You are on page 1of 13

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru dan muridmurid sekalian.

Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah yang menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang isu Jerebu yang melanda
negara kita baru- baru ini kepada semua warga sekolah dan ibu bapa sekalian.
Para hadiri yang dihormati,
Apakah jerebu?
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku
apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini
disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti
yang banyak dan terapung-apung di udara Jerebu bukan sekadar asap biasa ! Pakar-pakar alam
sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi
campuran gas beracun dan bahan kimia

termasuk magnesium. Bahan-bahan

itu mampu

menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran
bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang
dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan
gangguan otak dan berbahaya

kepada

paru-paru

dan

kesihatakan

tubuh

badan

seseorang.
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil
yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini
mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh
negara

kita

saban

tahun.

Jerebu

berlaku

apabila

kehadiran

partikel

terampai

di

atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Apabila
partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat
pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak
pandangan matakasar.
Para hadirin yang dikasihi,
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan
beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida,

nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan
kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:
Nilai IPU Status
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,
masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , jikalau
tiada angin, masakan pokok bergoyang
Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya

malasah

jerubu

berpunca

daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya


melalui pembakaran hutan secara besar-besaran
tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar
Contohnya, asap

tebal hampir menjadi masalah

tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya


bermula

pada

pertengahan

tahun

apabila

peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat


daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan
Pantai Barat Semenanjung.

Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah

jerebu yang membimbangkan.


Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka
melakukan pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan
keadaan

jerebu

menjadi-jadi.

Pembakaran

terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin


menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau
bahan buangan sama ada individu ataupun
pemilik kilang.
Contohnya,

sesetengah

anggota

masyarakat melakukan pembakaran terbuka di


belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka
telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya
bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah petani

yang

membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan


penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di
suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.

Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan


jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu
tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan
jerebu. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang
menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan.
Asap daripada kenderaan
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegarlegar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.
Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di Negara kita.
Asap daripada kilang
Selain

itu,

faktor

yang

memburukkan

lagi

keadaan

ialah pengeluaran

asap

yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang
menggunakan minyak
pengusaha

dan

arang

batu

turut

menjadi

punca

utama

jerebu.

Sikap

kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara
kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat
penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap
yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara
menjadi berjerebu.

Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang

memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.
Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang
sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran
hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara
dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
Sementara
terlalu

itu,

keadaan

cuaca

di

kawasan

hutan

hujan

tropika

memang

panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu

meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena
pemanasan global.
Di samping

itu, pembebasan

debu daripada letupan

gunung berapi

juga

menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia
tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus.
Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.
Para hadirin sekalian ,
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama
terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.

Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan

kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma sakit
kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.
Oleh itu bilangan golongan tua dan kanakkanak yang jatuh sakit berkaitan dengan
sistem pernafasan telah meningkat mendadak
akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan
di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh
mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh komponen-komponen
yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.

Hal ini amat

menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau
kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan
rakyat kerana kemalangan

boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan

kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila
Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang
bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,
banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara
luar seperti sukan, dibatalkan.

Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah

mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.


Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas
akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi
menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam
bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari
alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat
sementara waktu.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin
meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan
timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam
akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri- negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti
Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para
pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke
Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan
dan

kesihatan

mereka

semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi

negara kita akan terjejas akibat jerebu.


Masalah

jerebu

telah

menjadi

duri

dalam

daging

kepada

Malaysia.

Bagi

menyelesaikanmasalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam
mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku
lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia
selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam banyak bidang.
Terdapat

banyak

kesan

negatif

akibat

jerebu.

Antaranya

ialah,

ia

boleh

menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan.
Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan
boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit
yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan
tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti
lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan
makanan.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes
jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri
yang paling teruk dengan IPU mencecah angka
800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar
aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan
semua

sekolah

terpaksa

ditutup.

(Kes

terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana
menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosntesis.
buah berkurangan.

Kesannya

tumbesaran

tumbuhan

pendebungaan,

dan

penghasilan

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Para hadirin yang dihormati,
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu
yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang
paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor.

491 buah sekolah di beberpa

daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan
dari Senai,

Johor

dijadual semula.

pernafasan

meningkat

dengn

Paling

mendadak.

membimbangkan,

pesakit yang berkaitan

Persoalannya, apakah

langkah- langkah

mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara
terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat
pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di
samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang
sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu,
haruslah

bahan

pencemaran udara

dikurangkan untuk

mengelakkan

masalah jerebu di negara kita. Kesesakan


lalu lintas menambahkan karbn dioksida,
karbn

monoksida

dan

sebagainya

yang

menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang


demikian,
menggunakan

bilangan
jalan

kenderaan
raya,

khususnya

yang
di

kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah

bekerjasama

dengan

Puncak

Niaga

Sdn.

Bhd

telah

melakukan

beberapa

siri

pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.


Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Partikel

yang

mempunyai

bahan

kimia

iaitu

penyebab

jerebu

boleh

mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.


Kesannya,
terutama

pelbagai

penyakit

yang melibatkan

wujud

penyakit salur

pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta


mengancam golongan yang berisiko dan mereka
yang mengalami alahan kepada udara yang tidak
sihat.
Oleh kerana jerebu berbahaya kepada
kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada
diikuti

oleh

masyarakat.

Kandungan

jerebu

bahaya

jerebu

amat

penting

dan kesannya amat signifikan kepada

masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang sihat. Jerebu memberi
kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi
iaitu : orang tua , kanak-kanak, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, golongan
berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang paru-paru ,penyakit paru-paru yang kronik, penyakit
jantung, alahan.
Untuk maklumat para hadirin ,

kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu
termasuklah :
Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan
berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dada Justeru,
langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak
diserang penyakit yang boleh membawa maut.
Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
Mereka

yang

mengalami

penyakit

seperti

batuk,

selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit


paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik
dengan

segera

jika

keadaan

penyakit

bertambah

buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa


mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang
bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko
tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Tidak merokok di dalam rumah
terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua

dan

sanak

saudara

yang

berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat
(iaitu IPU yang melebihi 100).
Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan
aktiviti sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar
kawasan yang
kawasan mereka.

berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di

Antara langkah yang boleh diambil ialah


tindakan segera untuk menghentikan pembakaran
hutan

secara

diperlukan.

terbuka dan
Tindakan

secara besar-besaran

secara

kolektif

dengan

penggunaan alat pemadam api yang canggih dan


saintifik boleh membantu mengurangkan masalah
jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan
pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat dilakukan.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan

pada

peringkat

global

untuk

menangani

masalah

alam

sekitar

Kerjasama

boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik
digiatkan untuk menangani masalah ini.
Hadirin yang dikasihi,

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti
manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkahlangkah efektif perlu diambil sebelum kemelut
tersebut berada di luar kawalan persis kata
orang tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat
perhatian ramai, nescaya generasi yang akan
datang ketandusan nilai cinta akan alam
sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah
berganding

bahu

untuk

menyelesaikan

masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkahlangkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada
berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang
bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak
perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini
sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Rakyat yang sihat
merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah Negara kerana 'Rakyat Sihat
Negara Maju'.
Sekian ,terima kasih. Sampai disinilah ucapan ceramah saya pada pagi yang mulia ini.

You might also like