You are on page 1of 3

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi adalah salah satu daripada bidang sains yang dapat membantu
meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan,
makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi


mengesan penjenayah dan mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan
ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops)
dalam sektor pertanian.

Menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan negara, Kerajaan telah


mengenal pasti bidang ini sebagai salah satu industri utama negara.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Terdapat banyak institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi di


Malaysia yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam
bidang bioteknologi.

Pembiayaan

Kerajaan menyediakan beberapa skim pembiayaan untuk penyelidikan dan


pembangunan (R&D) serta insentif perniagaan berasaskan bioteknologi kepada
sektor industri.
Klik pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Industri

Program Latihan

Terdapat beberapa program latihan berkaitan bioteknologi yang disediakan oleh


institusi penyelidikan kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai peluang melanjutkan pelajaran dalam
bidang bioteknologi di institusi pengajian tinggi awam.

Khidmat Nasihat

Pembangunan industri bioteknologi di Malaysia masih lagi dalam peringkat awal.


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah agensi yang memainkan peranan
penting dalam pembangunan dan perkembangan bioteknologi negara.

Terdapat juga agensi-agensi Kerajaan dan bukan kerajaan yang menyediakan


khidmat nasihat berkenaan industri ini.
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Direktorat Bioteknologi Kebangsaan

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia

Peluang Pelaburan

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan Negeri sentiasa mempelawa pelabur dan


usahawan dari dalam dan luar negara untuk membangunkan industri bioteknologi di
Malaysia.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Bio-IT Centre Selangor

Technology Park Malaysia

Melaka Biotech Synergy

Peluang pelaburan dalam industri bioteknologi

You might also like