You are on page 1of 7

Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering

di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan,


sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah
syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam
bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya
syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun
2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service
Provider terbesar negara.Beliau bermula kerja sebagai wellsite operations
engineer di Sarawak Shell Berhad. Sehubung dengan itu wellsite operation
engineer adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengahtengah lautan,

SEJARAH PENUBUHAN PERNIAGAAN

Kencana Petroleum bertapak sejak 25 tahun yang lalu. Encik Chong Hin Loon
merupakan individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan syarikat ini.
Sewaktu itu, Kencana Petroleum dikenal sebagai Syarikat HL Engineering yang
menawarkan perkhidmatan pembuatan. Sekitar tahun 2001, Hin Loon mula
mengorak langkah dengan membeli tanah di Pelabuhan Industri di Lumut, Perak
yang bertujuan memajukan dan mengembangkan perniagaannya.

Ketika itu, perniagaan yang saya terajui mengalami masalah dan selaku
pemegang saham utama syarikat, saya menjual semua saham di Tongkah
Holdings dan Pantai Medicare Centre. Keadaan yang berlaku telah merunsingkan
fikiran saya. Saya berusaha memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan
kehidupan dan perniagaan yang saya inginkan. Sewaktu itu, Encik Hin Loon
sedang mencari rakan niaga bumiputera yang berkemahiran dalam bidang
petroleum untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan tersebut.

Melalui beberapa rakan rapat, saya diperkenalkan dengan Encik Hin Loon. Saya
yang berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Petroleum bersetuju untuk bekerjasama
dengan beliau. Memang menjadi satu kebetulan. Hal ini demikian kerana, sejak
tahun 1989, semasa saya mengambil alih sesebuah syarikat, pastinya syarikat
tersebut bukannya datang daripada bumiputera dan secara kebetulan juga
berlaku dalam syarikat ini.

Penguasaan saham sebanyak 60 peratus dalam syarikat Kencana telah


membawa saya sebagai pemegang syer terbesar dalam syarikat tersebut.
Kencana Petroleum mula mengembangkan syarikatnya pada tahun 2001. Ketika
itu, industri petroleum tidak secerah kini, harga minyak ketika itu sekitar AS$22

setong. Atas usaha dan keyakinan yang tinggi untuk berjaya dalam perniagaan
serta semangat yang cekal dan gigih, akhirnya kami berjaya diiktiraf oleh
Petronas sebagai sebuah syarikat Minor mengikut perlesenan Petronas.

Dengan lesen tersebut, kami diberi kepercayaan sepenuhnya oleh syarikat


Murphy Oil yang berpangkalan di luar negara untuk membina struktur pelantar
laut. Hal ini menjadi bukti yang menunjukkan kami mampu dan berkebolehan
dari segi teknikal, kepakaran dan kemahiran pekerja serta kewangan yang
mencukupi untuk mengendalikan projek besar.

Semenjak itu, kami sentiasa diberi kepercayaan oleh Petronas untuk


mengendalikan projek yang besar di dalam dan luar negara. Peluang perniagaan
sentiasa kami terokai, antaranya termasuklah mengikut Petronas ke Sudan.
Walaupun ketika itu kami mengalami pengalaman yang sukar serta tidak begitu
mendatangkan keuntungan kepada syarikat, kami berbangga kerana mampu
membina satu projek besar yang merupakan satu pengalaman yang sangat
berharga.

CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI

Cabaran utama bukanlah datang melalui persaingan antara syarikat sematamata. Memanglah persaingan merupakan cabaran yang besar, misalnya, antara
tujuh pemain utama di Malaysia, mungkin tiga yang lebih kurang sama
perkhidmatannya dengan Kencana, iaitu Sime Darby, MIAC dan MMHE. Walau
bagaimanapun, terdapat faktor lain yang amat membimbangkan serta menjadi
satu ancaman kepada industri ini dan hal ini sebenarnya perlu dipandang serius
oleh semua pihak, iaitu mencari pekerja mahir dalam bidang ini.

Hal ini juga merupakan isu yang sangat besar diperkatakan ketika ini.
Pengalaman Kencana sendiri, kami pernah menerima teguran daripada Petronas
supaya tidak cuba memancing pekerja mahir syarikat lain dengan menawarkan
gaji yang lebih tinggi, kemudahan lain, atau sebagainya. Keadaan ini akan
melemahkan sesebuah syarikat dan kami tidak akan dikatakan sebagai pesaing
yang baik.

Sebenarnya, Malaysia memang mempunyai pekerja yang mahir dalam industri


ini, tetapi kerana gaji yang agak kurang lumayan berbanding dengan di luar
negara, menyebabkan kami semakin sukar mencari pekerja mahir. Kebanyakan
pekerja mahir di Malaysia lebih berminat bekerja di Timur Tengah. Mereka
dibayar upah yang berlipat ganda berbanding dengan di Malaysia, walaupun
terpaksa melakukan kerja yang berat. Misalnya, di Qatar, kami tidak perlu hairan
apabila melihat majoriti pekerja dalam industri petroleum di sana ialah rakyat
Malaysia dan mereka selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Industri ini tidak banyak pesaingnya dan menyebabkan pekerja mahir ini mudah
mengetahui syarikat yang bakal memperoleh kontrak yang tinggi. Melalui
pemerhatian tersebut, pekerja mahir ini akan melobi diri untuk bekerja dengan
harga yang tinggi. Hal ini merupakan suatu situasi yang tidak sihat untuk
industri. Terdapat juga syarikat besar yang melakukan pemindahan pekerja
mahir dan teknologi untuk mengurangkan ketandusan kepakaran.

Hal ini merupakan suatu langkah yang dilihat sangat positif dan perkara ini telah
diajukan kepada Petronas. Hasilnya, pertemuan tersebut melegakan syarikat
petroleum di Malaysia apabila Petronas menjanjikan bahawa mereka sedang
menumpukan perhatian pada program latihan dan merekrut pekerja untuk
bekerja dalam industri ini yang menjanjikan gaji yang lumayan. Perkara ini
sejajar dengan rancangan kerajaan yang menumpukan pembangunan modal
insan yang berdaya saing dan mempunyai kepakaran.

perkembangan petroleum dunia ketika ini?

Pertama kalinya, saya ingin menegaskan di sini bahawa kestabilan harga dan
produksi itu merupakan perkara yang berbeza. Kestabilan harga banyak
bergantung pada isu politik, misalnya isu di Amerika, Iraq, dan sebagainya. Hal
ini memang tidak dapat dikawal dan di luar jangkaan semasa. Namun begitu,
dari segi produksi dan mencari gali minyak, perkembangannya masih cerah.
Terdapat beberapa kawasan yang masih belum dieksploitasi dan sekarang
menunjukkan simpanan minyak dan gas itu agak besar.

Ketika ini, kedengaran berita yang mengatakan bahawa minyak di Malaysia akan
habis dalam jangka masa dua hingga tiga tahun lagi dan hal itu tidak benar.

Namun begitu, hal yang demikian bukanlah jaminan untuk tempoh 20 tahun
akan datang, tetapi yang pasti, tidak lama lagi kami akan menjadi negara
pengimport yang lebih besar berbanding dengan aktiviti mengeksport.

Keduanya, berkenaan dengan penggunaan gas yang telah meningkat sejak


belakangan ini. Isunya sekarang, kami perlu mencari sumber gas tersebut agar
dapat menampung permintaan dan keadaan pasaran masa kini. Syarikat Gas
Thailand bersepakat dengan Malaysia untuk bekerjasama mencari minyak dan
gas yang terdapat di perairan Malaysia - Thailand. Hasil daripada kerjasama
tersebut, akan menguntungkan kedua-dua pihak kerana sistem pemasangan
paip akan dijalankan di kedua-dua buah negara. Seterusnya, perkembangan ini
mampu membantu pertumbuhan ekonomi dan mengeratkan hubungan dua hala
negara masing-masing.

Usaha untuk menerokai bidang baharu dalam industri tersebut?

Setiap syarikat sentiasa memikirkan cara untuk mengekalkan keuntungan


semasa, selain merancang pelan strategi bagi jangka masa akan datang. Hal ini
tidak terkecuali dengan Kencana Petroleum. Dari awal kami telah cuba
menerokai peluang pasaran domestik dan antarabangsa kerana di Malaysia
terdapat tujuh pemain utama yang bergiat aktif dalam industri ini. Setakat ini,
kami berjaya memperoleh kontrak di Thailand, India, Australia dan New Zealand.

Kami sentiasa memasarkan dan melibatkan diri dalam pameran antarabangsa


bagi mempromosikan produksi kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia
ada. Baru-baru ini, kami menyertai Dubai Exhibition Petroleum untuk
memastikan agar kami berjaya memperoleh projek baharu. Selain itu, kami cuba
menumpukan perhatian pada beberapa perkara khusus untuk menjadi jaguh
dalam bidang tertentu. Hal ini merupakan strategi penting dalam memastikan
peluang yang ada supaya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya, di samping
menggunakan tenaga dan kepakaran yang sedia ada.

Berkenaan dengan menerokai bidang baharu pada masa hadapan, kami akan
terus memberikan tumpuan utama pada pengeluaran minyak dan gas. Keperluan
dan permintaan bahan tersebut sangat meluas dan kami akan terus membida
projek yang mampu mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Keadaan ini
disokong melalui margin keuntungan syarikat sejak tiga tahun belakangan ini
yang mencatatkan keuntungan yang terbaik.

kenangan yang SEPANJANG MENJALANKAN PERNIAGAAN?

Semua projek yang telah dan akan dilaksanakan menjadi sesuatu yang istimewa
kepada saya khususnya, dan Kencana amnya. Namun demikian, yang paling
membanggakan saya ialah kontrak pertama yang diperoleh Kencana daripada
Murphy Oil pada tahun 2002. Setelah diaudit beberapa kali oleh syarikat terbabit
dan Petronas melalui bahagian teknikal, akhirnya kami berjaya dianugerahkan
kontrak membina pelantar laut yang diidamkan. Walaupun nilai kontrak adalah
kecil, sekitar lima hingga enam juta, projek ini merupakan kontrak permulaan
dalam industri petroleum.

Ketika itu, syarikat kami masih diiktiraf sebagai peniaga kecil, tetapi tetap diberi
peluang. Antara lain syarikat di Lumut, Perak, yang pernah mengendalikan projek
yang istimewa dan unik seperti Mobile Production Unit dan sekarang sedang
membina pelantar untuk pelanggan di New Zealand, dan pelantar ini akan
menjadi pelantar laut yang tertinggi secara tegak dengan ketinggian yang
mencecah 150 meter. Pelantar ini merupakan pelantar yang kedua dibina di
dunia dan diiktiraf sebagai pelantar terbesar di dunia.

Sementara itu, sesuatu yang seperti mimpi menjadi kenyataan ialah apabila
kami berjaya mengembangkan syarikat daripada Sdn. Bhd. kepada Berhad. Sejak
Disember tahun selepas, Kencana Petroleum berjaya disenaraikan di papan
utama Bursa Malaysia, saham syarikat melonjak daripada harga IPO ketika itu
sekitar 41 sen dibuka pada 81 sen dan sekarang sekitar RM2.40.

CARA MEMASTIKAN PERNIAGAAN TERUS BERJAYA DAN MAJU

Kami menyediakan program latihan kepada pekerja yang baharu dan lama yang
berpusat di Lumut, Perak. Selain itu, bekerjasama dengan Institut Kemahiran
Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara untuk memastikan kursus yang
diberikan kepada pelajar sejajar dengan apa-apa yang diperlukan dalam industri.
Kami perlu mengikut standard yang ditetapkan, jika tidak, kami tidak boleh
mengambil mereka bekerja.

Ada juga langkah lain yang diambil bagi memastikan kepakaran yang sedia ada
ditambah baik dan dikekalkan dengan menghantar pekerja ke luar negara untuk
projek di luar negara. Kebaikannya, mereka akan belajar dan memahami budaya
kerja di sana dan membawa pulang segala apa-apa yang dipelajari.

Melalui kepakaran baharu dan pengalaman yang diperoleh, mereka dapat


memberikan tunjuk ajar kepada pekerja di Malaysia. Kepakaran luar juga kami
gunakan, contohnya kerjasama dengan syarikat di Thailand. Kami turut
membuat pemindahan teknologi, orang kami dan orang Thailand bekerjasama
atas tujuan memudahkan sesuatu perkara di negara masing-masing.

Di luar negara, kami mengamalkan konsep terbuka, kami akan mendapatkan


tender secara profesional. Saya ingin menjelaskan di sini, syarikat yang ingin
menceburi industri petroleum perlu mendaftar dan mendapatkan lesen yang
dikeluarkan oleh Petronas terlebih dahulu. Hal ini merupakan syarat yang
termaktub dalam akta yang ditetapkan. Ada juga syarikat yang tidak berdaftar
dan mereka hanya menjadi subkontraktor kepada syarikat berdaftar dan
berlesen.

Petronas hanya mengeluarkan lesen kepada syarikat yang benar-benar


memenuhi kriteria atau standard tertentu sebelum lesen tersebut diluluskan.
Apabila lesen diterima, Petronas akan mengawal dan memastikan syarikat
tersebut agar sentiasa berkebolehan dan bersedia terhadap kontrak-kontrak
akan datang. Setiap syarikat yang mempunyai lesen akan dijemput untuk
mendapatkan tender, sama ada berminat atau tidak, hal itu terpulang kepada
syarikat masing-masing.

Kebanyakan pihak salah faham terhadap kontrak yang dikeluarkan oleh Petronas.
Tidak semestinya kontrak tersebut datang daripada Petronas, mungkin kontrak
datang daripada Shell, misalnya kontrak cari gali atau kontrak minyak.
Maksudnya, Petronas seperti orang tengah dalam urus niaga yang berkaitan
dengan industri tersebut. Petronas merupakan pemegang saham di semua
produksi, mereka ditugas dan dipertanggungjawabkan untuk kendalikan semua
kontraktor dalam industri dan semua kontrak diuruskan oleh Petronas. Petronas
hanya menguruskan hal yang berkaitan dengan tender sahaja, tetapi pelanggan
mungkin daripada syarikat Shell, Esso, dan sebagainya.

RAHSIA KEJAYAAN PERNIAGAAN

Generasi muda yang benar-benar ingin berjaya dalam perniagaan seharusnya


menggunakan pengalaman yang ada untuk menjayakan inspirasi dan cita-cita
mereka. Seseorang itu perlu bersabar dan kejayaan tidak datang dengan mudah.
Jika gagal, jangan mudah putus asa, sebaliknya teruskan usaha dan tekun
menjalankan kerja. Hal ini merupakan falsafah yang sinonim dewasa ini.

Seelok-eloknya, timbalah pengalaman di syarikat lain dahulu dan suatu hari


apabila kita berpeluang dan ada potensi diri untuk berniaga sendiri, maka
teruskanlah cita-cita itu. Namun begitu, seseorang itu perlu menerima hakikat
bahawa bukan semua individu boleh menjadi pengarah urusan dalam syarikat
sendiri.

Selain itu, jangan sesekali berhutang. Kemampuan untuk berbelanja adalah


berlandaskan wang yang ada di tangan. Mungkin tidak menjadi had kepada
orang ramai, saya sendiri berhutang untuk berniaga dan apabila keadaan
ekonomi jatuh merudum, kami terpaksa mengambil langkah yang drastik untuk
menyelamatkan diri. Alhamdulillah, saya bernasib baik dan bangun untuk
mencuba dalam bidang yang lain.

Pengalaman yang pahit hendaklah dijadikan iktibar pada masa mendatang. Bagi
saya, falsafah yang saya guna sebagai garis panduan untuk berniaga ialah
jangan atau kurangkan pinjaman peribadi atau syarikat. Mungkin pinjaman
syarikat perlu untuk menampung projek yang besar, tetapi perlu disegerakan
bayarannya.

You might also like