You are on page 1of 17

1

PENDAHULUAN
Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental
dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami
rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak
balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Oleh yang demikian, tujuan utama proses pemikiran adalah untuk membina pengetahuan
dan pemahaman dan ia melibatkan aktiviti mental murid-murid. Untuk mencari keputusan yang
rasional seseorang individu itu perlu berfikir menggunakan akal dan otak. Ia adalah aktiviti
mental yang penting dalam proses penyelesaian masalah. Ia boleh juga ditafsirkan sebagai otak
dalam pelbagai kemahiran berfikir, ketika berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk
memahami rangsangan-rangsangan luar yang diterima oleh deria. Kemudian, otak menukar
rangsangan-rangsangan yang diterima dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak
balas berdasarkan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Terdapat banyak teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli
psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20. Teori dan definisi tokoh-tokoh tersebut dihuraikan
secara ringkas Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu
proses untuk memyelesaikan masalah yang dihadapi.
Maksud Proses Berfikir
Proses berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran atau
kemahiran berfikir. Brucer dan Relchenbach (2001) pula, Seseorang yang memperolehi
kemahiran berfikir secara baik dan cekap dalam menyusun perbincangan, konsep atau idea
secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah
dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan
sewajarnya.
Konsep Berfikir
Mengikut The Penguin Dictionary of Psycology (2001), berfikir merupakan manipulasi kognitif
atau mental secara terselindung dengan idea, imej, simbol pernyataan, memori, perkataan,
konsep, kepercayaan atau kehendak.

Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. John Dewey
(1990) menegaskan, pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau
masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami
untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan islam,
berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan konsep pemikiran bolehlah dirumus
sebagai Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan pemikiran untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan
berbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan
perbincangan terhadap proses yang dialami
Ciri-Ciri Proses Berfikir
I.

Operasi Kognitif

Ciri proses berfikir adalah dengan mengunakan operasi kognitif. Istilah kognitif adalah berasal
dari kata cognition iaitu membawa maksud pengertian. Kognitif adalag proses berfikir yang
terjadi secara internel di pemikiran manusia. Menurut para ahli psikologi ,tingkah laku kanakkanak itu sentiasa didasarkan pada sifat kognitif iaitu tindakan mengenal atau memikirkan situasi
dimana tingkah laku itu terjadi.
Dalam perkembangan ini, isitilah kognitf menjadi popular sebagai salah satu psikologi
manusia atau konsep umum yang merangkumi semua bentuk pengenalan yang meliputi tingkah
laku, mental yang berhubungan dengan masalah pemahaman, pemerhatian, memberikan,
menyangka, pertimbangan, pengolah informasi, menyelesaikan masalah, pertimbangan, berfikir
dan keyakinan.
Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan bagaimana
kanak-kanak berimaginasi dan meluahkan perasaan melalui pengaruh persekitarannya. Selain itu,
mereka juga belajar bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objek-objek
sosial seperti diri sendiri, ibu bapa, kawan-kawan. Piaget berpendapat bahawa, kanak-kanak
memainkan peranan aktif di dalam menyusun pengetahuan mengenai realiti. Namun begitu,

Piaget juga berpendapat kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menggunapakai informasi
atau pengalaman yang diperolehi.
II.

Operasi Metakognitif

Selain itu, antara ciri lain adalah operasi metakognitif. Metakognitif adalah satu proses yang
melibatkan aktiviti memikirkan semula segala perjalanan pemikiran yang telah berlaku dalam
minda seseorang individu. Menurut A.G Chandra Wicaksono. (2014) dalam pendefinisian yang
lain, iaitu berfikir tentang proses berfikir atau berfikir tentang pemikiran. Oleh yang demikian,
proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuaan, kemahiran kognitif dan sikap atau
nilai. Contohnya dapat digambarkan pada rajah di bawah.

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka mudahlah baginya untuk
mengawal tindakkan yang akan diambil seterusnya. Sebagai contoh, omar sedar yang dia sedang
memandu ke tempat yang dia belum pernah sampaidan jalannya agak sukar, maka dia akan
memperlahankan kelajuaan pemanduaannya untuk sampai ke tempat yang dituju dengan tepat
dan selamat. (Rolf Dobell, 2008).
Proses metakognitif ini membantu meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing
pelajar atau seseorang itu berfikir. Ia juga membantu seseorang itu menentukan tingkah laku
yang akan diambil apabila dia cuba memahami sesuatu keadaan, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

Dalam pembelajaran metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa
yang tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara unutk meningkatkan kesedaran
mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud,
seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang
dipelajari.
Antara komponen operasi metakognitif adalah perancangan kemahiran dan strategi
operasi kognitif dalam menyelesaikan satu satu tugasan. Selain itu, pemantauan iaitu proses
pemikiran berkaitan dengan hasil dapatan dari operasi penilaian yang dijalankan. Serta menilai,
iaitu proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah
dilalui.
Antara aras penggunaan metakognitif adalah aras penggunaan secara sedar iaitu dengan
mengenal pasti masalah dan menyatakan. Ia adalah bertujuaan untuk berfikir dan meningkatkan
kemahiran berfikir serta sebagai strategi berfikir. Aras kedua adalah aras penggunaan secara
strategic iaitu dengan menyusun proses berfikir mengikut keutamaan, mudah ke susah,
menentukan kesesuaian dan mencari alternetif lain. Seterusnya aras penggunaan secara refektif
dengan mengimbas kembali proses berfikir yang didahului untuk membuat tindakan susulan,
ubahsuaian dan penilaian.

Prinsip Kemahiran Berfikir


Menurut Firdaus Daud & Ika Ayu Hafsari (2015) pemikiran ialah proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir adalah satu
proses menggunakan minda samaada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
pertimbangan dan keputusan untuk menyelesaikan masalah.
Kepentingan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran ialah berfikir secara
kritis dan kreatif sangat penting kerana ia membolehkan murid memahami, menilai serta
mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi.

I.

Bersikap Positif Dan Perlahan Mudah

Antara prinsip kemahiran berfikir yang dapat dikenal pasti ialah sentiasa bersikap kostektif iaitu
mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
Selain itu juga, prinsip kemahiran berfikir ialah berfikir secara perlahan-lahan dan
sentiasa berfikir mudah, melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan
setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya. Memisahkan ego dengan
pemikiran-pemikiran adalah sesuatu perkara yang sukar ini kerana bila seseorang itu sudah
terlalu mahir berfikir dan mempertahankan sesuatu fakta dengan satu dalil yang sama maka
keegoaan akan mengatasi pemikiran yang logik dan kritis.
Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu bila kita perlukan berfikir secara logik,
kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering
bertanyakan diri sendiri, tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
Kita perlu mengambil alternatif lain sebelum kita mengambil keputusan yang lebih baik. Setiap
idea perlulah dilihat secara global supaya perician kita tidak lari atau melencong dari skop atau
landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah diakhiri dengan tindakan yang seharusnya
mendatangkan kesan yang baik kepada orang lain dan juga akan diri sendiri.

Alat Berfikir
Terdapat beberapa jenis alat berfikir yang telah dikenal pasti iaitu Pengurusan Grafik, Peta
Minda dan Alat CORT. Pengurusan grafik atau grafik organiser ( GO ) adalah satu bentuk ilutrasi
atau lakaran yang digunakan utuk membantu dan menguruskan cara berfikir secara tersusun dan
menyedari proses pemikiran yang berlaku yang juga digambarkan secara lebih mudah dan jelas
pemilihannya bergantung pada tujuan situasi dan perhubungan dengan aspek lain.

I.

Pemikiran Grafik

Komponen pemikiran grafik ialah garis, bulatan, gambar dan perkataan antara cara mengguakan
pengurusan grafik ialah merancang dan menyusun idea disamping memahami proses kendiri,
menterjemah pemikiran tersirat kepada tersurat dan menghubungkan segala maklumat dan
mevariasikan cara penghubungan maklumat tersebut.

II.

Alat CORT

Alat-alat berfikir CORT ialah Plus, Minus dan Interesting adalah satu cara bagaimana kita
melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan selain membantu kita lebih
terbuka terhadap sesuatu idea dan memperluaskan dan pandangan samping mngelakkan
pemikiran sempit dan beremosi. (Marilyn & Melver, 2002).
Consider Of Factor ialah membuat pilihan atau membuat keputusan dengan mengambil
kira semua faktor, sekiranya tidak mengambil kira faktor lain, mungkin keputusan iaitu betul

pada masa kini tetapi salah dikemudiannya, mengambil kira semua faktor-faktor lain apabila
sesuatu idea dikemukakan,
Concequence dan Sequel ialah memikirkan sesuatu dengan mengambil kira kesannya dan
pertimbangan kesan serta-merta kesan jangka pendek, kesan jangka sederhana, kesan jangka
panjang.
Aim goals, objective ialah setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya yang tersendiri, tetapi
kadangkala berlaku bukan kerana sebab-sebab tetapi kerana ingin mencapai hajat tertentu.
Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita membuat keputusan tertentu dan
merancang tindakan yang akan diambil.
First, Important dan Priority ialah sesetengah perkara mungkin faktor objektif, dan akibat
mugkin lebih penting daripada yang lain. Dalam memikirkan sesuatu situasi, setelah mendapat
idea, kita pasti menentukan idea mana yang lebih penting

supaya dapat berbuat sesuatu

tentangnya.
Alternative, Possibilities dan Choice ialah pada peringkat awal, mungkin kita tidak
banyak pilihan, sesuatu keputusan diambil namun kalau mencarinya lebih banyak yang dijangka,
dan Other People Views iaitu banyak situasi berfikir melibatkan ramai orang, apa yang difikirkan
aspek faktor, akibat yang mungkin timbul, objektif dan lain-lain, mungkin mereka mempunyai
pandangan berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama.

III.

Peta Minda

Akhir sekali ialah alat berfikir peta minda iaitu untuk bertujuan pembelajaran, percambahan
pemikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik. Peta
minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan implikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran
dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai jaring atau penjaringan. Peta minda ialah
menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas berjejari dengan hanya ada satu kunci dipusatnya.

Peta Minda Jenis Bercabang

Jenis-jenis Pemikiran
I.

Pemikiran Divergen

Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah


dari berbagai-bagai sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan
membolehkan pemikiran divergen sebagai operasi mental yang menuntut
penggunaan kemampuan berfikir divergen sebagai operasi mental yang
menuntut penggunaan kemampuan pemikiran kreatif, meliputi semua. Istilah
pemikiran

Divergen dan berfikir konvergen pertama kali diajukan oleh

Guilford. Pemikiran Divergen berorientasi pada satu jawapan yang baik atau
betul sebagaimana yang dituntut oleh soal-soal ujian pada umumnya.
Sementara Pemikiran Divergen adalah proses berfikir yang berorientasi pada
penemuan jawapan atau alternatif yang mempunyai banyak pilihan. Pemikiran
divergen sebagai operasi mental yang menuntut penggunaan kemampuan
berpikir kreatif, meliputi kelancaran, kelenturan, orisionalitas, dan elaborasi
dan kolaborasi. Ertinya seseorang dikatakan berpikir divergen dalam
memecahkan masalah.
Keempat kriteria tersebut diuaraikan sebagai berikut kelancaran seseorang
menghasilkan idea yang banyak, kemampuan berfikir adalah kemampuan
seseorang menghasilkan gagasan yang terdiri dari kategori-kategori yang

berbeza-beza atau kemampuan memandang sesuatu objek, situasi atau


masalah dari berbagai sudut pandang; sering disebut berpikir tidak
lazim adalah bentuk keaslian berfikir mengenai sesuatu yang belum dipikirkan
orang lain atau tidak sama dengan pemikiran orang pada umumnya
elaborasi adalah kemampuan yang terperinci.
II.

Pemikiran Kreatif Dan Kritis

Adalah satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai


idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana pemikiran kreatif
di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan positif dalam
bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-muridnya mengeluarkan idea
yang unik dan kreatif.
Guru-guru boleh menyemai kemahiran berfikir secara kreatif dengan
cara-cara seperti melatih murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan
terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan mengikut darjah soalan
yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula dengan soalan mudah
dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan secara
spontan, guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran
murid dengan soalan yang unik, murid mempunyai kemahiran berfikir di luar
kotak dan guru-guru perlulah memperkenalkan strategi pengajaran seperti
penyoalan dan penyelesaian masalah agar menjana pemikirna kreatif.
Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi
pengajaran
penyelesaian

dan

pembelajaran

masalah

untuk

seperti
menjana

inkuiri

penemuan

pemikiran

kreatif.

dan

kaedah

Selain

itu,

banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima pelbagai


jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus
memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran,
perbahasan dan debat agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam
perbincangan intelektual.

10

III.

Pemikiran Konvergen

Pemikiran ini telah dicipta oleh ahli psikologi terkenal yang bernama J.P
Guilford pada tahun 1967. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya
berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada
dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea atau
jawapan

yang

lazim.

Penyelesaian

masalah

dilakukan

berdasarkan

pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip,teori, hukum atau rumus yang


sedia ada.
Pemikiran konvergen yang bertumpu ke arah mencari satu jawapan atau
satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau
pemikiran berpandu. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains,
matematik dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri daripada soalansoalan yang dapat menganalisis satu sumber maklumat.Kebiasaannya
soalan konvergen bermula dengan perkataan mengapa, bagaimana atau
dalam cara apa..?.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan di atas
ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan.
Guru-guru

harus

menggalakkan

pemikiran

konvergen

kerana

dalam

pemikiran ini, murid-murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan


atau respon atau alterntif-alternatif yang berbeza. Murid-murid yang pandai
mempraktikkan pemikiran ini ialah merela yang dapat mengintegrasikan
maklumat daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian
yang betul.
Terdapat beberapa cara bagi meningkatkan pemikiran konvergen dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah guru memberikan
soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan atau cadangan atau
cara

penyelesaian

sahaja.

Selain

itu,

guru

perlu

memberi

aktiviti

pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan


pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal. Teknik penyoalan

11

menggunakan

teknik

penyoalan

tertutup

atau

berstruktur.

Pemikiran

konvergen menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Soalan-soalan yang


diberikan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi
memperoleh jawapan yang tepat.
IV.

Pemikiran Reflektif

Pemikiran reflektif merupakan bahagian dari metode penelitan yang


dikemukakan oleh John Dewey. Pendapat Dewey menyatakan bahawa
pendidikan merupakan proses sosial dimana anggota masyarakat yang
belum matang (terutama anak-anak) diajak ikut berkomunikasi dalam
masyarakat.

Tujuan

pendidikan

adalah

memberikan

kontribusi

dalam

perkembangan peribadi dan sosial seseorang melalui pengalaman dan


pemecahan

masalah

yang

berlangsung

secara

reflektif.

Menurut John Dewey metode reflektif di dalam memecahkan masalah, iaitu


suatu proses berfikir aktif, berhati-hati, yang dilalaui proses berfikir ke arah
kesimpulan-kesimpulan.

Kelemahan dan Kelebihan Proses Berfikir


I.

Kelebihan Dalam Proses Berfikir

Antara kelebihan proses berfikir ialah membolehkan kita berfikir dalam menyelesaikan masalah,
membentuk pemikiran dan membezakan antara yang perkara baik dengan buruk, melatih minda
cekap membuat sesuatu keputusan untuk memudahkan atau melancarkan sesuatu perkara yang
dilakukan. Manusia berbeza daripada hidupan lain kerana manusia berakal serta boleh berfikir
untuk melakukan sesuatu perkara yang memberi kesan yang positif kepada setiap apa yang
dilakukan. Dalam proses berfikir ini kita dapat memperkukuhkan lagi minda untuk terus

12

menghasilkan idea yang bermutu, dapat membanding dan membezakan sesuatu yang baik atau
sebaliknya. Proses berfikir sangat penting dalam melatih minda otak yang lebih kuat dan baik.
II.

Kelemahan Dalam Proses berfikir.

Sepertimana yang patut diketahui dalam proses berfikir juga mempunyai kelemahan-kelemahan
yang tertentu yang boleh memberikan kesan-kesan buruk kepada seseorang itu jika ia gagal di
kuasai atau diaplikasikan secara baik mahupun secara lebih teratur dan tersusun. Berfikir secara
tradisional akan melambatkan proses kemajuan sesebuah Negara. Disini tidak bererti setiap
individu itu tidak boleh berfikir secara tradisional tetapi dengan kaedah berfikir secara tradisional
ini akan member kesan yang positif kepada kemajuan Negara kerana kurang melahirkan ideaidea yang baik dan memberikan sesuatu yang berhasil kepada Negara secara cepat.
Berfikir secara reaktif budaya berfikir yang lebih mirip untuk menyalahkan orang lain,
situasi atau keadaan sesuatu tempat jika berlaku sesuatu yang kurang baik terhadap diri sen diri.
Berfikir secara lama tanpa menggunakan alat berfikir akan membantutkan pemikiran seseorang
itu. Tanpa kesepaduan pengetahuan, pengalaman,alat berfikir dan teknik berfikir sudah tentu
tidak dapat memperkembangkan lagi pemikiran pelajar. Budaya berfikir bertujuan memprotes
perlu dikikis dalam masyarakat Malaysia kini. Cara berfikir seperti ini adalah merupakan cara
berfikir tradisonal.

Aplikasi dalam pengajaran kepada murid


Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan dengan
pengetahuan. Kemahiran berfikir bermaksud berfikir. Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud
berakal atau keupayaan untuk berfikir. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir
ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Proses berfikir ini dapat
diaplikasikan kepada pelajar dengan merancang program atau aktiviti pembelajaran yang
menyediakan pelajar dengan memberi peluang pelajar menimbulkan cara mereka berfikir.
Selain itu, kemukakan soalan terbuka berkaitan bagaimana proses mereka belajar sesuatu
konsep. Ini dapat meningkatkan tahap kemahiran berfikir mereka. Seterusnya dengan

13

menggunakan aras soalan Taksonomi Bloom sebagai kerangka konsep menyedari pelbagai cara
berfikir. Serta mengunakan pelbagai bentuk refleksi seperti secara lisan, catatan secara individu
atau kumpulan. Serta guru juga perlu menunjukkan cara atau modelkan proses berfikir kepada
pelajar.
Dengan mengaplikasikan proses berfikir ini pelajar dapat membina keupayaan mengenal
pasti pelbagai strategi berfikir yang digunakan oleh pelajar. Selain itu, dapat meningkatkan
kualiti dan pelbagai cara berfikir yang boleh digunakan oleh pelajar. Serta membina keupayaan
pelajar dengan strategi berfikir yang paling sesuai dan berkesan kepada pelbagai tugas, masalah
dan cabaran.

Aplikasi dalam tunjang


Proses berfikir ini dapat diaplikasikan di dalam tunjang Sains dan Teknologi (awal sains)
iaitu dengan melakukan aktiviti penerokaan dapat menarik sikap saintifik yang positif, ingin tahu
serta berfikir secara kreatif dan kritis akan terbentuk. Proses pembelajaran adalah lebih penting
daripada hasil pembelajaran. Contoh rancangan pembelajaran harian yang dapat dilakukan
adalah bertemakan haiwan iaitu subtema haiwan berkaki dua dan berkaki empat di darat.
Kemahiran yang akan murid-murid perolehi adalah menamakan haiwan yang biasa
dijumpai dan mengecam bunyi haiwan yang sentiasa dijumpai. Pada set induksi, murid-murid
akan diperkenalkan rakaman lagu yang dimainkan oleh guru. Kemudian murid menghayati lagu
yang didengari. Guru dan murid berbual dan memberikan respon terhadap perbualan tersebut.
Seterusnya, langkah kedua pula guru memperkenalkan jenis-jenis haiwan di darat yang
berkaki dua dan berkaki empat Kemudian, guru menunjukkan kad imbasan sambil bersoal jawab
dengan murid. Guru bertanyakan kepada mereka dimana habitat haiwan tersebut. Dengan cara
ini murid akan dapat berfikir secara pemikiran kritif, kreatif, divergen, konvergen dan secara
reflektif.

Ulasan Kemahiran Berfikir

14

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan
langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat
menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam
pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2015.
Secara kebaikanya ialah kemahiran berfikir haruslah diterapkan di dalam prose
pembelajaran dan pengajaran terhadap kanak-kanak prasekolah ini kerana pada tahap ini
vbmereka mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan banyak perkara yang mampu mereka
menyerap dengan banyak dan berkesan.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka
sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai
bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid
Kemahiran berfikir ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi
keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan
mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih
produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti

KESIMPULAN
Dengan ini jelaslah bahawa kaedah proses berfikir amat penting. Ia ialah proses yang
menggunakan operasi berfikir. Tingkah laku kanak-kanak sentiasa berdasarkan sifat kognitif iaitu
tindakan mengenal atau memikirkan situasi di mana tigkah laku itu terjadi. Kaedah berfikir ini
membantu meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing pelajar atau seseorang itu

15

berfikir. Ia juga membantu seseorang itu menentukan tingkah laku yang diambil apabila dia cuba
memahami sesuatu keadaan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Dalam kaedah pembelajaran metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan
apa yang tidak diketahui, apabila kesedaran wujud seseorang dapat mengawal pemikirannya
dengan merancang, menilai, memantau apa yang dipelajari.
Terdapat pelbagai alat berfikir yang dapat digunakan sebagai kerangka konsep,
menyedari pelbagai cara berfikir di antaranya ialah pengurusan grafik, Alat CORT, peta minda
dan taksonomi Bloom . Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan
didedahkan dengan pengetahuan. Kemahiran berfikir bermaksud berfikir. Menurut Kamus
Dewan, fikir bermaksud berakal atau keupayaan untuk berfikir. Jadi dapatlah disimpulkan
bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
Proses berfikir ini dapat diaplikasikan kepada pelajar dengan merancang program atau aktiviti
pembelajaran yang menyediakan pelajar dengan memberi peluang pelajar menimbulkan cara
mereka berfikir.

RUJUKAN
Ahmad Rasyidi. (2012,Januari 9). Proses berfikir. Diperoleh semula
daripada http://gurufikir.blogspot.com
A.G Chandra Wicaksono. (2014). Hubungan keterampilan metakognitif dan berfikiran
terhadap pembelajaran. Cara Pembelajaran Metakognitif, 34 (1), 101-103.

kreatif

Brucer & Relchenbach. ( Jun, 2001). Introduction to critical thinking. New York: Mc Graw Hill.
Daniel Kahneman. ( April, 2003). Thinking, fast and slow. United America Of State: Allen Lane.

16

Edward De Bono. (1976). Six thinking hats. Penguin: Rchard Branson.


Firdaus Daud & Ika ayu Hafsari. (2015). The contribution of critical thinking skills and
metacognitive awareness on students learning: Teaching biology at senior high school.
Critical Thinking Skill, 12 (3), 60-65.
John Dewey. (1990). Earlier logical theory. New York: James Scott.
Marilyn & Melver,MA. ( November, 2002). Acquiring critical thinking skills. State University,
United Kingdom: W.B. Sanders Company.
Rolf Dobell. (2008). The art of thinking clearly. Westchester, New York: Harper Collins.
Rasyidah Mursyid. (2005, November 23). Kekuatan dan kelemahan proses berfikir.
Diperoleh semula daripada http://www.webpage.com
The Penguin Dictionary Psychology. Critical thinking (2001). State University, United
Kingdom: Emily S. Reber

LAMPIRAN

17

Contoh Aliran Peta Minda

Fungsi Hemisfera Kiri Dan Kanan

You might also like