You are on page 1of 17

25

aKTiViTi
BeRFiKiR

Nyatakan Kegunaan Sebatang Pensel???


Senaraikan kegunaan pensel sebanyak mungkin dalam 5 minit. Gunakan kreativiti anda
untuk menjana idea sebnayk mungkin...

1. MENULIS
2. Melubangkan kertas
3. _________________________________________
4. _________________________________________
5. _________________________________________
6. _________________________________________
7. _________________________________________
8. _________________________________________
9. _________________________________________
10. ________________________________________
11. ________________________________________
12. ________________________________________
13. ________________________________________
14. ________________________________________
15. ________________________________________
16. ________________________________________
17. ________________________________________
18. ________________________________________
19. ________________________________________
20. ________________________________________
21. ________________________________________
22. ________________________________________
23. ________________________________________
24. ________________________________________
25. ________________________________________
26. ________________________________________
27. ________________________________________
28. ________________________________________
2

Apa akan terjadi jika hanya basikal sahaja


dibenarkan digunakan dan kenderaan lain diharamkan?
Positif:

Negatif:

Mungkinkah???
Namakan 7 benda yang wujud tapi tidak dapat dilihat.

Namakan 5 orang yang anda tidak akan berjumpa langsung sepanjang


hidup.

Namakan 10 benda yang anda tidak boleh dengar

Uji MEMORI Anda!


Selepas 3 minit tutup gambar ini dan minta peserta ingat
semula gambar yang dilihat

Fikir2kan 1
Anda menghadapi masalah kewangan, dalam dompet
anda hanya tinggal RM10. Minggu hadapan anda perlu
membayar hutang sebanyak RM100 tapi anda tiada
wang. Fikirkan idea-idea untuk mendapatkan duit
selain dari mencuri dan meminjam dari orang lain.

3 soalan untuk orang terkenal.


Siapakah 5 orang yang paling terkenal di Malaysia?
1.
2.
3.
4.
5.

______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

Pilih salah seorang daripada mereka. Jika anda diberi peluang bertanya tiga soalan
kepada beliau, apakah yang akan anda tanya?
Soalan 1
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 2
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 3
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Ujian Daya Penumpuan


Ujian ini untuk menunjukkan daya penumpuan setiap individu
adalah berbeza.
Arahan;
1.
2.
3.

4.
5.

6.
7.
8.

Setiap pelajar akan diberikan sehelai kertas.


Peseta diminta menutup mata.
Peserta dimaklumkan arahan bahawa mereka diberikan
arahan terperinci apa yang perlu mereka lakukan kepada
kertas tersebut.
Arahan berikut diberikan,Saya mahu kamu semua
mengoyak kertas kamu kepada setengah bahagian
Apabila peserta telah mengoyak. Arahan berikutnya diberi,
Koyakkan kertas kamu dr hujung sebelah kanan ke hujung
sebelah kiri
Kemudian sambung Kemudian koyak kertas di tengahtengah
Koyakkan kertas dari hujung sebelah kanan ke hujung
sebelah kiri sekali lagi
Setelah semua arahan selesai. Minta peserta buka mata
dan bandingkan kertas yang dikoyak.

Bincangkan
1.
Kenapa setiap orang mempunyai koyakan kertas yang
berbeza?
2.
Kenapa setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza
walaupun arahan yang sama diberikan kepada setiap
orang?
3.
Bagaimana kita dapat memastikan kita dapat buat yang
lebih baik dalam aktiviti ini pada masa-masa yang akan
datang?

STRESS!!!
Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana stress kepada peserta.
Arahan:
1.
Maklumkan kepada pelajar mereka hanya mempunyai 60 saat untuk
menyediakan pembentangan tentang diri mereka selama 5 minit.
2.
Setelah 60 saat berlalu maklumkan kepada mereka yang pembentangan itu
tidak perlu dibuat.
3.
Terangkan perasaan mereka.
4.
Minta pendapat bagaimana stress boleh diatasi.

Modul Ilusi
Modul ilusi digunakan sebagai modul persepsi. Jika kita lihat 2 gambar
di sebelah ini. Jika kita tgk gambar di atas ia akan menunjukkan gambar
seekor burung sedang menggigit seorang lelaki.
Tetapi jika kita terbalikkan pula seperti gambar di bawah kita akan mendapati
seorang lelaki bersampan dengan ikan besar.
Modul ini dijalankan dengan membahagikan gambar kepada ahli
kumnpulan LDK dan minta mereka lihat dari sudut yang berbeza.
Setiap orang tidak dapat melihat kedua-dua gambar sekali pada 1 masa. Ini
boleh kita gambarkan dengan reality kehidupan yang memerlukan kita melihat
sesuatu perkara atau masalah itu dari pelbagai sudut.
Kaitkan modul ini dengan kehidupan seharian mereka.
Anggapkan perbezaan mereka melihat gambar-gambar berkenaan berkait
rapat dengan kehidupan kita. Setiap manusia berbeza pendapat kerana .....
Bincangkan.

Potong Di Sini

SAYA SUKA WARNA!!!


Aktiviti ini mengajar tentang bagaimana mengajar kumpulan yang suka bercakap dan
tidak tahu hendak senyap. Aktiviti ini merupaka aktiviti dalam jangka masa yang singkat
sahaja. Minta ahli kumpulan duduk dalam kumpulan.
Beritahu mereka yang kamu ingin mengenali mereka dengan lebih dekat. Dalam kiraan
tiga minta mereka cakap sekuat-kuatnya apakah warna kegemaran mereka dengan
menyebutnya serentak.
Selepas anda telah melakukannya, Tanya beberapa orang pelajar apakah warna
kegemaran rakan mereka tadi. Kebanykan pelajar tidak akan dapat menyebutkannya.
Timbulkan pertanyaan kepada pelajar mengapakah mereka tidak tahu sedangkan
rakan mereka telah menyebutnya sebentar tadi. Ini adalah cara mudah unutk mengajar
kumpulan yang mereka perlu bercakap mengikut giliran. Jika tidak masalah tadi akan berlaku.
Dan kita tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

SaMBuNG CeRiTa
Peserta memulakan cerita dengan perkataan mempunyai awalnya A, kemudian peserta
berikutnya, menyambung cerita yang diceritakan oleh peserta pertama dengan
perkataan bermula dengan B, ia berterusan sehinggalah peserta terakhir yang
menghabiskan cerita dengan Z.

Contoh:

Andak berjalan-jalan tanpa sedar di telah masuk dalam hutan.


Peserta 2: Bila dia tersedar rupa-rupanya dia dah jauh di dalam hutan.
Peserta 1:

Ayam
Namakan sebanyak mungkin makanan yang
yang boleh disediakan menggunakan ayam.
5 minit diberikan.

PENAMBAHAN MISTERI

ISIKAN
99 + 9 = 9 _ _ _ _ _
Terdapat semacam ketidaksempurnaan dalam persamaan di atas. Cubalah anda isikan satu
perkataan (dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) yang terdiri daripada lima abjad bagi
menjadikan persamaan itu benar atau sah.

Jawapan:
Perkataan paling tepat bagi menjadikan persamaan itu logic dan sahih ialah: dozen
99 + 9 = 9 dozen
Iaitu:
99 + 9 = 108
108
= 9 dozen

10

Titik & Garisan

Bolehkah anda menyambungkan kesemua 9 titik dengan hanya menggunakan


4 garis lurus tanpa mengangkat pensel dari kertas semasa melukis?

Jawapan:
Ia boleh dilakukan dengan cara berikut

Bentuk Baru
Anda sudah tentu biasa dengan segii tiga, segi empat,
pentagon, bujur, bulat dan sebagainya. Anda diminta
mencipta bentuk baru dan menamakannya. Anda perlu
menerangkan kenapa anda memilih nama berkenaan.

11

PEN DAN KERTAS YANG MENGUBAH DUNIA

Bagaimana pen dan kertas boleh mengubah dunia?

20 Soalan
Setiap peserta perlu memilih nama tokoh yang mereka
hormati. Para peserta boleh bertanya hanya 20 soalan yang
hanya boleh dijawab dengan Ya atau Tidak. Peserta
hendaklah meneka siapakah tokoh mereka itu.
Contoh:
Adakah tokoh anda seorang lelaki? Ya
Adakah dia rakyat Malaysia? Tidak
Adakah dia seorang ulama? Ya

12

Memotong Donut
Hanya terdapat sebiji donat, tetapi ia perlu di kongsi oleh 8 orang. Bolehkah anda
membahagikan donat tersebut sama rata, dengan hanya tiga potongan sahaja yang
dibenarkan?

Donat

Jawapan:

Dimanakah potongan ke tiga? Di tepi donut

MANCIS

Anda mempunyai 5 batang mancis. bagaimankah anda dapat membentuk nombor 16


dengan menggunakannya?

Jawapan:

Bentukkannya dalam susunan XVI (= 16 dalam bentuk nombor Roman).


13

3 Garis
Dengan hanya menggunakan 3 garisan sambungkan kesemua 9 bulatan berikut tanpa
mengangkat peb.

Jawapan:

Dayung.. dayung.. dayung sampan


Mak, abah dan 2 orang anaknya hendak menyeberangi sebatang sungai, dan mereka
menjumpai sebuah sampan. sampan itu kecil sahaja dan hanya boleh memuatkan
seoarng dewasa atau 2 orang kanak-kanak pada satu-satu masa. kedua-dua kanakkanak itu pandai mendayung sampan, tetapi bagaimanakah seluruh ahli keluarga
berkenaan dapat menyeberangi sungai?
Jawapan
Kedua-dua kanak-kanak menyeberang dahulu. Seorang kanak-kanak patah balik.
Seorang dewasa pergi kesebenrang dan kanak-kanak patah balik. Kedua-dua kanakkanak menyeberangi semula, dan seorang berpatah balik. Seorang lagi orang dewasa
menyeberang dan seorang kanak-kanak berpatah balik. Kedua-dua kanak-kanak
menyeberangi semula.

14

LAKARAN
Habiskan lakaran di bawah dengan melukis apa sahaja yang anda fikirkan.

MELEKATKAN KERTAS
Anda ingin melekatkan dua kertas tetapi anda tidak mempunyai gam.
Cadangkan beberapa cara anda boleh gunakan untuk melekatkan kertas
tersebut.

MENGUKUR KETINGGIAN BANGUNAN


Cadangkan 10 cara untuk mengukur ketinggian bangunan.

KEGUNAAN BOTOL
Apa yang anda buat dengan 1 botol?
Apa yang anda boleh buat dengan 10 botol?
Apa yang anda boleh buat dengan 100 botol?

15

Mari merebus telur

Anda biasanya suka merebus telur tepat-tepat 15 minit. tetapi anda


hanya mempuyai 2 jam pasir, satunya untuk 7-minit dan satu lagi 11-minit.
Bagaimana cara tercepat untuk menggunakannya sebagai pengira masa
untuk merebus telur tepat 15 minit?

Jawapan:
Terbalikkan kedua-dua jam pasir dan mula rebus telur. Selepas 7 minit terbalikkan lagi jam
pasir 7-minit. Selepas 11 minit berlalu, terus terbalikkan jam pasir 7-minit sekali lagi.
Selepas diterbalikkan masa yang tinggal adalah 4 minit sebelum jam pasir-7 minit berhenti.
Apabila jam pasir 7-minit berhenti masa tepat-tepat 15minit.

BERAPA LAMA TIDUR?


Seorang pemuda yang amat keletihan masuk tidur pada jam 8.30 malam, mengunci jam
locengnya untuk membangunkannya balik daripada tidur pada jam 9.00 keesokan paginya.
Kiralah berapa lamakah pemuda itu tidur?

Jawapan:
Pemuda itu hanya sempat tidur selama jam atau 30 minit sahaja!
Iaitu:
9.00 8.30 = 30 minit
Jam loceng tidak dapat membezakan malam dan siang. Ia menjalankan tugasnya
menderingkan 9 kali untuk menandakan pukul 9.00 dan pemuda itu terus terbangun akibat
diganggu deringan jam itu setelah tidur selama 30 minit sahaja!

16

Berjalan di hutan
4 orang kenit berada di sebelah bahagian hutan yang menakutkan. Mereka perlu merentasi
hutan tersebut untuk ke sebelah bahagian yang lain. Mereka dapat merentasi dengan
selamat jika mereka mempunyai lampu.
Bersama-sama mereka hanya terdapat satu lilin yang kecil yang hanya boleh menyala selama
18 minit. Tetapi mereka kurang bernasib baik kerana cahaya itu hanya membekalkan cahaya
yang cukup untuk 2 orang sahaja.
Sebahagian orang kenit boleh berjalan lebih laju daripada yang lain. Seorang daripada boleh
mereka berjalan merentasinya selama 1 minit, seorang lagi 2 minit, seorang 5 minit dan yang
paling perlahan mengambil masa 10 minit untuk merentasi hutan berkenaan.
Jika 2 orang kenit telah berada di sebelah bahagian, tentulah salah seorang perlu kembali
semula ke tempat awal dengan membawa lilin. Jika semua orang kenit itu ingin pergi ke
sebelah bahagian secepat yang mungkin sebelum lilin terpadam, bagaimanakah ia dapat
berbuat demikian?
Jawapan:
Semua orang kenit boleh merentasi hutan ke bahagian lain sebelum lilin terpadam dalam
masa 17 minit.
Pertama 1 dan 2 merentasi dulu (2 minit).
Kemudian 1 kembali. (3 minit)
Kemudian 5 dan 10 merentasi. (13 minit)
Kemudian 2 kembali. (15 minit)
Kemudian 1 dan 2 (17 minit)

17

You might also like