You are on page 1of 2

Tajuk:

Pemimpin Kita

Nama:Jevan
Kelas:2N

Tun Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada


10 Julai 1925[1], [2],[3]). Dalam buku A Doctor in the
House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya
adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh
lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk
memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau
yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama
timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena,
beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya
disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women Make Their Own
Freedom (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).
[4]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981
sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan
yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar
sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai
salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi
Asia'[5].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika
membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak
cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi
krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[6] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak
pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas
kemelut berakhirdimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli
politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu
antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem
Ekonomi Pasaran" terkawal[9] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian"
dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire.
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai
autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya,
tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat
autokratik beliau sepanjang karier politiknya[11]) terutama berhubung Akta Keselamatan
Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil
atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai
hujah)[12]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpinpemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada
zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC),
Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja
Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun
sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang
memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

You might also like