuhan.

Sebagai kesimpulannya, kita haruslah berusaha mengukuhkan dan mengekalkan


perpaduan di kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
dapat membentuk satu Malaysia

FAKTA MENGUMPUL SEJARAH


a. Buku Ilmiah
Tajuk: Buku Teks Sivik dan kewarganegaraan tingkatan 3 dan 4
Penulis: Siti Amnah Binti Sahran, Rosiah Binti Nawi, Rahimah Binti Ibrahim, dan Nik
Zubaidah Binti Nik Yusoff
Tempat terbit: 12- 2 PJU 5/15,Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penerbit : Attarbiah Sdn. Bhd.

b. ORANG SUMBER
Encik soh thiang yu@ Encik soh thiang soon, 56 tahun, pekan Bongawan, Peti Surat 9,
89700
Encik Vong Git Fui, 50 tahun, Kampung Kuari, Peti Surat 480, 89808 Beaufort Sabah

c. Majalah
Jabatan Latihan Khidmat Negara Kementerian Pertahanan Malaysia edisi keempat 2009.
Buku Kerja Program Integrasi Keagamaan, Khidmat Negara

d.internet (laman web)


http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

ORANG
SUMBER

BUKU
ILMIAH

INTERNET

MAJALAH

Tahun Baru Cina


Tulisan Tradisional:

Tulisan Ringkas:

Maksud harfiah:

tahun baru takwim


qamari

[papar]Transliterasi
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional:

Tulisan Ringkas:

Maksud harfiah:
[papar]Transliterasi

perayaan musim bunga

Tahun Baru Cina


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

Juga
dinamakan
Diraikan oleh
Jenis
Keutamaan
Tarikh 2009
Tarikh 2010
Tarikh 2011
Perayaan
Berkaitan
dengan

Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga


terutamanya tamadun Asia Timur
China, kebudayaan, agama Buddha
Hari pertama kalendar Cina (qamari)
26 Januari
14 Februari
3 Februari
sambutan Tahun Baru, perhimpunan
keluarga, jamuan sekeluarga.
Perayaan Tanglung yang mengakhiri
perayaan ini
Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina.
Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai

sokongan perisian tertentu.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga
atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.


Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang
dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi
haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan
Tikus
Lembu
Harimau
Arnab
Naga
Ular
Kuda
Kambing
Monyet
Ayam
Anjing
Khinzir

Dahan bumi
Tarikh
z
19 Februari 1996 7 Februari 2008
chu
7 Februari 1997 26 Januari 2009
yn
28 Januari 1998 14 Februari 2010
mo
16 Februari 1999 3 Februari 2011
chn
5 Februari 2000 23 Januari 2012
s
24 Januari 2001 10 Februari 2013
w
12 Februari 2002 31 Januari 2014
wi
1 Februari 2003 19 Februari 2015
shn
22 Januari 2004 8 Februari 2016
yu
9 Februari 2005 28 Januari 2017
x
29 Januari 2006 16 Februari 2018
hi
18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari
dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut
catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja
pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada
221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau keduaduanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,
Yunnan, China.
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin () ialah seekor raksasa pemakan manusia
dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun,
sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya
bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.

Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin
(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan
pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang
pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: , Cina
Ringkas: , ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarahmenziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian

ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa
sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , jiozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun
hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula
pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin: rn r, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.[7]
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan ( tin gng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji
(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), atau Chap Goh Mei () dalam
bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tngyun (Cina Tradisional: , Cina
Ringkas: ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah
sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur
dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam
air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada
amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru


Jamuan pertemuan semula
Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: tunyun
fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini
biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat
kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina
Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu
y (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada
lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan
Nama

Bahasa
Cina [*]

Huraian

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya


merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun
( Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy"
Luohan
)
dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan
zhai
luhn zhi Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan
"kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (
) dan yong tau fu.
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan
Ikan
() y perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina:
; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.
() Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila
Yee sang
yshng
disambung untuk menyambut tuah.[8]
Ladu
() Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan
jiaozi
jiozi
tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa
jnj; perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi
Limau
atau
masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk
mandarin
gn
buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan
kesejahteraan dan kemewahan.
Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang
Kuih

dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian


ningo
bakul
tahun kian tinggi".[2]
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,
Mi
namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gulaGula-gula
gula Cina berwarna merah atau hitam.
Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum,

garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan


warna puding ini (putih atau perang).
[*]

: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk
tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru


Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ,
pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; ,
atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.[2]
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana
perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura


Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian
dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru
atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh
jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]
Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun
adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau
menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,
kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang
yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya
atas sebab-sebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun


Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undangundangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun
masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai
mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga
mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun
Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya
dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970


setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68
orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas
berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan
terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada
membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003,
kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan
menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru
Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan
Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh
lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
boleh dijual secara komersial.

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam


ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan
penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara
kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di
mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun
dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.

Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan
tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya
percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar
hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna
pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah
berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan
pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina
(do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do
melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual
ketika pasaran tahun baru.
Hiasan Bunga

Maksud

Bunga plum
Kumkuat
Narcissus
Bunga kekwa
Buluh
Bunga matahari

melambangkan tuah
melambangkan kemakmuran
melambangkan kemakmuran
melambangkan panjang umur
tumbuhan digunakan sepanjang tahun
bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


Ikon

Makna
Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias
yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan
Ikan
melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya
ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu
dengan pepatah Cina (ninnin yuy).[9]
Yuanbao emas (; jn yunbo) melambangkan wang
Jongkong dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini
Yuanbao
merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman
silam.

Tanglung

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza


daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih
Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya
berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada
hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala
terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan
bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Perhiasan
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul
Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian
singa

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.


Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan
bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang
menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.
Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Ilustrasi

Cai Shen

Cai Shen (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: )


merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru
dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang
terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga
orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina
Tradisional: , Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik
kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia
tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan
kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang
dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas:
, pinyin: jxing ha).

Selamat Tahun Baru


"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas:
; pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk; bahasa Hokkien
(POJ): Sin-n khai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat
ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara
Barat. Namun di bahagian utara China, "gu nin ho" (Cina Tradisional: , Cina
Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru
antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong


"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ;
pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale): gnghi faatchih; bahasa Hokkien (POJ):
Kiong-h hoat-chi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah
dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai
bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara
pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut
legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat,
namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim
sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea
kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh
dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu
Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina
yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa
generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan,
dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya
tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun
baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Susu png'n" (Cina
Tradisional: , Cina Ringkas: ) diucapkan serta-merta, yang bermakna
"semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su, bermaksud "usia") sama
bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermainmain" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama,
(Ninnin yuy), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang
juga ditulis (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan
juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila
bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di
Malaysia dan Singapura.
Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional:
, Cina Ringkas: , pinyin: Gngx fci, hngbo nli),
yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang
Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh
harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina
kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan
"kasar" atau "sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang
menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu
juga sama bunyinya dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong
hasil dalam bahasa Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar
tuah bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Rujukan
1. "Nian". About.com.
http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa010900a.htm. Dipetik 2008-0121.
2. 2.0 2.1 2.2 2.3 " CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the
1st month)". huayinet.org. http://www.huayinet.org/culture/culture_chunjie.htm.
Dipetik 2008-01-21.
3. 3.0 3.1 "Chinese New Year's Eve Dinner aka Reunion Dinner". Everything2. 200401-20. http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200. Dipetik 2008-01-21.
4. "Chinese New Year Customs Around the World". Quick Brown Fox. 2006-03.
http://www.pscscholarships.gov.sg/pscscholarshipscms/ezinehtml/200603/6etc.html. Dipetik 2008-01-21.
5. 5.0 5.1 "Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese's Way".
http://www.newsgd.com/specials/springfestival07. Dipetik 2008-01-21.
6. "Chinese New Year". Kiwi Families for Passionate Parents.
http://www.kiwifamilies.co.nz/Topics/Festivals/Chinese+New+Year.html. Dipetik
2008-01-21.
7. 7.0 7.1 "Yan Yat: Everybodys Birthday". Christine O'Keeffe's New Year Legends.
http://www.tartanplace.com/newyear/newyrlegend/birthday.html. Dipetik 200801-21.
8. 8.0 8.1 "Lo Hei". Mana Makan - The Feast Crusade. 2006-01-28.
http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei.html. Dipetik 2008-01-21.
9. 9.0 9.1 9.2 "Yu San (Chinese New Year Fish Salad)". DimSum. 2001-01-01.
http://www.dimsum.co.uk/community/yu-san-chinese-new-year-fish-salad.html.
Dipetik 2008-01-21.
10. "Chinese New Year". HK Information. http://www.hk-info.net/newsshow.php?
pid=942. Dipetik 2008-01-21.
11. Firecrackers Singapore
12. Yardley, J.. "Bang is back for Beijing's New Year", International Herald Tribune,
2006-01-27.
13. Book soul 1970
14. Chingay Past
15. Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, 100,
Angkatan Polis Singapura. ISBN 981-04-7024-X.
16. "Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan",
Equator Online, Kalbar, 2003-01-30. Dipetik 2008-01-21.
17. "Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year", New York
Post, 2007-02-17.
18. "HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive - Feb 2003". 2003-02-03.
http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.shtml. Dipetik 2008-01-21
19. "fu dao". Everything2. 2002-12-23. http://everything2.com/index.pl?
node_id=1405424. Dipetik 2008-01-21.

20. "The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai", Daily Express, 2007-02-17.
Dipetik 2008-01-21.
Dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

You might also like