You are on page 1of 18
1. 2. GARISPANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM RAWATAN TERAPI GANTIAN MENGGUNAKAN METADON DI PEJABAT DAERAH / PUSAT KHIDMAT AGENS! ANTIDADAH KEBANGSAAN TUJUAN 1.1 Garispanduan ini bertujuan untuk menyediakan tatacara pelaksanaan Program = Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon di Pejabat AADK Daerah/ Pusat Khidmat AADK. . LATARBELAKANG 2.1 Pelaksanaan Program Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon untuk rawatan penagihan dadah di negara ini adalah berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah Kebangsaan (MIMD) yang telah diadakan pada 13 Januari 2005. Mesyvarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan bersetuju supaya satu projek pilot dilaksanakan untuk menggunakan Metodon dalam rawatan dan penagihan dadah di kalangan penagin-penagih. Tm 2.2 Ekoran keputusan mesyuarat-tersebut, sebuah Jawatankvasa Kerja Khas yang dipengerusikan oleh Dato! Dr. Hj. Abdul Aziz Abdullah, Ketua Jobatan Psikiatt (Pakar Perunding Kanan Psikiatri), Hospital Kuala Lumpur dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang rawatan den pemulihan dadah serta farmakologi dari pelbagai Kementerian dan Jabatan telah diwujudkan. Program Rawatan Terapi Gantian menggunakan Metadon terbukti_berkesan, kos etektif _dan berjaya di beberapa _ negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Lithuania, Hong Kong, Iran dan beberapa negara Eropah. Kaedah terapi ini juga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), UNAIDS dan United Nations Office ‘on Drug and Crime (UNODC) sebagai satu strategi untuk Mengurangkan penyakit akibat doripada tingkah laku yang berisiko melalui perkongsian jarum suntikan bagi penagih-penagih dadah. la juga berkesan ‘dalam mengurang penggunaan dadah jenis heroin atau morfin, aktiviti jenayah dan kematian akibat drug overdose. 24 25 Terapi gantian menggunakan Metacion ini merupakan satu pendekatan Harm Reduction yang diberikan kepada penagih dadah. Ia bermaksud menggantikan dadah yang lebih kuat seperti heroin dan morfin dengan ubatan dari kumpulan yang sama tetapi mempunyai tahap ketagihan dan gian yang lebih rendah seperti Metadon di bawah preskripsi dan pengawasan perubatan dan kaunseling yang sistemattik Tujuan utama Program Terapi Gantian menggunakan Methadone. ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup penagih dadah. Manakala objektif khususnya adalah 2.5.1 mengurangken kadar penagihan semula di kalangan penagih dadah, 2.5.2 meningkatkan ftahap kecergasan mental dan fizikal penagih dadah, 3 2.5.3 mengurangkan kejadian jangkitan penyakit ai kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, 2.5.4 meningkatkan fungsi_psikososial_ di kalangan Penagih dadah termasuk keupayaan mereka untuk mendapat, mengekalkan mutu kerja serta meningkatkkan keyakinan dil untuk kembali kepada masyarakat, dan 2.5.5 mengurangkan oktivifi_ jenayah di kalangan penagih dadah. RASIONAL 3.1 Perkembangan yang menggalakkan daripada_ Projek Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Rawatan Terapi_ Gantian menggunakan Metadon ini telah memperlinatkan beberapa kebaikan program ini jika ianya dibvat secara berterusan dan tersusun. la merupakan alternatif rawatan penagihan dadah yang kos - efektif (Office of National Drug Control Policy, 1998a) dan Mempunyai kesan yang signifikan terhadap pengawalan Penyakit berjangkit seperti HIV dan TB (Firshein, 1998). 3.2 Sehubungan dengan perkembangan di atas, Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK mengambil peranan yang lebih lucas dalam pelaksanaan program Harm Reduction terutamanya dalam melaksanakan program Terapi Gantian menggunakan Metadone. Ini sejajar dengan fungsi Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat ADK yang merupakan nadi jentera kerajaan berhubung dengan uscha memerangi ancaman dadah di peringkat lapangan. 4, OBJEKTIF 43. Di antara objektif pelaksanaan program Terapi Gantian menggunakan Metadon di Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat adalah seperti berikut; 43.1. Menyediakan alternatif rawatan dan pemulihan kepada penagin-penagih = dadah_—_jenis heroin/morfin dengan menggunakan Metadon; 43.2. Membantu Kien mencapai dan mengekaikan kepulihan seria mencegah daripada_terlibat semula dengan dadah; 433. | Menyediokan kemudahan kepada bekas penagih dadah yang mengikuti program Terapi Gantian Menggunakan Metadon untuk mengisi masa 4.3.4, 43.5. KAEDAH lapang dengan program dan aktiviti sosial dan riadah yang sihat. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Program pemulihan psikososial di kalangan klien dan Pembimbing Rakan Sebaya; Membantu klien untuk mendapatkan pekerjaan melalui program penempatan kerja; dan Membantu klien meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup melalui amalan gaya hidup sihat. PELAKSANAAN PROGRAM TERAPI GANTIAN MENGGUNAKAN METADON DI PEJABAT DAERAH / PUSAT KHIDMAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN, 5.1. KRITERIA PEMILIHAN PESERTA 5.1.1. Pemilihan peserta program ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut: i. Penagih sukarela ii, Penagih Heroin / Morfin yang tegar | tempoh penagihan lebih dua tahun dan / atau Pernah menjalani pemulihan di pusat serenti dan komuniti). iii, Berumur tidak kurang dari 18 tahun. iv. Lulus pemeriksaan & ujian klinikal. vy. Penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan. vi. Peserta yang pernah mengikuti program Methadone /Buprenorphine adalah layak untuk dipertimbangkan. 5.2. PERANAN PESERTA PROGRAM 5.2.1. Peserta program hendaklah berdisiplin, mematuhi dan memberi komitmen sepenuhnya dalam mengikuti program rawatan dan pemulihan yang telah ditetapkan. Klien diwajibkan untuk me \adiri sesi_ kaunseling samada secara individu, kelompok mahupun keluarga secara berjadual disepanjang = fempoh —_menjalani rawatan. Kegagalan Klien dalam mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan boleh menyebabkan mereka digugurkan daripada program. 5.3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AADK DAERAH/ PKAADK 5.3.1. Peranan yang perlu dimainkan oleh Pegawai- Pegawai AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK adalah seperti berikut- iti, Menjalankan program saringan awal dan pemilinan peserta program; Menjalankan Program Kaunseling mengikut Modul kaunseling terapi gantian menggunakan Methadone meliputi_kaunseling individu, kaunseling keluarga dan kaunseling kelompok: Menjalankan program bimbingan, pendidikan, penyebaran dan outreach berkaitan Program Harm Reduction dalam kalangan pelanggan AADK seperti ahli keluarga klien, pemimpin Masyarakat, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pertubuhan setempat; Menjalankan program pemantauan dan Penilaian kemajuan klien 4 bulan sekali sehingga klien tamat tempoh program Pengawasan di dalam komuniti: Menjalankan program Follow-Up terhadap kien yang tamat tempoh pengawasan tetapi masih mengikuti program terapi gantian menggunakan Metadon; yi. Menggalakkan ujian pengesanan HIV secara sukarela dan menjalankan kaunseling sebelum. dan selepas ujian; vii, Menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan kepada kes-kes yang dirujuk oleh pemimpin masyorakat, pembimbing akan sebaya, badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak majikan: vil, Menyediakan program dan aktiviti yang sesuai dan boleh memberi peluang pekerjaan kepada peserta program ini; ix. Menyediakan — bajet. = khusus_——uuntuk melaksanokan Program terapi_—gantian menggunakan Metadon seperti membeli ubat- ubatan, melaksanakan aktiviti pemulihan dan program bersama masyarakat; x. Menyediakan khidmat rujukan kepada klien seperti pakar sakit jiwa, pegawai perubatan, pegawai agama dan lain-lain kepakaran yang diperlukan oleh Klien; xi. xii, xii, xiv. xv. xvi. Memberi sokongan dan kerjasama kepada agensi dan NGOs yang terlibat: Melantik Pembimbing Rakan Sebaya untuk membantu melaksanakan program pendampingan (outreach); Mewujudkan dan mengekalkan hubungan serta jaringan di peringkat daerah, dalam kalangan jabatan kerajaan, pihak berkuasa fempatan, pihak majikan dan syarikat swasta; Menyediakan latihan dalaman {in-house training) secara berterusan dalam bidang Harm Reduction; Memberi kerjasama_terhadap program kajian, penyelidikan dan pembangunan mengenai Program Harm Reduction di Pusat-Pusat Khidmat; dan Mengatasi halangan dan cabaran yang timbul untuk = memastikan — matilamat Program Harm Reduction tercapai. 10 5.3.2 Senarai tugas Pegawai-pegawai AADK dan Pegawai Farmasi yang terlibat dalam program ini adalah seperti di Lampiran A ; 5.4. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM 5.4.1, Satu jawatankuasa pelaksanaan program/ jawatankuasa_ kerja hendaklah = ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Pengarah Rawatan AADK. Ketua Pengarah AADK dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak sebagai penaung. Ketua Penyelaras Program hendaklah terdiri daripada pegawai kanan Ibu Pejabat iaity Ketua Penolong Pengarah_ (Perubatan), Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan) dan Ketua Penolong Pengarah (Pencegahan Semula) bagi memastikan kelancaran projek. Penyelaras program di peringkat Ibupejabat hendaklah menyelaras, memantau dan membuat penilaian setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di Pejabat AADK Daerah dan PKAADK yang berkenaan. Pegawai Pemulihan peringkat Negeri dan Ketua ql 6. PROSEDUR Pegawai AADK Daerah dan PKAADK pula hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat. PELAKSANAAN PROGRAM TERAPI ~~ GANTIAN MENGGUNAKAN METHADONE DI PKAADK 6.1. PROSEDUR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM 6.1.1. 6.1.2. Program ini hendaklah mengikuti Garispanduan Program Terapi Gantian Methadone Nasional ( National Methadone Maintenance Therapy Guidelines) yang telah ~~ disediakan ~— oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. la mengandungi garispanduan mengenai farmakologi Metadon, pengurusan kemasukan klien ke dalam program Tawatan, pengurusan Metadon dan pengurusan isu-isu yang dikaitken dengan penggunaan Metadon seperti di Lampiran B. Pelaksanaan program ini hendakiah mengikuti Protokol Program Terapi Gantian Menggunakan Metadon yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan (National Policy and Standard Operating Procedure For Methadone Maintenance Therapy). 6.1.3. 614. 6.1.5. Protokol ini mengandungi polisi dan prosedur pelakscnaan program seperti di Lampiran C. Pelaksanaan program kaunseling hendakiah mengikuti Garispanduan Kaunseling Untuk Terapi Gantian Menggunakan Metadon. la menyediakan garispanduan pelaksanaan kaunseling individu, kelompok dan keluarga seperti di Lampiran D. Isu- isu yang perly di beri perhatian dalam melaksanakan sesi kaunseling kepada klien adalah seperti di Lampiran E. Pelaksanaan Program Kelompok Sokong Bantu hendaklah mengikuti Garispanduan Pelaksanaan Program Kelompok Sokong Bantu Di Dalam Komuniti seperti di Lampiran F. Pelaksanaan Program Co-Dependency hendaklah mengikuti Garispanduan Co-Dependency seperti di Lampiran G. 13 6.2. PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN / PEGAWAI FARMASI 6.2.1 6.2. 6.2.2 6.2.4 Perkhidmatan Pakar Psikiatri / Pegawai Perubatan akan disediakan oleh Kementerian _Kesihatan Malaysia. i. Menjalankan penilaian klinikal / perubatan; ii. Membuat pemeriksaan kesihatan; dan ii, Menjalankan ujian darah dan urin Perkhidmatan oleh Pegawai Farmasi akan disediakan oleh Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia pula adalah meliputi pemberian Metadon secara harian kepada klien, pengurusan rekod yang berkaitan dengannya dan memberi bimbingan psikoeducational secara berkala kepada klien di Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK. Bagi tujuan pelaksanaan, Ketua Pegawai Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK hendaklah menyediakan keperluan logislik seperti kenderaan dan peralatan yang diperlukan sera menyediakan jadual pemberian Metadon setiap hari termasuk hari cuti umum. Jadual yang dicadangkan adalch seperti di Lampiran H. Analisa_ujian urin dan ujian darah serta kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan akan dirujuk ke 14 hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan. 6.3 PROGRAM DAN AKTIVITISOKONGAN Ketua Pegawai Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat hendaklah menyediakan dan menjalankan program sokongan psikososial bagi kes pengawason AADK dan kes-kes yang dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 6.3.1 Program dan aktiviti sokongan psikososial hendaklah dilaksanakan seperti berikut:- i. Program —Psiko-pendidikan oleh Pegawai Farmasi seperti di Lampiran |; ii, Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Terapi Gantian Dadah seperti di Lampiran J: ii, Program Penempatan Kerja/Kerjaya seperti di Lampiran Kk; dan iv. Program Mengatasi Co-dependency seperti di Lampiran L. 6.3.2 Jadual Program Sokongan Psikososial adalah seperti di Lampiran M. 63.3 6.3.4 Ujian urin hendakiah dilakukan secara berkala. Sekiranya ujian urin tersebut didapati positif, intervensi hendaklah dilakukan, Fail peribadi klien hendaklah dibuka dan dikendalikan oleh pegawai pelaksana program di peringkat daerah. Borang-borang seperti di Lampiran N hendakiah digunakan dan disimpan di dalam fail klien. Rekod data dan maklumat peserta program di dalam fail ini hendakiah sentiasa di kemaskit masa ke semasa. dari 6.4 PENILAIAN DAN PEMANTAUAN 6.4.1 6.4.2 Ketua Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK hendaklah menentukan supaya Penilaian dibuat bagi menentukan fahap kemajuan pemulihan klien dari masa ke semasa, Format Penilaian kemajuan pemulihan klien adalah seperti The Opiate Treatment Index (OTI) dan WHOGOL-BRIEF. Segala rekod berkaitan kemajuan pemulihan klien hendaklah disimpan dalam fail klien dan sentiasa dikemaskini. 6.4.3 Pemantauan hendaklah dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan komitmen klien berterusan. 6.4.4 Ketua program hendakiah memastikan satu Laporan mengenai pelaksanaan Program Terapi Gantian Menggunakan Methadone di PKAADK di hantar ke Ibupejabat sebelum atau pada 10 haribulan pada setiap bulan. Format laporan seperti di Lampiran O. 6.4.5 Kajian keberkesanan Program akan dijalankan setiap enam (6) bulan untuk menilai keberkesanan program. oleh loupejabat. 7. TARIKH KUATKUASA 7.1. Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan di Pejabat AADK Daerah / Pusat Khidmat AADK yang terlibat dengan Program Rawatan Terapi Gantian Dadah dengan menggunakan Metadon sepertimana yang telah ditetapkan mulai tarikh ianya ditandatangani. + (DATO’ ABD.BAKIR BIN HJ. ZIN) Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri Tarikh: {c7ismsctzen - 17 18

You might also like