You are on page 1of 2

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

BERTUGAS SEMASA PEPERIKSAAN SPM 2016


1. Sekiranya Guru Bertugas tidak dapat bertugas pada tarikh dan masa yang
ditetapkan, guru bertugas
mestilah mencari pengganti yang sesuai dan memaklumkan kepada pentadbir
tentang pertukaran
itu.
2. Guru mesti datang 30 minit awal daripada waktu bertugas.
3. Guru bertugas perlu memastikan set daftar kemasukan calon dan fail
peperiksaan yang berkaitan
sedia ada untuk disemak oleh Ketua Pengawas, khasnya dalam kes bantahan,
calon pindah atau
menumpang.
4. Guru bertugas dikehendaki mencatat laporan mengenai kehadiran per
kehadiran sebenar, kertas
peperiksaan, masa kertas, tarikh, hari, calon-calon tidak hadir dan sebarang
peristiwa yang berlaku
pada hari tersebut ke dalam Buku Laporan Peperiksaan SPM.
5. Guru Bertugas hendaklah menyediakan Surat Akuan / Pengesahan calon
sekolah ini sekiranya pelajar
tidak membawa atau keciciran Kad Pengenalan atau Slip Peperiksaan.
6. Guru Bertugas perlu membantu dan mengurus calon yang jatuh sakit
sebelum, semasa atau selepas
waktu peperiksaan dijalankan. (Seperti menghantar ke Hospital / Klinik,
menyediakan bilik rehat /
bilik khas untuk bantuan kecemasan)
7. Guru Bertugas hendaklah menjaga disiplin calon calon di luar dewan / bilik
peperiksaan sewaktu,
sebelum dan selepas peperiksaan. (Seperti bising, mengganggu kawan,
berkeliaran berhampiran
dewan / bilik peperiksaan selepas peperiksaan).
8. Mengatur tempat tinggal dan makanan untuk calon-calon yang dikuarantin
jangka panjang kerana
pelbagai sebab.
9. Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarah oleh Ketua Pengawas dan
Pentadbir bertugas.
10. Sila hubungi pentadbir bertugas jika ada masalah yang tidak dapat
diselesaikan.

11. Hubungi Pengetua sekiranya berlaku berlaku kes-kes yang perlu perhatian
segera beliau.
12. Memulangkan Buku Laporan Peperiksaan ke pejabat/ Pentadbir bertugas
apabila tamat bertugas.

Kerjasama Guru Bertugas sangat dihargai. Selamat bertugas dan didahului


ucapan ribuan terima kasih.

You might also like