You are on page 1of 2

MODUL: Haba

Episod 1 Bahagian 3: Perubahan keadaan jirim


Lembaran Soalan: Perubahan jirim
1. Pada suhu -73C, pepejal karbon dioksida (ais kering) memejalwap.
Tandakan pada kotak-kotak yang betul tentang keadaan yang berlaku semasa proses
tersebut.

1.

Gas karbon dioksida dibebaskan.

2.

Pepejal karbon dioksida hilang.

3.

Peleburan dan pendidihan berlaku serentak.

4.

Tompokan cecair karbon dioksida menyejat.

Jelaskan tiga daripada jawapan anda bagi soalan di atas.


(1 markah)
(3 markah)

2.

Gambar di atas menunjukkan sebuah kondenser Leibig yang digunakan dalam satu eksperimen.
Kondenser ini mempunyai lapisan luar yang terpisah daripada tiub panjang yang melalui
bahagian tengah. Air boleh melalui lapisan luar dengan cara mengalir melalui sambungan masuk
dan keluar di bahagian sisi.
Tujuan penggunaan kondenser Leibig adalah untuk menukar semula wap kepada cecair supaya
air boleh dikumpulkan. Terangkan cara radas ini berfungsi.
(4 markah)

3. Selepas hujan lebat, lopak besar terbentuk di atas jalan. Matahari kembali menyinar dan
lopak pun hilang.

a) Terangkan bagaimana matahari menghilangkan lopak itu.


(2 markah)

b) Terangkan sebab lopak kekal lebih lama jika hujan turun pada waktu malam.


(1 markah)

c) Delima menyedari bahawa lopak besar yang cetek lebih cepat hilang daripada lopak
kecil yang dalam. Terangkan sebabnya.

(2 markah)

4. Banyak kemudahan perubatan menggunakan stim untuk mensteril peralatan.


a) Pada suhu berapakah stim terpeluwap (pada tekanan atmosfera yang biasa)?



b) Mengapakah stim berguna untuk pensterilan peralatan?

(1 markah)

(1 markah)

Di Seattle, USA, stim dipam melalui paip 30km ke rumah dan ke kedai untuk memanaskan
tempat itu.

c) Terangkan sebab penggunaan stim adalah lebih baik daripada air panas untuk sistem
pemanasan sesuatu tempat seperti ini.

(3 markah)

17 markah

You might also like