You are on page 1of 1

Berdasarkan hasil pengajian, terdapat konklusi bahawa perlembagaan telah berjaya

membentukkan negara bangsa di Malaysia. Hakikat ini dapat dilihat dari aspek kestabilan
kerajaan dan keadaan yang harmoni di Malaysia. Perlembagaan telah berjaya mewujudkan
masyarakat tolak ansur kaum membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat
dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama, Dalam perlembagaan
mempunyai 3 elemen utama yang dapat menjelaskan sifat dan ciri bangsa Malaysia iaitu
berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara serta
penguasaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan .Hal ini demikian ,
perlembagaan telah bejaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada masyarakat yang
bertolak ansur .

You might also like