You are on page 1of 8

Institut Perguruan

Perempuan Melayu
Melaka
KERJA KURSUS PENDEK ILMU
PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR

: NOORHASMIZA BT

YASIM
NO K.P

: 791123-11-5144

KUMPULAN/UNIT :

: KPLI/JAN 2008
PEMULIHAN 2

NAMA M/PELAJARAN
NAMA PENSYARAH

:ILMU PENDIDIKAN
:PN.NORAIDAH

YAAKUB
TARIKH SERAHAN

:28 MAC 2008

BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang.( 2008). Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1&2 . Subang
Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur. 2008. Psikologi Pendidikan 1.Psikologi


perkembangan. Fajar Bakti. Shah Alam

Ee

Ah

Meng.

1999.

Panduan

Ulangkaji

Ilmu

pendidikan untuk (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn.


Bhd. Kuala Lumpur.

PENULISAN REFLEKSI

Tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP) Pendidikan Negara Malaysia ( PBN )


telah diterima pada 14 Februari 2008. Kami diminta menyiapkan sebuah esei yang
panjangnya

antara 800 1000 patah perkataan secara berkumpulan seramai 3

orang. Selepas proses memilih ahli kumpulan selesai, kami telah mendapat tajuk
yang kedua melalui undian yang telah dibuat. Tajuk esei kumpulan kami ialah
huraikan

bagaimana

guru

boleh

memainkan

peranan

penting

dalam

menjayakan misi nasional negara.


Untuk menyiapkan tugasan, pertama sekali, kami perlu mengetahui dan
memahami terlebih dahulu apakah itu misi nasional negara.Untuk tujuan itu,
kumpulan kami telah mengadakan perbincangan dan pengumpulan maklumat
tentang misi nasioanl negara. Antara bahan- bahan rujukan kami ialah melalui surat
khabar, buku, majalah dan internet. Apabila maklumat telah dikumpul dan
dibincangkan, kami telah mengetahui bahawa misi nasional negara merupakan satu
program yang telah dirangka kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang
akan berlangsung dari 2006 2010. Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan
Pelan Pembangunan Pertama daripada tiga rancangan lima tahun. Misi nasional
merupakan

satu

rancangan

yang

akan

memacu

bentuk

dan

keutamaan

program,perancangan dan bajet negara mulai tahun 2006. Menerusi usaha yang
tekal dan bersungguh dalanm melaksanakan misi ini ,negara akan mencapai hasrat
dan aspirasi seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.
Misi nasional mangandungi lima teras utama iaitu pertama, meningkatkan
ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Teras kedua ialah meningkatkan

keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Teras ketiga pula ialah menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang
berterusan secara membina dan produk. Meningkatkan tahap dan kemampanan
kualiti hidup menjadi teras keempat manakala teras yang kelima ialah mengukuhkan
keupayaaan institusi dan pelaksanaan.
Melalui tugasan yang diberi, kami dapat lebih memahami betapa pentingnya
peranan seorang guru dalam pembangunan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Guru juga merupakan golongan yang turut menjadi pemangkin
dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan mempunyai sahsiah yang
terpuji. Di bahu gurulah terpikul tanggungjawab yang besar dan murni terhadap
agama, bangsa dan negara. Guru turut berperanan dalam melahirkan masyarakat
yang berminda kelas pertama iaitu yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, kemahiran dan teknologi terkini untuk mencapai taraf negara maju
menjelang 2020 selaras dengan Misi Nasional.
Selain

itu,

guru

juga

turut

berperanan

dalam

membangun

dan

memperkukuhkan institusi sosial sejajar dengan pembangunan ekonomi negara iaitu


melalui penerapan nilai-nilai murni di sekolah. Demi mencapai pertumbuhan dan
pembangunan seterusnya, guru perlu bekerjasama dengan pemimpin

untuk

memperkukuh asas moral dan etika di samping mempertingkat minda dan sikap
generasi muda, khususnya ke arah membentuk sebuah negara yang maju dan teguh
walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Apa yang
paling penting ialah guru berperanan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
dan seimbang demi untuk kemajuan dan pembangunan negara.
Setelah membuat kajian mengenai tajuk ini, kami dapat merumuskan bahawa
Misi Nasional merupakan satu dasar dan rangka kerja pelaksanaan baru yang
menggaris pendekatan yang akan dilaksanakan bagi mencapai wawasan dan
matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Misi nasional ialah
rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan
impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Rangka
kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan
acuan dan kemampuan sendiri. Malaysia perlu melaksanakan dasar dan program
yang akan meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat global, mengukuhkan
perpaduan dan mengurangkan popularisasi kaum.

Matlamat dan aspirasi negara akan tercapai melalui pembangunan di bidang


pendidikan. Masyarakat perlu mendapat pendidikan pada peringkat awal supaya
dapat menguasai kemahiran asas 3M dan tiada keciciran berlaku dan masalah buta
huruf dapat diatasi. Sekiranya rakyat mendapat pendidikan yang sewajarnya, maka
aspirasi negara akan dapat dilaksanakan menjelang Wawasan 2020. Oleh yang
demikian, peranan guru amat penting dalam pembangunan Misi Nasional.
Selain daripada memahami tajuk dan mendapat manfaat daripada tugasan,
secara individu saya dapat melihat bahawa mata pelajaran Pendidikan Negara
Bangsa Malaysia merupakan subjek yang sangat menarik dan sangat berguna
dalam menambah pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara Malaysia.Selain
itu, saya dapat mengetahui jerih perih generasi terdahulu dalam menentang penjajah
dan menuntut kemerdekaan. Ia mengajar saya supaya menghargai nilai sebuah
kemerdekaan dan inilah yang akan saya terapkan kepada anak-anak bangsa yang
akan saya didik nanti. Seterusnya, saya juga tertarik dengan cara guru pembimbing
bagi subjek ini iaitu Puan Khatijah Yahya yang banyak menggunakan strategi
pemusatan pelajar iaitu teknik bersoal jawab tentang sesuatu topik membuatkan
kami lebih peka tentang perkara yang dibincangkan. Selain itu, beliau juga banyak
meminta kami mengulangkaji tajuk yang akan dipelajari supaya kami dapat
berkongsi ilmu dan pendapat. Kami juga dididik supaya bekerjasama dalam sesuatu
kumpulan. Ini dapat menerapkan nilai-nilai murni supaya antara kami dapat saling
bantu membantu.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami betapa pentingnnya
peranan seorang guru dalam memacu pembangunan negara. Gurulah yang akan
menjadi orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa supaya dapat
menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.

Institut Perguruan
Perempuan Melayu
Melaka
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA
MELAYU
NAMA PELAJAR

: NOORHASMIZA BT

YASIM
NO K.P

: 791123-11-5144

KUMPULAN/UNIT :

: KPLI/JAN 2008
PEMULIHAN 2

NAMA M/PELAJARAN

: BAHASA MELAYU

(MINOR)
NAMA PENSYARAH

: EN.RAMLY BIN ABU

TARIKH SERAHAN

: 17 MAC 2008

L
A
M
P
7

I
R
A
N

You might also like