You are on page 1of 2

TEKS DOA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MOTIVASI


KECEMERLANGAN UPSR & TEKNIK MENJAWAB SOALAN
PERINGKAT SK ROSOK
TAHUN 2012

Kami menzahirkan kesyukuran atas keizinan dan limpahan rahman serta rahim-Mu untuk kami
berada dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Motivasi
Kecemerlangan UPSR & Teknik Menjawab Soalan Peringkat SK Rosok
Tahun 2012 ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri,

emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan program dua hari ini dengan jayanya.

Oleh itu ya Allah, dengan hati penuh kerendahan, kami memohon keampunan, kami
mengharapkan perlindungan, kami mendambakan rahmat kepada-Mu semoga segala usaha
kami dalam menjayakan program ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Anugerahkanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang
penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu. Kurniakanlah kami taufik dan hidayah-Mu yang berpanjangan.
Bimbinglah kami ke arah kejayaan, keamanan, kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam
penghidupan kami di dunia mahupun di akhirat. Jadikanlah kami orang-orang yang bertaqwa
dan sentiasa mematuhi segala perintah-Mu serta menjauhi larangan-Mu.

Anugerahkanlah kepada kami dan anak-anak didik kami dengan kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah. Limpahkanlah rahmat dan ihsan kepada kami
dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan tugas dan kewajipan. Kurniakanlah kepada
kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan serta kesihatan dan kesempurnaan agar
dengannya kami dapat berusaha menuju ke arah pembangunan dan kemakmuran.
Hindarkanlah kami daripada sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan perpaduan
kami. Hanya kepada-Mu jua kami berserah ya Allah.

Aamin ya Robbal Aalamiin.

You might also like