You are on page 1of 11

Biodata

NAMA : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh


USIA
:
35
tahun
ASAL : Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK : Keempat daripada enam beradik
JAWATAN : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani
Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani
Hotel Sdn Bhd).
PENDIDIKAN : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej
Sunway
(1994)
PENCAPAIAN : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota
Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan
Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan
Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April,

Saya memilih Datuk Wan Mohammad Sani dalam


tugasan ini adalah disebabkan kejayaan beliau yang
dikagumi . Walaupun beliau berusia muda tetapi beliau
telah Berjaya dalam perniagaannya malah juga
merupakan usahawan Malaysia yang berjaya . Beliau
seorang yang hanya berhibur dan tidak ada masa depan .
Beliau meletakkan tekad untuk berubah tahap
kehidupannya dengan berniaga sendiri. Disebabkan dua
orang rakan kongsinya menarik diri , beliau tetap tabah
dan tidak berputus asa . sikap beliau ini boleh dipelajari
oleh orang ramai .
Pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki
segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan
jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi
perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian
mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360
Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah
bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu
digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini,
beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa
dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari
ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,
kata anak muda itu.Anak muda yang dimaksudkan adalah
Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk
Wan Mohammad Sani Salleh, 35. Sejak tiga tahun lalu di
sana-sini namanya sering menjadi sebutan. Namanya
harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya
sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani

Express.
Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini
semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.
Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki,
semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan
semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani
atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya
hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya.
Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu
berubah kehidupannya ke tahap lebih baik.Biasalah
dulu saya seperti main-main. Masuk industri hiburan, jadi
model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan
saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup
sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan
saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi
biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,
katanya ketika ditemui di Wisma Dato Sani di Klang
Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan
Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani
mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.
Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk
Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat
rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang
berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya
berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya
menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih
dulu untuk berniaga sehingga berjaya.Pada masa sama
saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh

merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,


katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression
bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap
kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel
membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala
Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba
perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang
sememangnya menjadi minatnya.
Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala
Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya
memilih bas sebagai pengangkutan.
Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki
bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun,
malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam
keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,
katanya.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang
pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh
dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di
pejabat.
Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk
perniagaan pengangkutan itu.

Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun


tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri,
menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri.
Keadaan ketika itu memang getir, katanya.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan
dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk
kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu
membuat keputusan sendiri.
Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan
jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10
kali, katanya.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja
dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah
fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi
bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan
hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal
daripada institusi kewangan.
Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana
pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin
dengan apa yang dibuat.
Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi.
Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam
jumlah besar itu?

Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan


raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar,
mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya
semakin pesat berkembang, katanya.
Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana hanya
dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan
prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150
kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay
Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan
diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang
Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi,
wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani
Express di setiap negeri dipantau secara langsung
menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke
wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya
adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar
daripada sesiapa saja.
Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada
orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja.
Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya

belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya


belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.
Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang
saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri,
baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,
katanya.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi
kelebihan kepadanya.
Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan
100 peratus kepada perniagaan.
Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia
ibarat alah bisa tegal biasa, katanya yang menganggap
pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai
pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor
kejayaannya.
Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres),
jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan
pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada
di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja
jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan
terganggu, katanya yang mesra dengan kakitangannya.
Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak

mungkin beliau berjaya.


Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang
kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa
yang dilarang.
Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini
Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu
juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang
pernah membantu kita, katanya.
KOTA BHARU 15 Julai - Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Tekad yang menggambarkan liku-liku
perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh sebelum
bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya.
Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang
sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian
syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).
Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad
Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan
termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang
dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha
Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini.
Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia
perniagaan masa kini.
Ketika berkongsi pengalamannya, Wan Mohammad Sani
berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada
di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli
perniagaan sejak remaja lagi.

Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau


berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul
selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke
Terengganu 20 tahun lalu.
''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri
sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan
orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas
desakan diri sendiri.
''Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai
mencari peluang dan peluang yang ada saya gunakan
sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak
mampu mendapatkannya lagi,'' katanya kepada Utusan
Malaysia di sini.
Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas
mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan
bas terbaik suatu hari nanti.
Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian
terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.
Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi
pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada
sebab lain kecuali sektor tersebut begitu mencabar
sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ia
bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak.
Namun, beliau tidak menafikan kesukaran yang dilaluinya
berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju dalam
pengangkutan ekspres di Malaysia.

Sani Ekspres, bas merah putih yang mula membelah jalan


raya pada 2006, kini mempunyai 150 kakitangan sendiri
dan beroperasi di Wisma Dato' Sani di Klang Sentral.
Beliau berkata, biarpun SUSB adalah miliknya, tetapi dia
masih bekerja seperti makan gaji untuk memastikan
syarikat itu menjadi sebuah syarikat pengangkutan
terbesar akan tercapai suatu hari nanti.
''Saya sedar impian ini sukar dan saya tidak ada jalan lain
kecuali berusaha, berusaha dan berusaha,'' ujarnya.
Wan Mohammad Sani berkata, dia bukan sahaja
berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua
laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan basbas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus hasil
kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden.
Ia selari dengan hasratnya - mahu mengubah persepsi
bahawa penggunaan bas ekspres bagi perjalanan jarak
jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat. ''Ia adalah
keutamaan saya sekarang,'' kata beliau.
Ditanya tentang aktiviti hariannya, beliau mengakui
masanya terhad kerana sibuk merencana perniagaan dan
Sani Ekspres bukanlah tumpuan tunggal kerana
perniagaannya yang lain turut menuntut perhatian yang
sama.
Di sebalik jadual harian yang padat, beliau tidak pernah
mengeluh kepenatan terutamanya dengan kehadiran Gia
Zara, puteri sulungnya yang dilahirkan pada 1 Julai lalu.
''Kelahiran Gia Zara begitu bermakna dan memberi
semangat baru kepada saya meneruskan perjuangan

melebarkan empayar perniagaan ini,'' kata beliau sebagai


menutup bicara dalam pertemuan itu.

You might also like