You are on page 1of 3

BAB 3 : Hubungan Guru - Murid

Pengenalan

Hubungan yang baik dan dan positif antara guru dengan murid boleh
meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak serta
dapat meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Kepentingan Hubungan Guru- Murid


Kebaikan kepada guru
Menaikkan motivasi dan semangat untuk mengajar.
Murid lebih senang dikawal.
Murid memberi kerjasama di dalam p&p.
Menaikkan imej guru.

Kebaikan kepada murid


Murid lebih berminat untuk belajar.
Murid lebih memberikan kerjasama kepada guru.
Meningkatkan pencapaian akademik murid.
Murid lebih bermotivasi untuk belajar.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Guru- Murid

Penampilan dan bahasa badan.

Tingkah laku guru.

Menunjukkan contoh teladan yang baik.

Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid

Mengingati nama murid.

Tanam semangat cintakan kelas.

Agihkan tanggungjawab bersama.

Tetapkan jangkaan yang realistik.

Tunjukkan keprihatinan.

Masukkan unsur kecindan.

Amalan Budaya Penyayang

Menurut Larrivee, 2005, budaya penyayang terbentuk apabila ahli-ahli


dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap
dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa
perhubungan.

Ciri-ciri utama dalam menerapkan budaya penyayang dalam bilik darjah:

Hormat

Autentik

Keprihatinan

Integriti emosi

Hormat

Konsep asas dalam hormat ialah penerimaan. Seorng guru boleh


menunjukkan rasa hormat kepada muridnya dengan menerima murid itu sebagai
dirinya. Selain itu, guru juga mendengar dan memberi peluang kepada muridnya
untuk menyuarakan pandangan, emosi dan masalah yang dihadapi muridnya.

Autentik

Sifat Autentik ialah:

Menjadi diri sendiri.

Memberi maklum balas dengan jujur.

Tidak takut untuk mengaku bersalah.

Bertanggungjawab atas tingkah laku diri sendiri.

Menyedari emosi sendiri dan orang lain serta dapat mengawalnya.

Keprihatinan

Keprihatinan guru terhadap anak muridnya menjadi asas dalam


mewujudkan amalan berkasih sayang di dalam bilik darjah.

Keprihatinan wujud apabila seorang guru:

Bertimbang rasa.

Mengambil berat.

Boleh berkongsi masalah.

Saling bekerjasama.

Peka kepada kehendak dan emosi orang lain.

Integriti emosi

Integriti emosi wujud berasaskan kejujuran dalam komunikasi dan interaksi


serta saling mempercayai.

Integriti emosi adalah jujur dalam meluahkan pendapat dan emosi serta
mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku tersebut.

1.

Contoh integriti emosi:


Berbincang secara langsung persepsi murid pada setiap masa.

Cikgu rasa awak macam tidak setuju dengan perkara yang kita akan lakukan
sekejap lagi. Sebelum kita mula,baik awk bincangkan dahulu apa yang awak
tidak puas hati

2.

Tegur kelakuan murid yang kurang menyenangkan.

Nanti dulu. Cikgu rasa kurang senang dengan cara awak bercakap tadi. Cikgu
tidak akan mulakan aktiviti sekiranya awak terus berkelakuan begitu.

3.

Mendapatkan akauntabiliti murid.

Apabila awak melawan cikgu. Cikgu rasa sedih dan akan mendenda awak.
Cikgu tak nak buat begitu. Cuba kamu beritahu cikgu kenapa awak melawan
cikgu tadi ?

4.

Proaktif semasa berdepan dengan masalah tingkah laku murid.

Cikgu agak kecewa dengan kelas kita. Kita telah sama-sama bersetuju dengan
peraturan kelas. Semasa cikgu tiada beberapa orang telah sengaja melanggar
peraturan kita. Cikgu ingat kita telah sepakat untuk sama-sama menjaga nama
baik kelas kita.

Strategi mengamalkan budaya penyayang ialah :

Menyerapkan sifat mengambil berat.

Membina semangat kekitaan dan kepunyaan.

Guru mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid.

Komited dengan usaha yang berterusan.

You might also like