You are on page 1of 4

Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tanggal 18 Oktober lepas telah menolak saman yang dikemukan oleh penulis
novel popular, Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari terhadap Grup Buku Karangkraf dan syarikat penerbitan filem
Tarantella Pictures tahun lepas.

Sekitar bulan Februari tahun lepas, Fauziah telah mendakwa pihak Grup Karangkraf dan Tarantella Pictures tidak
meminta beliau sebarang kebenaran untuk mengadaptasi novel tersebut kepada filem sedangkan beliau adalah
pemilik hak cipta karya Ombak Rindu.
Fauziah juga mendakwa jalan cerita Ombak Rindu telah diubahsuai tanpa kebenaran bliau juga.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah
menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf
21 Sdn Bhd.

Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella
Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.
Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah sebenarnya telah
menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.
Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit,
menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada
Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan
karya Ombak Rindu.
Alaf 21 Sdn Bhd pada tahun yang sama menerbitkan buku Ombak Rindu sebelum memberikan kebenaran
kepada Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem pada tahun
2009.

Filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam sekitar Disember 2011 dan dibintangi pelakon hebat Aaron Aziz,
Maya Karin, Lisa Surihani. Filem itu mendapat kutipan hampir RM10 juta.

You might also like