You are on page 1of 2

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan

Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.

Terdiri daripada beberapa bentuk:


Apitan meN......-kan dan meN............-i

Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:

(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain


(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan
Contoh :

membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,

melayani, merawati, mengetuai


Apitan ke-..............-an

boleh membawa beberapa maksud:

(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar


(b) tempat
Contoh :

kesakitan, keletihan, kemuraman

kenakalan, kesempitan
Apitan peN-....-an

merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:

(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar


(b) tempat
Contoh :

pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan


Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan

Digunakan dalam ayat pasif

Contoh :

dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan


Contoh ayat:

Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.

Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.

Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.

Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

Latihan
A.

Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

1.

Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )

2.

Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )

3.

Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)

4.

Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)

5.

Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B.

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Keberanian
permohonan
kesunyian

1.

bertanyakan

menghadiahi

penggunaan
kesultanan

menanggalkan
membincangkan
membaiki

____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam

penyimpanan data.
2.
Asmat berusaha ____________ basikalnya yang rosak.
3.
Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.
___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5.
Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.
Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7. Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu
mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8.
Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.
Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10. Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud
Syah.

You might also like