You are on page 1of 3

HADITH KELEBIHAN AL QURAN

November 5, 2009 at 9:42 am (Al Quran, Hadith)

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W.


bersabda:

Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat


kepada pembacanya.
( Hadith Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar


Rasulullah S.A.W. bersabda :

Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan
mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li
Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca
dan mengamalkannya.
( Hadith Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan
mengajarnya kepada orang lain.

( Hadith Riwayat Bukhari )


4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat
dua pahala.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asyari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W.


bersabda :

Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti
limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak
membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan
umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok)
baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca
Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W.


bersabda :

Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan


martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Hadith Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang
dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat
siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu
dinafkahkannya siang dan malam.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata :

Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat
dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan
kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi
Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :

Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.


( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada
ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.
(Hadith Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al As r.a. Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda :

Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah,
perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau
memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di
akhir ayat yang engkau bacakan.
( Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada Uqbah Bin Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar
dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau
bersabda:

Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke
Buthan atau Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam
keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami
menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : Kenapakah kamu
tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua
ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor
unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.
( HadithRiwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Masud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka
yang terfasih membaca Al Quran.
(Hadith Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian
beliau bersabda :
Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al
Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka
dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Hadith Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasaie & Ibnu Majah )

14. Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang
sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia
kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda :

Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al


Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran
dan mereka berdoa dengannya.
( Hadith Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Masud r.a. ia berkata :

Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu
kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud :
Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf.

(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

You might also like