You are on page 1of 2

PANDUAN MEMBINA ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM yang baru anda hadapi membuktikan


bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam membina esei. Cikgu risau
kerana kelemahan dalam membina esei akan mengurangkan
markah anda semua. Cikgu harap sedikit panduan di bawah ini akan
memantapkan lagi esei yang akan anda buat dalam peperiksaan
STPM sebenar.
Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak
soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan
anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda
kehilangan banyak markah.
Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi idea lebih daripada
4 idea. Jika anda memberi lebih 4 idea akan memberi peluang anda
mendapat markah yang baik kerana hanya idea terbaik diberi
markah oleh pemeriksa.
Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan.
Lazimnya:Bentuk soalan lazimnya meminta - 2 pro + 2 kon, 4 pro ,4
kon. atau 1 + 3 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah,
bincangkan, jelaskan dan sebagainya.
Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa
penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk
pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari
segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang
salah juga boleh menjejaskan markah.
Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris
pertama perenggan isi. Ayat untuk
huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas
menyebabkan ia seolah-olah
tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh
haruslah tepat
atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60
patah perkataan.
Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1. Contoh:
Universiti Putra
Malaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3). Contoh: rama-rama( dikira
sebagai 1
bukannya 2)
Perenggan 1:
Pengenalan - Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan
di atas.
Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan.
Jangan beri idea
utama di sini kerana ia tidak akan diberi markah.
Perenggan 2,3,4 dan 5 :

Idea utama, huraian dan contoh - Baris pertama haruslah ada idea
utama di
dalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang
menjelaskan idea tadi.
Beri 3-4 huraian yang bernas.
Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayat
penegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut.
Perlu ada
kesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan
menggunakan perkataan yang
sesuai untuk memulakan perenggan anda.
Perenggan 6:
Perenggan penutup - Anda membuat kesimpulan terhadap
keseluruhan dan anda
juga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea
kepada soalan.
Ingat
1. Pembacaan anda haruslah meluas
2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda
3. "Time" masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari
masa sepatutnya
kerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.
4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.

You might also like