You are on page 1of 9

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093

1.0 PENGENALAN
Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah
mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang
bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan
negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk
membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh
mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk
menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun
2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak
negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR
tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut
situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana
dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula
menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum
yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama
atau reformasi yang menyeluruh.
Sejajar

dengan

perkembangan

dunia

teknologi

maklumat

serta

perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa


diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang
dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini
bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi
memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan
pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan
pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
1

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

2.0 PENULISAN ESEI


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 telah
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melangkaui pendidikan semata-mata. Pelan
ini menyediakan satu hala tuju baharu yang akan menentukan masa depan
negara. Matlamat kerajaan melalui PPPM adalah untuk meningkatkan standard
sistem pendidikan serta memenuhi permintaan dan keperluan landskap
pendidikan yang kini berubah berikutan perkembangan teknologi dan globalisasi.
(Berita Harian, 10 April 2015)
PPPM mempunyai 11 anjakan seperti yang disenaraikan di bawah:i.
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
ii.

antarabangsa.
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa

iii.
iv.
v.
vi.

Inggeris.
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian

vii.
viii.
ix.

khusus berasaskan keperluan.


Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara

x.
xi.

meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

3.0 CABARAN PENDEMOKRASIAN DAN GLOBALISASI PENDIDIKAN


Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan
pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk
mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di
bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang
2

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk
belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum ,
agama atau latar belakangnya.Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas
diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan
penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan
pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi
pendidikan

kepada

pendemokrasian

semua

pendidikan

masyarakat
juga

dapat

di

luar

merapatkan

bandar.
jurang

Selain

itu,

pencapaian

akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian


akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi
bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar. Mengikut kajian Pierre Bourdieu
(1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan
seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu
bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi
pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka
dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat
terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan
minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap
pendidikan anak-anak mereka.
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu
meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.
Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik
kita memahami maksud sebenar globalisasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka (1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia
seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala,
globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan

manusia

disebabkan

kepantasan

perkembangan

teknologi

maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan


batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya
mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir Mohammd sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
3

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus


globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu
membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan
buruk

kepada

kita.

Kita

sedia

maklum

bahawa

dengan

globalisasi

perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada


profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini. Globalisasi
pendidikan boleh dikatakan sebagai satu usaha untuk mewujudkan sebuah
pendidikan tanpa batasan kepada setiap individu yang berada di atas muka bumi
ini secara umumnya dan di Malaysia secara khususnya.
Walau demikian, terdapat juga isu yang mampu merencatkan proses
pendemokrasian dan globalisasi pendidikan di dalam negara. Antara isu yang
menjadi sebutan dalam dunia pendidikan adalah ICT atau nama Baratnya
Information and Communication Technology. ICT sering dijadikan sebagai satu
faktor mengapa pendemokrasian pendidikan dan globalisasi pendidikan tidak
dapat dilaksanakan terutama antara sekolah di luar bandar dan sekolah di
bandar sekaligus merencatkan sahutan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Dewasa ini kita sudah maklum bahawa teknologi
maklumat dan komunikasi merupakan salah satu agen pengembangan
pendidikan. Hal ini disebabkan frasa dunia di hujung jari. Tanpa kemudahan
akses teknologi sedemikian, adalah mustahil bagi murid di luar bandar untuk
sentiasa berada di landasan yang sama dengan murid di sekolah bandar yang
boleh menggunakan kemudahan serupa pada bila-bila masa.
Sebagai seorang guru, kita haruslah berusaha untuk merapatkan jurang
perbezaan antara sekolah bandar dan sekolah di luar bandar. Meskipun isu ini
acap kali dibincangkan dan masih belum menemui jalan penyelesaian yang
optimum, kita sebagai warga pendidik hendaklah memberikan sepenuh jiwa dan
raga

bagi

memastikan

pendemokrasian

dapat

direalisasikan

sekaligus

melaksanakan globalisasi pendidikan. Antara inisiatif yang kita boleh lakukan


adalah dengan mendedahkan murid dengan penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kita boleh menggunakan alat
pemancar dan komputer riba semasa mengajar murid di dalam kelas. Sekiranya
4

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

sekolah mempunyai kemudahan seperti makmal komputer, kita haruslah


memanfaatkan kemudahan tersebut dengan sentiasa membawa murid untuk
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal komputer.
Dengan berbuat demikian, kita secara tidak langsung memberi peluang kepada
murid untuk berjinak-jinak dengan kemudahan teknologi sekaligus menyediakan
mereka secara mental untuk menghadapi perkembangan teknologi yang
semakin pesat. Walaupun usaha ini Nampak seperti satu usaha kerdil yang tidak
mengubah apa-apa, namun bagi pelajar yang didedahkan dengan teknologi,
ianya merupakan satu langkah besar dalam perkembangan tahap pemikiran
pelajar. Malah, mereka akan merasa satu fenmena pendidikan yang baharu dan
menarik.
Kesimpulanya, kita sebgai warga pendidik harus bersedia untuk mengorbankan
masa dan tenaga kita bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk
memastikan pendemokrasian dan globalisasi pendidikan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

4.0 ULASAN JURNAL/ARTIKEL PENYELIDIKAN


Tajuk Artikel: Identifikasi Anak dengan Gangguan dan Perilaku Di Sekolah Dasar
Penulis: Aini Mahabbati
Sumber: Jurnal Pendidikan Khusus Vol 2 No. 2, Nop 2006
Abstrak: Guru di sekolah dasar perlu memahami dan menguasai teknik
identifikasi anak dengan gangguan emosi dan perilaku, serta pelaksanaan
identifikasi. Identifikasi berguna bagi guru unruk membedakan anak dengan
gangguan emosi dan perilaku dengan anak nakal dan bermasalah tingkah laku
5

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

biasa, karena karakteristik anak dengan gangguan emosi dan perilaku sering
ditemui di komunitas anak, khususnya di sekolah dasar-sekolah dasar.
Mengetahui keberadaan anak dengan gangguan emosi dan perilaku di sekolah
dasar sangat diperlukan untuk memberikan pendidikan khusus sesuai karakter
mereka.
Proses idenifikasi merupakan usaha untuk mengetahui apakah anakmengalami
gangguan dalam pertumbuhan/perkembangannya dibandingkan dengan anakanak lain seusianya. Langkah-langkah identifikasi yaitu, menghimpun data
seluruh siswa di kelas, konsultasi dengan kepala sekolah, menyelenggarakan
pertemuan kasus, dan menyusun laporan hasil pertemuan kasus lengkap
dengan perencanaan program pendidikan. Dalam pengembangan pendidikan bai
berkebutuhan khusus, identifikasi menjadi awal dari perlaksanaan program,
kemudian dilanjutkan dengan rujukan ahli, assessmen, penentuan keputusan,
perencanaan program pembelajaran dan pengorganisasian siswa, pelaksanaan
pembelajaran, pemantauan kemajuan belajar dan evaluasi.
Kata kunciL Idenrifikasi, gangguan emosi dan perilaku, sekolah dasar.

ULASAN ARTIKEL
Artikel yang saya telah pilih telah mengupas tentang masalah gangguan emosi
terhadap pelajar sekolah rendah yang berlaku di Indonesia. Walaupun artikel ini
dihasilkan di Indonesia, saya tertarik untuk memilih artikel ini kerana isu ini juga
menjadi isu kepada dunia pendidikan negara. Menurut pengkaji, murid yang
mempunyai masalah emosi dan tingkah laku mempunyai karakter yang
tersendiri. Murid yang mempunyai tekanan emosi akan cenderung untuk
menganggu perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Menurut pengkaji, murid yang telah dikenalpasti menghapai tekanan emosi akan
6

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

dihantar di sekolah khas namun yang menjadi isu adalah murid yang masih
belum dikenalpasti menghadapi masalah yang sama dan masih berada di
sekolah biasa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menangani
masalah tersebut. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan merancang
aktiviti yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah untuk turut
melibatkan diri mereka. Dengan menyediakan aktiviti pembelajaran yang
menarik, pelajar bermasalah akan lebih cenderung untuk menumpukan
perhatian mereka dan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang
sedang berjalan.
Pengkaji juga turut menyatakan bahawa langkah spesifik untuk mengenalpasti
pelajar yang menghadapi masalah tekanan emosi agak sukar untuk ditentukan
kerana terdapat beberapa pandangan berbeza tokoh dalam pendefinisian
kepada masalah tekanan emosi. Oleh itu, menjadi tugas seorang guru untuk
terus peka terhadap setiap ahli di dalam kelas. Guru haruslah prihatin kepada
setiap ahli di dalam kelas tanpa memilih status pelajar tersebut. Langkah ini bagi
memastikan pelajarnya tidak berasa disisihkan atau tidak diperdulikan oleh guru.
Hal ini dapat membantu pelajar yang menghadapi tekanan emosi untuk
mengatasi masalah mereka dengan lebih baik.

Artikel ini telah banyak memberi impak kepada saya sebagai seorang bakal
guru. Menerusi pembacaan terhadap artikel ini, saya merasakan tanggungjawab
seorang guru adalah sangat besar dalam mendidik dan melahirkan bakal
generasi kelas pertama pada masa akan datang. Melalui artikel ini, saya melihat
betapa pentingnya emosi pelajar untuk dijaga bagi memastikan kelangsungan
impian pelajar untuk terus menuntut ilmu. Dengan status emosi yang baik,
pelajar akan mampu mengikuti pembelajaran dengan baik begitu juga
sebaliknya. Tanpa gangguan emosi yang negatif, pelajar akan berada dalam
keadaan yang positif untuk mnerima ilmu yang diberikan oleh guru. Emosi yang
baik juga mampu membuatkan murid berada dalam hubungan positif dengan
masyarakat.

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

Saya juga menyedari bahawa menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang


guru untuk mengenalpasti dan membantu murid yang menghadapi masalah
emosi. Sekiranya saya menjalankan tanggungjawab yang perlu digalas dengan
baik, saya pasti bahawa saya boleh membantu pelajar tersebut untuk mengatasi
masala emosi yang mereka hadapi.
Penulisan artikel ini turut menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru,
saya harus bertindak menjadi pembimbing kepada murid saya. Tanpa bimbingan
yang baik dari seorang guru di sekolah, seorang murid yang menghadapi
masalah tekanan emosi akan menghadapi masalah untuk terus berminat untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan perhatian dan
bimbingan dari guru, murid akan berasa lebih dihargai lantas menguatkan lagi
diri mereka untuk mengatasi masalah tekanan emosi yang mereka lalui.
Kesimpulannya, melalui pembacaan terhdap penulisan artikel ini, saya telah
menyedari betapa pentingnya untuk menjadi seorang guru yang prihatin kepada
muridnya. Dengan tumpuan yang diberikan kepada setiap murid, saya pasti
bahawa saya mampu

untuk melahirkan generasi pemimpin yang cemerlang

pada masa akan datang.

5.0 RUJUKAN
Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti
Kamarudin Hj. Husin

&

Kamarul Azhar (1994). Asas

Pendidikan III(

Perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman


Malaysia Sdn. Bhd.
Mok

Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan

Budiman.

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010).
Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar
Maszuria bt A. Ghani, Salina bt Omar, Marina bt. Hj. Abdul Majid & Hjh Rosnah
A. Razak. (2015). Guru & Cabaran Semasa, Bangi: Pelangi Professional
Publishing Sdn. Bhd.
RUJUKAN INTERNET
Anita Ali, Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia, diperoleh pada 30
Julai 2015 melalui
https://www.academia.edu/7522971/GLOBALISASI_DAN_CABARAN_PENDI
DIKAN_DI_MALAYSIA_GLOBALIZATION_AND_EDUCATIONAL_CHALLEN
GES_IN_MALAYSIA
Tanpa pengarang. Nota Guru Pelatih, diperoleh pada 1 Ogos 2015 melalui
http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html
Tanpa pengarang. Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia, diperoleh pada 30
Julai
2015 melalui http://tuanmat.tripod.com/demokrasi.html
Ulasan Kritikal bagi Jurnal dan Artikel, diperoleh pada 1 Ogos 2015 melalui
http://www.slideshare.net/nurinbatrisyia/134819243tugasanulasankritikaljurnaldanartikel

You might also like