You are on page 1of 2

Bahasa Melayu Tahun 1

Nama : __________________

Kelas : ___________
Pemahaman

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

Hari ini hari jadi Nita yang ke-7. Ibu dan ayahnya membeli sebiji kek.
Nita mengajak rakan-rakan datang ke rumah.
Semua rakan Nita datang. Mereka memberi banyak hadiah kepada Nita.
Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Nita. Nita meniup lilin
dan memotong kek.
Ibu Nita memasak mi goreng, nasi goreng dan kuih-muih. Nita menjemput
rakan-rakannya makan. Nita berasa amat gembira pada hari itu.

1. Berapakah umur Nita ?


Umur Nita ialah _____________________________________________
2. Apakah yang dibeli oleh ibu dan ayah Nita ?
Ibu dan ayah Nita ____________________________________________
3. Siapakah yang datang ke rumah ?
________________________________________ datang ke rumah Nita.
4. Apakah yang dilakukan oleh Nita selepas nyanyian lagu Selamat Hari Jadi ?
Selepas nyanyian lagu Selamat Hari Jadi, __________________________
__________________________________________________________
5. Apakah makanan yang dihidangkan semasa majlis hari jadi Nita ?
Makanan yang dihidangkan ialah __________________________________

__________________________________________________________

You might also like