You are on page 1of 26

Rosedi's Blog

Sekadar berkongsi ilmu dan maklumat untuk manfaat sesiapa sahaja yang sudi membaca.......
Selasa, 22 April 2014

Nota Rujukan - Boilerman Gred 2

Peperiksaan Lisan Boilerman Gred 2


Nota ini adalah sebagai panduan kepada mereka yang baru menceburi bidang
pekerjaan sebagai Penjaga dandang Stim atau pun lebih dikenali sebagai Boilerman.
Boleh juga dijadikan nota rujukan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan
lisan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai Boilerman Gred 2 daripada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Umum
Steam Boiler ataupun dalam bahasa melayunya Dandang Stim adalah satu alat bagi
menghasilkan tenaga yang biasa digunakan di stesen janakuasa dan industri. Secara
umumnya, stim bertekanan tinggi yang dihasilkan di dalam dandang ( di mana air didihkan )
disalurkan kepada turbin yang akan memacu penjana bagi menghasilkan pula tenaga
elektrik.
Air di dalam dandang dipanaskan menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang menggunakan
bahan api biasa seperti diesel dan arang batu. Ada juga yang menggunakan hasil buangan
dan sisa industry contohnya seperti pelepah daun kelapa sawit ( di kilang
penapisan/pemprosesan minyak kelapa sawit ) dan batang/hampas tebu ( di kilang gula ). Di
stesen janakuasa nuklear, haba daripada tindak balas nuklear terkawal ( control fusion )
digunakan untuk memanaskan air.
Semuanya berbalik kepada satu tujuan iaitu menghasilkan stim yang bertekanan tinggi untuk
memacu penjana elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan akan diaplikasikan dalam pelbagai
kegunaan contohnya seperti bekalan elektrik untuk orang awam dan industri.

Gambarajah di bawah menunjukkan operasi dandang bagi menghasilkan tenaga elektrik.


Perhatikan kitaran stim, bagaimana stim digunakan untuk memacu Turbin Stim( Steam
Turbine ) dan kemudiannya di kitar semula.

Jurudandang ( Boilerman )
Jurudandang dikenali sebagai Drebar Enjin Setim di dalam sektor awam. Manakala di sektor
swasta ataupun kilang ia lebih dikenali sebagai Boilerman. Tugas seorang Boilerman ialah
mengoperasikan sebuah dandang stim. Tanpa seorang Boilerman, sesebuah dandang tidak
dapat beroperasi atau lebih tepat lagi tidak dibenarkan beroperasi. Boilerman adalah pekerja
berkemahiran yang diperakui kebolehannya bagi mengoperasikan sesebuah dandang stim
dengan selamat.
Keperluan Boilerman bagi menjaga dandang stim dinyatakan di dalam Akta Kilang dan
Jentera 1967 Seksyen 29 yang menyatakan bahawa pengendalian jentera tertentu perlu
kepada kakitangan yang kompeten. Kompetensi kakitangan ini diperakukan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Tedapat dua tahap kompetensi yang
dikeluarkan oleh pihak JKKP bagi Boilerman iaitu Gred 1 dan Gred 2. Seseorang yang
melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan bolehlah memohon untuk menduduki
peperiksaan bagi mendapatkan perakuan kebolehan sebagai Drebar Enjin Gred Dua bagi
Setim & Dandang Setim ataupun Boilerman Gred 2 terlebih dahulu.
Peperiksaan / Ujian lisan untuk Boilerman Gred 2
Peperiksaan lisan untuk mendapatkan Perakuan Kebolehan sebagai Drebar Enjin Gred Dua
bagi Setim & Dandang Setim ataupun Boilerman Gred 2, merangkumi pengetahuan dan
kemahiran sekitar operasi dandang, langkah-langkah keselamatan dan undang-undang yang
berkaitan. Perakuan kebolehan ini terhad kepada dandang yang mempunyai permukaan
memanas ( heating surface ) sehingga 500 kaki persegi sahaja.
Syarat bagi menduduki peperiksaan ini ialah telah berkerja sekurang-kurangnya 2 tahun
sebagai pembantu Boilerman. Bagi menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kompetensi
Boilerman Gred 1 pula syaratnya mestilah telah bekerja sebagai Boilerman Gred 2 sekurangkurangnya selama 18 bulan.
NOTA PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN ORAL BOILERMAN GRED 2
*Nota persediaan ini di tulis berdasarkan maklumat dandang yang dioperasikan oleh
saya iaitu FULTON 10E tiub api yang digunakan untuk tujuan ujikaji di sebuah institusi
pengajian tinggi awam dan juga sumber umum yang berkaitan.
Gambar/gambarajah yang disertakan adalah untuk menambah kefahaman, tidak perlu
ditunjukkan semasa peperiksaan oral berjalan.

Definasi Dandang Stim ;


IALAH SATU BEKAS TERTUTUP DI MANA DIDALAMNYA MENGANDUNGI MEDIA ( AIR )
YG DIPANASKAN OLEH SUATU BAHANAPI UTK MENGHASILKAN STIM YG TEKANANNYA
LEBIH TINGGI DRP TEKANAN UDARAKASA. Termasuk juga mana2 pemanas air ( economiser
) dan pemanas stim ( super heater ).

Gambarajah skematik dandang tiub air ini di salin daripada buku Steam Power Stations oleh
Gustaf Gaffert 1940.
Perhatikan kedudukan Economiser dan Super Heater.

1. Jenis dandang stim di bawah jagaan saya ( maklumat boiler di bawah jagaan semasa )
Contoh maklumat yang boleh di beri ;
Nama : FULTON 10E, tiub api
Gambar Boiler Fulton 10E, di salin daripada manual pembuat.

No. Boiler : B524


Saiz : 10 HP

Saiz : 10 HP
Keupayaan : 160 kg/j pada 100 darjah selsius
TKS-Tekanan Kerja Selamat (ASWP-Authorised Safe Working Pressure) : 8.6 bar / 125 psi
Luas permukaan pemanas : 2.79 meter persegi / 30 kaki persegi
Tekanan hidrostatik : 17.2 bar / 250 psi
Kapasiti air : 86 liter
Kegunaan utama boiler dibawah jagaan saya ialah bagi proses pengajaran dan pembelajaran
dengan dilengkapi beberapa apparatus bagi tujuan ujikaji.
2. Jenis dandang lain yg sy tahu ialah dandang tiub air. Perbezaan antara kedua-dua jenis
dandang ini bergantung pada kedudukan air tersebut dimana dandang tiub air dimana air
berada didalam tiub dan untuk tiub api , air berada diluar tiub. Gambarajah di bawah boleh
memberikan penerangan secara visual ;
Fire Tube Boiler ( Sumber : Wikipedia )

3. Kelebihan fire tube boiler


a) Bersaiz kecil
b) Tidak memerlukan boiler room yg besar
c) Mudah alih
d) Tiub mudah dibersihkan (lurus)
e) Murah
Water Tube Boiler ( Sumber : Wikipedia )

4. Kelebihan water tube boiler


a) Mengeluarkan stim yg byk
b) Tekanan tinggi utk jlnkan jentera
c) Lebih selamat - drum tidak kena api
d) Mudah masuk utk pemeriksaan ( bersaiz besar )
e) Cepat dapat stim, kecekapan tinggi
5. Bhg2 penting fire tube boiler ialah
a) Furnace - tempat pembakaran
b) Shell - dinding dandang
c) Burner - pembakar
d) Tube - tiub
6. Bhg2 penting water tube boiler ialah
a) ID fan - induced draft fan, udara
b) FD fan - forced draft fan, gas/asap pembakaran
c) Mud drum dan Steam drum
d) Header - small 'water drums'/'tube end'
e) Baffle - gas guide...halangan/guide plate
f) Soot blower - blow out carbon in furnace
7) Keperluan org menjaga bagi dandang stim di bawah peraturan2 kilang dan jentera
1970

8) Jenis dandang yg tidak memerlukan penjaga dgn perakuan kelayakan ;


a)Elektrod boiler
b)Steam tube oven
c)Autoclave ( alat pembersih/penyahkuman untuk peralatan yang digunakan di hospital )
d)Boilers where steam is retained internally
9) Peraturan peraturan tukar shift ;
a)Lengkapkan buku log boiler dan tunggu boilerman baru dtg
b)Boilerman baru dtg semak buku log dan baca dgn teliti sebarang masalah/kerosakan yg
berlaku.
C) Boilerman yg baru masuk juga mesti memeriksa keadaan boiler beroperasi dgn baik, tiada
kebocoran, pepasangan mustahak berfungsi dgn baik dll.
10) Misconduct, salah laku
a) Mabuk
b) Tidur
c) Meninggalkan boiler tanpa pengganti
d) Tidak melaporkan kejadian berbahaya/kroskn
e) Menyebabkan kerosakan kerana lalai
11) Pemilik kilang yg hendak mengimport boiler terpakai drpd luar negara perlu membuat ;
a) Permohonan kelulusan rekabentuk dgn mengemukakan 3 salinan lukisan dan perkiraan
mengikut kod2 yg diiktiraf
b) Laporan pemeriksaan badan berkuasa yg terakhir
12) PEPASANGAN/FITTINGS WAJIB - 13
a) Safety valve

b) Pressure gauge

c) Inspector gauge attachment ( connected in parallel with the pressure gauge )


d)MSV ( Main Stop Valve )- steam outlet

e)Water gauge

f) Water feed pump

g) Water check valves ( one way valve )

h) Low water alarm ( work with level electrodes inside the water column )

i) Low water fuel cut off( work with level electrodes inside the water column and boiler )
j) Fusible plug

k) Name plate

l) Registration plate

m) Blow down valve

Penerangan tambahan 13 pepasangan wajib

13) Fungsi safety valve ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn cara mengeluarkan tekanan
berlebihan dalam steam drum, dgn perkataan lain mengawal tekanan supaya tidak melebihi
TKS yg dibenarkan.
14) Bahagian2 penting safety valve ialah ,
a) Seat disc - membuka/menutuplaluan stim
b) Shaft/spindle - menekan/sambung pada seat, tekanan di beri oleh spring
c) Spring
d) Body/housing
e) Adjusting screw
f) Lock screw

f) Lock screw
g) Test lever

16) Antara kerosakan yg boleh berlaku pd safety valve ialah apabila valve melekat pada
seatnya. Ini disebbkan oleh ;
a) valve seat kotor, berkarat

b) spring tidak berfungsi dgn baik


1
17) Fungsi Fusible plug ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn memberi amaran dgn
membebaskan stim apabila air berkurangan. Fusible plug akan cair apabila air sudah jatuh
daripada paras fusible plug.
18) Fusible plug biasanya dipasang pada bhg paling atas ruang pembakaran dalam dandang
tiub air dan pada tahap air paling minima diperlukan dlm dandang tiub api.
19) Pressure gauge akan memberikan bacaan tekanan stim di dalam dandang.
20) Kedudukan pressure gauge ialah pada bhg atas steam drum,mempunyai saiz muka yang
sesuai dan mudah di lihat serta di baca dari tempat boilerman berada.
21) Jika TKS ialah 250 psi, maka sukatan bacaan maksima pressure gauge yg dibenarkan ialah
250 psi.
22) Water gauge akan memberikan maklumat secara visual kedudukan paras air didlm
boiler.
23) Sebelum menguji water gauge, pastikan ;
a) Cermin pengadang pada gauge glass dipsg
b) Gunakan sarung tgn dan ppe yg sesuai
c) Pastikan tiada org berhampiran paip keluaran stim dan air panas
d) Pastikan tekanan tidak terlampau tinggi
e) Pastikan kedudukan cock2 adalah betul, air setengah gelas
24) Cara ujian water gauge ;
a) Tutup steam cock, tutup water cock, buka drain cock
b) Buka steam cock, tutup water cock, steam akan keluar

b) Buka steam cock, tutup water cock, steam akan keluar


c) Tutup steam cock, buka water cock, air akan keluar
d) Tutup drain cock, buka steam cock, buka water cock, air kembali.....

dari atas...steam cock, water cock dan drain cock

25) Hi/Low water alarm ialah utk memberi amaran kpd boilerman apabila air melebihi tahap
minima atau maksima
26) Low water fuel cut off berguna utk memadamkan burner apabila air berkurangan atau
surut ke paras minima
27) Kerosakan yg perlu dilaporkan kpd JKKP ( DOSH )
a) Meletup
b) Kegagalan bahan struktur
c) Kekurangan air
d) Plug timah ( fusible plug ) cair/pecah
e) Tiub pecah
28) Semasa hendak commissioning boiler baru ;
- bersihkan boiler daripada habuk2 besi, welding rod, kain dan sbgnya. Grease dan
minyak juga perlu di cuci.
29) Boiling out boiler baru dilakukan dgn ;
a) mengisi air ke paras 3/4 boiler, dan masukkan caustic soap dan soda ash
b) Jalankan boiler hingga air menggelegak selama 4-8 jam.
C) Sejukkan dan buang air didlmnya
30) Bagaimana menaikkan/up-kan boiler baru ?
Jgn panaskan dgn cepat
31) Akta dan peraturan mengawal operasi boiler bertujuan untuk menentukan keselamatan
penggunaan boiler dari segi boilerman, pepasangan dan pengendaliannya.

32) Semasa hendak menjalankan Boiler, selepas paras air diperiksa dan dipastikan, apakah
langkah seterusnya ?
- pastikan perkakasan lain juga berfungsi dgn baik spt pump, blowdown valve, burner dan
lain2
33) Bagaimanakah pembakaran bahan bakar itu dikatakan baik ?
- dengan melihat secara visual api yg sedang membakar dan tiada asap hitam.
34) Pembakaran sempurna penting supaya mendapat kepanasan yg sesuai dan tidak
menggunakan terlalu byk bahan bakar yg boleh menjejaskan kos operasi.
35) Pembakaran yg baik ialah apabila campuran oksigen dan bahan bakar di jaga pada tahap
yg sesuai.
36) Paras air perlu sentiasa dijaga supaya boiler beroperasi dgn selamat iaitu boiler tidak
terlalu panas (air terlalu kurang) sehingga boleh berlaku kerosakan dan membahayakan.
37) Mengawal paras air secara manual ;
- air terlalu byk : blow down
- air kurang : jalankan pam
39) Bahagian luar tiub bagi sebuah water-tube boiler boleh dicuci dgn sistem soot blower
40) Antara kegunaan buku log boiler ialah utk merekodkan butir2 operasi spt nombor boiler
yg beroperasi, tekanan steam, jumlah blowdown, masa mula dan berhenti, chemical dosage,
fuel usage, kecacatan, kerosakan dll.
41) Cara menghidupkan api burner secara selamat ialah mengeluarkan wap2 bahanapi yg
berlebihan dgn cara menjalankan FD ( force draft ) fan.
42) Langkah keselamatan oil-fired boiler( contoh bahanapi diesel) ;
a) Pastikan tiada kebocoran pada saluran minyak
b) Tiada bahan mudah terbakar sekitar boiler
c) Jenis bahanapi yg sesuai digunakan
43) Apa perlu buat jika feedpump tiba-tiba berhenti ?
a) Pastikan paras air mencukupi pabila pam berhenti.
b) Tutup MSV ( main stop valve ) dan padamkan api ( untuk mengelakkan kehilangan air )
c) Tutup injap air masuk ke boiler dan pastikan injap sehala berfungsi ( untuk mengelakkan
aliran balik air panas ke pam)
d) Baiki pam sambil berjaga-jaga dgn memastikan injap keselamatan berfungsi seperti yang
sepatutnya kerana dandang masih menyimpan tekanan.
44) Sebab2 kekurangan air ;
a) Boiler mengalami kebocoran
b) Pump rosak
c) Blowdown valve tidal ditutup rapat
d) Tangki air kosong

d) Tangki air kosong


45) Carry-over ialah pabila air atau buih memasuki paip stim. Boleh berlaku jika ;
a) Paras air terlalu tinggi
b) Water treatment tak betul
c) Over drying......
46) Water hammer berlaku pabila steam yg dibuka secara tiba2 menolak kumpulan air yg
bertakung didlm paip yg akan bergerak laju
Ini boleh dielakkan dgn membuang air dgn membuka paip drain.
47) Jika tiub pecah semasa beroperasi ;
a) Padamkam api
b) Beritahu bahagian proses
c) Tutup MSV
d) Laporkan pada pengurusan
e) Laporkan pd JKKP
RAWATAN AIR / WATER TREATMENT
1) Tujuan rawatan air ialah
a) Memanjangkan hayat dandang
b) Mencegah scaling pd permukaan panas
c) Mengawal jumlah enap-cemar dlm air dandang
d) Mengurangkan hakisan
e) Mengurangkan berlakunya bawa sebelah
f) Mencegah rapuh kostik pd plat sambungan dd
g) Menghapuskan oksigen terlarut
h) Mengeluarkan kotoran umum spt gas2 larut, kekerasan dan bendasing
2) Kotoran yg terdapat dlm air sungai adalah spt;
a) Lumpur - bahan tidak larut
b) Hardness - calsium dan magnesium bahan larut
c) Silica, gas ( O2, CO2 )
d) Bahan2 larut - pasir
3) Air sungai tidak sesuai utk digunakan secara terus kerana kekotoran yg ada boleh
menyebbkan ;
a) Scaling
b) Tiub tersumbat
c) Carry-over
d) Corrossion
4) Terangkan ;
a) Scalling ialah - selaput yg membaluti dalaman tiub disebbkan lumpur atau hardness
b) Pittiing ialah - lopak2 lubang yg kecil pada tiub yg disebbkan oleh oksigen
c) karat ialah - satu hakisan berterusan apabila kandungan oksigen berlebihan dlm air

c) karat ialah - satu hakisan berterusan apabila kandungan oksigen berlebihan dlm air
....cara mengatasi karat dan pitting ialah dgn menggunakan daerator dimana oksigen dan
gas2 terlarut dibuang dan air dipanaskan. Jgn menyimpan air terlalu lama didlm boiler.
5) Utk mengelakkan masalah scale dan pitting, mutu air perlu dibaiki dgn cara ;
a) External treatment - perbersihan air yg dtg drpd sungai, kolam dll dgn cara menapis dan
melembutkannya.
b) Internal treatment - rawatan air menggunakan kimia yg dicampurkan kedlm air dlm boiler
6) Secara ringkasnya, air sungai di pam kedlm kolam pemendapan dan dipam pula ke sand
filter. Dari situ dipam pula ke softener kemudian dipam pula ke tangki dan dari tangki dipam
pula deaerator seblm masuk ke steam drum.
6) keterangan alat/proses ;
a) sand filter : menapis kotoran spt lumpur dll
b) softener : melembut air dgn membuang larutan calcium dan magnesium.
C) deaerator/penyahudaraan : memanaskan air, membuang oxygen dan lain2 gas terlarut dlm
air. Terdapat 2 jenis penyahudaraan iaitu stim/pemanasan dan hampagas.
7) Bahan2 kimia yg digunakan ;
a) sodium sulphite - mengurangkan oxygen
b) phosphate - mengurangkan scale
c) calcium hydroxide/alkali - melembutkan air dan mengurangkan oxigen/corrosion
d) sodium carbonate/sludge conditioner - melicinkan permukaan tiub, senang blowdown
9) Cara melakukan perawatan ialah dengan menyesuaikan kuantiti setiap bahan kimia
berdasarkan pada analisa sampel air.
Spec kualiti air boiler ;
a) phosphate 5-20 mg/l
b) caustic alkaliniti 40-120 mg/l
c) total alkaliniti 100-200 mg/l
d) silica
e) sulphite 30-50 mg/l
f) suspended solid
g) total disslv. Solid
(TDS)
pH 10-12 : kadar kepekatan ion hidrogen dlm air
10) Blowdown penting utk mengurangkan kotoran termendap di dalam tangki air boiler /
mengurangkan kotoran dlm air
11) Cara blowdown yg betul ialah ;
a) Bergantung kpd TDS
b) 2-4 jam sekali
HYDROSTATIC TEST (HT)
TUJUAN IALAH UTK MEMPASTIKAN KEKUATAN STRUKTUR BAHAN DAN PENYAMBUNGNYA

TUJUAN IALAH UTK MEMPASTIKAN KEKUATAN STRUKTUR BAHAN DAN PENYAMBUNGNYA


a) Boiler baru
b) Repair
c) Pindah
d) Setiap 7 tahun sekali
cara ;
a) blank semua valve
b) masukkan air sehingga penuh
c) buka air cock supaya udara dlm boiler dpt keluar
kemudian tutup.
d) pam HT sehingga 1.5 kali design pressure
e) tunggu 30 min sambil disaksikan pegawai pemeriksa JKKP
STEAM TEST
....ialah berkaitan ujian terhadap fungsi safety valve, berikut ialah seperti apa yang termaktub
di dalam akta ;
FEDERAL SUBSIDIARY LEGISLATION FACTORIES AND MACHINERY ACT, 1967 [64 OF 1967] P.U. (A) 5/1970 FACTORIES AND MACHINERY (STEAM
BOILER AND UNFIRED PRESSURE VESSEL) REGULATIONS, 1970
Incorporating latest Amendment - P.U. (A) 55/2010
Date of publication: 8th January 1970
Date of coming into operation: 1st February 1970
42. Steam tests.
(1) Every steam boiler inspected for the first time and every other steam boiler of which the authorised safe working pressure has been altered shall be tested
under steaming conditions to the satisfaction of the Inspector.
(2) A steam boiler other than a water tube steam boiler shall be tested with the safety valves set at the authorised safe working pressure under full steam and
firing for at least ten minutes with the feed water and the stop valve closed. Where the accumulation of pressure during such test exceeds ten per centum of the
authorised safe working pressure of the steam boiler the area of the safety valves shall be considered insufficient, and a certificate of fitness for that working
pressure shall not be granted.

(3) When witnessing a safety valve test an Inspector shall use the standard pressure gauge supplied for his use unless he is satisfied that the steam boiler
pressure gauge is accurate.

Soalan-solan lain ;
1. Apakah fungsi dan tugas JKKP ?
- mewujudkan satu budaya kerja yg selamat dan sihat di tempat kerja.
2. Apakah undang2 yg berkaitan dgn boiler ?
- akta kilang dan jentera 1967 ;
a) seksyen 14 : boiler mesti dibina dan direkabentuk dgn selamat.
b) seksyen 19 : boiler mesti mempunyai sijil perakuan kelayakan yang sah utk beroperasi
c) seksyen 29 : boiler mestilah dijalankan oleh orang yg berkelayakan.

c) seksyen 29 : boiler mestilah dijalankan oleh orang yg berkelayakan.


d) seksyen 40 : boiler mesti diperiksa oleh JKKP setiap 15 bulan sekali
Menyediakan boiler untuk pemeriksaan berkala oleh JKKP setiap 15 bulan ;
a) Tanggalkan water column, water gauge, probe
b) Tanggalkan feed water tube
c) Tanggalkan blowdown tube
d) Buka handholes
e) Tanggalkan safety valves
f) Tanggalkan burner unit
g) Bersihkan semuanya
h) Siapkan semuanya utk dipamerkan dan diperiksa
utk boiler industri ;
a) beritahu bahagian proses
b)shutdown boiler dan tutup msv
c) biarkan boiler sejuk secara perlahan2
d)kemaskan bilik boiler
e) setelah sejuk, bukan pintu depan dan bakang fire-side dan bersihkan karbon2 disitu
f) buang semua air dalam boiler dan buka semua valve, bersihkan dan pamerkan utk
pemeriksaan
g) bersihkan bhg dlm dan keluarkan semua kekotoran.
H) buat pemeriksaan utk mengesan masalah utk diberitahu kpd pegawai jkkp
Jika safety valve blow...........
1) tgk gauge
a) jika melebihi TKS bermakna over pressure...periksa api jika masih menyala, padamkan dan
periksa kenapa tidak cut off burner. Jika tidak monitor api sehingga dibaiki.
b) jika tidak melebihi TKS bermakna safety valve spring patah. Buat emergency shutdown.
........shutdown end-user equipment, off burner, blow down
2) Jika tidak nampak paras air dalam gauge glass bermakna samada air tiada atau terlalu
penuh.
Utk confirm, buka test cock dan tgk apa yg keluar.
Beritahu bahagian proses/user tutup msv dan shutdown.
Kena lapor pada JKKP.
Jika glass gauge pecah, tutup gauge glass dgn guni basah, tutup steam dan water cock.
Gunakan satu lagi gauge jika terpaksa. Tukar selepas keadaan terkawal.
Rosedi Che Rose, 11/12/13 ( kemaskini 10/4/14 )
Pernah di tulis di dalam blog lain iaitu goingforj29..tetapi telah di tutup atas sebab2 tertentu.
Artikel terbaru ini merupakan artikel dahulu yang telah dikemaskini dengan foto dan
maklumat tambahan. Semoga bermanfaat.

Rosedi Che Rose di 7:38 PTG


Kongsi

30 ulasan:
Tanpa Nama 11 November 2014 7:27 PG
Salam tuan, saya nak tanya kalau saya nak kerja sebagai boilerman ni kena ad cert dulu kan?dan
nak apply cert kena ada experience kerja berkaitan boiler?pengalaman kerja saya sebagai
supervisor/project engineer dalam building construction. Saya ingat nak beralih angin kerja dalam
plant dan sebagai boilerman khususnya. Tuan boleh bagi nasihat tak macam mana saya nak amik
pengalaman sebelum saya layak amik exam boilerman. Kalo dari segi study dan teori saya rase
takde masalah, saye yakin boleh belajar. Cuma peluang tu yg saye tak jumpe. Sebelum ni ada tanya
kilang sawit, tapi tak ambil trainee pulak. Tak tahu nak start dari mana. Harap tuan boleh bantu
saya. Terima kasih
Hafizi
Balas
Balasan
Rosedi Che Rose

11 November 2014 4:06 PTG

Wsalam. Terima kasih kerana bertanya. Komen anda adalah yang pertama saya terima
untuk blog saya yang tak seberapa ini, terima kasih sekali lagi. Ok, utk jawapan kepada
soalan anda, syarat untuk menduduki peperiksaan boilerman gred 2 ialah perlu ada
pengalaman bekerja di fasiliti yang mempunyai boiler. Jawatan2 seperti boilerman
trainee,assistant boilerman adalah yang terbaik. Boleh juga jika anda bekerja sebagai
technician atau maintenance di kilang yang mempunyai boiler walaupun tidak secara
langsung terlibat dengan operasi boiler,yang penting surat daripada majikan yang
menyokong permohonan anda. Harap dapat membantu.

Rosedi Che Rose

11 November 2014 4:07 PTG

tempoh pengalaman mestilah 2 tahun..


Balas

Tanpa Nama 11 November 2014 11:13 PTG


Sama2 tuan,tima kasih sebab reply n info. Saye try cari2 dulu kalo ad rezeki insyaAllah ada lh tu.
Sebab dalam tahun ni buke jobstreet pun macam takde asst.boilerman n boilerman trainee.
Mungkin kurang kot.. Yang position utk technician plant/kilang yg ada boiler pun ada apply, tapi
belum rezeki lagi, mungkin sebab saye degree kot & pengalaman kerja kurang/tiada utk bidang

tersebut. Memang macam tu lah, apa2 pun usaha dulu..


Btw tima kasih tuan sbb sudi meluangkn masa reply comment. Tq :)
Balas

Tanpa Nama 10 Mac 2015 6:20 PG


tuan boleh bagi email tak?ada nak tanya skit bab boiler ni.tq
Balas
Balasan
Rosedi Che Rose

10 Mac 2015 5:36 PTG

b0oleh email saya di rosedi3791@gmail.com

Suharzi Maa 2 November 2015 6:22 PTG


Askum tuan nak tanya lah.....soalan gred stu bleh kongsi x

Suharzi Maa 2 November 2015 6:23 PTG


Askum tuan nak tanya lah.....soalan gred stu bleh kongsi x
Balas

Unknown 10 Oktober 2015 5:48 PG


Assalamualaikum tuan.. bley .bagi antara soalan2 JKKP yg terkini 2015 tuk bulan 9 ni..
Balas

Rosedi Che Rose

11 Oktober 2015 8:54 PTG

Waalaikumussalam warahmatullah........
Mohon maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat berkaitan soalan2 terkini drp JKKP.
Berdasarkan pengalaman saya boleh menyarankan agar mereka2 yg hendak menduduki
peperiksaan boilerman gred 2 memahirkan diri dlm ;
1. Perbezaan antara water tube dan fire tube boiler.
2. 13 fitting wajib bagi boiler dan fungsi setiap satu
3. Cara2 melihat dan memeriksa fungsi water gauge
4. Rawatan air
5. Peruntukan undang2 berkaitan
Balas

Adie Pkah 13 Oktober 2015 11:28 PTG


assalamualaikum tuan ... saya berminat sangat dengan boilerman nie..sekarang saya diploma
kejuruteraan mekanikal..bulan 2 tahun depan saya sambung degree .. mcm mana nak jadi engineer
boilerman ??kena ada pengalaman kerja 2 tahun sebagai assistant boilerman?mcm mana nak
dapatkan experience tu ya tuan ??skop kerja apa yang saya harus masuk ??terima kasih.
Balas

Rosedi Che Rose

15 Oktober 2015 8:10 PTG

Boilerman dan Steam Engineer memerlukan kelulusan yang berbeza dalam laluan kerjaya. Untuk
boilerman, bermula dgn Gred 2 kemudian ke Gred 1, kelulusan akademik yang diperlukan ialah
SPM hingga Diploma. Untuk mengambil exam Boilerman Gred 2, perlu ada pengalaman kerja
sebagai asst. Boilerman selama 2 tahun. 18 bulan selepas itu boleh mengambil exam untuk Gred 1
pula dgn syarat mengoperasi boiler melebihi 500 kaki persegi permukaan pemanasnya.
Bagi steam engineer pula mesti ada degree yang layak untuk menjawat jawatan Mill Engineer atau
Plant Engineer. Dengan 2-3 tahun pengalaman, boleh mengambil peperiksaan untuk Steam
Engineer.
Ini dari info yang saya dapatlah. Jika sesiapa ada maklumat yang lebih tepat sila kongsikan.
Balas

Kumaresan Balamani 18 Oktober 2015 8:41 PTG


cik terima kasih atas nota yang diberi ....
saya kerja kat kilang palm oil mill sebagai fireman dan juga baru dapat surat dari engineer untuk
menduduki boilerman 2nd grade...boiler yg saya keja adalah water tube...
tuan saya ada satu soalan peperiksaan jkkp tentang cara jalan boiler dan cara tutup boiler secara
urutan saya sedikit tersekat...
tuan boleh bagi jawapan???
Balas

Rosedi Che Rose

22 Oktober 2015 1:11 PG

En. Kumaresan, maafkan saya kerana lambat reply. Cara2 untuk menjalankan boiler dan
memberhentikan boiler berbeza2 mengikut jenis boiler dan tempat di mana ia beroperasi sama ada
ianya melibatkan fungsi yang amat kritikal seperti di hospital, atau yang melibatkan production
seperti di kilang2 ataupun juga hanya melibatkan aparatus ujikaji seperti boiler di tempat saya.
Namun pada umumnya, untuk menjalankan boiler, 2 perkara yang harus dipastikan berada dalam
keadaan baik dan bersedia iaitu bahagian air & stim dan satu lagi bahagian pembakaran. Saya
kongsikan prosedur berkenaan seperti yg dipraktikkan di tempat saya.
Bahagian air & stim ;
1. Buka "main stop valve" (sesetengah tempat mungkin perlu tutup dahulu)
2. Buka semua injap pada "water feed line"
3. Buka injap pengasingan "water column"
4. Buka injap pengasingan "water gauge"

5. Tutup injap "blow down" boiler, water column dan juga sight glass
6. Hidupkan water feedpump dan pastikan air ada pada paras sepatutnya
Bahagian pembakaran ;
1. Buka semua injap pada "oil line" ( boiler menggunakan diesel )
2. Start burner
3. Pastikan pembakaran bermula dalm masa 15 saat ( safety feature akan memberhentikan aturan
pembakaran jika pembakaran tidak bermula dlm 15 saat )
Cara memberhentikan boiler ;
1. Pastikan aparatus ataupun end user bagi bekalan stim tekanan tinggi sudah bersedia untuk
diputuskan bekalan stim ( berbeza bagi setiap boiler dan tempat kegunaan masing2 )
2. Tutup burner
3. Pastikan water feed pump berada dlm keadaan standby ( jgn diputuskan bekalan elektrik pada
sistem pengawal boiler kerana feed pump perlu memasukkan air ke boiler secara automatik
apabila paras air boiler dikesan berada pada paras rendah )
4. Biarkan boiler sejuk sendiri
Harap dapat membantu
Balas

boni pitah 29 November 2015 5:56 PTG


Salam kenal tuan... sy Boni.. bekerja sebagai boilerman di kilang sawit dan mempunyi sijil gred 2..
Sy ingin meningkatkan pengalaman sy ke gred 1. Sy ingin bantuan dari tuan..
Tuan ada contoh2 soalan untuk gred 1 kah? Boleh hantar melalui email sy..
bonipitah@gmail.com
Balas

boni pitah 29 November 2015 5:58 PTG


Salam kenal tuan... sy Boni.. bekerja sebagai boilerman di kilang sawit dan mempunyi sijil gred 2..
Sy ingin meningkatkan pengalaman sy ke gred 1. Sy ingin bantuan dari tuan..
Tuan ada contoh2 soalan untuk gred 1 kah? Boleh hantar melalui email sy..
bonipitah@gmail.com
Balas

Elisabeth Lie 2 Januari 2016 4:20 PG


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Balas

Rosedi Che Rose

3 Januari 2016 9:53 PTG

Mohon maaf kerana tidak dapat membantu berkaitan soalan ujian lisan boilerman gred 1. Jika ada

sumber sila kongsikan.


Balas

Tanpa Nama 3 Januari 2016 10:01 PTG


Program Bisnes dengan TONE EXCEL
1. Modal Rendah ( RM65.40 , termasuk GST )
2. Menjana pendapatan melalui komisen dan bonus jualan

3. Produk keperluan asas, pasaran luas


4. Banyak manfaat untuk ahli ;
- Percuma Insuran perlindungan kemalangan RM100K
- Cabutan bertuah
- Diskaun sehingga 30% di Tune Hotel
- Tukar point kepada tiket Air Asia dll
- Berpeluang menunaikan Umrah percuma
- Rebet Tunai top up
5. Kekalkan No lama atau jadikan ia No kedua
6. Lokasi top up di mana2.. 7E, Tesco, petrol pump dll
7. Top up RM30, percuma 1G data
8. Coverage menggunakan prasarana Celcom
whatsapp 019-4657645
Balas

Saifulffmb 21 April 2016 12:33 PG


Salam tuan.
Saya agak keliru dengan lokasi sebenar Fusible Plug.
Adakah setiap jenis boiler, lokasinya pemasangan berbeza ?
Mohon terangkan.
Terima kasih.
Balas

Rosedi Che Rose

25 April 2016 1:19 PG

Wsalam. Maaf lewat sikit menjawab. Lokasi fusible plug selalunya berhampiran atau di atas
bahagian furnace kerana bertujuan apabila ia lebur, air akan memancut keluar melaluinya dan
memadamkan api di dalam furnace
Balas
Balasan
Ling riderZ 12 Mei 2016 7:44 PG
Salam tuan...
Kalau boiler baru ada fusible plug x?fungsi fusible plug ni mcm plugging tube excanger x?
maaf newbie betanya soalan cikai...

dhiwayman 3 Ogos 2016 6:02 PTG


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

dhiwayman 3 Ogos 2016 6:06 PTG


Fusible plug terletak pada drum pada paras yang paling rendah di bawah permukaan air
sebelum terjadi keadaan berbahaya (low water). Plug tube exchanger adalah solid
sedangkan fusible plug ada bahagian logam yang mudah cair yang akan lebur jika tidak
ada air untuk menyejukkannya
Balas

Boilerman 11 Jun 2016 1:08 PG


Salam Encik Rosdi,Terima kasih , nota encik Rosdi banyak membantu,saya jadi boilerman dah 13
tahun,sekarang ni dah mula mengajar pelajar skm (jpk) untuk kursus boiler ..
Balas

Boilerman 11 Jun 2016 1:10 PG


Salam Encik Rosdi,Terima kasih , nota encik Rosdi banyak membantu,saya jadi boilerman dah 13
tahun,sekarang ni dah mula mengajar pelajar skm (jpk) untuk kursus boiler ..
Balas

Rosedi Che Rose

13 Jun 2016 12:20 PG

Wa'alaikummusalam. Alhamdulillah jika nota ini dapat digunakan sebagai rujukan. Itulah tujuan
asalnya, untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk manfaat bersama.

Balas

Rosedi Che Rose

13 Jun 2016 12:21 PG

Wa'alaikummusalam. Alhamdulillah jika nota ini dapat digunakan sebagai rujukan. Itulah tujuan
asalnya, untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk manfaat bersama.
Balas

dhiwayman 3 Ogos 2016 5:57 PTG


Saya ada dua ulasan.
1. RTegistration plate adalah plate bertuliskan No Pendafataran JKKP. Contohnya SL PMD 1234
untuk selangor, atau PP PMD 1234 untuk pulau pinang.
2. Fusible plug : tidak akan mampu untuk memadamkan api ... hanya untuk memberi alarm/amaran
je
3. Tahniah atas usaha tuan dalam blog ini
Balas
Balasan
Rosedi Che Rose

3 Ogos 2016 7:09 PTG

Terima kasih atas ulasan dan maklumat yang diberikan oleh tuan.
Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai:

Terbitkan

Pilih profil..

Pratonton

Laman utama

Papar versi web

Mengenai Saya

Rosedi Che Rose


Ikut

Alright I admit it, I'm a prepper.....


Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like