16.5 Penyataan Masalah

You might also like

You are on page 1of 1

2.0 PENYATAAN MASALAH.

Dalam kajian ini memfokuskan dua aspek utama berdasarkan objektif kajian yang
telah ditetapkan iaitu mengenalpasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia pada tahun-tahun
tertentu iaitu tahun 2006 sehingga tahun 2012 dan membandingkan arah aliran indeks harga
pengguna ( IHP ) mengikut tiga kumpulan iaitu Kumpulan Perumahan, Air, Gas & Bahan Api
lain ; Kumpulan komunikasi ; dan Kumpulan pelbagai barang dan perkhidmatan.
Berdasarkan objektif ini, dapat diketahui arah aliran inflasi di Malaysia pada tahun
tersebut sama ada turun atau naik. Sekiranya didapati arah aliran inflasi naik maka kadar
inflasi di Malaysia mengalami kenaikan. Manakala apabila arah aliran kadar inflasi turun
maka didapati inflasi di Malaysia menurun ataupun semakin baik. Arah aliran kadar inflasi di
Malaysia dapat digunakan oleh Badan Kerajaan ataupun pihak Swasta untuk menganalisis
situasi inflasi Malaysia. Contoh Badan Kerajan ialah Bank Negara Malaysia yang
menggunakan data aliran inflasi untuk merancang belanjawan negara atau menggunakan
dasar kewangan bagi mengatasi ketidakstabilan ekonomi.
Kajian ini juga dilakukan berdasarkan objektif yang kedua iaitu membandingkan arah
aliran indeks harga pengguna ( IHP ) mengikut tiga kumpulan yang telah dipilih iaitu
Kumpulan Perumahan, Air, Gas & Bahan api lain ; Kumpulan Komunikasi ; Kumpulan
pelbagai dan perkhidmatan. Melalui objektif berkenaan, dapat dibandingkan IHP mengikut
tiga kumpulan tersebut serta dapat diketahui sumbangan peengguna dalam komponen yang
terpilih. Melalui analisis sumbangan tiga kumpulan terpilih ini, dapat diketahui arah aliran
sama ada turun ataupun naik. Daripada maklumat tersebut, ianya dapat digunakan oleh pihak
bertanggungjawab untuk menganalisis keadaan kuasa beli pengguna dan membantu pihak
kerajaan untuk merancang ekonomi yang lebih baik di Malaysia.

You might also like