You are on page 1of 1

Arahan : Negara kita kaya dengan tempat menarik dan amat sesuai sebagai destinasi pelancongan.

Justeru ,
usaha menarik pelancong tempatan dan pelancong luar negara melawat ke tempat-tempat menarik di negara
ini wajar diberi penekanan. Pada pendapat anda, apakah yang mendorong pelancong luar datang ke
Malaysia? Kemukakan pendapat anda.
( Sumber buku teks halaman 136- Aktiviti H- Mengemukakan
Pendapat)

SEKTOR PELANCONGAN BERI SUMBANGAN KETARA KEPADA EKONOMI NEGARA


KUALA LUMPUR: Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan
Program Transformasi Negara (NTP), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, sektor pelancongan
negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion
atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014. "Walaupun suatu tahun penuh duka sengsara
yang menyaksikan dunia bersedih dengan kita namun industri pelancongan kita masih mampu menarik 27.44 juta
pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. "Ini adalah angka sihat yang kita tidak gentar untuk didedahkan,"
kata perdana menteri dalam blognya NajibRazak.com hari ini. "Bagaimanapun, kesan daripada pelancongan melangkaui
ketibaan pelancong atau pendapatan daripada pelancong...apabila kesannya adalah paling penting dalam pembangunan
masyarakat dan ekonomi yang mampan," katanya.. Menurutnya, sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan
rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion serta mewujudkan
sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan. "Industri pelancongan memainkan peranan penting bagai memperkukuhkan
kepelbagaian ekonomi Malaysia. Program NTP telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara langsung termasuk industri
pelancongan," katanya. BERNAMA
Dipetik dan diubah suai daripada : http://www.bharian.com.my/node/89720

pantai Desaru, pantai


Cahaya Bulan, Genting
Higland
negara kita mempunyai
pelbagai tempat menarik

Faktor kedatangan
pelancong asing ke
Malaysia

Meningkatkan
kegiatan ekonomi

You might also like