You are on page 1of 2

Monday, July 2, 2012

MAJLIS PELANCARAN PELAN TRANSFORMASI


PENDIDIKAN ORANG ASLI KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli yang dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Haji
Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, menggariskan tujuh
inisiatif baru sebagai usaha untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli seiring dengan
kemajuan rakyat Malaysia.
Berucap di majlis pelancaran di Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
Betau, Kuala Lipis, Pahang pada 21 Jun 2012, YAB Timbalan Perdana Menteri menyenaraikan
inisiatif-inisiatif tersebut seperti berikut:

Pemantapan tadbir urus sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid Orang Asli,


bermula di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian, di mana kualiti kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat akan
dipertingkatkan dengan memastikan segala isu dan permasalahan yang dihadapi anakanak Orang Asli dapat diselesaikan segera, tanpa membelakangkan sosiobudaya yang
diamalkan.

Memasukkan elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah


di semua sekolah menengah harian yang menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli
dengan tujuan untuk melengkapkan murid-murid Orang Asli dengan pelbagai kemahiran
sebagai persiapan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah sebanyak enam (6) peratus
setiap tahun mulai tahun 2013 dan bagi meningkatkan pencapaian prestasi sekolahsekolah yang menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli, Kementerian Pelajaran telah
merangka program-program yang bersesuaian seperti Kelas Bimbingan Khas kepada
murid-murid Orang Asli, program peningkatan kadar literasi dan numerasi (LINUS) dan
sebagainya.

Mempertingkatkan pengambilan pelajar-pelajar bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda


Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala
Lipis mengikut keperluan semasa. Sehubungan itu, PISMP bagi Orang Asli akan
dilaksanakan pada bulan Julai 2012 dengan pengambilan permulaan seramai 25
pelajar. Kementerian Pelajaran juga sedang merangka untuk mewujudkan jawatan
Pembantu Pengurusan Murid daripada kalangan Orang Asli bagi membantu guru-guru
mengurus penyediaan makanan, penjagaan diri dan kebersihan murid-murid Orang
Asli. Perkara tersebut akan diperhalusi dengan agensi pusat lain sebelum ianya
dimuktamadkan.

Menambahbaik kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan Orang Asli menerusi


penambahan sebanyak empat buah Sekolah Model Khas Komprehensif K9 di Perak,
Selangor, Johor dan Pahang bermula tahun 2013. Kerajaan juga akan terus meneliti
keperluan pembinaan sekolah baru di kawasan-kawasan penempatan Orang Asli yang
mempunyai ramai penduduk seperti di Batu Sawar dan di Kampung Api Larat dalam
daerah Pekan, Pahang termasuk kawasan-kawasan yang mempunyai keperluan
mendesak bagi memastikan anak-anak Orang Asli dapat ke sekolah dan tidak
ketinggalan untuk mendapatkan pendidikan.

Selain itu, sebanyak empat buah asrama berpusat akan dinaiktaraf atau dibina mulai
tahun 2013 bagi kemudahan dan keselesaan murid-murid Orang Asli, selain usaha untuk
menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pengangkutan bas dan kenderaan
pacuan empat (4) roda bagi memastikan murid-murid Orang Asli dapat menjalani
pelbagai aktiviti persekolahan dengan lebih berkesan. Sementara rumah guru sedia ada
akan dinaik taraf atau dbina khusus di kawasan pedalaman 2 dan 3 bagi memastikan
guru-guru mendapat tempat yang selesa dan kondusif.

Memperkasakan jalinan kerjasama (smart partnership) melalui pewujudan hubungan


yang lebih strategi dengan rakan sinergi, rakan di lapangan serta rakan antarabangsa
bagi membolehkan hasrat untuk merealisasikan transformasi ini tercapai. Sehubungan
itu, semua kempimpinan pendidikan negeri dan daerah diseru agar membina dan
mewujudkan suatu ekosistem yang komprehensif bagi mencapai matlamat tersebut.

Mewujudkan satu Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan murid Orang Asli yang
mengandungi aspek auditan pencapaian prestasi sekolah-sekolah dan murid Orang Asli
yang bertujuan untuk membuat penambahbaikan dan pembetulan dari masa ke semasa,
di mana langkah ini akan dapat mengenalpasti prestasi pencapaian seramai 28,071
murid Orang Asli di seluruh negara.

You might also like