You are on page 1of 4

kurun tetangga keramat wangsa 1A

Pengerusi : Tuan Hj Omar Bin Salam


Timbalan Pengerusi : En Mustafa Bin Jantan
Setiausaha : En Halim Bin Baharuddin
Bendahari : En Faizal Bin Abdullah

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara.
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Isu
perpaduan kaum bukanlah sesuatu isu yang baharu di negara kita bahkan telah menjadi fokus
perbincangan dalam media massa dalam kalangan rakyat. Senario ini amat mengecewakan
kerana pembangunan negara kita yang pesat sejak merdeka akan terjejas disebabkan pergaduhan
dan pergolakan politik dalaman. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah
yang konkrit, sistematik dan pragmatik haruslah dijalankan secara berterusan agar masalah ini
boleh dibasmi hingga akar umbi.
Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan usaha dalam membina generasi masa
hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu bapa
merupakan contoh yang baik kepada anak dan perlu menunjukkan. Contohnya, ibu bapa
haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum
dan anutan agama. Maka, sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap ibu
bapa yang menghormati kaum lain, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan dalam menerapkan
nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek pendidikan moral dan sivik
kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan dan nasihat yang berterusan
untuk membentuk sahsiah positif dalam para murid. Yang kita pastikan ialah gabungan usaha
antara ibu bapa dengan barisan pendidik dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi muda.

Selain itu, pada masa ini juga aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di
negara kita. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat
bekerjasama bak aur dengan tebing untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman

masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga. Pada masa
yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka
merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat
kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat
diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa merupakan rangkaian
perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan
perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan
mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen
penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan dan mempunyai
pelakon yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat menerapkan nilai
perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan turut
diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan tercapai dengan lebih
mudah melalui peranan media massa.

Dalam sistem perundangan negara kita, rakyat diberikan hak kebebasan bersuara. Namun
demikian, rakyat Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan
provokasi kaum. Rakyat negara kita haruslah mengawal nafsu diri dan tidak mengambil
kesempatan dengan mencetuskan isu sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat mengelakkan
muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas kerana bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam
usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk memainkan peranan masing-masing dalam
menerbitkan semangat perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain. Jika semua masyarakat
berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perpaduan rakyat

dapat dicapai dan diggenggam erat. Dengan ini diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969
dapat dielakkan daripada berulang kembali. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020,
marilah kita bersama-sama menyeru sahutan kerajaan dan berusaha untuk mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan bersatu.

You might also like