You are on page 1of 19

MASYARAKAT INDIA DALAM PEMBENTUKAN NASION: PERBANDINGAN ANTARA

FIJI DAN MALAYSIA


LILY CHEE SIAW FOONG1, BASZLEY BEE B. BASRAH BEE2
1
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah
lilychee86@hotmail.com
2
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah
bazley@ums.edu.my

ABSTRAK

Pembentukan nasion amat penting untuk memastikan nasion terus kekal dalam keadaan sepadu,
sejahtera dan tenteram. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan pelbagai etnik
yang memberikan kesetiannya pada negara yang rakyatnya majmuk seperti Fiji dan Malaysia. Dua buah
negara yang terhasil dari legasi kolonial British. Kemasukan masyarakat keturunan India di kedua buah
negara ini adalah untuk memenuhi tuntutan ekonomi perburuhan ladang British. Di Malaysia
umpamanya, kemajmukan dan pembentukan nasionalisme terhasil daripada pemodenan ekonomi oleh
penjajah British bermula pada abad ke 19 khususnya dalam dalam perusahaan bijih timah dan getah
ketika itu. Keadaan yang sama juga berlaku di negara Republik Fiji iaitu berikutan dengan penyerahan
The Deed of Cession pada 10 Oktober 1874, maka negara itu telah jatuh ke tangan Great Britain dan
kemudiannya dijadikan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British. Perubahan dan
perkembangan dalam dasar ekonomi yang dilakukan oleh pihak British juga dilihat telah mengubah
demografi negara Fiji itu sendiri. Justeru, kemasukan masyarakat India di kedua-dua negara ini juga
dilihat melalui beberapa cara iaitu melalui sistem buruh bebas,sistem kangani dan juga sistem kontrak.
Menjelang kemerdekaan, status dan kuasa politik merupakan teras perjuangan nasionalisme masyarakat
ini. Era pasca merdeka kemudiannya memisahkan haluan survival masyarakat ini sama ada menjadi
tetamu tetap bagi Indo-Fiji dan sebahagian dari satu keluarga yang besar bagi keturunan India di
Malaysia. Kertas kerja ini akan menjelaskan keberadaan masyarakat India dalam pembentukan nasion
dengan perbandingan antara Fiji dan Malaysia.

Kata Kunci: Malaysia, Fiji, India, Indo-Fiji, Nasion, Ekonomi.

1.0 PENGENALAN
India mempunyai salah satu sejarah penghijrahan yang pelbagai dan kompleks di dunia. Sejak abad
ke-19, kaum India telah menubuhkan komuniti di setiap benua serta di kawasan pulau seperti di
Carribean dan Pasifik. Pada zaman purba, peniaga India menubuhkan pangkalan di sekitar India dan
Lautan Pasifik, terutamanya di Afrika Timur dan Barat dan juga Asia Tenggara. Walau bagaimanapun
aliran tersebut bukan merupakan asas untuk penghijrahan India pada abad ke-19 mahupun
penyebaran global yang boleh dilihat pada hari ini. Sebaliknya aliran asas bermula pada 175 tahun
yang lalu semasa era pemerintahan koloni British. Koloni British mula dilihat meletakkan strategik
kawalan terhadap India menjelang akhir abad ke-18 dan pada abad ke -19 telah berjaya menguasai
banyak wilayah India. Berikutan pemansuhan sistem perhambaan yang pertama kali dibuat oleh
British pada tahun 1833 dan kemudiaan oleh kuasa penjajah lain seperti Perancis, Belanda dan
Portugis yang ketika itu memerlukan tenaga buruh terutama dalam perladangan getah dan gula.
Untuk memenuhi permintaan tersebut, maka British telah mewujudkan satu sistem penghijrahan
buruh secara sementara dari benua kecil India. 1
Kemiskinan yang dialami dikalangan penduduk Asia Selatan telah menyumbang kepada
penghijrahan keluar dari negara asal mereka. Pada tahun 1834, British mula mengeksport buruh
India ke Mauritius. Manakala, Belanda dan Perancis juga melaksanakan sistem yang dijalankan oleh
British yang bergantung kepada buruh India. Menjelang tahun 1878, buruh India telah mula dibawa
bekerja di Guyana, Trinidad, Afrika Selatan dan Fiji.2 Kebanyakan buruh adalah dari kawasan luar
bandar yang pada mulanya hanya menandatangani kontrak selama lima tahun, namun ramai yang
memperbaharui kontrak mereka dan sebahagian besar memilih untuk menetap secara kekal. Selain
itu, buruh India ini juga ditempatkan di kawasan terpencil dari penduduk tempatan. Pihak penjajah
menempatkan pekerja buruh di berek dan dikawal selia tindak-tanduk mereka. Mereka juga turut
dikenakan hukuman yang teruk sekiranya tidak melakukan kerja yang telah ditetapkan dengan
sebaiknya. Keadaan yang miskin dan kawalan ketat oleh pihak penjajah telah menyebabkan sistem
kontrak dilabelkan sebagai new form of slavery oleh Hugh Tinker. Tindakan pihak penjajah ini telah

Daniel Naujoks, Emigration, Immigration, and Diaspora Relations in India, Migrations Information Source: Migration Policy
Institute. Oktober 2009. http://www.migrationinformation.org/feature/print.cfm?ID=745#1. Dilayari pada 30 Mac
2013.

Ibid.

mendapat respon dan kritikan yang teruk dan keadaan ini menyebabkan British Emperial Legislative
Council menghapuskan sistem kontrak pada tahun 1916.

2.0 LATAR BELAKANG MASYARAKAT INDIA DI FIJI DAN MALAYSIA


Republik Kepulauan Fiji yang juga dikenali sebagai Matanitu ko Viti oleh masyarakat tempatannya
merupaka sebuah negara Kepulauan Ocenia yang terbesar dan lokasinya terletak di bahagian
Selatan Lautan Pasifik.3 Kepulauan Fiji yang dikatakan telah dihuni semenjak 3,500 tahun dahulu
oleh masyarakat Melanesia dan Polinesia, dianggarkan memiliki lebih kurang 320 buah pulau, 840
pulau kecil dan termasuk dua buah pulau terbesar iaitu Viti Levu dan Vanua Levu. Viti Levu ataupun
digelar sebagai Great Fiji pula, dianggarkan berkeluasan kira-kira 10,429 km2 dan di bahagian inilah
letaknya Suva iaitu merupakan ibu negeri bagi Republik Kepulauan Fiji.4
Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa, penerokaan dan penjelajahan orang Eropah telah
membawa suatu era baru terhadap Fiji. Bermula dari kedatangan terawal mereka ke kepulauan
tersebut sehinggalah penjajahan British telah membawa kepada pelbagai implikasi baik dari sudut
positif atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, kedatangan orang Eropah, golongan mubaligh dan
juga peneroka Amerika agak kurang disenangi oleh penduduk tempatan yang pada ketika itu masih
kuat berpegang kepada adat dan budaya tradisi mereka. Hal ini telah menimbulkan beberapa
konflik, perselisihan dan peperangan. Peristiwa yang paling jelas ialah konflik yang berlaku di antara
puak Fiji dan peladang Amerika Syarikat yang telah memberi tekanan kepada ketua puak peribumi.
Hal ini berikutan apabila salah seorang peneroka Amerika telah menuntut bayaran ganti rugi
3

Negara ini terletak di bahagian Garis Lintang iaitu kira-kira 15 S sehingga 22 S dan garis bujur pula adalah pada kedudukan
175 T sehingga 177 B. Iklim bagi kepulauan Fiji pula adalah tropika iaitu panas dan lembab dengan suhu purata
sepanjang tahun yang dicatatkan adalah sekitar 16 hingga 32c atau 60 hingga 90 F. Tambahan pula, Fiji terletak di
laluan angin barat tenggara yang hanpir sepanjang tahun membawa hujan lebat ke pantai timur dan selatan. Bulan
Februari dan Mac merupakan bulan yang paling lembap manakala iklim pada musin sejuk adalah sangat kering.
Manakala, bahasa rasmi bagi Fiji pula adalah bahasa Inggeris dan digunakan di sekolah, namun negara ini turut
mempunyai dua bahasa utama iaitu bahasa Fiji dan Hindi. Bahasa Fiji dikaitkan dengan Polinesia. John Wesley Coulter,
Fiji: Little India of the Pacific, The University of Chicago Press: Illinois, 1942. Hlm. 4.

Suva merupakan ibu Negara Fiji dan yang mempunyai jumlah penduduk paling padat disamping terdapat kota-kota pantai dan
juga lembangan sungai yang memiliki tanah yang subur serta sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu, terdapat
beberapa wilayah lain dalam republik tersebut iaitu Naitasiri, Namosi Rewa, Serua dan Tailevu yang terletak di
bahagian tengah. Daerah-daerah lain seperti Kadavu, Lau, Lomaiviti dan Rotuma pula berada di bahagian timur Fiji
dan di bahagian utara barat kepulauan tersebut pula merangkumi beberapa daerah seperti Bua, Cakaudrove dan
Macuata. Sementara wilayah-wilayah lainnya seperti Ba, Nadroga-Navosa dan juga Ra pula berada di bahagian barat
kepulauan tersebut. Steven Roger Fischer, A History of The Pacific Islands, PALGRAVE: New York, 2002.hlm. 149-150.

sebanyak USD 45,000 daripada ketua puak iaitu Cakobau yang kononnya berpunca daripada
pertelagahan yang dilakukan oleh anak buahnya. Dalam keadaan yang tersepit dan juga disebabkan
beliau tidak mampu untuk membayar pampasan tersebut, Cakobau terpaksa mencari jalan
penyelesaian dengan membuat tawaran untuk menyerahkan Fiji kepada pihak British. Tawaran
tersebut dilakukan atas nasihat William Thomas Pritchard yang merupakan konsul British pertama di
pulau tersebut pada tahun 1958. Hal ini jelas dinyatakan oleh Raj K Vasil dalam tulisannya iaitu:
After a period of continued friction and troubles between the Europeans and the Fijian
rules, in 1858, Ebenezer Cakabau (Sovereign Chief of Bau and its Dependencies,
Vunivalu of the Armies of Fiji and Tui Viti ), offered to transfer and convey unto
Victoria, by the Grace of God, Queen of Great Britain and Ireland, Her heirs and
successor for ever, the full sovereignty and domain in and over our aforesaid islands and
5
territories

Walau bagaimanapun tawaran tersebut pada mulanya telah ditolak oleh Britain pada Julai 1862.
Namun begitu, Cakobau sekali lagi cuba mengutarakan tawaran yang sama pada tahun 1874 dan
akhirnya tawaran itu telah diterima oleh pihak British tetapi tanpa sebarang syarat.6 Sesungguhnya
penyerahan dan penerimaan The Deed of Cession7 yang dibuat pada 10 Oktober 1874 tersebut
bukan sahaja telah menandakan bahawa Fiji kini menjadi sebahagian daripada tanah jajahan British
bahkan telah menyaksikan suatu perubahan yang agak drastik terutamanya dari segi penambahan
populasi penduduk yang disebabkan oleh kemasukan buruh asing terutamanya buruh dari India

Raj K Vasil, Politics in Bi-Racial Society: The Third World Experience, India: Vikas Publishing House Pvt Ltd, 1984, hlm. 13.

Penyerahan Fiji yang dibuat oleh Cakabau dikatakan untuk melindungi kepentingan masyarakat tempatan Fiji itu sendiri iaitu;
... to exercise a watchful control over the welfare of his children and people; and who , having survived the barbaric
law and age; are now submitting themselves under Her Majestys Rule to civilization. Menerusipetikan ini jelas
menunjukkan bahawa British telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi dan menjaga keamanan rakyat Fiji. Hal
ini turut diperakui oleh Carnavon yang merupakan Setiausaha Kolonial di House of Lords pada Julai 1874 yang
menyatakan bahawa Annexation has a moral as well as a material and commercial side; and means not only the
acquisition of rich lands, and harbours and minerals for the wants of a more civilized or commercially-minded, but of
duties to be performed to the native races who pass under our protection. Ayuz Nizar Mukadam pula menambah
bahawa One aim of colonization was to protect the traditional lifestyle of the indigenous Fijians so they would not
experience the plight experienced by indigenous peoples in other colonies. At the same time, colonization also
endeavored to enlighten indigenous Fijians by converting them to Christianity Ayuz Nizar Mukadam, EthnoNationalism and The Fijian Grassroofs, Department of Political Studies, University of Saskatchewan Saskatoon:
Canada, September 2005.hlm.13-14

The Deed of Cession menyediakan piagam untuk pendamaian di antara golongan elit. Selain itu, piagam ini turut
mengisytiharkan akan menjaga kepentingan penduduk Fiji. Walau bagaimanapun, orang Eropah diberi keutamaan
dalam menjaga hak keistimewaan politik dan ekonomi Negara tersebut. Brij V. Lal,(ed), Politics in Fiji, Studies in
Contemporary History, Allen & Unwin Australia Pty Ltd: Sydney, 1986. hlm. 62.

yang bermula pada tahun 1879 iaitu seramai 479 orang.8 Ini adalah disebabkan oleh tindakan pihak
British yang ingin memperkembangkan sektor pertanian dan perladangan khususnya bagi tanaman
tebu yang mengalami masalah kekurangan tenaga bruh dalam sektor tersebut. Situasi ini juga
didorong oleh desakan daripada pihak The Colonial Sugar Refining Company (CSR) yang ketika itu
meminta supaya kerajaan British menyediakan sumber tenaga buruh yang murah bagi memudahkan
syarikat tersebut menjalankan operasi peladangan di kepulauan tersebut. Oleh yang demikian pada
tahun 1876, pentadbiran kerajaan British dibawah Sir Arthur Gordon telah mengambil keputusan
untuk memperkenalkan polisi untuk membawa masuk buruh dari India.9 Pada tahun 1878, suatu
pertemuan telah dibuat antara kerajaan British di Fiji dan kerajaan British di India berhubung
dengan cadangan untuk membawa masuk buruh India ke Fiji. Dalam rundingan yang dibuat, keduadua belah pihak telah bersetuju bahawa buruh yang diimport dari India dan Calcutta akan melalui
satu sistem yang dikenali sebagai sistem kontrak atau Indenture Contract.10
Sebahagian besar masyarakat Indo-Fijian mendiami kawasan di bahagian pantai utara dan barat
yang terletak di pulau terbesar Viti Levu dan Vanua Levu berdekatan dengan kawasan penanaman
tebu. Majoriti masyarakat Indo-Fijian menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa perantaraan
mereka dan kebanyakan mereka mahir berbahasa Inggeris.11 Kebanyakan masyarakat India yang
datang ke Fiji ialah berasal dari Gujaret dan Punjabi. India kekal sebagai petunjuk penting bagi
mengekalkan budaya Indo-Fijian yang mana boleh dilihat memainkan pengaruh besar dalam amalan
8

Elizabeth M.Grieco, The Effects of Migration on the Establishment of Networks: Caste Disintegration and Reformation among
the Indians of Fiji, International Migration Review,Vol.32, No. 3, 1998,pp.704-736.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya kemasukan imigran India ke Fiji. Pertamanya, kemasukan
golongan imigran luar ini kononnya, adalah perlu dilakukan oleh pihak British bagi melindungi masyarakat asli Fiji itu
sendiri daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Selain daripada itu, pihak British dikatakan tidak mahu
mengambil penduduk tempatan untuk bekerja sebagai buruh atas alasan mereka mahu mengekalkan cara hidup
tradisional kaum peribumi. Bagi pandangan British, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi
kepentingan masyarakat peribumi Fiji seperti mana yang dipersetujui dan termaktub dalam perjanjian (The Deed of
Cession) yang dimeterai sebelum ini. Hal ini dibuktikan dengan penyataan yang dibuat oleh Raj K Vasil iaitu Successive
administrations interpreted the Deed of Cession to mean that Fijian interests must always be protected. Selain
daripada itu, pengambilan buruh-buruh ini juga didorong oleh pengalaman lalu dan kejayaan Gordon sendiri yang
telah mengendalikan dan mengambil imigran India untuk bekerja di British, Guiana, Mauritius, dan Trinidad. John
McGarry & Brendan OLeary (ed), The Politics of Ethnic Conflict Regulation: Case Studies of Protracted Ethnic Conflicts,
New York: Routledge, 1995, hlm. 252.

10

Kemasukan buruh India yang pertama ke Fiji melalui sistem kontrak tersebut adalah pada tanggal 14 Mei 1879 yang
menyaksikan seramai 498 imigran India dibawa dari Calcutta melalui Leonidas dan Nausori merupakan kawasan
terbesar di Fiji yang menjalankan kegiatan perladangan tebu pada tahun 1881. Adrian C. Mayer, Indians In Fiji, Oxford:
Oxford University Press, 1963. hlm.10

11

Selain itu, sebahagian mereka juga mahir berbahasa India dalam dialek seperti Bhojpuri, Urdu, Tamil, Bihari, Gujarati dan
Punjabi.

ritual, tradisi masakan dan juga pakaian. Walau bagaimanapun, sebahagian masyarakat Indo-Fijian
pada hari ini tidak pernah ke India. Lebih satu abad tinggal bersama-sama dengan masyarakat
peribumi Fijian telah membentuk identiti Indo-Fijian dan gaya hidup mereka. Salah satu kesan
utama ialah sebahagian mereka telah menghapuskan sistem kasta. Manakala, dari segi agama
masyarakat Indo-Fijian kebanyakannya menganut agama Hindu (77%), Islam (16%), Kristian (6%) dan
Sikh (0.9%). Selain itu, penglibatan masyarakat Indo-Fijian dalam ekonomi sejak di bawah koloni
British telah menyebabkan pada hari ini mereka menguasai bidang perniagaan dan profesional
berbanding dengan masyarakat peribumi Fijian.12
Manakala di Malaysia pula, kedatangan buruh India mula dilihat pada akhir abad ke-19 sebagai
buruh sukarela dan bukan secara paksa kerana India ketika itu menghadapi masalah kemiskinan.
Sebelum ini juga, mereka pernah datang tetapi sebagai peniaga dan pendakwah tetapi tidak pernah
menetap di Tanah Melayu. Selain itu, keperluan buruh India khususnya buruh kasar yang murah
merupakan kesan daripada perkembangan Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad
ke -19. Perkembangan kapitalisme perdagangan dan perindustrian menyebabkan kuasa Barat mula
merebut untuk meluaskan tanah jajahan mereka di Timur. Dengan meluaskan tanah jajahan, kuasa
Barat dapat memenuhi matlamat mereka seperti membolot bahan mentah bagi menghasilkan
barangan pengeluaran perusahaanya dan juga koloni jajahan ini akan dijadikan sebagai sumber
pasaran pengguna bagi barangan keluaran negara Barat ini.13 Tambahan pula, negara kapitalis Barat
turut memiliki modal yang besar tetapi menghadapi kekurangan sumber tenaga. Oleh sebab itu,
adalah penting bagi para kapitalis ini memerlukan tanah jajahan bagi memenuhi permintaan bahan
mentah dan memenuhi pasaran pengguna.
Buruh India ini mula dibawa masuk selepas British menduduki Pulau Pinang. Koloni British mula
memperkenalkan tanaman eksport bagi tujuan komersial seperti tebu, pada sekitar tahun 1830-an,
lada hitam dan kopi dalam tahun 1870-an. Selain itu, keperluan tanah yang luas bagi penanaman
tersebut tidak menjadi penghalang kerana Tanah Melayu memiliki tanah yang subur terbentang
luas. Pada masa yang sama, pihak British juga memerlukan lebih banyak tenaga buruh untuk kerja

12

Brij V. Lal, Fiji Islands: From Immigration to Emigration, Migrations Information Source: Migration Policy Institute. April, 2003.
http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?ID=110. Dilayari pada 30 Mac 2013.

13

Patrick Pillai, Malaysia, Asean Economic Bulletin: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Vol. 12, No. 2, Labour Migration
in Asia, pp. 221-236.

pembinaan rangkaian jalan raya dan keretapi serta pembinaan limbungan kapal yang sempurna
untuk mengangkut hasil tanaman ini dari kawasan perladangan ke pelabuhan untuk dieksport.14
Kemudian timbul pelbagai masalah tentang kemasukan buruh ini sebelum koloni British dan
Tanah Melayu memutuskan untuk membuat satu dasar terperinci bertujuan mengemas serta
menyusun sistem yang lebih baik bagi menjamin kesejahteraan dan kebaikan dua pihak. Ini adalah
kerana pengalaman pahit yang dialami oleh buruh India di Mauritius, Afrika dan West Indies.
Perkembangan perusahaan getah selepas tahun 1900 menyebabkan banyak ladang getah telah
dibuka dan keperluan untuk mendapatkan buruh menjadi satu kemestian. Pada masa yang sama
orang Melayu ketika itu juga tidak gemar untuk berladang getah sebaliknya mereka melibatkan diri
dalam ekonomi sara diri.
Kemasukan beramai-ramai buruh India dan buruh Cina untuk bekerja di Tanah Melayu pada satu
ketika menjadikan bilangan mereka pada akhir 1920-an lebih ramai daripada orang peribumi.
Keadaan ini membimbangkan British sendiri tetapi mujurlah apabila berlaku kemelesetan ekonomi
ramai orang India dan Cina kembali ke negara masing-masing. Kemasukan buruh India ini adalah
melalui satu sistem yang dikenali sebagai buruh kontrak tetapi sistem ini menyebabkan banyak
penganiayaan dan pemerasan berlaku. Oleh yang demikian, wujud satu sistem yang baru iaitu
sistem Kanggani.15 Sehubungan dengan itu, Kod Buruh 1912 turut diperkenalkan dengan tujuan
memperbaiki setipa perundangan berkaitan dengan buruh. Selain itu, pihak British turut
mengamalkan dasar Divide and Rule yang telah memecah-belahkan pelbagai etnik yang ada di Tanah
Melayu pada masa itu. Menurut Dr. Anbalakan Kailasam:The Indians came to be recognized as the third biggest community in this country at least
by the 1930s. Yet, even up to that time there was no visible ethnic cohesion among the
Indians in this country. They had hardly thought of themselves as Indians. Rather, they
remained sgarply divided along lines of caste, class, religion, district of origin and language.
Partly, the political and socio-economic atmosphere that had existed here then was

14

Thilagavathi Vasudevan, Perayaan Tamilar Thirunaal (Tamils Festival) Di Malaysia: Memperkukuhkan Warisan Sosio-Budaya
Masyarakt India dan Perpaduan Inter-Etnik, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Projek
Penyelidikan Jangka Pendek USM, 2006. hlm. 9-11.

15

Sistem Kanggani boleh dianggap sebagai sistem mandor di mana Kanggani akan merekrut anak-anak buah mereka dari
kampung mereka sendiri di India menerusi ketua-ketua kampung dan membawa mereka ke Semenanjuang Tanah
Melayu. Sistem ini dilihat lebih baik dan teratur kerana kebertanggunjawaban kepada seorang ketua pengurus. Sistem
ini digunakan agal lama sehingga perang meletus.

responsible for this sorry state of affair. This atmosphere was further worsened bythe tactful
16
occupational division practised by the British administrators of the day.

Masyarakat India17 di Malaysia merupakan masyarakat minoriti pada masa kini. Kebanyakan
mereka berasal dari Utara Selatan seperti Tamil Nadu, Telugu dan Sri Lanka manakala sebahagian
kecil berasal dari Utara India seperti dari Punjab dan Benggali. Seperti yang sedia maklum,
masyarakat India membawa banyak manfaat dan kepentingan kepada pihak British. Kegiatan
masyarakat India di Tanah Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pembinaan namun
selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian mereka mula aktif dalam aktiviti perladangan getah.
Selepas kemerdekaan, kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India tidak banyak berubah.18
Sebahagian daripada masyarakat India sehingga ke hari ini masih lagi bergiat aktif

dalam

menguruskan ladang getah. Walau bagaimanapun, masyarakat India di Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam bidang professional khususnya generasi muda sekarang yang dilihat mampu
bersaing dengan kaum lain yang ada di Malaysia.

3.0 PERANAN MASYARAKAT INDIA DI FIJI DAN MALAYSIA DALAM KEMERDEKAAN


Seperti yang diketahui umum, negara Fiji merupakan sebuah negara multi-etnik dan keadaan ini
menyebabkan negara tersebut sentiasa berhadapan dengan konflik etnik iaitu antara etnik
peribumi dengan etnik Indo-Fijian. Konflik etnik ini telah bermula sejak kemasukan masyarakat
Indo-Fijian di Fiji di bawah koloni British dan keadaan ini berlanjutan walaupun sudah mencapai
kemerdekaan pada 10 Oktober 1970. Konflik etnik yang tercetus adalah disebabkan masyarakat
peribumi merasakan status hak keistimewaan mereka sebagai penduduk asal negara Fiji akan
tergugat dengan kehadiran Indo-Fijian. Walau bagaimanapun, masyarakat Indo-Fijian tidak pernah
menganggap konflik yang tercetus daripada masyarakat peribumi sebagai penghalang untuk
mereka terus bermastautin sebaliknya mereka mula dilihat memainkan peranan dalam politik dan
pentadbiran negara Fiji dalam kemerdekaan. Bagi masyarakat Indo-Fijian amatlah penting untuk

16

Thilagavathi Vasudevan, op cit.,hlm. 8.

17

Masyarakat India di Malaysia turut meraikan tiga jenis perayaan utama iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. Selain
itu, mereka juga mempunyai nilai kebudayaan dan adat mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa
dari tanah asal mereka dan kini mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan. Asasnya masyarakat
Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang dikenali sebagai sistem kasta.

18

Sinnathamby A/L Muthusally, Peranan Parti Politik Malaysian Indian Congress (MIC) Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi
Kaum India di Malaysia Selepas Kemerdekaan, Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 2000.
hlm.IV.

menjamin kesamarataan, hak asasi dan juga sebagai tanda menghargai sumbangan yang
dicurahkan oleh mereka sebagai buruh dalam membantu membangunkan ekonomi Fiji.
Masyarakat Indo-Fijian pada awalnya tidak diterima atau tidak digalakkan terlibat dalam
pentadbiran negara republik itu. Walau bagaimanapun, dengan penubuhan persatuan bagi
masyarakat Indo-Fijian iaitu British Indian Association of Fiji 1911 telah berjaya memberi tekanan
kepada kerajaan British sehingga terpaksa memansuhkan sistem kontrak dan persatuan ini
kemudiaanya telah cuba untuk mendapatkan tempat dalam Majlis Perundangan yang ketika itu
hanya diwakili oleh orang Eropah dan juga masyarakat peribumi sahaja. Penubuhan persatuan ini
boleh dianggap sebagai satu titik tolak campur tangan masyarakat Indo-Fijian ke atas pentadbiran
Fiji apabila mereka mencadangakan supaya Majlis Perundangan menambah bilangan kerusi bagi
etnik India kepada dua orang wakil dalam majlis berkenaan dan akibat daripada desakan tersebut,
maka permohonan dan cadangan perwakilan ini akhirnya diterima kerajaan Fiji.19
Pada 2 April 1937, Majlis Perundangan telah mengalami perubahan apabila lima orang ahli dari
etnik Indo-Fijian telah dipilih. Kesan daripada ini juga sebenarnya telah menyebabkan masyarakt
Indo-Fijian berjaya mendapat kesamarataan taraf dalam politik sekitar tahun 1965. Jika diteliti,
penerimaan kemasukan golongan imigran ini ke dalam Majlis Perundangan sebenarnya didorong
oleh penambahan populasi mereka yang semakin meningkat. Beberapa tahun sebelum Fiji
mencapai kemerdekaan, tercetus konflik dalam pentadbiran terutamanya semasa merangka
Konstitusi Fiji Merdeka atau Constitution of Independent Fiji yang diadakan pada pertengahan
tahun 1965. Pergeseran sebenarnya telah berlaku sebelum tahun 1965 lagi, apabila masyarakat
Indo-Fiji telah meminta supaya corak pemerintahan Fiji dijalankan secara demokrasi iaitu menerusi
pemilihan secara umum. Hal ini dibantah sekeras-kerasnya oleh perwakilan dan ketua masyarakat
peribumi Fiji. Misalnya tindakan yang dilakukan oleh Ratu Sir Lala Sukuna yang merupakan
setiausaha pertama Fiji pentadbiran peribumi Native Adminstration dan juga wakil ahli dalam Great
Council of Chiefs yang telah menulis sepucuk surat bantahan terhadap isu demokrasi. Bantahan ini
disuarakan atas alasan golongan ini mahu melindungi kepentingan masyarakat asal dan juga ingin

19

Ayuz Nizar Mukadam,op cit.,hlm.25.

mengekalkan sistem pemerintahan yang sedia ada iaitu menerusi pemilihan mengikut etnik
Communal Law.20
Namun begitu, suara ke arah demokrasi ini sekali lagi telah diutarakan oleh wakil Indo-Fijian
iaitu A.D Patel yang merupakan salah seorang daripada ahli majlis perundangan. Beliau dengan
pendirian tetap mahukan pemilihan serta pembentukan kerajaan selepas mencapai kemerdekaan
dibuat berdasarkan kepada pemilihan umum dan bukannya melalui sistem yang dijalankan seperti
sebelum ini. Walau bagaimanapun, sekali lagi cadangan yang dikemukakan ini telah ditentang oleh
Ratu Sir Kamisese Mara iaitu wakil masyarakat peribumi atas alasan bimbang penguasaan politik
oleh Indo-Fiji akan membawa perubahan dasar dan polisi yang sedia ada terutamanya bagi dasar
pemilikan tanah.
Selain itu, kemunculan National Federation Party yang diketuai ole A.D Patel telah memberi
peluang kepada masyarakat Indo-Fiji untuk campur tangan dalam politik Fiji sehingga majoriti parti
ini disokong oleh mereka. Keadaan ini telah menambahkan ketegangan dengan Alliance Party yang
diketuai oleh Ratu Sir Kamisese Mara yang merupakan mendapat sokongan daripada masyarakat
peribumi, orang Eropah dan etnik lain. Malahan, wakil daripada NFP juga telah diberi peluang
untuk merangka perlembagaan. Walau bagaimanapun, sebenarnya, rundingan tersebut agak sukar
dicapai memandangkan kedua-duanya masih tidak berpuas hati sama ada untuk menggunakan
sistem pemilihan secara Common roll atau Communal Roll sama seperti yang diamalkan sebelum
ini. Namun begitu, kemerdekaan yang diberikan oleh British telah memaksa kedua-duanya
berkompromi dalam mencapai kesepakatan.21 Hasilnya Dewan Senat tetap dikuasai oleh
masyarakat Fiji manakala Dewan Perwakilan pula didominasi oleh Indo-Fijian.
A.D Patel memainkan peranan sangat penting dalam menjaga hak masyarakat Indo-Fijian itu
sendiri. Sepanjang penglibatan beliau dalam politik negara Fiji khasnya, beliau pernah memenangi
pilihan raya pada tahun 1968 dan ini sekaligus membawa parti NFP sebagai parti pembangkang di
Fiji. Keadaan ini juga membolehkan parti NFP mulai berpengaruh terutamanya dikalangan
masyarakat Indo-Fiji sendiri. Kelihatannya tampuk pemerintahan pada sekitar tahun 1970 sehingga
tahun 1987 masih lagi dikuasai oleh masyarakat peribumi. Namun begitu, dalam tempoh tersebut
20
21

Raj K Vasil, Politics in Bi-Racial Society: The Third World Experience, India: Vikas Publishing House Pvt Ltd, 1984.hlm.27.
Erik Larson & Ron Aminzade, Nation Building in Post-Colonial Nation States: The Cases of Tanzania and Fiji, Blackwell
Publishing Ltd: Oxford, UNESCO 2009, hlm. 172.

10

tidak sama sekali menunjukkan bahawa kerajaan yang dikuasai oleh peribumi Fiji berada dalam
keadaan yang selesa. Pendominasian etnik Indo-Fijian jelas kelihatan pada Mac 1977 yang mana
Indo-Fijian telah memenangi kerusi dalam Dewan Perwakilan yang diwakili oleh parti NFP dibawah
Sidiq Koya tetapi gagal membentuk sebuah kerajaan kerana tidak dipersetujui oleh masyarakat
peribumi memandangkan ketuanya bukan dari kalangan peribumi itu sendiri.22
Pada April 1987, Fiji Labour Party (FLP) pimpinan Dr. Timoci Bavadra memenangi pilihan raya
yang berjaya menewaskan AP dibawah pimpinan Ratu Kamisese Mara dan sekaligus dilantik
menjadi perdana menteri yang kedua negara Fiji ketika itu. Walau bagaimanapun, pentadbiran Fiji
dibawah Dr. Timoci telah membawa peristiwa kudeta pada 14 Mei dan 25 September 1987 yang
diketuai oleh Leftenan Kolonel Sitiveni Ligamamada Rabuka dan melantik diri sendiri sebagai ketua
dan menggantungkan konstitusi. Manakala pada December 1987, Rabuka telah menolak kerajaan
sementara dan telah mewujudkan 21 ahli kabinet dan semua ahli terdiri daripada ahli politik dari
AP serta pada masa yang sama Ratu Penaia Ganilau dilantik sebagai presiden dan Ratu Kamisese
Mara sebagai perdana menteri ketika itu. Walaupun pelbagai cara yang dilakukan oleh wakil dari
masyarakat Indo-Fijian untuk menjalinkan hubungan yang baik, namun penerimaan daripada
masyarakat peribumi tidak menunjukkan mereka bersedia untuk menerima masyarakat lain yang
dianggap akan menggangu serta merampas hak keistimewaan yang ada pada mereka selama ini.
Berbeza pula dengan masyarakat India di Malaysia dimana mereka diberi peluang dan peranan
dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Namun pada peringkat awal, masyarakat India di
Tanah Melayu ketika itu dilihat lebih berusaha ke arah untuk mendapat kemerdekaan negara asal
mereka. Walau bagaimanapun, sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan British telah
menetapkan syarat bahawa perlunya kesepaduan semua kaum di Tanah Melayu terutama dalam
politik sebelum kemerdekaan diberikan. Ini jelas bahawa perpaduan kaum adalah syarat utama
yang perlu sebelum mencapai kemerdekaan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam
politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Justeru ini akan membawa keharmonian serta
keamanan masayarakat dan negara.
Usaha telah dilaksanakan berhubung dengan perpaduan kaum oleh Dato Onn Jaafar iaitu
dengan mencadangkan supaya rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh
mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur sesama sendiri.
22

Ajnesh Prasad, Moving Beyond Ethnic Conflict in Fiji: From Colonization to the Coup of 2006,International Journal of Science
Economics, Vol.35 No. 12, 2008, pp.951-962.

11

Perbincangan ini diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan
Ronald Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa
Perhubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee.23 Selain itu terdapat penubuhan
parti politik yang ditubuhkan disebabkan oleh tentangan rakyat terhadap cadangan Malayan Union
tahun 1946 oleh Kerajaan British.
Masyarakat India di Malaysia juga berperanan penting ke arah kemerdekaan dengan
tertubuhnya Malayan Indian Congress (MIC) pada bulan Ogos 1946 dan Yang Dipertua Kongres
yang pertama ialah John A. Thivy. Beliau pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah
Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. Pada peringkt awal perjuangannya, parti ini
bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. Malahan, MIC juga kurang mendapat
sambutan dikalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai
kemerdekaan pada tahun 1947, MIC dilihat mula memberi perhatian kepada kegiatan politik di
Tanah Melayu. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi
dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk
memperjuangkan kemajuan politik.
Selain itu, Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan juga merupakan antara tokoh pejuang
kemerdekaan di Tanah Melayu. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden
Kelima MIC ketika berusia 36 tahun. Tun V.T Sambanthan juga merupakan salah seorang yang
menandatangani perjanjian kemerdekaan.24Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, beliau
banyak berjasa terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi
kemudahan rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. Beliau juga turut berjasa dalam
menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat peribumi.
Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja
Persekutuan. Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan

23

Jawantankuasa ini telah dilaksanakan pada tahun 1949 yang dilihat berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan
Melayu. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh daripada kaum Melayu, Cina dan
India. Penubuhan jawatankuasa ini memainkan peranan yang sangat besar kerana ianya dilihat dapat memupuk
persefahaman di antara pemimpin kaum di Tanah Melayu.

24

Selain itu, beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan
Negara. Dan pada tahun 1973, beliau meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara
disebabkan usinya.

12

kaum. Seiring dengan perkembangan pesat parti politik dan perubahan dasar British, maka satu
pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu di masa depan. Pilihan
raya yang pertama diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis
tempatan iaitu Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Sementara itu, Parti Perikatan
menjadi semakin kukuh dengan penyertaan parti MIC pada tahun 1955. Pada keseluruhannya,
Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Daripada 51
kerusi yang dimenangi, UMNO memperoleh sejumlah 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua kerusi.
Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Kemudian pada Januari 1956, satu rombongan yang
terdiri daripada empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan sertab
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia bertujua untuk berunding dengan pegawai Brtish sebagai
usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil dari rundingan tersebut, Perjanjian London
telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.25 Akhirnya, Tanah Melayu berjaya memperoleh
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan
beerti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut
corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Jelaslah kemerdekaan yang
dicapai di Tanah Melayu adalah hasil daripada rundingan yang dibuat dengan pihak British dan juga
perpaduan yang wujud di antara kaum Melayu, Cina dan India.

4.0 PERANAN MASYARAKAT INDIA PASCA MERDEKA DI FIJI DAN MALAYSIA


Peranan masyarakat India di Fiji dilihat sangat menyerlah selepas berlakunya kudeta tentera pada
tahun 198726 dimana berlaku ketidakpuasaan masyarakat peribumi dengan parti NFP dibawah
pimpinan Dr Timoci Bavadra yang disifatkan lebih memihak kepada masyarakat Indo-Fijian dan
mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Indo-Fiji walaupun beliau adalah masyarakat

25

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan iaitu, Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel da menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan sebuah
badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

26

Rabuka selaku ketua kudeta mengatakan bahawa kerajaan di bawak Bavadra member keistimewaan dan kepentingan
komersial dan tindakan ini seklaigus mengancam hak serta kawalan penduduk peribumi ke atas tanah sendiri. Kudeta
terpaksa dilancarkan sebagai satu alternative untuk melindungi status quo penduduk peribumi Fiji itu sendiri. Beliau
kemudian menjustifikasikan kudeta tersebut sebagai cara pencegahan pertumpahan darah yang terjadi sebagai
tindakan nasionalisme dankemarahan warga peribumi Fiji untuk memastikan negara itu dikendalikan oleh masyarakat
peribumi Fiji itu sendiri.

13

peribumi.27 Selain itu, kekuasaan masyarakat peribumi itu sendiri sudah berkurangan apabila Jai
Ram Reddy yang tidak dicalonkan semasa piliha raya telah diberikan kerusi untuk bertanding di
dalam Senat dan dilantik sebagai Senior Cabinet. Tindakan ini telah mencemarkan dan dikritik
apabila cara perlantikan yang sebelum ini oleh AP secara tradisional tidak diteruskan.
Pada Julai 1987, Great Chiefs Council telah meluluskan cadangan pembentukan perlembagaan
baru yang meminta agar ditambah bilangan kerusi di dalam Majlis Perwakilan kerana dilihat hanya
didominasi oleh masyarakat peribumi. Selain itu, perlantikan Perdana Menteri mestilah dari
masyarakat peribumi sendiri dan perlantikan tersebut hendaklah melalui kabinet Fiji. Kemudian
diwujudkan Konstitusi 1990 yang dilihat bersifat bias dan lebih menunjukkan keuntungan terhadap
penduduk peribumi Fiji baik dalam hak asasi mahupun perwakilan politik. Dua tahun selepas
terbentuknya konstitusi tersebut, Fiji mengadakan pilihan raya Mei 1992 yang menyaksikan
penguasaan Soqosoqo ni Vakavulewa ni Taukei (SVT) dibawah pimpinan Rabuka yang telah
memenangi sebanyak 30 kerusi daipada 37 kerusi yang dipertandingkan. Rabuka telah dilantik
menjadi perdana menteri pada tahun 1993 sekaligus mengambil alih tampuk pemerintahan
daripada Sir Penaia Ganilau.
Walau bagaimanapun, Konstitusi 1990 telah mendapat kritikan khasnya daripada masyarakat
Indo-Fijian dan situasi telah menyebabkan Jai Ram Reddy memutuskan untuk berunding dengan
Sitiveni Rabuka mengenai pemindaan konstitusi 1990. Akhirnya rundingan tersebut telah membawa
perubahan dengan tertubuhnya konstitusi 1997 yang merupakan kejayaan berharga bagi Rabuka
dan Jai Ram Reddy. Konstitusi 1997 ini juga dianggap akan memberi perubahan kepada masyarakat
yang ada di negara Fiji. Selain itu, konstitusi 1997 merupakan jasa yang terbesar bagi Jai Ram Reddy
sebagai wakil masyarakat Indo-Fijian dalam tempoh penglibatan beliau dalam politik Fiji.
Pilihan raya Mei 1999 yang merupakan pilihan raya pertama dibawah konstitusi 1997 dilihat
wujudnya persaingan yang sengit antara Rabuka dengan Mahendra Chaudry serta parti lain yang
turut bertanding. Kemenangan berpihak kepada Fiji Labour Party (FLP) dibawah pimpinan Mahendra
Chaudry iaitu memenangi sebanyak 37 kerusi, Fiji Association Party(FAP) sebanyak 10 kerusi,
Soqosoqo ni Vakavulewa ni Taukei (SVT) sebanyak 8 kerusi dan Party of National Unity (PANU) pula

27

Andrew Scobell, Politics, Professionalism, and Peacekeeping: An Analysis of the 1987 Military Coup in Fiji, Comparative
Politics,Vol. 26, No.2 (Jan 1994), Ph.D. Program in Political Science of the City University of New York. hlm. 187.

14

mendapat sebanyak 4 kerusi.28 Kemenangan ini sekaligus telah melantik Mahendra Chaundry
sebagai Perdana Menteri dan juga merupakan etnik Indo-Fijian yang pertama menjawat jawatan
tersebut. Namun begitu, kerajaan baru di bawah Mahendra Chaundry mendapat tentangan yang
hebat sehingga menyebabkan tercetusnya peristiwa kudeta pada 9 Mei 2000 yang diketuai oleh
George Speight. Mereka bimbang sekiranya penguasaan Indo-Fijian dalam senario politik
kemudiannya akan menyebabkan masyarakat peribumi dipinggirkan terutama dalam hal yang
berkaitan dengan ekonomi dan juga perubahan dalam polisi pemilikan tanah. Oleh yang demikian,
sehingga ke hari ini, perlantikan bagi jawatan Perdana Menteri hanya dipegang oleh masyarakat
peribumi sahaja dan peristiwa kudeta seterusnya berlaku pada tahun 2006 yang melibatkan pihak
tentera mulai campur tangan secara aktif dalam politik Fiji.
Persaingan politik Malaysia yang berasaskan perkauman berbanding ideologi memang sesuai
dengan amalan permuafakatan yang dimanifestasikan oleh persaingan kuasa. Amalan ini memberi
ruang kepada setiap agama bersama-sama berkongsi kuasa dan mempunyai hak dalam
pemerintahan Malaysia. Kewujudan pertubuhan United Malays National Organisation (UMNO)
mewakili kepentingan Islam, Malaysian Chinese Association (MCA) pula memelihara agama dan
budaya orang Cina, manakala Malaysian Indian Congress (MIC) pula memperjuangkan hak-hak
Hindu.29 Penglibatan masyarakat India di Malaysia selepas kemerdekaan dilihat sangat aktif dan
begitu juga dengan kaum lain. Namun begitu, peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei
1969 telah menjadi kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan raya umum
196930 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pengisytiharaan darurat oleh
Tunku Abdul Rahman dan Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang di Pertuan Agung untuk
mengisytiharkan darurat berdasarkan kepada Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
28

John Fraenkel, The Triumph of the Non-Idealist Intellectuals? An Investigation of Fijis 1999 Election Results, Australia Journal
of Politicals and History: Volume 46, Number 1, 2000. University of the South Pacific. hlm. 87-89.

29

Badrul Azmier Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis & Zaliha Hj.Hussin, Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik Malaysia,
Seminar on National Resilience, Political Managements and Policies in Malaysia,2010.hlm.403.

30

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperoleh majority 2/3
diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Kerusi dalam Dewan Rakyat merosot
daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66. Parti pembangkang menganggap ini sebagai kemenangan yang besar buat
mereka. Semasa kempen pilihan raya 1969, calon dari parti pembangkang telah membangkitkan soal bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

15

Selain itu, pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)31 pada 17 Mei 1969 juga bertujuan
mengambil alih tugas Perlimen untuk sementara waktu.
Masyarakat India juga tidak pernah berada dihadapan dalam pertikaian antara etnik disebabkan
bilangan mereka yang kecil di negara ini. Namun begitu, dengan kewujudan MIC mereka berjaya
bertindak sebagai orang tengah semasa perdebatan kaum antara kaum Melayu dan kaum Cina. Walau
bagaimanapun, masyarakat India di Malaysia turut terlibat dalam kabinet negara dimana beberapa
orang pemimpin kaum India seperti Dato Seri Samy Vellu Sangalimuthu atau dikenali sebagai Samy
Vellu yang merupakan presiden Kongres India Malaysia ke-7.32 Pada 1961, beliau bertanding kerusi MIC
Selangor tetapi kalah dan tahun berikutnya beliau dilantik menjadi Pengerusi Biro Kebudayaan MIC.
Beliau dipilih menggangotai kabinet pada pertama kali pada tahun 1979 dan dilantik sebagai Menteri
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kemudian dari tahun 1989 sehingga 1995, beliau
dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. Walau bagaimanapun, sepanjang memegang
jawatan sebagai Menteri Kerjaraya beliau turut terlibat dengan beberapa isu kontroversi seperti
keretakan MRR2, skandal saham Telekom-MAIKA Holdings dan pembinaan Lebuh Raya PLUS serta
kutipan tol. Selain itu juga terdapat kegagalan beliau dalam projek komuniti gergasi namun terdapat
juga yang berjaya seperti penubuhan institut AIMST dan kolej TAPE. Kepimpinan Samy Vellu juga
ditentang apabila wujudnya Gerakan Anti Samy Vellu(GAS) yang diasaskan oleh Bharat Maniam dan
Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan(Hulu Selangor). Penubuhan NGO ini adalah respon ekoran
pemecatan Mugilan dari parti MIC. Gerakan ini dibubarkan pada 1 Oktober 2010, selepas Samy Vellu
mengumumkan beliau akan mengundur diri sebagai Presiden MIC pada Januari 2011.
Selepas Samy Vellu meletak jawatan sebagai presiden MIC, beliau telah diganti oleh Senator Datuk
Palanivel Govindasamy atau dikenali sebagai G. Palanivel yang merupakan seorang ahli politik. Beliau
mula terlibat dengan MIC cawangan Jelutong, Pulau Pinang sejak 1968. Beliau dianggap sebagai juara
masyarakat miskin India di Malaysia. Disebabkan itu, beliau telah berjaya memenangi empat penggal
berturut-turut dalam pilihan raya di parlimen Hulu Selangor pada 1990, 1995, 1999 dan 2004.
Kemenangan pada tahun 2004 memberi peluang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden
MIC melalui pemilihan MIC 2006. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan semasa beliau menjadi
Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1996 iaitu
31

MAGERAN berperanan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, penentu pentadbiran yang licin dan
sempurna dan pengembali keharmonian dan kepercayaan kaum.

32

P. Ramasamy, Politics of Indian Representation in Malaysia, Economic and Political Weekly, Vol.36, No. 45 (Nov. 10-16, 2001),
pp. 4312-4318.

16

meperkenalkan Yayasan Kebajikan Negara(YKN) kepada masyarakat India di seluruh negara, 5000 jenis
bantuan diberikan untuk membiayai pembedahan dan rawatan kronik serta program Amanah Ikhtiar
Malaysia(AIM) diperkenalkan kepada masyarakat India. Walaupun mengalami kekalahan dalam pilihan
raya 2008, namun pada 3 Mei 2010, G.Palanivel dilantik sebagai Senator bagi memenuhi kuota MIC.
Dengan adanya beberapa tokoh pemimpin India ini, maka tidak hairanlah masyarakat India di Malaysia
berkembang maju seiring dengan masyarakat yang lain dan mampu mewujudkan sebuah negara multietnik yang berjaya.33 Perpaduan yang wujud sesama kaum ini juga boleh dilihat sehingga ke hari ini.
5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa masyarakat India di Fiji dan Malaysia mempunyai keunikannya
yang tersendiri dalam membentuk nasion negara mereka. Negara Fiji yang ditadbir oleh kerajaan militer
sehingga kini masih lagi menghadapi konflik kaum telah memberi kesan kepada pembangunan negara
mereka terutamanya apabila berlaku peristiwa kudeta sebanyak empat kali. Manakala Malaysia pula,
masih lagi berpegang kepada prinsip perpaduan dan demokrasi sehingga kini dan mampu mengekalkan
sebuah negara multi-etnik bersepadu. Jika dilihat di Fiji, masyarakat Indo-Fijian pada mulanya tidak
digalakkan untuk terlibat dalam pentadbiran negara Fiji itu sendiri atas sebab masyarakat peribumi takut
akan kehilangan hak status-quo sebagai masyarakat asal negara itu. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan wakil dari Indo-Fijian kerana mereka merasakan bahawa perlunya Indo-Fijian
terlibat sama dalam pentadbiran negara itu. Tetapi berbeza pula dengan di Malaysia, dimana perpaduan
menjadi satu syarat oleh kerajaan British untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu ketika itu.
Peranan masyarakat Indo-Fijian dan India di Malaysia agak berbeza dari segi penglibatan dalam
mencapai kemerdekaan kerana masyarakat Indo-Fijian dari awal lagi telah menunjukkan semangat
nasionalisme dalam mencapai kemerdekaan di Fiji manakala India di Malaysia semangat nasionalisme
masih kuat dan tertumpu kepada negara asal mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa peranan
Indo-Fijian sebenarnya lebih mempunyai persamaan dengan peranan masyarakat Cina yang juga
merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, negara Fiji dan Malaysia harus
berpegang kepada integrasi perpaduan yang menjadi proses utama dalam mewujudkan masyarakat
bersatu padu dengan satu identiti nasional.

33

R. S. Milne, Bicommunal Systems: Guyana, Malaysia, Fiji, Publius, Vol. 18, No. 2, Bicommunal Societies and Polities (Spring,
1988), pp.101-113.

17

RUJUKAN
Ajnesh Prasad. Moving Beyond Ethnic Conflict in Fiji: From Colonization to the Coup of 2006.International Journal
of Science Economics, Vol.35 No. 12, 2008, pp.951-962.
Ayuz Nizar Mukadam. 2005. Ethno-Nationalism and The Fijian Grassroofs, Department of Political Studies,
University of Saskatchewan Saskatoon: Canada.
Badrul Azmier Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis & Zaliha Hj.Hussin, Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik
Malaysia, Seminar on National Resilience, Political Managements and Policies in Malaysia,2010.
Brij V. Lal. (a). Fiji Islands: From Immigration to Emigration, Migrations Information Source: Migration Policy
Institute. April, 2003. http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?ID=110. Dilayari pada
30 Mac 2013.
Brij V. Lal. (ed)(b). 1986. Politics in Fiji, Studies in Contemporary History, Allen & Unwin Australia Pty Ltd: Sydney.
Coulter, J. W. 1942. Fiji: Little India of the Pacific. The University of Chicago Press: Illinois.
Fischer, S.Roger. 2002. A History of The Pacific Islands.PALGRAVE: New York.
Fraenkel, John. The Triumph of the Non-Idealist Intellectuals? An Investigation of Fijis 1999 Election Results,
Australia Journal of Politicals and History: University of the South Pacific, Volume 46, No.1, 2000.
Grieco, M. Elizabeth. The Effects of Migration on the Establishment of Networks: Caste Disintegration and
Reformation among the Indians of Fiji, International Migration Review,Vol.32, No. 3, 1998,pp.704-736.
Larson, Erik & Aminzade, Ron. 2009. Nation Building in Post-Colonial Nation States: The Cases of Tanzania and Fiji,
Blackwell Publishing Ltd: Oxford.
McGarry, John & OLeary, Brendan (ed). 1995. The Politics of Ethnic Conflict Regulation: Case Studies of Protracted
Ethnic Conflicts. New York: Routledge.
Milne, R. S. Bicommunal Systems: Guyana, Malaysia, Fiji, Publius, Vol. 18, No. 2, Bicommunal Societies and Polities
(Spring, 1988), pp.101-113.
Naujoks, Daniel. Emigration, Immigration, and Diaspora Relations in India, Migrations Information Source:
Migration Policy Institute. Oktober 2009. http://www.migrationinformation.org/feature/print.cfm?ID=745#1.
Dilayari pada 30 Mac 2013.
P. Ramasamy, Politics of Indian Representation in Malaysia, Economic and Political Weekly, Vol.36, No. 45 (Nov.
10-16, 2001), pp. 4312-4318.
Patrick Pillai, Malaysia, Asean Economic Bulletin: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Vol. 12, No. 2,
Labour Migration in Asia, pp. 221-236.
Raj K. Vasil. 1984. Politics in Bi-Racial Society: The Third World Experience. India: Vikas Publishing House Pvt Ltd.
Scobell, Andrew. Politics, Professionalism, and Peacekeeping: An Analysis of the 1987 Military Coup in Fiji,
Comparative Politics.Vol. 26, No.2 (Jan 1994), Ph.D. Program in Political Science of the City University of
New York.

18

Sinnathamby A/L Muthusally. 2000. Peranan Parti Politik Malaysian Indian Congress (MIC) Dalam Pembangunan
Sosio-Ekonomi Kaum India di Malaysia Selepas Kemerdekaan. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Kuala
Lumpur.
Thilagavathi Vasudevan. 2006. Perayaan Tamilar Thirunaal (Tamils Festival) Di Malaysia: Memperkukuhkan
Warisan Sosio-Budaya Masyarakt India dan Perpaduan Inter-Etnik, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia. Projek Penyelidikan Jangka Pendek USM.

19

You might also like