You are on page 1of 1

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016

turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat
Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema
sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu Sehati, Sejiwa kerana perlunya
memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan
rakyat Malaysia
Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain
turut dikekalkan adalah penggunaan nama Hari Kebangsaan sebagai panggilan
rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan
Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari
Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti,
pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia,
Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan
Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016
Logo Merdeka 2016#sehatisejiwa
SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan
kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat
kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada
Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun
Pautan Sumber Asal mysumber.com

You might also like