You are on page 1of 16

9

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Pengangkutan awam (bas awam) merupakan elemen penting bagi


menghubungkan sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain. Ia juga menjadi nadi
utama kepada kehidupan penduduk terutamanya di kawasan taman perumahan
yang besar. Tanpa sistem pengangkutan awam yang terancang, pergerakan aktiviti
dan interaksi manusia dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain akan terjejas.
Sistem pengangkutan awam yang efisyen membolehkan pergerakan manusia pergi
dan balik ke tempat hiburan dan berehat akan menjadi lebih mudah dan lebih selesa.

Di dalam sistem pengangkutan secara umumnya terdapat dua jenis


kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan untuk pergerakan manusia dan
barangan. Jenis yang pertama adalah pengangkutan persendirian dan kedua ialah
pengangkutan awam. Pengangkutan persendirian termasuklah kereta, motosikal,
basikal dan berjalan kaki yang digunakan untuk pergerakan persendirian. Manakala
pengangkutan awam termasuklah bas, keretapi dan teksi yang boleh digunakan untuk
pergerakan ke sesuatu tempat.

10
Beberapa pendapat dikemukakan mengenai pengangkutan awam.Creswell [1]
menganggap pengangkutan awam sebagai salah satu jenis pengangkutan yang
membawa penumpang dan adalah untuk semua orang. Well [2] menyifatkan
pengangkutan sebagai satu cara pengangkutan yang berkesan dan boleh membawa
bilangan orang yang ramai di dalam kawasan bandar berbanding dengan
pengangkutan persendirian.

Di Indonesia, pengangkutan awam adalah daripada berbagai jenis bas,


keretapi, epelar, teksi, bujaj, bunos, basikal dan beca [3]. Sementara itu di Malaysia
ramai orang mengganggap bas adalah pengangkutan awam yang terpenting dan
terutama di mana-mana kawasan jika dibandingkan dengan pengangkutan awam
yang lain di mana-mana kawasan jika dibandingkan dengan pengangkutan yang lain
seperti keretapi dan teksi.

Proses kajian pengangkutan bas awam memberi garis panduan bagi jangka
masa panjang melalui kajian yang dijalankan pada masa sekarang dan masa hadapan.
Ini kerana keadaan persekitaran sentiasa berubah setiap masa. Penyediaan kajian
semula laluan bagi pengangkutan bas awam di taman perumahan adalah berdasarkan
jumlah penduduk, kemudahan serta perkhidmatan yang diberikan. Penyediaan
perkhidmatan laluan bagi perkhidmatan bas awam hendaklah mempunyai
perancangan dari segi penjadualan dan laluan yang meliputi kawasan yang diberikan
perkhidmatan.

Secara umumnya penilaian semula laluan bas dilakukan dengan melihat


perkara-perkara yang mempengaruhi laluan bagi memastikan kemudahan tersebut
berfungsi dan berkesan kepada penduduk setempat. Secara langsung ianya adakan
dapat mengelakkan masalah kesesakan lalulintas yang semakin bertambah di
jalanraya utama menuju ke bandar atau di dalam bandar. Oleh itu penekanan
terhadap pengangkutan bas awam adalah penting supaya pergerakan manusia boleh
dibuat dengan cepat, selesa, senang dan boleh dipercayai. Ini adalah ciri-ciri

11
pengangkutan yang selaras dengan objektif utama untuk memberikan perkhidmatan
yang baik kepada masyarakat.

2.2

KOMPONEN-KOMPONEN YANG TERLIBAT DI DALAM SISTEM


TRANSIT

Sistem transit merupakan sistem pengangkutan yang telah ditetapkan laluan


serta jadual perjalanannya seperti perkhidmatan bas awam. Secara umumnya
terdapat sembilan komponen yang terlibat di dalam sistem ini. Komponenkompenen tersebut ialah:

i) Stesyen
Merupakan tempat untuk proses menurun dan mengambil penumpang.
bas akan menunggu penumpang.
ii) Terminal
Fungsinya sama seperti stesyen tetapi proses penurunan dan pengambilan
penumpang adalah lebih cepat kerana ia tidak menunggu penumpang.
iii) Perhentian Bas
Tempat untuk menurunkan dan menaikkan penumpang yang terdapat di
sepanjang laluan bas.

iv) Depo
Tempat menyimpan bas. Ia juga merupakan tempat untuk memperbaiki
serta menyelenggara bas yang rosak.

12
v) Laluan
Jalan-jalan tetap yang dilalul oleh bas untuk menghantar penumpang iaitu
bermula dari stesyen atau terminal ke destinasi.
vi) Jarak Masa (Headways )
Sela masa antara kepala bas pertama dengan bas kedua.
vii) Bilangan Bas (Fleet size)
Jumlah bas yang berada di atas jalan.

2.3

JENIS-JENIS BAS

Bas dapat dibahagi kepada dua jenis iaitu:

i) Bas biasa
Biasanya hanya dapat membawa penumpang seramai 40 sehingga 50
orang pada satu-satu masa.
ii) Bas mini
Saiznya lebih kecil daripada bas biasa dengan muatan penumpang
seramai 20 orang. la merupakan tambahan kepada perkhidmatan bas
biasa dan biasanya hanya digunakan di dalam pusat bandar. Di dalam
kajian yang di jalankan, bas awam yang digunakan oleh pihak pengusaha
bas terdiri daripada bas biasa yang mempunyai 44 dan 48 tempat duduk,
manakala10 orang berdiri.

13
2.4

JENIS-JENIS LALUAN BAS

Rekabentuk jaringan laluan bas adalah faktor perkara paling penting dalam
mengekalkan kualiti dan kecukupan perkhidmatan bagi perjalanan bas awam.
Laluan bas seharusnya meliputi keseluruhan kawasan yang diberikan
perkhidmatan.Terdapat dua jenis laluan bas iaitu:

i.

Model Jejarian (Radial Patterns)


Model Jejarian ataupun Radial Pattern digunakan untuk memberikan
perkhidmatan bagi perjalanan ke tempat kerja secara efektif selagi
terdapat penumpuan bagi tujuan pekerjaan.

ii. Rangkaian Jenis Grid (Grid Type Networks)


Rangkaian Jenis Grid ataupun Grid Type Networks menunjukkan lurus
secara relatif , laluan selari pada di mana terdapat ruang di antaranya dan
di seberangi oleh laluan kedua dengan karektor yang sama.

2.5

PENGELUARAN PERJALANAN

Definisi pengeluaran perjalanan (trip generation) ialah satu perjalanan yang


dilakukan oleh individu antara dua titik (lokasi) dengan menggunakan jenis
pengangkutan tertentu untuk tujuan tertentu. Dalam proses perancangan
pengangkutan, pengeluaran dan tarikan (attraction) berkait rapat dengan aspek
ramalan (prediction) perjalanan untuk kenderaan atau manusia, masa depan dan zon
atau daerah lau lintas. Terdapat 3 (tiga) faktor utama kepada ciri-ciri asas pergerakan
perjalanan:

14
i. corak guna tanah dan pembangunan di kawasan kajian
ii. ciri-ciri sosioekonomi penduduk yang membuat perjalanan
iii. keadaan, kuasa dan keupayaan sistem pengangkutan dalam kawasan
kajian

Beberapa bilangan perjalanan yang dihasilkan pada sesuatu masa terutamanya


untuk guna tanah mengikut zon tertentu di namakan kadar perjalanan. Dalam
penganalisisan yang dibuat, titik pengeluaran selalunya dikira pengakhiran rumah
(tempat tuju atau tempat asal) untuk perjalanan berasaskan dari rumah atau pun
tempat asal untuk perjalanan bukan berasaskan dari rumah.

2.5.1

Ciri-ciri pengeluaran Perjalanan

Salah satu bahagian dalam kajian ialah menganggarkan bilangan perjalanan yang
bermula dari setiap zon lalu lintas, yakni pengeluaran perjalanan dan bilangan
perjalanan berakhir di setiap zon iaitu tarikan perjalanan. Perjalanan berasaskan
rumah ialah:

i.

Dari rumah ke tempat kerja

ii.

Dari rumah ke tempat membeli-belah

iii.

Dari rumah ke tempat-tempat lain

iv.

Dari tempat kerja ke rumah

15
v.

Dari tempat membeli-belah ke rumah

vi.

Dari tempat-tempat lain ke rumah

2.5.1.1 Faktor-faktor Pengeluaran Perjalanan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran perjalanan perlu diketahui


sebelum sesuatu sesuatu kajian hendak dilakukan. Antara maklumat-maklumat yang
perlu diketahui seperti:

i. Faktor guna tanah


Kegunaan tanah mencerminkan (intensiti) aktiviti yang berbeza.
Kawasan kediaman berkepadatan tinggi atau rendah boleh mempengaruhi
bentuk dan ciri-ciri perjalanan. Guna tanah untuk perdagangan dan
industri, pelajaran dan rekreasi adalah antara faktor lain yang
mempengaruhi perjalanan.
ii. Tempat kediaman
a) Saiz keluarga
Perjalanan adalah fungsi aktiviti manusia. Terdapat pertalian antara
bilangan dengan kekerapan perjalanan yang dilakukan dari rumah
berkaitan dengan saiz keluarga.
b) Hak milik kenderaan
Isi rumah yang memiliki lebih daripada satu kereta berkemungkinan
mengeluarkan lebih perjalanan setiap unit dari isi rumah yang hanya
mempunyai sebuah kenderaan.

16
c) Jenis-jenis tempat kediaman
Jenis kediaman yang tetap mencerminkan darjah integrasi yang tinggi
ke dalam komuniti tempatan dan mewujudkan kadar perjalanan yang
tinggi.
d) Pendapatan keluarga
Keupayaan membayar untuk perjalanan memberi kesan kepada
bilangan perjalanan oleh isi rumah. Keluarga yang berpendapatan
tinggi menghasilkan pengeluaran perjalanan yang tinggi.

2.6

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA DI DALAM


PERANCANGAN LALUAN BAS

Sebelum mengadakan perancangan laluan bas, beberapa aspek penting perlu


di ambilkira seperti tahap perkhidmatan serta polisi-polisi yang diguna pakai untuk
menyediakan kemudahan kepada pengguna disamping memastikan tiada pencemaran
dan kesesakan jadual bas, laluan bas dan tiket bas.

2.6.1

Penjadualan Bas

Penjadualan bas terdiri daripada jarak masa (headways), masa perjalanan dan
jumlah bas yang beroperasi. Komponen-komponen ini harus seiring perjalanannya
untuk menyediakan perkhidmatan bas yang bermutu.

17
Jarak masa (headways) harus dikekalkan di dalam perjalanan bas kerana jarak
masa yang terlalu tinggi akan menyebabkan penumpang terpaksa menunggu lama
manakala jarak masa yang terlalu rendah pula akan menyebabkan perkhidmatan
melebihi penumpang. Jarak masa yang baik ialah antara 15 hingga 20 minit [4].

Masa perjalanan ialah bermula dari stesyen bas hingga sampai ke destinasi.
la berkait secara langsung dengan jarak masa. Masa perjalanan mengambil kira
gangguan semasa perjalanan seperti kesesakan aliran lalulintas serta masa berhenti
untuk menurun dan mengambil penumpang.

Jumlah bas yang beroperasi mengambilkira berapa banyak bas yang berada di
atas jalan. Biasanya, jumlah bas akan ditambah apabila keperluan kepada
permintaan perkhidmtan bas meningkat contohnya pada musim-musim perayaan.
Pada luar waktu puncak pula, perkhidmatan bas akan dikurangkan dan bas akan
ditempatkan di depo.

2.6.2

Tiket

Tiket merupakan bayaran yang dikenakan ke atas penumpang berdasarkan


jarak perjalanan yang dilalui. Kutipan dibuat samaada secara manual iaitu
memerlukan konduktor bas. Bagi kaedah One Man Operation System pula, pemandu
bas selain memandu beliau juga bertanggungjawab untuk mengutip tambang.
Kaedah yang lebih meluas digunakan sekarang ialah menggunakan sistem
berkomputer bagi mengutip tambang. Kaedah ini juga turut dikendalikan oleh
pemandu bas sendiri.

18
Bagi pungutan kadar tambang yang dikenakan bagi setiap perjalanan dari
kawasan kajian (taman perumahan) menuju ke bandar atau sebaliknya ialah sebanyak
RM0.60 untuk setiap perjalanan (mana-mana di dalam kawasan kajian). Kutipan
dibuat secara manual berbanding dengan laluan utama (luaran) yang menggunakan
kaedah manual dan One Man Operation System.

2.6.3

Jenis Pungutan Tambang

Terdapat tiga jenis pungutan tambang laitu flat fare, zonal fare dan distance
based fare [5].

2.6.3.1 Flat Fare

Bayaran tambang untuk sistem ini sama untuk ke semua destinasi. Sistem ini
biasanya digunakan bagi perjalanan bas di dalam bandar. Sistem ini mempunyai
banyak kebaikan kerana pengguna tidak mempertikaikan tentang bayaran tambang
dan ia lebih difahami oleh penumpang.

2.6.3.2 Zonal Fare

Bayaran tambang dikenakan mengikut jarak perjalanan yang dilalui.


Tambang jenis ini biasanya dipraktikkan untuk perjalanan bas antara zon.

19
2.6.3.3 Distance-Based Fare

Sistem ini biasa diamalkan oleh perkhidmatan bas berhenti-berhenti. Kutipan


tambang berdasarkan jarak perjalanan yang dilalui.

2.7

POLISI BAGI LALUAN DAN PENJADUALAN BAS

Secara amnya, polisi bagi laluan dan penjadualan bas bergantung kepada
pihak berkuasa tempatan (dalam kajian ini, Majlis Perbandaran Temerloh) dalam
memastikan kawasan-kawasan taman perumahan (kawasan kajian) mendapat
perkhidmatan bas yang terbaik. Bagi menjamin perkhidmatan yang terbaik,
pengusaha bas telah diberikan tanggungjawab sepenuhnya. Pengusaha bas yang
terlibat perlulah prihatin dalam penjadualan bas dan perkhidmatan.

Menurut sumber yang diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan (iaitu


Majlis Perbandaran Temerloh), pemilihan taman-taman perumahan (kawasan
berpendudukan tinggi dan jauh dari jalanraya utama) bagi penentuan laluan
dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. Manakala penjadualan bas iaitu perjalanan
(masa kemasukan) ditentukan oleh pengusaha bas melalui juruperunding yang
dilantik. Kajian adalah untuk melihat mengenai keberkesanan dari segi penjadualan
dan laluan bas. Kepentingan menyediakan polisi merangkumi dari segi:

i.

masa (cepat ataupun lambat)

ii. bilangan tempat menunggu bas


iii. laluan (meliputi keseluruhan kawasan)

20
iv. Bilangan bas (mencukupi)
v.

Lalulintas (mengurangkan kesesakan iaitu jalan utama ke bandar dan


jalan di dalam bandar)

Polisi yang dibuat hendaklah terlebih dahulu melalui kajian dan tinjauan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan kajian iaitu berkaitan dengan
perkhidmatan dan laluan yang akan digunakan dapat dikenalpasti. Winnie [6]
menerangkan bahawa pengukuran perkhidmatan pengangkutan awam secara efektif
hendaklah melalui pengumpulan data-data yang diperlukan. Secara langsung ianya
dapat melaksanakan objektif-objektif dalam polisi yang hendak dilaksanakan.
Pengambilan data-data bagi tujuan polisi hendaklah dilakukan secara kerap.
Perkiraan tambah atau tolak sebanyak sepuluh peratus (10%) atau lebih, mencukupi
untuk mengenalpasti permasalahan (perbandingan melalui masa dan jumlah
penduduk). Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Temerloh telah
mensasarkan jumlah penduduk yang menggunakan perkhidmatan bas awam akan
mencapai 30 peratus (30%) pada tahun 2010 nanti.

2.8

KUALITI PERKHIDMATAN

Pengukuran kualiti perkhidmatan bagi pengangkutan awam (bas awam) iaitu


kemasukan ke dalam taman perumahan penting untuk memastikan orang ramai yakin
dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini dinyatakan oleh Sheldon [7] bahawa
kualiti perkhidmatan untuk perkhidmatan bas berhenti-henti hendaklah
mengambilkira manafaat kepada pengguna (penumpang), pengusaha bas dan
komuniti. Manafaat kepada pengguna iaitu dari segi kesamaan untuk jalan masuk
(contohnya tua, muda dan berpendapatan rendah), penjimatan masa dan kos serta
boleh dipercayai (mengikut jadual perjalanan). Manakala manafaat kepada
pengusaha bas bas ialah penjimatan kos operasi dan penyenggaraan.

21
Pihak berkuasa tempatan sentiasa memperbaharui polisinya bagi
memperbaiki kualiti perkhidmatan dengan membuka tender bas yang baru.ini
melibatkan peraturan semula perkhidmatan bas awam. Menurut Savage [8]
peraturan semula perkhidmatan bas melibatkan penyiasatan jenis-jenis perkhidmatan
bagi penarikan kemasukan, strategi persaingan dan mengetahui pembahagian
peraturan semula. Sumber-sumber informasi yang perlu diketahui seperti jumlah
penduduk, tujuan perjalanan, kemasukan, laluan dan lain-lain. Pengiraan kebajikan
dengan mengambilkira kos perjalanan bas, masa yang diambil, perjalanan
penumpang dan bayaran. Ini bagi menjamin kos pengguna yang berpatutan dengan
keadaan semasa.

2.9

REKABENTUK PENJADUALAN BAS

Kaedah bagi menganalisa dan merekabentuk penjadualan bas dalam kajian ini
menggunakan kaedah Urban Bus Design (Piawaian British).

Kaedah ini

memerlukan data-data iaitu data-data mentah daripada tapak iaitu melalui


pemerhatian (observation) dan bancian sebelum proses penganalisaan dan
rekabentuk di lakukan. Apabila data-data mentah diperolehi ianya akan di analisa
menggunakan kaedah Urban Bus Design.

Di antara data-data yang dapat digunakan bagi tujuan analisis dan rekabentuk
daripada kajian yang dijalankan kajian di tapak ialah :

Panjang bagi perjalanan sehala, L (km)

Masa beroperasi, to bagi perjalanan sehala (minit)

Kapasiti Maksimum, Pmax ataupun CB (penumpang/jam)

22
Kapasiti kenderaan/bas (orang)
Jarak masa (hadapan bas (1) dengan hadapan bas (2) dalam minit
Faktor muatan,
Masa minimum di terminal, tt (minit)

Kelajuan purata (km/jam) bas pula ditentukan melalui pemerhatian iaitu


kelajuan yang sesuai pada masa kajian dijalankan. Ini mengambil faktor jenis
jalanraya, keadaan jalanraya, isipadu lalulintas dan lain-lain faktor yang berkaitan.
Selepas itu, data-data mentah akan dianalisa secara terpeinci sebelum proses
merekabentuk penjadualan bas dapat dijalankan. Di antara formula-formula daripada
kaedah ini ialah:

CB

= 60 Ct
hm

(pers. 1)

iaitu:
CB =
=
Ct =
=
=
Ca =
Cs =

hm

Kapasiti bas pada bila-bila masa (penumpang/bas)


Kapasiti maksimum
Kapasiti membawa (penumpang/bas)
Jumlah kapasiti bas
Ca + C s
Kapasiti bagi tempat duduk bas (penumpang/bas)
Kapasiti muktamad (yang dibenarkan) bagi berdiri

(penumpang/bas)
= Faktor muatan
= Jarak masa minimum (minit)

T =
iaitu:

2 (to + tt)

(pers. 2)

23

T = Masa kitaran lengkap (minit)


to = Masa beroperasi bagi perjalanan sehala (minit)
tt = Masa minimum di terminal, (minit)

Nf

T
hm

(pers. 3)

iaitu:
Nf =

Bilangan bas dan pengubahan faktor-faktor sebelumnya

T =

Nf X h

T =

Masa kitaran baru (menggunakan bilangan bas yang telah

(pers. 4)

iaitu:

dikira)

Tt

= [T 2 (to)]
2

(pers. 5)

iaitu:
Tt =

Masa di terminal Tt

Selain itu, bancian juga digunakan di dalam menganalisa dan merekabentuk


penjadualan bas bagi memastikan kejituan kaedah yang digunakan. Bancian
menggunakan borang soal selidik iaitu menemuramah dari rumah ke rumah. Bancian

24
mengambilkira faktor-faktor seperti isi rumah, jenis dan corak perjalanan dan faktorfaktor lain.

You might also like