You are on page 1of 22

Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM November,

2016 :
Dasar luar negara tidak statik.
Secara asasnya,
pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu,
dasar
luar
negara
kita
berkembang
dengan
mengambil kira perubahan kepimpinan serta
keadaan politik dan ekonomi global yang
sentiasa berubah.
Sumber : www.kln.gov.my/web/guest

1. Pengenalan
Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia.
Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua
negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan
negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Selain itu ia juga
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui
kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga
global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral.
Bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh
hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan
dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika serta negara manju seperti Britain.
Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN, OIC dan sebagainya.
Matlamat/Objektif/Tujuan/Sebab
Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua
negara. Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan
negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Selain itu ia juga
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui
kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga
global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Bentuk/Corak hubungan luar


Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral.
Bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh
hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan
dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika serta negara maju seperti Britain.
Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN, OIC dan sebagainya.
Definisi/Takrif/Maksud/Makna
Dasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar
luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh
sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain.
2. Asas/Faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia
Faktor Sejarah
Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi hubungan perdagangan dengan
negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu telah terjalin. Pada masa ini
telah terjalin hubungan serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah Indonesia, Brunei,
Singapura dan Malaysia. Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
seperti Australia dan New Zealand dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain,
Australia dan New Zealand. Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis (PKM)
yang menggugat keselamatan negara mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang
pro-Barat dan antikomunis. Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana
belum mampu dari segi pertahanan.
Faktor Ekonomi
Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan dengan itu berbaik-baik
dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi. Pada zaman penjajah , Malaysia
yang merupakan pengeluar getah dan bijih timah telah menjalin hubungan dengan Britain
dan Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal
dari negara-negara tersebut. Selain itu Malaysia mengambil beberapa langkah bagi
menggalakkan pelaburan asing. Ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara dan
menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur iaitu Jepun dan
Korea Selatan. Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan

negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran


barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut.
Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan
prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsipprinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan
dunia. Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya
juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan
Malaysia.
Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara
berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan
budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited
terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan
diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang Dasar Aparteid itu
dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini
amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
3. Perkembangan dasar luar Malaysia.
Tahap Pertama (1957-1970) / Dasar Pro-Barat AntiKomunis / Tunku Abdul Rahman
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang
antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar

berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan
sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan
juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New
Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA)
pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.
Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).
Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa
perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan NegaraNegara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada
tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan
anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun
sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu
bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara
Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam
ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada
Britain dan bagi mencari pasaran baru.
Tahap Kedua / Dasar Berkecuali /Dasar Berbaik-baik dengan semua negara/ / Tun
Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn(1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan
kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan
seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersamasama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik
dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam
Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam
pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama
negara-negara jiran
Tahap Ketiga / Dasar mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan
kepada kepentingan Ekonomi / Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)
Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan
penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,
pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Bagi
mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara
Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima
pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam
pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap
misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Malaysia
menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan negara dunia ketiga.
4.

Manfaat/Faedah/Kebaikan/Keuntungan/Kelebihan/Maslahat/Kepentingan

yang

diperoleh daripada dasar luar negara.


Malaysia telah mendapat banyak faedah atau manfaat daripada dasar luarnya.
Antaranya ialah Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politik negara sama ada di
peringkat serantau mahupun dunia. Keadaan aman dalam negara akan menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, rakyat berbilang kaum dapat menyambut
sesuatu perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Natal dan Hari Raya Aidil Fitri dalam
suasana yang harmoni. Oleh itu, kestabilan politik dalam sesebuah negara akan menjamin
kehidupan yang sejahtera.

Selain itu hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuh Hai ini akan
memastikan persefahaman dengan negara luar dapat dikekalkan. Contohnya, hubungan
diplomatik yang terjalin antara Malaysia dengan kerajaan China sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka sehingga kini telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua buah
negara tersebut. Tegasnya, dasar luar negara mampu memantapkan hubungan diplomatik
antara Malaysia dengan negara lain.
Seterusnya dalam aspek ekonomi, melalui dasar luar, Malaysia berupaya
meningkatkan kerjasama dengan banyak negara seperti China dan Amerika Syarikat. Hal
ini dapat meningkatkan kemajuan

ekonomi . Sebagai contoh, negara dapat menarik

kemasukan pelabur-pelabur asing dalam bidang utama negara seperti bidang perindustrian
dan perdagangan. Selain itu, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk penduduk
tempatan. Contohnya melalui projek Taman Perindustrian Kuantan dengan Taman
Perindustrian Qinzhou China. Malah syarikat-syarikat tempatan juga membuat pelaburan di
negara China dan negara-negara dunia ketiga, seperti pelaburan syarikat Petronas Malaysia
di Vietnam. Oleh itu, dasar luar negara juga mampu meningkatkan kerjasama ekonomi
antara Malaysia dengan negara luar.
Di samping itu manfaat lain ialah Malaysia dapat berkongsi kepakaran dengan
negara lain terutama dalam bidang sains dan teknologi baru. Dengan ini negara kita dapat
meningkatkan kemajuan dalam bidang sains teknologi. Malah negara kita dapat melakukan
pertukaran teknologi dengan negara luar, sebagai contoh dalam perindustrian kereta
nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Malaysia juga mendapat
kepercayaan dari negara maju seperti Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan
keretapi di negara itu.
Selain itu melalui dasar luar negara juga dapat membantu mengekalkan
kedaulatan dan keamanan dunia sejagat. Hal ini dapat mengelakkan pergolakan serta
krisis antara negara-negara di dunia. Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan
melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa contohnya isu Pulau Batu Putih.
Manfaat dalam bidang pendidikan pula, negara kita dapat menjalinkan kerjasama
dalam bidang pendidikan seperti pertukaran pelajar melalui Pertubuhan Menteri-menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Malaysia juga mendapat faedah menerusi hubungan
Malaysia - China melalui penubuhan cawangan Universiti Xiamen di Selangor. Malah negara
kita juga berpeluang menjalin kerjasama dalam bidang kebudayaan dan keseniaan. Melalui
dasar luar negara juga, negara kita dapat menerima kerjasama dalam bentuk latihan dan
penyelidikan.

5.

Sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara /dasar

berkecuali./Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua


negara /dasar berkecuali?
Antara sebab Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara
adalah untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan
menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara
akan dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.
Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau untuk mengekalkan hubungan
baik dengan negara serantau. Dengan menjadi negara anggota ASEAN. Malaysia dapat
mengekalkan kestabilan politiknya. Contohnya melalui konsep zon aman, bebas dan
berkecuali (ZOFPAN). Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara
anggota ASEAN.

Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain mampu memelihara

hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota ASEAN.


Keadaan yang aman juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara
kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang
pesat dan seterusnya membuka peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan
ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat
pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau
Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara lain akan menjadikan Malaysia
sebagai destinasi utama pelabur asing.
Dalam bidang sosial pula, dasar berbaik-baik dengan semua negara ini dapat
membantu mengekalkan keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan
antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kuContohnya
dengan menyertai

pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu,

Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.


Dasar berbaik-baik dengan semua negara juga penting untuk kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan
pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi
diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun.

Oleh itu,

perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain telah
membantu memajukan negara Malaysia.
Selain itu juga, dasar berbaik-baik dengan negara lain telah berjaya mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk
dalam kalangan semua negara.

Contohnya, masyararakat antarabangsa bersatu padu

dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan
Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu menyatupadukan
masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

6.

Kejayaan/pencapaian Malaysia hasil daripada dasar luar. Buktikan.


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen yang mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar.


Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang antikomunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi sebuah
negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara yang
mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil daripada sikap berkecuali ini juga, Malaysia telah dipanggil untuk menyertai
Pasukan Pendamai di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menamatkan
Perang Saudara di Congo. Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili Pasukan
pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan
etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam
hubungan sesama kaum, Hasilnya Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui
amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan
Afrika selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut.
Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa juga giat berlangsung.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan
hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat CHOGM
yang telah menghasilkan Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi berhubung kaitkan dengan
soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran.
Kesimpulannya, dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti
keamanan dunia terhasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar.
Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan
yang diberikan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.
7) Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam politik dan ekonomi melalui pertubuhan
antarabangsa / global
Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam pertubuhan Komanwel ialah menjadi
tuan rumah bagi

Mesyuarat Ketua Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun

1989. Dalam persidangan tersebut diisytiharkan Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu
pencemaran alam sekitar iaitu persetujuan yang ditandatangani di Langkawi berhubung
dengan tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran. Isu lain yang dibincangkan ialah pernyataak Kuala Lumpur tentang wilayah
selatan Afrika dan pembentukan Tabung Ekuiti Komanwel. Malaysia pernah menjadi tuan
rumah Sukan Komanwel 1998 dan sering menyertai temasya tersebut setiap 4 tahun sekali
di Negara-negara anggota.
Malaysia turut terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia
juga bersuara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysia juga pernah
menghantar pasukan pengaman ke Congo / Zaire, Namibia dan Bosnia. Tidak ketinggalan
juga, kita menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq / Kampuchea / Timor
Leste.
Di samping itu, Malaysia menyarankan agar benua Antartika dijadikan warisan
dunia. Malaysia juga mengambil pendirian tegas terhadap usaha-usaha menangani gejala
penyalahgunaan dadah.
Malahan Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang di-Pertua Persidangan
AntiDadah di Vienna (Austria) pada 1987.

Di samping itu, Malaysia bekerjasama dan

menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO, WHO dan UNESCO.
Malaysia juga pernah menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB (1965, 1989 dan 1999).
Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan
Agung PBB dan wakil Khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Myanmar.
Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB untuk menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur. Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membina kepentingan negara-negara
sedang membangun dalam sidang kemuncak NAM ke-7 di New Delhi.
Malaysia secara berkala menganjurkan LIMA (Langkawi International Maritime and
Air) yang bertaraf antarabangsa.

Pameran ini disertai oleh negara-negara luar serta

dikunjungi oleh orang tempatan dan luar Negara. Acara lumba basikal tahunan (Le Tour de
Langkawi) juga turut diadakan juga penganjuran Monsun Cup di Terengganu iaitu acara
Lumba Perahu Layar.
Peranan Malaysia dalam pertubuhan Persidangan Islam ialah Tunku Abdul Rahman
pernah menjadi Setiausaha Agung yang pertama dan penubuhannya OIC merupakan idea
beliau. Melalui pertubuhan ini Malaysia pernah memberi bantuan kewangan kepada negara
Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Malaysia ditubuhkan serta menyediakan peluang pendidikan kepada Negara-negara
anggota. Malaysia juga pernah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan
negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.

Malaysia juga pernah menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia


(MIHAS) sebanyak

11 kali.

MIHAS merupakan pameran produk halal peringkat

antarabangsa yang terbesar di dunia. Di sinilah, pertemuan di antara peniaga tempatan dan
pembeli asing diatur untuk meningkatkan dagangan produk-produk halal. Produk-produk
halal tempatan dapat diperluaskan ke seluruh dunia dengan mengadakan pameran
sebegini.
Peranan Malaysia dalam Negara-negara Selatan yang dikenali juga negara Dunia
Ketiga merupakan idea Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM
di Zimbabwe. Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun
1989. Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Projek 3S iaitu
kerjasama dalam bidang sains dan teknologi iaitu pernubuhan Pusat Pertukaran Data
Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) dan penubuhan sistem
Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP) dan penubuhan kemudahan kredit dan
mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
8. Cabaran / halangan / kekangan/ masalah dalam meningkatkan keberkesanan
hubungan Malaysia dengan negara luar dan langkah mengatasinya
Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi yang
mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara. Contohnya Malaysia dengan
negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza. Antara langkah yang boleh
dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati
ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan dua hala
dan ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang.
Cabaran yang kedua adalah untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan
yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang.
Contohnya isu Pulau Spratly. Langkah untuk mengatasi cabaran ini ialah negara-negara
yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hal ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan
ekonomi kerana berlaku kejatuhan

nilai mata wang Malaysia.

kemajuan

Hal ini menyebabkan

Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Seterusnya bagi menghadapi


cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat
pertukaran untuk berurusan. Contohnya dinar emas.
Seterusnya

Malaysia

menghadapi

cabaran

dalam

menangani

masalah

kebergantungan kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja
asing dan peluang untuk rakyat tempatan

terhad. Bagi menghadapi cabaran keempat,

penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan

kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu
mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Cabaran yang seterusnya ialah jenayah merentasi sempadan. Contohnya
penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan
ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah. Untuk mengatasi cabaran
ini, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta
mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah. Selain itu, Malaysia juga perlu
mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat
diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
Cabaran untuk mengekalkan keselamatan negara. Rakyat negara kita sering
menjadi mangsa penculikan oleh lanun di perairan Sulu di selatan Filipina. Mereka sering
meminta pampasan melibatkan jutaan ringgit. Langkah mengatasi pencerobohan sempadan
negara dengan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) iaitu pemantauan
keselamatan merangkumi 1,400 km pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
Kesimpulannya, setiap cabaran yang dihadapi haruslah ditangani secara bijak dan
mengambil kira kepentingan bersama bagi meningkatkan keberkesanan hubungan Malaysia
dengan negara luar.
9. Sebab dasar luar perlu berubah dari semasa ke semasa./Mengapakah dasar luar perlu
berubah dari semasa ke semasa?
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada
kepimpinan negara serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Pada
masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat yang antikomunis dan
berbaik-baik dengan negara Komanwel. Dasar ini dilaksanakan disebabkan faktor ancaman
komunis di negara Asia Tenggara. Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
negara-negara Komanwel seperti Britain dan Australia.
Di samping itu, Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran disebabkan timbulnya
krisis dengan negara jiran selepas pembentukan Malaysia. Krisis dengan negara jiran harus
dihadapi dan diselesaikan dengan cara damai. Misalnya konfrontasi dengan Indonesia dan
terputusnya hubungan dengan Filipina. Usaha ini perlu dan berjaya dilaksanakan dengan
tertubuhnya ASEAN untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.
Kemudiannya dasar luar telah berubah semasa pentadbiran Tun Abdul Razak dan
Tun Hussein Onn. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar
berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan
di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Keadaan ini
bertujuan untuk mewujudkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara.

Perubahan dasar luar Malaysia berubah lagi semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir
Mohammad yang memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Beliau juga telah
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika dan
Amerika Selatan. Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut,
Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak. Oleh itu, dasar luar Malaysia berubanh mengikut kepimpinan sesuai
dengan perkembangan politik dan ekonomi semasa.

10. Cadangan/Syor anda tentang hala tuju yang sesuai untuk dasar luar Malaysia.
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia dapat meneruskan konsep Zon
Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN yang
lain. Malaysia juga dapat menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
seperti China dan Korea Utara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira
kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan pelaburan dan pembangunan ekonomi.Hal ini
bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam projek-projek perindustrian. Contohnya projek
baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia).
Malaysia juga akan mengadakan hubungan dalam pertubuhan antarabangsa.
Contohnya Komanwel dan PBB demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak
asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Malaysia akan terus berperanan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam
bagi mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam. Malaysia
memberikan bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan
Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain
kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
Kesimpulannya, hala tuju dasar luar Malaysia pada masa hadapan mengambil kira pelbagai
aspek agar kemananan sejagat dapat dinikmati olehmasyarakat seantero dunia.
11.

Usaha/Langkah untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar/usaha

untuk memastikan Malaysia terus aktif dalam pertubuhan antarabangsa.


Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar melalui dasar luar
Malaysia ialah melalui pengekalan hubungan diplomatik. Malaysia telah melantik duta dan
pesuruhjaya melalui Kementerian Luar ke negara-negara yang mengadakah hubungan

dengan Malaysia.

Malaysia turut prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat

dunia khususnya mangsa bencana alam seperti taufan, gempa bumi, banjir. Ini terbukti
melalui penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa Taufan Haiyan
di Filipina. Keadaan ini menunjukkan Malaysia mengambil berat akan masalah negaranegara luar seterusnya dapat meneruskan hubungan baik dengan negara luar.
Malaysia tidak ketinggalan dalam mempromosikan keamanan dunia sejagat dalam
usahanya untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar. Buktinya Malaysia telah
menyahut seruan PBB

dengan menghantar pasukan pengaman dan pendamai bagi

menamatkan konflik dalaman di sesebuah negara seperti di Congo.


Usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar juga dibuat dengan
menyertai sukan peringkat dunia. Contohnya Malaysia mengambil tanggungjawab untuk
menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur. Malaysia juga menjadi
destinasi tahunan sukan lumba bermotor seperti Formula 1 di Sepang
pelumba handal dari seluruh dunia.

Keadaan ini

yang menarik

membuktikan Malaysia sentiasa

mengeratkan hubungan baik dengan semua negara luar sekali gus menjadikan Malaysia
kekal aktif dalam meningkatkan hubungan luar.
Tindakan Malaysia untuk tidak mencampuri urusan politik negara-negara luar juga
adalah untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar. Contohnya negara bergolak
seperti Syria, Mesir dan Turki, tidak sesekali dicampuri urusan dalamannya oleh Malaysia
walaupun ramai warga Malaysia berada di negara tersebut. Walau bagaimanapun Malaysia
tetap mengambil pendirian untuk mengutuk perbuatan pihak yang mencetuskan pergolakan
tersebut. Kesimpulannya, Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dengan sentiasa
melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa bagi menggalakkan keamanan dunia untuk
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar.
12. Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
Kebanyakan negara di dunia masing-masing berusaha untuk memajukan diri
sendiri termasuk Malaysia. Oleh itu Malaysia dijangka mengekalkan hubungan luarnya
melalui prinsip berbaik-baik dengan semua negara dan prinsip berkecualinya. Kedua-dua
prinsip ini terbukti Malaysia mendapat banyak faedah dalam sektor ekonomi, politik dan
sosiobudaya.

Penerusan

hubungan

luar

tersebut

dijangka

menguntungkan

Malaysia. Contohnya Malaysia akan terus menghantar pelajarnya menuntut ke luar negara
dan menerima kehadiran pelajar asing ke negara kita. Dasar luar juga akan semakin kukuh
apabila Malaysia meningkatkan kerjasama melalui pertukaran maklumat risikan
merentasi sempadan.

Contohnya dalam usaha menangani masalah pemerdagangan

manusia dan penyeludupan yang boleh mengugat kesejasteraan rakyat kita. Malaysia

akan terus meningkatkan sektor pertahanan demi menjaga kedaulatannya. Oleh itu
Malaysia akan menjalinkan hubungan dengan negara yang berteknologi tinggi seperti
Perancis dan Rusia dalam memajukan teknologi pertahanan di negara kita tanpa mengira
ideologi negara kuasa besar berkenaan.
Di samping itu Malaysia dijangka akan

meneruskan dasar luarnya dengan

mengambil kira kepentingan ekonomi khususnya berkaitan dengan isu-isu perdagangan


dan pelaburan antarabangsa demi pembangunan ekonomi negara kita. Hal ini bertujuan
untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat di negara kita. Oleh itu, kemasukan pelabur asing ke Malaysia akan membantu
meningkatkan ekonomi negara agar mampu bersaing dengan negara lain.
Negara kita juga dijangka akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Hal ini
demikian kerana kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara tersebut ternyata
memanfaatkan ekonomi Malaysia dari segi pemindahan teknologi.

Contohnya, pelajar-

pelajar Malaysia akan dihantar ke dua buah negara tersebut untuk mempelajari kemahiran
teknikal dan kejuruteraan agar kita mempunyai tenaga pakar untuk membangunkan negara.
Pendek kata, penerusan Dasar Pandang ke Timur telah memanfaatkan negara kita dari segi
penyediaan tenaga pakar untuk membangunkan negara.
Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara

jiran

seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik
serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara
Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga dijangka akan meneruskan hubungan multilateral dengan pertubuhan
antarabangsa seperti Komanwel, OIC, PBB dan NAM demi mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin negara

ke

negara negara tersebut secara rasmi dan berterusan. Kerajaan Malaysia juga mengadakan
misi perdagangan dengan menghantar delegasi perdagangan. Sehubungan dengan itu,
Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi
jangka panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,
Malaysia dijangka akan terus komited menyokong segala dasar dan piagam PBB bagi
menyelesaikan

pertikaian

secara

rundingan

dan

diplomasi.

Malaysia

akan

terus

memperjuang nasib rakyat Palestein yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus
berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka
meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Ini
menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan

Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara. Kesimpulannya, Malaysia


telah mengambil pelbagai langkah drastik untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara luar untuk memastikan Malaysia terus aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

13. Sejauhmanakah hubungan luar Malaysia mempengaruhi perkembangan politik


dan ekonomi Malaysia masa kini.
Pada masa kini Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara sejak zaman pemerintahan Tun Abdul Razak iaitu pada tahun 1972 hingga
sekarang. Hubungan luar yang baik telah mengiktiraffkan Malaysia sebuah negara yang
aman di dunia. Keamanan ini adalah hasil daripada dasar luar Malaysia yang mengamalkan
dasar berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar
Amerika Syarikat, Britain atau China.

seperti

Prinsip dasar berkecuali Malaysia adalah untuk

mengelak campur tangan asing dalam hal-ehwal sesebuah negara. Oleh yang demikian
negara-negara luar menghormati prinsip tersebut hingga tidak mencampuri politik Malaysia.
Dasar Malaysia yang menyokong konsep ZOPFAN telah dapat mengekalkan keamana dan
kesetabilan politik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara umumnya bahkan juga Malaysia
khususnya. Oleh yang demikian negara kita masih dapat mengekalkan kedaulatan dan
keamanan negara.

Prinsip dasar berkecuali juga menyelesaikan pertielingkahan antara

negara melalui perundingan. Atas prinsip tersebut Malaysia sebagai sebuah negara jiran
mengambil inisiatif untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perjuangan bangsa Moro
bagi mendapatkan kuasa autonomi daripada kerajaan Filipina . Apabila masalah politik
dalam wilayah jiran kita dapat diselesaikan nescaya negara kita turut menerima kesan
positif.
Hubungan luar Malaysia juga mempengaruhi perkembangan ekonomi negara. Atas
dasar luar yang berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia dapat
melaksanakan dasar ekonominya seperti dasar pandang ke Timur. Hasil daripada dasar
tersebut Malaysia telah menerima kemasukan modal luar negara contohnya dari Jepun dan
Korea Selatan. Kemasukan modal ini telah dapat memindahkan teknologi dan kepakaran
ke Malaysia.

Teknologi dan kepakaran yang tinggi menjadikan produk Malaysia lebih

berkualiti dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa yang lebih luas.

Selain itu

kemasukan teknologi dan kepakaran dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan


meningkatkan ekonomi negara di samping meningkatkan sumber pendapatan penduduk
tempatan. Sumber pendapatan yang stabil dapat mengukuhkan ekonomi Malaysia kerana
kadar inflasi dan pengangguran dapat dikurangkan. Hasil sektor pertanian Malaysia seperti
getah dan kelapa sawit mendapat permintaan yang tinggi di negara maju dan negara

membangun. Ini menandakan Malayisa tidak memihak kepada mana-mana negara dalam
menjalin hubungan dagangannya.

Permintaan yang tinggi secara tidak langsung

meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan syarikat tempatan.

14.

Sejauhmanakah perkembangan politik dan ekonomi global mempengaruhi

hubungan luar Malaysia.


Hubungan luar Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan politik di negara luar.
Contohnya negara yang bergolak akan sentiasa dipantau oleh kementerian luar (Wisma
Putra) untuk memastikan tahap keselamatannya.

Oleh yang demikian Malaysia akan

menasihati rakyatnya untuk menjauhi negara berkenaan dengan tidak melawatinya.


Malaysia juga akan menarik kedutaannya di negara yang bergolak demi keselamatan rakyat
Malaysia yang berada di negara tersebut.
Walau bagaimanapun di negara yang aman, Malaysia akan tetap meneruskan
hubungan luarnya melalui pelbagai cara seperti meningkatkan hubungan dagangan.
Malaysia turut meneruskan pelaburan di negara yang aman kerana keamanan dapat
menjamin keuntungan yang adil bagi kedua-dua negara. Negara luar yang aman juga tidak
akan menyekat rakyat Malaysia melancong ke negara tersebut. Dengan peluang ini pihak
kerajaan Malaysia dapat mempelajari produk-produk pelancongan baru dari negara
berkenaan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan luar.
Hubungan luar Malaysia turut dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di negara
luar. Contonya di negara yang ekonominya kurang stabil Malaysia akan mengambil
pendirian dengan berhati-hati dalam melebarkan pelaburannya. Hal ini demikian kerana
Malaysia tidak ingin mengambil risiko atas kerugian yang bakal dihadapi jika ekonomi
negara tersebut tidak stabil.

Malaysia juga tidak mengambil pendirian untuk berbalah

tentang persaingan produk pertanian seperti minyak sawit dan minyak soya kerana ingin
mengekalkan hubungan baik dengan negara pengeluar. Harga minyak mentah dunia yang
sentiasa tidak stabil di pasaran antarabangsa juga tidak menjejaskan hubungan luar
Malaysia dengan pengeluar utama minyak dunia (OPEC).
Kemunculan negara China sebagai sebuah gergasi ekonomi yang baru turut
dipandang serius oleh Malaysia. Hal ini demikian kerana teknologi dan kualiti barangan
yang dihasilkan oleh China adalah setaraf dengan produk keluaran negara-negara Barat
yang maju. Kemunculan China ini dilihat sebagai peluang yang positif oleh Malaysia dalam
meningkatkan kerjasama ekonomi. Contohnya dalam sektor penjanaan empangan
hidroeletrik, perlombongan dan pembinaan. Peralihan dasar untuk Malaysia berkerjasama
lebih erat dengan kuasa ekonomi baru dapat mengukukuhkan lagi hubungan luar Malaysia
di persada antarabangsa.

Soalan 15 : Keberkesanan dasar luar Malaysia.


Hubungan luar menunjukkan keberkesanan yang positif.

Hasil Perjanjian

Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956, negara kita berjaya menyekat
perkembangan pengaruh komunis di samping menghadapi konfrontasi Indonesia pada
tahun 1963. Oleh itu, dasar luar Malaysia yang antikomunis dan pro-Barat pada Tahap
Pertama memang berkesan untuk membanteras pengaruh komunis yang mengancam
keselamatana negara pada masa itu.
Selain itu, usaha Malaysia melalui ASEAN yang mengisytiharkan rantau Asia
Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah berjaya mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara serta bebas daripada campur
tangan mana-mana kuasa besar.
Di samping itu, sikap Malaysia yang berkecuali iaitu tidak memihak kepada manamana negara yang bergolak telah membolehkan Malaysia dipanggil untuk menyertai
beberapa pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) seperti memulihkan keamanan di Congo (1960), Namibia (1989), serta membantu
menyelesaikan krisis di Iran-Iraq, Kampuchea dan Bosnia pada era 1970-an dan 1980-an.
Tegasnya, dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia ternyata amat berkesan untuk
menjamin keamanan sejagat.
Hasil usaha Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan oleh Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada tahun 1982 telah berjaya menggunakan negara Jepun dan Korea
Selatan sebagai

model membangunkan negara Malaysia telah berjaya menggalakkan

rakyat Malaysia menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti sikap mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Hasilnya, banyak
pelabur dari Jepun dan Korea Selatan membuka pelaburan di Malaysia.
Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah berjaya
meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Hasilnya, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Setiausaha Agong yang pertama, menjadi tuan rumah persidangan OIC dan
penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Selain itu, Malaysia juga telah mendapat
penghormatan

daripada

negara

anggota

yang

lain

kerana

amat

serius

dalam

memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam. Oleh itu, penyertaan Malaysia
dalam pertubuhan antarabangsa seperti OIC telah berjaya meyakinkan negara lain untuk
bekerjasama dengan negara kita dalam pelbagai bidang.
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau
telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia
jelas terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Contohnya, Perdana Menteri Malaysia
yang keempat iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamed merupakan anara pemimpin negara

Asia Tenggara yang disegani oleh masyarakat dunia kerana telah berjaya membangunkan
negara Malaysia dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dasar luar negara yang dinamik ini telah
berjaya meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.
Dalam penyertaan pertubuhan Komanwel, Malaysia berjaya mengambil
manfaat dengan berkesan seperti memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam
menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM). Malaysia juga menjadi tuan rumah
mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM), mendapat manfaat biasiswa
Rancangan Colombo dan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Oleh itu, Malaysia
telah banyak menyumbang kea rah memelihara kemanan dunia melalui penyertaan dalam
pertubuhan dunia seperti Komanwel.
Rentetan daripada mesyuarat CHOGM 1989, kita berjaya mengisytiharkan
Deklarasi Langkawi yang berhubung dengan tanggungjawab dalam negara-negara
Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Dalam konteks hubungan dua hala, Malaysia berjaya mengadakan lawatan ke
bebarapa negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan pada era Dato Seri
Dr. Mahathir Mohamad. Hasilnya, misi perdagangan Malaysia dapat turut serta dan Malaysia
berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang berjaya menguntungkan
kedua-dua pihak.
Soalan 16: Dasar luar Malaysia pada hari ini.
Dasar luar Malaysia pada hari ini lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun
Abdullah. Dasar luar yang lebih kukuh ini bertujuan membantu mewujudkan ekonomi yang
mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama antarabangsa
dan kerjasama serantau. Contohnya, kerjasama dengan
sebagainya. Oleh itu, dasar luar Malaysia pada

ASEAN, OIC , NAM dan

hari ini bersifat dinamik agar ekonomi

negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


Dasar luar Malaysia pada era Dato Seri Najib Tun Razak memperlihatkan
kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malaysia masih menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa
dengan menekankan hubungan dua hala yang dikatakan lebih efektif dan telus. Tambahan
pula, dasar ini dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh
membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara
yang terlibat. Contoh hubungan dua hala iaitu diplomasi dua hala dalam pendekatan dasar
luar Malaysia.

Contohnya, dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala)

dengan negara-negara yang merupakan negara trading partner dengan Malaysia,


terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan

sebagainya. Tegasnya, penekanan terhadap hubungan dua hala dalam dasar luar Mlaaysia
amat penting bagi memantapkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain.
Dasar luar negara pada hari ini adalah selaras dengan maklum balas yang diterima
oleh kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Hal ini bertujuan untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi dan stabil dari segi politik.
Selain itu, menjadikan Malaysia negara yang dihormati oleh masyarakat seantero dunia
sekali gus mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Contohnya, Malaysia
memberikan penekanan terhadap kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu
pelaburan dan perdagangan bagi menarik kemasukan pelabur asing

ke negara kita.

Dengan menggunakan pendekatan ini, diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah
menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

17. Hubung kait / Perkaitan dasar luar pemimpin dahulu dan sekarang.
Sejak mencapai kemerdekaan dasar luar Malaysia memperlihatkan perkembangan
yang stabil. Dasar luar pemimpin sekarang merupakan kesinambungan daripada dasar luar
yang dilaksanakan oleh pemimpin sebelumnya.
Pada zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia berada di
tahap pengasasan dan pengembangan. Dasar luar ketika itu memperlihatkan dasar proBarat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Pendekatan
ini didorong oleh kelangsungan hidup negara yang baharu merdeka, di samping
keperibadian Tunku Abdul Rahman. Ketika itu, isu seperti ancaman komunis, konfrontasi
Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada
Malaysia telah mencorakkan dasar luar Malaysia. Faktor ekonomi pula, kita masih
bergantung kepada Britain dan negara Barat dalam eksport bahan mentah dan pelaburan.
Kita juga menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Pendirian kita tentang kerjasama
serantau mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN
(1967).
Dasar luar Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak, memperlihatkan perubahan
selaras dengan arus semasa. Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC).

Tun Abdul Razak juga merintis usaha ke atas peneutralan dasar luar Malaysia

dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira
ideologi. Kita mula mengamalkan dasar berkecuali selepas pengisytiharan konsep ZOPFAN
(Zon of Peace, Freedom and Neutrality) bersama-sama negara anggota negara ASEAN.

Hal ini terbukti apabila Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara dan Vietnam Utara. Dari
segi ekonomi, pelaburan daripada negara selain Britain juga mula dialu-alukan.
Semasa Tun Hussein Onn, hubungan baik dengan negara anggota ASEAN menjadi
asas dalam penggubalan dasar luar Malaysia. Peristiwa kejatuhan Saigon (bandar Ho Chi
Minh), pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Asia Tenggara dan pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea telah mempengaruhi dasar luar Malaysia ketika itu. Dalam
Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama di Bali, Indonesia pada tahun 1976. Dalam tempoh ini, Tun
Hussein Onn telah meneruskan dasar luar yang telah diasaskan oleh Tun Abdul Razak iaitu
dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
Perubahan yang lebih ketara berlaku apabila Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
menjadi Perdana Menteri keempat (1981-2003). Dasar luar Malaysia lebih banyak
berorientasikan ekonomi, ditambah dengan pembelaan yang kuat untuk hak dan
kepentingan negara sedang membangun. Beliau telah membuat perubahan yang drastik
dengan menjadikan negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan sebagai 'role model'
menerusi Dasar Pandang Ke Timur. Malaysia berjaya menarik perhatian masyarakat
antarabangsa dalam beberapa isu seperti isu benua Antartika, isu Aparteid di Afrika Selatan,
isu Palestin dan isu alam sekitar. Malaysia juga menghantar tentera pengaman ke beberapa
buah negara yang sedang bergolak seperti Kemboja, Somalia, Bosnia dan Timor Leste.
Malaysia juga komited mengatasi keganasan dengan menganjurkan Mesyuarat MenteriMenteri Luar, OIC berkenaan keganasan pada tahun 2002.
Dari segi ekonomi, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengadakan hubungan
dua hala dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur dalam perdagangan,
pelaburan dan pemindahan teknologi. Di samping itu, kerjasama ekonomi Asia Timur
(ASEAN + 3), Kumpulan G- 15 dan kerjasama pembangunan serantau dipereratkan.
Perdana Menteri Keempat, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) telah
meneruskan kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya. Beliau telah
memperhalusi dasar luar Malaysia dengan menjadi Pengerusi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN.

Beliau telah

menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang progresif melalui konsep Islam
Hadhari.
Seterusnya, Dato' Seri Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia
keenam mulai 3 April 2009. Beliau telah menekankan dasar luar yang lebih proaktif dan
dinamik. Beliau telah meneruskan kerjasama dengan negara anggota ASEAN, OIC dan
NAM.

Di samping itu, beliau menekankan hubungan dua hala dengan negara "trading

partner" dengan Malaysia dalam bidang ekonomi seperti China, Singapura, Jepun, Amerika

Syarikat dan sebagainya.

Tuntasnya, dasar luar beliau telah berjaya memantapkan

ekonomi negara serta menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.


Kesimpulannya, perkembangan dasar luar negara di bawah pimpinan Perdana
Menteri yang silih berganti ini menunjukkan tindak balas yang pragmatik terhadap
perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Umumnya, dasar luar Malaysia
telah

berubah

mengikut

peredaran

masa

tetapi

kesinambungan

jelas

kelihatan.

Kecemerlangan pemimpin Malaysia dalam hubungan luar ini telah mengangkat nama
Malaysia.

18. Kesan/Impak sekiranya dasar luar negara tidak mantap/tidak kukuh/goyah/tidak


stabil.
Kesan politik sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah hubungan diplomatik
akan terjejas. Hal ini menyebabkan Malaysia gagal mencari jalan penyelesaian dalam isuisu yang melibatkan Malaysia dengan negara lain.

Misalnya, isu jerebu yang melanda

negara-negara Asia Tenggara tidak dapat diselesaikan tanpa kerjasama antara Indonesia
dengan negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, isu pencerobohan militan Sulu ke atas
Lahad Datu, Sabah berlaku kerana kurangnya kerjasama daripada kerajaan Filipina dalam
menangani masalah tersebut. Oleh yang demikian, isu yang merentas sempadan harus
diselesaikan melalui hubungan diplomatik yang erat.
Selain itu, ekonomi negara akan terjejas sekiranya hubungan luar tidak mantap.
Eksport negara berkurangan kerana negara lain enggan mengimport hasil keluaran
Malaysia. Pelabur asing juga tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luar
yang tidak mantap. Kesannya, pendapatan negara merosot akibat Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) yang menurun. Akibatnya taraf hidup rakyat juga akan merosot dan hasrat
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan terbantut.
Dasar luar yang tidak mantap juga akan menjejaskan keselamatan negara.
Jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah, senjata api, pemerdagangan manusia
telah mengancam keselamatan negara. Sekiranya hubungan luar Malaysia tidak mantap,
maka isu ini akan berlarutan. Selain itu, isu keganasan antarabangsa yang mengancam
dunia sekarang hanya dapat diselesaikan sekiranya semua negara memainkan peranan
masing-masing.

Oleh itu, kedaulatan sesebuah negara akan terjamin jika wujudnya

hubungan luar yang erat.


19. Iktibar daripada dasar luar Malaysia.
Iktibar yang diperoleh daripada dasar luar Malaysia ialah kita harus mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi

ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara
dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi
sebuah negara maju yang aman dan makmur. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar
daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak seperti Syria dan
Afghanistan dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan
politik negara.
Selain itu, kita haruslah bertolak ansur dalam membuat sebarang
keputusan yang melibatkan urusan negara dengan negara luar demi menjaga
imej negara. Kita haruslah bersikap terbuka dalam menyelesaikan masalah yang
melibatkan hubungan dengan negara luar.
Seterusnya, kita haruslah menjadi warga global yang sentiasa peka atau
prihatin dengan isu semasa dan perkembangan dunia. Tambahan pula,, kita
haruslah berani mempertahankan hak dan maruah bangsa dalam persidangan
antarabangsa. Kita haruslah memelihara hubungan diplomatik dengan negara
luar bagi menjamin kedaulatan negara.
Akhir sekali, kita haruslah sedia menerima perubahan bagi memastikan negara
tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.

You might also like