You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berdasarkan pengalaman saya dalam beriteraksi


bersama rakan rakan yang berbilang bangsa boleh dikatakan agak menyeronokkan kerana aktiviti
sosial saya tidak terhad kepada sesame melayu sahaja, tetapi bersama sahabat berbangsa cina dan
india juga. Sekolah saya merupakan antara sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang
bangsa dan melalui pengalaman saya dalam bersosial bersama mereka sebenarnya mereka sangat
mudah untuk didekati dan tidak sombong. Mereka juga senang untuk diajak bekerjasama dalam
melaksanakan gotong-royong peringkat sekolah, sambutan perayaan seperti sambutan hari raya
dan sebagainya. Perkara sama juga berlaku ketika saya menyambung ke peringkat matrikulasi di
mana kami orang melayu juga turut serta dalam acara dan majlis anjuran bangsa cina dan india
seperti pesta tanglung dan sebagainya dan acara mereka juga amat menyeronokkan.
Selain itu juga, saya telah memahami tiga wajah kepelbagaian iaitu positif, negatif serta
ideal dan tiga konsep keramat iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan melalui
penerangan dan pandangan koleh Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Melalui
konsep tiga wajah yang telah dijelaskan ialah dimana negatif terjadi oleh kerana konflik yang
timbul antara masyarakat dengan masyarakat yang lain disebabkan oleh perbezaan-perbezaan
dalam isu agama dan budaya yang mana boleh meruntuhkan kesapaduan yang telah terbina
berpuluh tahun lamanya. Manakala, wajah kepelbagaian yang positif telah diuar-uarkan ke
seluruh negara contohnya Tahun Melawat Malaysia untuk menarik ramai orang luar negara
mengenali dengan lebih dekat masyarakat di Malaysia dan wajah kepelbagaian ideal telah
menjelmakan pengharapan 1Malaysia dan bangsa Malaysia. Ketiga-tiga wajah kepelbagaian ini
telah mempengaruhi pandangan seseorang terhadap hubungan etnik di Malaysia, misalnya
Malaysia telah menjadi negara contoh kepada negara-negara lain sebagai rujukan mereka dalam
pembinaan negara bangsa.

You might also like