You are on page 1of 30

1.

0 Pengenalan
Pentaksiran perihal menaksir; penaksir, pentaksir orang yg menaksir (Kamus Dewan Edisi ke4). Pentaksiran juga merupakan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi aktiviti seperti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid. Melalui pentaksiran yang dijalankan oleh
guru terhadap murid ini, guru secara tidak langsung akan mengetahui tahap pencapaian murid
terhadap apa yang telah diajar. Manakala istilah penilaian pula adalah sebuah proses yang
dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang
guru dan keberkesanan kurikulum. Hal ini dapat saya simpulkan bahawa pentaksiran dan
penilaian ini adalah adalah proses untuk mendapat maklumat, mempunyai rekod tertentu, dan
digunakan untuk membuat keputusan.
Terdapat beberapa tujuan mengapa perlunya ada pentaksiran dan penilaian antaranya ialah
mendapatkan gambaran mengenai prestasi murid dalam pembelajaran, penilaian terhadap
aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, mendapat maklumat mengenai
pembelajaran

dan

pengajaran,

membaiki

pengajaran

dan

pembelajaran,

membuat

perbandingan pencapaian murid dengan rakan yang lain serta menentukan murid yang tinggi
keupayaan dan yang lemah pencapaiannya.
Dalam matapelajaran pendidikan seni visual terdapat 9 jenis pentaksiran yang boleh digunakan
oleh guru dalam menilai dan mentaksir murid iaitu pentaksiran autentik, pentaksiran
Performance Based, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran dan tindakan
penambahbaikan, pentaksiran dan motivasi, pentaksiran aspek nilai dan sahsiah, pentaksiran
pembentukan watak, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran kendiri.
Dalam pentaksiran juga merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

PENTAKSIRAN

DEFINISI

Pentaksiran satu proses


mendapatkan
dan

TUJUAN

malumat
seterusnya

CONTOH

Pentaksiran

membolehkan

sistem

persekolahan,

sekolah-sekolah,

dan guru serta pelajar dan

serta

murid

meningkatkan

memberikan piawaian yang

proses pendidikan.
Konteks
pendidikan

lebih bermakna
Piawaian yang

ditetapkan

:pentaksiran merupakan

boleh memberikan fokus atau

satu

tumpuan serta arah kepada

episod

proses

dalam

pembelajaran

pengajaran

yang merangkumi aktiviti


menghurai, mengumpul,

pentaksiran

dan

unsur-unsur

penting

(assessment as learning).
pentaksiran
kepada
pembelajaran
(assessment of learning) .

pembelajaran

seorang

kekuatan

pelajar

sesuatu

prestasi murid dan pelajar


yang

terhadap

dan

utama

pembelajaran

menyokong

tentang

tujuan.

(assessment for learning)


pentaksiran
sebagai

dan

maklumat
bagi

untuk

pembelajaran
Keputusan dan hasilan dari

merekod, memberi skor


menginterpretasi

dan

tentang produk sesuatu

pentaksiran
pembelajaran

pengajar

membuat penghakiman
pertimbangan

dan

berkaitan

sifat,

kelemahan
dengan

piawai.
meningkatkan motivasi.

PENGUJIAN

DEFINISI

1 teknik untuk
mendapatkan maklumat
tentang perubahan tingkah
laku individu.
Ujian terdiri daripada 1 set
soalan atau tugasan yang
membuatkan murid
memberi 1 set tindak
balas atau respon.
Ujian merupakan alat
pengukuran yang hanya
mengukur pencapaian
murid (dalam bentuk
markah) sahaja.

TUJUAN

1. Mengesan hasil
pembelajaran yang
telah dicapai.
2. Mengesan
kemajuan yang
telah diperoleh
mengenai
pencapaian hasil
pembelajaran yang
lain.
3. Ujian petempatan
akan menentukan
kemahiran dan
penguasaan sedia
ada murid sebelum
pengajaran.
4. Ujian diagnostik
menentukan punca
masalah
pembelajaran dan
dengan itu
membantu guru
menentukan teknik
pemulihan yang
perlu digunakan.

CONTOH

1. Menyelesaikan
masalah
Matematik.
2. Melukis 1 gambar
rajah.
3. Mentakrif sesuatu
perkataan.

PENGUKURAN

DEFINISI

Suatu proses untuk

TUJUAN

1. Menentukan tahap

CONTOH

1. Ramli mendapat 60%

mendapatkan penjelasan

pencapaian dan

dalam ujian Matematik.

secara numerik (angka)

kedudukan di antara

Pencapaian Matematik

tentang sebanyak mana

murid.
2. Membuat perbandingan

individu atau pelajar


mempunyai suatu ciri yang

pencapaian dan
kedudukan di antara

diukur tanpa
memberikan nilai
kepada ukuran yang

murid dalam mata

diperoleh.
2. Kemahiran melukis

pelajaran tertentu

murid boleh diukur

Untuk menentukan sejauh

ataupun keseluruhan

melalui pemerhatian/

mana seseorang individu

pencapaian

pencerapan,

diukur dengan
menggunakan alat tertentu

memiliki prestasi/ciri-ciri
tertentu.

akademiknya.
3. Untuk pengelasan dan

sementara
pengetahuan dan

menempatkan pelajar

sikapnya boleh diukur

dalam jurusan kurikulum

melalui temubual.

yang sesuai.
4. Untuk pensijilan sebagai
tahap pencapaian
akademik dalam sesuatu
peringkat persekolahan.

DEFINISI

TUJUAN
PENILAIAN

CONTOH

PENILAIAN

DEFINISI

satu proses sistematik


untuk menetukan sejauh
mana

objektif

pengajaran telah dicapai

oleh para pelajar.


suatu proses mentaksir
sama

ada

kuantiti

sesuatu yang diukur itu


boleh

diterima

atau

pengenalpastian,
pemerolehan
yang

dan
maklumat

berguna

pertimbangan
pilihan

Diagnosis

Pencapaian

Pemilihan dan
Penempatan

Bimbingan dan
Kaunseling

CONTOH

1. Penilaian KEndiri:
bertujuan menentukan sama ada
diri inidvidu yang menilai itu sendiri
sama ada memahami apa yang
dipelajari atau sudah bersedia
untuk menduduki ujain atau
peperiksaan.
2. Penilaian Guru
bertujuan mennetukan sama ada
setiap pelajar memahami apa yang
diajarnya dan juga menilai

tidak.
melibatkan

pentafsiran

TUJUAN

bagi
pilihan-

keputusan

berasaskan

kepada

sesuatu

objektif

pendidikan.

keberkesanan pengajarannya.
3. Penilaian Piawai
bertujuan menentukan
percapaian seseorang pelajar
berbanding dengan pencapaian
pelajar-pelajar, dan seterusnya
menentukan sama ada pelajar
tersebut dapat melanjutkan
pelajaran dalam bidang-bidang.
tertentu.

1.1 Penilaian Autentik


5

Pentaksiran autentik merupakan sebuah pentaksiran yang berasaskan penilaian murid


agar mendekati dunia yang sebenar dan kehidupan yang nyata sedekat yang mungkin.
Menurut Crow & Crow (1983), pentaksiran ini merangkumi aspek pengetahuan murid,
kefahaman yang dalam, penyelesaian masalah, sosial, sikap terhadap persekitaran dan
simuasi terhadap dunia yang sebenar. Pentaksiran jenis ini juga memerlukan kanak-kanak
membuat demonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas dan hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pada masa yang sama
pentaksiran jenis ini adalah satu jenis pentaksiran yang meliputi kehidupan yang sebenar
yang berpusatkan kepada murid. Melalui pentaksiran ini, guru dapat mengukur prestasi
murid sekaligus menunjukkan tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi, sikap dan
sebagainya. Penilaian autentik ini juga merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak
secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan. Umumnya, penilaian autentik ini adalah satu sistem
penilaian yang sesuai digunakan untuk membuat penilaian dalam matapelajaran
Pendidikan Seni Visual. Sebagai contoh, guru dapat membuat penilaian terhadap murid
yang membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan
konsep,

membuat

pemerhatian

semasa

murid

melukis

atau

membuat

lakaran

mengembangkan pemikiran yang kritis.


Terdapat beberapa beberapa ciri-ciri penilaian autentik yang perlu difahami oleh guru.
Pertama, menilai pemahaman melalui penampilan tugas yang dijalankan, melalui aktiviti
yang dilakukan oleh murid, boleh diaplikasikan pada subjek yang memerlukan proses
menganalisis, mensintesis, dan mengaplikasi dan subjek yang membina isi tersirat.
Penilaian jenis ini juga merupakan penilaian yang berpusatkan murid. Antara contoh-contoh
penilaian autentik ialah, murid menunjukkan kefahaman terhadap modul atau bidang
menggambar dengan menceritakan kembali teknik-teknik untuk membuat catan semasa
sesi apresiasi, murid mengadakan persembahan tarian, karya tulis, membuat demonstrasi
hasil karya serta menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk portfolio. Melalui
penilaian, ini secara tidak langsung guru dapa membuat penilaian secara serta-merta.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada murid ialah dapat mengungkapkan secara
total seberapa baik pemahaman akademik mereka, menghubunggkan pembelajaran dan
pengalaman mereka, dunia mereka serta masyarakat mereka. Murid akan dapat
mengungkapkan dan memperkuatkan penguasan kompetensi mereka. Hal ini akan dapat
menguatkan lagu kemahiran berfikir aras tinggi mereka.

Kesimpulannya, pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanakkanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan
dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan
kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
Hasil Pembelajaran
1.2 Penilaian Hasil Pembelajaran
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang
memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan
kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu
memberi perubahan kepada individu yang terlibat.
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang
diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang
diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada
sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk
menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan
perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah
berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendekatan yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan hasil
pembelajaran yang pertama ialah Student Learning Ouycomes (SLO), jangkaan hasil
pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kedua, Student Progress Outcomes (SPO). SPO ini
merupakan penilaian yang berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih
baik dalam peringkat yang seterusnya. Penilaian ini tidak dilakukan pada satu tahap
semata-mata.
Terdapat beberapa kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran sekiranya dilakukan
dalam matapelajaran pendidikan seni visual. Kebaikan kepada pelajar ialah murid akan
faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan. Contohnya, murid tahu bahawa
dalam karya catan tersebut mempamerkan 3 bahasa seni visual iaitu jalinan (Tampak),
rupa (Organik), dan garisan (Halus). Melalui pentaksiran ini juga dapat menggalakkan
pembelajaran merentas kurikulum serta murid dapat menentukan pekara yang terbaik
untuk memperoleh hasil pembelajaran

1.3 Pentaksiran Performance Based


Definisi kepada Pentasiran Performance Based ialah proses yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar
menggunakan

pengetahuan

dengan

bermakna

juga

menghendaki

pelajar

mahir

menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,


kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk
memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke
semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Terdapat tiga jenis pentaksiran berasaskan Performance Based boleh diukur ialah melalui
portfolio (dapatan hasil kajian), Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar), dan mengukur berdasarkan keupayaan. Kaedah portfolio selalu digunakan untuk
menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang
membolehkan

penilaian

terhadap

murid

dibuat

secara

keseluruhannya.

Kaedah

pentaksiran berpusat pula pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid
dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. Manakala
kaedah mengukur berdasarkan keupayaan pula dapat dinilaikan seperti bahan contoh
daripada murid seperti bahan penulisan, persembahan dan gerak kerja projek
1.4 Pentaksiran dan Motivasi

Suatu medium perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri
individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke
arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat
menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu
tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi. Sebagai contoh, sesuatu yang
menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif
atau positif, pengarah tuju dan penggerak tindakan, darjah kesungguhan, dan stimulator
atau semangat. Terdapat juga tiga jenis motivasi. Pertama ialah motif primer yang dibawa
sejak lahir & bukan hasil proses belajar, faali/psikologis dan keinginan untuk makan &
minum. Kedua iaitu Motif Umum yang dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar, tidak
8

berhubungan dengan proses faali tubuh manusia dan keperluan kasih sayang, rasa ingin
tahu & diperhatikan. Ketiga ialah Motif Sekunder yang tumbuh sebagai hasil proses belajar,
tidak berhubungan dengan proses faali dan keperluan berprestasi & berkuasa
1.5 Pentaksiran Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang
diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya
meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap
pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar
tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak
mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Dr
Abu Bakar Nordin (1986), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding
dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai
cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat
konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara, iaitu tanggapan diri seseorang individu dan
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Penilaian konsep kendiri
merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir
daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkah laku perasaan dan fikiran.
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan
dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu, memberi
panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi
pembelajaran seterusnya, memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam
menilai perkembangan diri dan pencapaiannya, mengurangkan kebergantungan pelajar
pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu
bidang/kemahiran dan membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati


matlamatnya guru hendaklah, meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri
dalam proses pembelajaran, mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar
membuat penilaian kendiri, melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran
mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik, dan membimbing
pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan kesannya terhadap proses
pembelajaran seterusnya. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang
berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak
dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta
kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.
Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Proses
menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah
menjadi penilaian kendiri.
1.6 Pentaksiran berbantukan komputer
Pentaksiran jenis ini juga dikenali sebagai pentaksiran berasaskan web yang merupakan
satu istilah umum yang merangkumi penggunaan komputer dan internet dalam proses
pentaksiran. Ia juga merupakan satu istilah yang meluas, merangkumi pelbagai kegiatan
yang mana teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi
perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas
talian dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan
dengan pentaksiran di peringkat sekolah.
Pentaksiran ini juga turut didefinisikan sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang
mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti
pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Pentaksiran berbantukan komputer adalah
merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan komputer. Contohnya
penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balas kerja kumpulan,
penyelesaiana dan penyerahan tugasan secara elektronik atau e-portfolio. Sehubungan ini
sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan mencadangkan supaya penggunaan teknologi
diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah (Marzita Abdullah, 2009).
1.7 Pentaksiran aspek nilai dan sahsiah

10

Aspek nilai dan sahsiah murid yang dinilai ialah amalan nilai-nilai murni, perbuatan
menghormati dan mematuhi arahan serta sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan
dan rakan sebaya.
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Menurut Mokhtar
Ismail (1995), nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua
agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak
mulia. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai
yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.
1.8 Pentaksiran Pembentukan Watak
Pentaksiran jenis ini merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam pentaksiran
Pembentukan Watak terdapat beberapa elemen yang penting iaitu maklumat, proses,
produk, penghakiman. Melalui maklumat guru boleh mendapatkan maklumat tentang
produk iaitu melalui cara penghasilan (proses) asas seni - reka yang ingin digunakan, tema
karya. Proses penghasilan produk. Dapat dinilai atau ditafsir melalui cara seniman bekerja.
Hal ini termasuklah jalan kerja, langkah-langkah dalam menghasilkan karya. Produk pula
boleh dinilai dan ditafsir melalui hasil akhir. Penghakiman boleh dilakukan melalui penilaian
dan pentafsiran produk.
Terdapat beberapa kategori dalam pentaksiran pembentukan watak. Pertama sekali ialah
Sikap-sikap pengkarya dalam bekarya. Kedua ialah perwatakan umum dan perkembangan
emosi. Perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi
produk yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan dengan
kehidupan atau perasaan dalaman mereka. Ketiga ialah minat dan keutamaan. Lazimnya
pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut minat dan dan keutamaan mereka.
Keempat ialah trait tingkahlaku. Tingkah laku pengkarya mampu mempengaruhi produk.
Contohnya cara bekerja, dan stail mereka dalam menghasilkan karya. Kelima ialah konsep
kendiri.

Pengkarya

mampu

menaikkan

konsep

kendiri

dalam

karyanya

dengan

menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

11

1.9 Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan


Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas
yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran
dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.
Terdapat beberapa prinsip pentaksiran dan tindakan penambahbaikan iaitu pentaksiran
ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta peluang kendiri. Pelajar
hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah yang mereka cuba capai dan
apakah yang mahu mereka capai. Selain itu menjadi sebahagian daripada perancangan
efektif pengajaran dan pembelajaran. Perancangan hendaklah termasuk strategi
bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai
dalam sesuatu tugasan pelajar. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat
untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan. Pentaksiran ini adalah
sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan keduadua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi, dialog dan membuat keputusan. Guru
hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang komen yang telah
dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan bagi memastikan pelajar
melakukan tindakan penambahbaikan.
2.0 Banding Beza Jenis Pentaksiran Pendidikan Seni Visual

ASPEK
BERPUSATKAN

PERFORMANCE BASED

AUTENTIK
Murid
>Temubual - Guru bertanya
kepada kanak-kanak tentang
latar belakang, aktiviti, minat

(simulasi berdasarkan situasi


sebenar)
>Mengukur berdasarkan

dan lain-lain lagi.


>Penceritaan

semula

Bercerita

Kanak-kanak

Murid dan guru


>Portfolio (dapatan hasil kerja)
>Kaedah pentaksiran berpusat

keupayaan.

bercerita melalui pengalaman


atau

melalui

pembacaan

mereka.
JENIS PENTAKSIRAN

>Sampel penulisan - Kanakkanak bercerita, memberikan


penjelasan melalui penulisan.
>Projek/ Pameran - Kanak-

12

kanak

bekerjasama

dalam

kumpulan untuk melaksanakan


projek

atau

pameran

melibatkan persembahan atau


pameran.
>Eksperimen/

Demostrasi

Kanak-kanak

mendemostrasi

eksperimen,

melaksanakan

prosedur

mengikut

langkah

yang

ditetapkan

dan

mendokumentasikan

hasil

eksperimen.
>Pemerhatian

guru

melakukan
dengan

Guru

pemerhatian

mendokumentasikan

tumpuan dan interaksi pelajar


di dalam kelas dan kerjasama
di dalam aktiviti kelas.
>Portfolio - Guru mengumpul
koleksi hasil kerja kanak-kanak
untuk melihat perkembangan
dari masa ke semasa.
-Mampu memberi perubahan

-Murid

kepada pelajar tersebut sama

tugasan serta membina ilmu

ada dari segi kognitif, sosial,

dengan sendiri.

emosi dan sebagainya.


-Memberi peluang kepada

-Proses

pelajar untuk mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran
yang ada pada mereka melalui
cara yang berkaitan dengan
kehidupan mereka dan tidak
MURID

tertakluk
dan

kepada

pengetahuan

kemahiran
disekolah

boleh

melaksanakan

yang

menggunakan

subjek penglibatan murid dalam


sesuatu aktiviti yang dijalankan.
-Melatih

murid

dengan

diri

untuk

sendiri

yakin
kerana

penilaian dilakukan memerlukan


murid

untuk

pertunjukan,

membuat
perbuatan,

perlaksanaan atau hasil kerja

sahaja.
13

KELEBIHAN

-satu proses yang melibatkan

individu.

pelbagai bentuk pengukuran

-Melatih

prestasi yang boleh mereflek

melaksanakan

tahap

pembelajaran

murid

untuk
tugasan

pelajar, mengikut kaedah yang betul.

kejayaan, motivasi dan sikap

-Dapat

pada aktiviti yang releven.


-Dapat
memberi
peluang

pencapaian kognitif, afektif dan

kepada

pelajar

meningkatkan

psikomotor murid.

untuk

memperbaiki dan melakukan


penambahbaikan

melalui

pemikiran kritis dari masa ke


semasa.
-Pelajar

akan

cuba

menggunakan pemikiran kritis


dan

kreatif

mereka

menjawab

bagi

persoalan-

persoalan yang ditimbulkan.


-Pelajar dapat memahami
kehendak hasil pembelajaran
dari guru kerana pentaksiran
lebih

konsisten

dimana

murid

menentukan
terbaik
hasil

dan

untuk

perkara

telus
dapat
yang

memperoleh

pembelajaran

yang

terbaik seperti yang diinginkan.


-Dapat
menghubungkan
pembelajaran

dengan

pengalaman mereka sendiri,


dunia mereka dan masyarakat
luas.
-Pentaksiran

autentik

-Menilai

keberkesanan

memberikan manfaat kepada

penyelesaian

guru dalam bentuk maklum

dilaksanakan.
-Menilai keberkesanan bahan

balas secara langsung bagi

masalah

yang

14

meningkatkan pengajaran dan

GURU

dan

teknik

serta

kaedah

pembelajaran kepada pelajar. pengajaran yang digunakan.


-Mengurangkan unsur pilih
Contohnya
sekiranya
kasih dalam menilai murid.
seseorang
pelajar
tidak
-Guru dapat mengetahui tahap
menguasai
sesuatu
penguasaan seorang murid.
pengajaran dan pembelajaran
guru

boleh

melakukan

intervensi

untuk

megatasi

masalah

tersebut

melalui

memperbaiki penyediaan guru


dalam

proses

pembelajaran

dan perkembangan.
-Penggunaan
teknik
kaedah

yang

semasa

atau

dijalankan

pentaksiran autentik

contohnya

melalui

portfolio,

pemerhatian, rekod anekdot


dan

pelbagai

lagi

disimpulkan

dapat
bahawa,

pentaksiran autentik ini adalah


subset

kepada

alternatif

proses pentaksiran yang mana


ia

menggunakan

spektrum

yang lebih luas untuk melihat


perkembangan pelajar dengan
lebih menyeluruh dan bukan
hanya tertakluk kepada ujian
semata-mata.
-Guru
dapat

melihat

perkembangan

pencapaian

pelajar

hasil

pelajar.
portfolio

melalui

Contohnya
guru

kerja
melalui
dapat

menyimpan hasil kerja murid


sebagai

bukti

peningkatan
15

pencapaian pelajar terhadap


sesuatu

pembelajaran

pengajaran.
-Guru
dapat

dan

menilai

keupayaan

pelajar

dalam

melakukan

sesuatu

menggunakan

atau
sesuatu

kemahiran

dalam

menghasilkan

sesuatu

yang

baharu dan kreatif. Contohnya


keupayaan

pelajar

menghujah,

dalam

menganalisis

hujah lawan, merancang dan


melaksana

sesuatu

persembahan,
sesuatu
KELEMAHAN

mereka

yang

sebagainya.
-Pentaksiran
dilakukan

cipta

berseni
hanya

dalam

dan
boleh

bentuk

-Murid tidak akan melaksanakan


tugasan

yang

tugasan yang diberikan oleh

apabila

guru (Bentuk Kontekstual).


-Membebankan guru untuk

peneguhan daripada guru.


-Bebanan guru akan bertambah

menyediakan banyak boring

kerana guru perlu menyediakan

yang perlu digunakan untuk

setiap boring-borang penilaian.


-Murid
hanya
melakukan

membuat
Contohnya,

penilaian.
senarai

semak

prestasi/perkembangan
pelajar, skala rubrik, borang
penilaian kendiri pelajar dan
penilaian rakan sebaya.

murid

disediakan
tidak

ada

tugasan dengan baik apabila


ada gred yang diberikan tetapi
mereka tidak akan membuat
tugasan dengan bersungguhsungguh sekiranya tidak ada
gred diberikan

KEPENTINGA

>Dapat

secara total seberapa baik

keseluruhan

pemahaman

kerja murid.
>Dapat memantau dan menilai

mereka.

mengungkapkan
akademik

>Dapat menilai murid secara


menerusi

hasil

16

>Menghubungkan
pembelajaran

dengan

pengalaman mereka sendiri,


dunia mereka dan masyarakat
luas.
>Mengungkapkan
memperkuatkan

dan
penguasaan

murid dari semasa ke semasa.


-Guru dapat melihat penglibatan
murid.
>Dapat melihat penglibatan aktif
murid.
>Menilai

keberkesanan

penyelesaian

masalah

yang

telah dilaksanakan.

kompetensi mereka.
>Menangani

teknologi

dan

berfikir sistematik.

3.0 PERATURAN PEMBERIAN MARKAH PSV SECARA HOLISTIK DAN ANALITIK

Holistik

SKEMA
PEMARKAH
AN

Analitik

3.1 Pemarkahan Holistik


- Skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah
-

kepada jawapan pelajar.


Sesuai utk esei.
:memerlukan pemeriksa

membaca

terlebih

dahulu

jawapan

secara

keseluruhan :mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian


:menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan
17

Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada

kehendak soalan.
memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai

bidang atau mata pelajaran berkenaan.


boleh dikelaskan kepada 6 kriteria berdasarkan dari markah 0 sehingga 6

MARKAH

KRITERIA

Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan
berkesan

Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan

berkesan
Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan

memuaskan
Kurang Memuaskan menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah

Lemah belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah

Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

3.1.1

Langkah-Langkah yang Terlibat


Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang
akan digunakan dalam pemarkahan.
Huraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori
atau gred.
Baca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan kriteria
yang tetapkan dapatkan satu gambaran keseluruhan mengenai kualiti
jawapan.
Letakkan kertas jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan
dengan kualiti kertas jawapan.
Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula semua
kertas jawapan yang diletak dalam setiap kategori prestasi untuk
memastikan ianya telah diletakkan dalam kategori prestasi yang betul.

18

Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke


kategori yang betul.

3.1.2

Kaedah Pemarkahan Holistik


Kaedah Ordinal
: Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan
kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang
berikut :
-Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.
-Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu
prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di
bawah.
-Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D
dan E sebagainya.
-Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan
berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk
setiap gred
Kaedah Nominal
:
Dalam pemarkahan

yang

menggunakan

kaedah

nominal,

pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut :


-Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama

ada

menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B=


Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria
kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
-Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu
untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar,
berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria
proses.
-Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk
menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip
tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.
-Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat
pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

3.1.3

Kelebihan pemarkahan holistiK

19

Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng


daripada kehendak soalan.
Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang
Pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang
pemeriksa
Pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dlm kumpulan (pastikan
setiap pemeriksa beri markah yang sama).
Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dlm aspek penguasaan
pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya
kemahiran aras tinggi
Pemeriksa mengikhtiraf dan beri ganjaran kepada pelajar yang beri
jawapan secara kreatif dan inovatif.
3.1.4

Kelemahan pemarkahan holistik


Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar
menguasai

bidang

atau

mata

pelajaran

berkenaan

sebagai

pemeriksa.
Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek
khusus penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.
Kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah

antara

pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan.


Pemarkahan holistik juga kurang objektif.

mudah

Pemeriksa

dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan
dan kekemasan skrip jawapan

3.2 Pemarkahan Analitik


- Beri markah secara point iaitu ia perlukan skema pemarkahan yg terperinci &
-

setiap unit jawapan diberi perhatian & pemberatan.


Beri perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kpd

organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.


Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan terhad.
3.2.1

Penyediaan skema pemarkahan:


a) Kaedahan ini memerlukan:
penyediaan satu garis panduan/senarai unsur utama yang perlu
dikemukakan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu.
Penentuan bilangan point yang akan diberi untuk setiap unsur
utama
20

b) Jawapan pelajar yang menepati jawapan yang dikehendaki akan


diberi markah penuh; jawapan yang langsung tidak menepati tidak
akan diberi sebarang markah.
c) Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan
tidak tepat sepenuhnya.
d) Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan
berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang
kurang tepat.
3.2.2

Kelebihan pemarkahan analitik


Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman
dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan.
Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah
disediakan.
Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang
jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.
Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.
Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian
pelajar tinggi atau rendah.
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar
dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.
Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa
kelemahan mereka dengan jelas
Lebih objektif dan ketekalannya

dapat

dikekalkan

sekiranya

pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

3.2.3

Kelemahan pemarkahan analitik


Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip
jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai.
Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar
dengan skrip jawapan satu persatu.
Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang
memberi penekanan pada kemahiran penulisan.
Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata,
secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu
bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.
Mereka tidak akan mengambil kira aspek kemahiran apabila
menjawab soalan berbentuk esei.
21

Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat


kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan
untuk aspek tersebut akan ditolak.
Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan esei
atau subjektif.
3.3 Perbezaan Antara Pemarkahan Holistik dan Analitik

22

Perkara

Permakahan Holistik

Permakahan Analitik

SKEMA

Sangat

subjektif Sangat

terperinci

berdasarkan

PEMARKAHAN

(Berdasarkan

andaian unsur-unsur yang terkandung di

bahawa pelajar mempunyai dalam jawapan


pandangan menyeluruh ke
atas keseluruhan soalan)
KRITERIA

Hanya

guru

PEMERIKSA

berpengalaman

yang Semua guru boleh menggunakan


dan teknik ini termasuk yang kurang

menguasai

bidang pengalaman

berkenaan

mampu

menggunakan teknik ini


UNSUR-UNSUR

Apa sahaja aspek baik yang Kandungan, pengelolahan dan

PENTING

terdapat di dalam jawapan

proses

DALAM
JAWAPAN
PENYELARASA

Mesyuarat

penyelarasan Skema permarkahan dihuraikan

oleh ketua pemeriksa dan secara terperinci (meningkatkan

PERMARKAHAN

pemeriksa

berkenaan keobjektifan

diperlukan

kebolehpercayaan)

BENTUK

Sesuai

untuk

SOALAN

karangan atau esei

soalan

dan
boleh

disediakan secara bertulis


Berstruktur (setiap soalan
diperuntukkan

markah

tertentu secara terperinci)


BENTUK

Jawapan tidak semestinya Perlu dijawab secara terperinci,

JAWAPAN

seragam
disediakan

spt

skema

(sesuatu

yg seragam dan berstruktur


esei

beri pelbagai bentuk luahan


pemahaman pelajar)
BENTUK

A, B, C, D, E atau pangkat 1- Secara pecahan.

MARKAH

5 (Cemerlang gagal)

MASA

Bergantung kepada tahap Panjang


kemahiran pemeriksa

Contohnya: 7/10
23

3.4 Pemarkahan Pemilihan Kriteria


Satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang
pelajar dgn merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.
Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan
memerlukan kriteria tertentu.
Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan
soalan.
Contoh: seorang guru mengajar murid dlm kelas tentang corak tidak
terancang melalui teknik tiupan.
Kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah: ialah dari segi
warna, kemasan, alat dan bahan, gubahan dan motif.
3.5 Kelebihan dan Kelemahan Pemarkahan Pemilihan Kriteria

KELEBIHAN
Perbandingan antara

tidak diperlukan.
Skor yang diperolehi

oleh

seseorang

tidak

pelajar

pelajar

lain.
Guru tidak akan menggunakan

saksama, bilangan item untuk


setiap bidang pengetahuan atau
kemahiran yang diuji perlulah

maklumat seperti skor tertinggi,

untuk

secara terperinci

enam

untuk

item

menguji

setiap bidang pengetahuan atau

menafsirkan

pencapaian pelajar tertentu.


Prestasi pelajra boleh diuji

mencukupi.
Sekurang-kurang
dikemukakan

skor terendah, min atau sisihan


piawaian

KELEMAHAN
membolehkan

pemarkahan dilakukan dengan

dikaitkan dengan skor pelajar

Untuk

kemahiran.(MCMillan 1997)
Jika kriteria kurang spesifik,
sekurang-kurangnya
perlu

diadakan

10

untuk

item
setiap

objektif.

4.0 PENGHASILAN RUBRIK


4.1 Definisi Rubrik
24

Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru.
Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator) yang diperlukan untuk menilai
tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria khusus dan jelas. Penaksiran secara
subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan berdasarkan objektif
pembelajaran. Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan guru berdasarkan
tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek, esei dan amali. Guru
seterusnya memberikan markah berdasarkan pematuhan garis kriteria. Biasanya
terdiri daripada 3 iaitu tahap cemerlang, sederhana atau memuaskan (perlu
penambahbaikan).
4.1.1

Contoh Rubrik Pemarkahan


Pemarkahan pelajar diberi berasarkan rubrik pemarkahan yang telah
disediakan.
Berikut merupakan contoh rubrik pemarkahan bagi subjek mata
pelajaran:

Tajuk/ Kemahiran/ Komponen/

INDIKATOR PRESTASI DAN PERMARKAHAN

Tugasan yang dinilai

Modul

Baik

Sederhana

Lemah

Markah = 20 - 15 )

Markah = 14- 10 )

Markah = 9- 5)

4.2 Ciri-Ciri Umum Rubrik

25

RUBRIK

4.3

Jenis
CIRI-CIRI

Memfokuskan
pengukuran
berdasarkan objektif
dengan jelas

Menggunakan skala
dalam menentukan
pencapaian tiap-tiap
tahap

Mengandungi
spesifikasi tentang
kriteria dan kualiti
yang dipenuhi untuk
mendapatkan markah

Rubrik

4.3.1

Holisti
k

Analiti
k

Tugas
an
Spesifi
k

Umum

Holistik
Rubrik holistik menyediakan markah keseluruhan berdasarkan
kepada tahap pencapaian murid terhadap tugasan yang diberikan.
Kelebihan menyediakan markah dengan cepat berdasarkan
pencapaian pelajar.
Kelemahan tidak menyediakan maklumat secara terperinci.

4.3.2

Analitik
Rubrik analitik menyediakan maklum balas sepanjang tempoh
pengukuran dijalankan. Rubrik analitik berlawanan dengan rubrik
holistik.
Kelebihan mendapat maklum balas yang lebih terperinci.
Kelemahan mengambil masa yang lama untuk dikira
Kegunaan - untuk melihat kekuatan dan kelemahan pelajar.

26

- untuk mendapat maklum balas dengan lebih terperinci.


- untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar.
4.3.3

Umum
Rubrik umum mengandungi kriteria yang umum berdasarkan tugasan.
rubrik umum bertentangan dengan tugasan spesifik.
Kelebihan boleh digunakan rubrik yang sama pada tugasan yang
berlainan.
Kelemahan maklum balas tidak cukup terperinci.
Kegunaan untuk mentaksir sebab, kebolehan dan juga pencapaian

4.3.4

setiap pelajar melakukan tugasan yang berlainan.


Tugasan Spesifik
Rubrik tugasan spesifik adalah tersendiri berdasarkan tugasan.

Rubrik ini berbeza dengan rubrik umum.


Kelebihan lebih dipercayai untuk mentaksir pencapaian pelajar.
Kelemahan sukar untuk digunakan untuk semua tugasan.
Kegunaan untuk mentaksir pengetahuan pelajar.
4.4 Rubrik Penskoran
TAHAP
Tahap 3

KRITERIA
ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa
beliau telah memenuhi kriteria yang ditetapkan itu tanpa apa-apa
bantuan daripada pihak ketiga.

Tahap 2

ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa


beliau hanya memenuhi sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan
dengan sedikit bantuan daripada pihak ketiga untuk memenuhi
sebahagian lagi kriteria tersebut.

Tahap 1

ialah tahap di mana pelajar tersebut memerlukan banyak bantuan


daripada pihak ketiga bagi memenuhi kriteria tersebut.

Tahap Y

ialah tahap di mana pelajar tersebut menunjukkan sifat dalaman yang


hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

Tahap T

ialah tahap di mana pelajar tidak menunjukkan sifat dalaman yang


hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

Kegunaannya Rubrik :
27

Rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir


kebolehan dan pencapaian pelajar didalam pembelajaran.
Didalam mentaksir, rubrik direka untuk memberi maklum balas
kepada guru mengenai tahap kebolehan dan pencapaian pelajar
dalam satu- satu mata pelajaran itu.
Rubrik beri fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu pelajar
kuasai dimana hasil pembelajaran ini akan digunakan untuk
menghasilkan soalan ujian/tugasan untuk dinilai setakat mana
pemahaman dan pengetahuan pelajar.

28

5.0 RUBRIK PEMARKAHAN

6.0 RUJUKAN
http://zakariahpsv.blogspot.my/2014/05/psv3111-pentaksiran-psv.html

Pentaksiran

Pendidikan Seni Visual telah diakses pada 07 september 2016


https://bkree66.21classes.com/pentaksiran-dalam-pendidikan-seni-visual
Pentaksiran

Dalam Pendidikan Seni Visual telah diakses pada 02 Ogos 2015

https://hahasama.wordpress.com/2011/08/12/hello-world/

Konsep

Pentaksiran,

Pengujian dan Penilaian telah diakses pada 09 september 2016


http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.my/2009/08/jenis-jenis-instrumen-penilaian
yang.html Instrumen Pentaksiran telah diakses pada 09 September 2016
http://psv07kdri.blogspot.my/2009/11/pentaksiran-autentik.html Pentaksiran Autentik
telah diakses pada 09 September 2016
Crow & Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dr Abu Bakar Nordin (1986). Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sharifah Alwiyah Al Sagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi Siri Maktab Perguruan.
Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7.0 LAMPIRAN

30

You might also like