You are on page 1of 3

Cantuman pelbagai Kaedah dalam menulis karangan( Asas

Untuk Murid Halus)


1.

Sejak belakangan ini,penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa.Penggunaan telefon bimbit telah
mendatangkan pelbagai kesan kepada pelajar.
Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
.
Pendahuluan : Kuat Makan Dapat Sakit Angin

Keadaan /isu semasa


Mengapa
Di mana
Siapa
Apa

Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi keperluan pelajar


Mudah untuk berkomunikasi
Di mana-mana sahaja
Para pelajar,ibu bapa
Apakah kesan

Pendahuluan;
Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi keperluan yang penting bagi para pelajar.Hal
ini demikian kerana pelajar mudah berkomunikasi dengan ibu bapa atau rakan-rakan sama ada
melalui sistem pesanan ringkas atau perbualan langsung.Di mana-mana sahaja kita akan melihat
para pelajar ,ibu bapa dan masyarakat menggunakan kemudahan komunikasi ini.Tanpa disedari
penggunaan telefon bimbit ini sebenarnya membawa pelbagai kesan negatif.Soalnya apakah
kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit terhadap pelajar?
Kaedah Merangka isi/Idea ( I C2 K 2P ) IC Kad Pengenalan
Idea 1
Membazirkan wang
Contoh 1 Menggunakan wang saku untuk tambah nilai
Contoh 2 Persaingan memiliki jenama terkini
Kesan 1
Tiada wang untuk makan di kantin, atau membeli buku rujukan atau alat tulis
Kesan 2
Mencuri /membebankan ibu bapa
Penegas
Penggunaan telefon bimbit menyebabkan kos sara hidup meningkat
Indah
Ukur baju di badan sendiri
Antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ialah
membazirkan wang.Sebagai buktinya mereka menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa
untuk menambah nilai sekurang-kurangnya RM 10.00 sehari.Ada juga bersaing sesama rakan
untuk memiliki jenama terkini seperti Samsung generasi Y,Nokia Lumia yang berharga
RM1500.00 ke atas.Kesannya pelajar tiada wang untuk makan di kantin,membeli alat tulis atau
membeli buku rujukan. Selain itu,akibat yang paling serius ialah pelajar sanggup mencuri wang
keluarga atau orang kampung untuk membeli telefon bimbit berjenama dan canggih.Tegasnya
penggunaan telefon bimbit hanya menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat dan para
pelajar sewajarnya bersikap rasional seperti kata pepatah ukur baju di badan sendiri,cukuplah
sekadar telefon bimbit biasa,yang penting berfungsi sebagai alat komunikasi.

Kaedah IMBaKUP
Idea 2
Mengapa
Bagaimana
Kesan
Ungkapan
Penegas

Disalahgunakan
Dorongan nafsu/rakan
Fitnah , gambar lucah
Rosak akhlak
Langit terbuka
Telefon bimbit menjadi salah satu punca masalah gejala sosial

Selain itu, telefon bimbit disalahgunakan oleh para pelajar.Atas desakkan


nafsu,persekitaran dan rakan-rakan, mereka akan memuat naik gambar-gambar lucah,fitnahmemfitnah,ugutan malah ada yang menggunakan telefon bimbit untuk meniru dalam peperiksaan
atau ada juga menjual diri melalui telefon bimbit.Sebagai akibatnya berlakulah masalah sosial
seperti pelacuran,gay,lesbian, dan akhirnya keruntuhan akhlak yang akan meranapkan tamadun
manusia serta meletakkan taraf manusia seperti haiwan ternakan terutamanya dalam era langit
terbuka ini.Jelasnya telefon bimbit menjadi punca masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar
jika tidak dipantau dengan berhemah oleh ibu bapa.
Kaedah TFFP ( Tengok Fa Fau Pengsan)
Topik/idea Menjejaskan kesihatan pelajar tanpa disedari
Frasa 1
Frasa 2
Frasa 1
Gelombang elektromagnet memusnahkan sel otak dan sel saraf
Frasa 2
Penyakit kanser/kematian
Penegas
Pembunuh senyap
Di samping itu,penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan para pelajar
tanpa disedari oleh pelajar itu sendiri atau ibu bapa mereka.Kesihatan seseorang pelajar akan
terjejas kerana gelombang elektromagnet memusnahkan sel otak dan sel saraf secara perlahanlahan.Tanpa diduga sel-sel kanser mula menular di dalam badan dan akhirnya membawa maut
ketika usia masih muda.Akibatnya negara akan kehilangan tenaga pakar atau tenaga kerja yang
akan membina wawasan negara pada masa akan datang.Tuntasnya telefon bimbit menjadi
pembunuh senyap rakyat Malaysia.Mati semut kerana gula,manusia mati kerana teknologinya
yang tidak mesra alam dan sewajarnyalah para pelajar dinasihatkan tidak terlalu ketagih dalam
penggunaan telefon bimbit.
Kaedah ICKP
Idea 3
Membuang masa
Contoh
Leka dengan SMS/berbual atau bermain pelbagai permainan
Kesan
Tidak ada masa untuk menelaah pelajaran/membaca/bersenam
Penegas
Telefon bimbit mencuri masa pelajar /akan lahir generasi yang lemah jati diri
Indah
Masa itu emas
Sebelum menyentuh konklusi fokus perbincangan kita tertumpu kepada isu para pelajar
membuang masa sehingga mengabaikan peranan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh
,mengejar kecemerlangan akademik ,seterusnya menjawat jawatan penting demi kelangsungan

kepimpinan negara. Para pelajar leka dengan sistem pesanan ringkas,berbual kosong,bermain
pelbagai permainan siber sehingga tiada masa untuk menelaah pelajaran,membaca
buku,berdiskusi dengan rakan-rakan dan juga bersenam untuk kesihatan mental serta fizikal.
Pepatah masa itu emas tidak membawa apa-apa makna bagi para pelajar kerana keseronokan
adalah matlamat utama dalam hidup pada usia remaja ini.Tegasnya telefon bimbit telah mencuri
masa pelajar,melahirkan pelajar yang lemah jati diri dan hanya membentuk pelajar menjadi
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulan Harapan Harapan Cadangan
kesimpulan
Kesimpulannya, telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang penting tetapi
mempunyai pelbagai kesan buruk kepada kita.Penggunaannya selamat jika kita sentiasa
berwaspada atau menggunakannya dengan cermat.Penggunaan telefon bimbit boleh membawa
kesan yang baik atau buruk ,semuanya bergantung kepada individu itu sendiri,tepuk dada tanya
iman.Sementara itu pihak kerajaan melalui SIRIM mestilah mengkaji dan menyelidik teknologi
yang mampu menghalang radiasi daripada telefon bimbit agar semua pengguna akan terselamat
semasa menggunakan bom jangka ini.

You might also like