You are on page 1of 9

BAB 5 UDARA DI SEKELILING KITA

5.1KOMPOSISI UDARA
Apakah itu Udara?
1 Udara ialah lapisan gas yang dikenali sebagai atmosfera yang mengelilingi Bumi.
2 Udara tiada rasa, bau dan warna. Kita tidak boleh melihat udara tetapi kita boleh merasainya apabila udara
bergerak.

Komposisi Udara
1 Udara terdiri daripada campuran gas, wap air, habuk dan mikroorganisma. Jadual 5.1 Komposisi udara dan
peratusannya

2 Udara dikelaskan sebagai campuran kerana:


(a) komponen-komponennya boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah fizikal
(b) setiap komponen mengekalkan ciri-ciri tersendiri
(c) tiada perubahan tenaga apabila komponen-komponen dicampurkan
(d) nisbah kandungan campuran sentiasa berubah

Peratusan Oksigen dalam Udara


Aktiviti dalam Rajah 5.1 menunjukkan bahawa oksigen dihabiskan dalam pembakaran lilin:
(a) Paras air dalam selindernder naik lebih kurang satu per lima bahagian silinder untuk mengisi tempat
kosong asal yang diambil oleh oksigen.

(b) Hal ini menunjukkan bahawa oksigen membentuk

atau 20% daripada kandungan udara.

Kehadiran Wap Air, Mikroorganisma dan Habuk dalam Udara


Jadual 5.2 Menunjukkan kehadiran wan air. mikrooroanisma dan habuk dalam udara

5.2 CIRI-CIRI OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA


Jadual 5.3 Ciri-ciri oksigen don karbon dioksida

Ciri-ciri

Oksigen

Karbon dioksida

Bau, rasa dan


warna

Tiada bau, rasa dan warna

Tiada bau, rasa dan warna

Keterlarutan
dalam air

Larut sedikit

Larut sedikit

Tindak balas
dengan
larutan natrium
hidroksida

Tidak larut

Sangat larut

Kesan terhadap
kayu
uji bernyala

Terbakar dengan lebih


kuat (membantu
pembakaran)

Terpadam (tidak membantu


pembakaran)

Kesan terhadap
kayu
uji berbara

Terbakar (membantu
pembakaran)

Terpadam (tidak membantu


pembakaran)

Kesan pada air


kapur

Tiada kesan

Menjadi keruh

Kesan terhadap
penunjuk
hidrogen
karbonat

Tiada kesan

Menu karkan warna daripada


merah kepada kuning
(bersifat asid)

Kesan terhadap
kertas
litmus lembap

Tiada kesan terhadap kertas


litmus biru atau merah
(bersifat neutral)

Menukarkan warna kertas


litmus biru kepada merah
(bersifat asid)

5.3 Respirasi
1 Respirasi dilakukan oleh semua benda hidup. Proses ini berlaku.di dalam sel-sel.
2 Respirasi membekalkan tenaga untuk menjalankan semua proses hidup seperti pertumbuhan dan
pergerakan.
3 Semasa respirasi, oksigen diambil masuk dari udara untuk mengoksidakan atau membakar makanan
(glukosa) dalam sel-sel.
4 Pengoksidaan glukosa membebaskan karbon dioksida, wap dan dan tenaga , yang merupakan produk
respirasi.
Berikut merumuskan proses respirasi:
Glukosa + oksigen karbon dioksida + air + tenaga

Udara Sedutan dan Udara Hembusan


1 Pada manusia, peparu mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida.
2 Udara sedutan ialah udara yang disedut ke dalam peparu kita apabila kita menarik nafas. Udara sedutan
sama dengan udara di sekeliling kita.
3 Udara hembusan ialah udara yang disingkirkan dari peparu kita apabda kita menghembus nafas.
4 Udara hembusan dikumpulkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

5 Komposisi udara sedutan dan udara hembusan adalah berbeza (Jadual 5.4),

5.4 OKSIGEN DAN PEMBAKARAN


Pembakaran
1 Pembakaran ialah proses kimia yang berlaku apabila suatu bahan (bahan api) dibakar dalam udara dan
menghasilkan haba dan cahaya. Bahan baru terhasil daripada proses tersebut.
2 Oksigen dan haba mesti hadir dalam pembakaran bahan api.
3 Pembakaran adalah berbeza daripada respirasi kerana pembakaran berlaku di luar sel manakala respirasi
berlaku di dalam sel.
4 Oksigen, haba dan bahan api diperlukan untuk pembakaran.
5 Keperluan oksigen dalam pembakaran ditunjukkan oleh radas yang disediakan dalam Rajah 5.6.

(a) Lilin dalam Balang A menyal; dengan paling lama diikuti ole[ lilin dalam Balang B dan C.
(b) Bekas yang lebih besar mengan dungi kandungan oksigen yan lebih tinggi.
(c) Semakin besar sesuatu bekas semakin lama tempoh pembakaran.

Produk Pembakaran
1 Produk pembakaran bergantun kepada jenis bahan api yang dibakar
2 Bahan api karbon yang mengandungi karbon sahaja terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida Contoh
bahan api karbon ialah arang dan arang batu.
Karbon + oksigen karbon dioksida + haba + cahaya
3 Bahan api hidrokarbon yang mengandungi karbon dan hidrogen ter bakar untuk menghasilkan karbon
dioksida dan air. Contoh bahan api hidrokarbon ialah kerosin, diesel petrol, gas asli, alkohol dan eter.
Hidrokarbon + oksigen karbon dioksida + air + haba + rahaya
4 Produk pembakaran bagi bahan api yang berlainan boleh ditunjukkan melalui radas dalam Rajah 5.7.

(a) Semasa pembakaran arang atau kerosin, air kapur menjadi keruh.
(b) Pembentukan cecair pada dinding dalam balang gas hanya berlaku semasa pembakaran kerosin. Cecair
yang menukarkan wama kertas kobalt klorida kontang daripada warna biru kepada merah ungu adalah air.
(c) Kenaikan suhu semasa pembakaran arang atau kerosin menunjukkan bahawa tenaga terhasil sebagai
haba dan cahaya
(d) Arang terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida dan tenaga.
(e) Kerosin terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.

5.5 PENCEMARAN UDARA


Apakah Pencemaran Udara?
1 Pencemaran udara ialah penambahan bahan-bahan berbahaya ke dalam udara di sekeliling kita.
2 Bahan-bahan yang menyebabkan pencemaran udara dipanggil pencemar udara.

Sumber dan Kesan Pencemar Udara


1 Pencemar udara terhasil akibat aktiviti manusia.
2 Jadual 5.5 menyenaraikan beberapa, pencemar udara, sumber dan kesannya terhadap alam sekitar dan
manusia.

Jadual 5.5 Pencemar udara, sumber dan kesannya


Pencemar udara

Karbon dioksida

sumber
Kenderaan, kilang,
dan stesen jana kuasa
Bahan api terbakar
Pembakaran terbuka
Kebakaran hutan

Karbon monoksida

Ekzos kenderaan
Asap rokok

Sulfur dioksida
dan oksida-oksida
bernitrogen

Kenderaan, kilang dan


stesen jana kuasa

Plumbum

Pembakaran petrol
berplumbum dalam
kenderaan

Klorofluorokarbon
(CFC)

Penyembur aerosol
Peti sejuk, alat
penghawa dingin dan
kilang
Kebocoran peti sejuk
dan alat penghawa
dingin

Tar dan nikotin

Asap rokok

Kesan
Pemanasan global (peningkatan
suhu pada permukaan Bumi) yang
menyebabkan
- perubahan iklim
- kenaikan paras laut
Bergabung dengan sel darah merah
dan mengurangkan jumlah oksigen
yang boleh dibawa oleh darah
Sakit kepala
Kerosakan otak dan maut
Hujan asid yang memusnahkan
hutan, membunuh organisma
akuatikclan merosakkan bangunan
Masalah respirasi
Mengganggu perkembangan otak
kanak-kanak
Membawa maut pada kepekatan
tinggi
Penipisan lapisan ozon yang
menyebabkan lebih banyak sinaran
ultraungu sampai ke permukaan Bumi
yang mengakibatkan
-masalah kesihatan semakin
bertambah
seperti katarak kanser, pengimunan
terhadap penyakit yang semakin lemah
-pengurangan hasil pertanian
Kanser peparu
Kerosakan pada otak dan sel jantung

Asap dan jelaga

Kenderaan dan kilang


Pembakaran terbuka
Asap rokok

Masalah respirasi clan kerengsaan


mata
Jerebu
Meliputi permukaan daun tumbuhan
dan mengurangkan fotosintesis
Mengotorkan bangunan dan
kawasan sekeliling

Racun perosak

Semburan kimia (contohnya


DDT) yang digunakan untuk
membunuh haiwan dan
serangga perosak

Keracunan
Kemandulan
Kecacatan pada bayi dalam
kandungan

Bahan-bahan radioaktif

Kanser
Kemandulan
Kecacatan oada bayi dalam
kandungan

Sisa radioaktif

Mencegah dan Mengawal Pencemaran Udara


Langkah-langkah berikut akan mencegah dan mengawal pencemaran udara:
(a) Memasang pemendak elektrostatik pada cerobong kilang yang akan menarik zarah-zarah asap.
(b) Merawat asap kilang sebelum
dibebaskan ke udara dengan menambahkan bahan kimia yang bertindak balas dengan sulfur dioksida dan
oksida-oksida bernitrogen.
(c) Memasang penukar bermangkin dalam paip ekzos kenderaan untuk menukarkan hidrokarbon dan karbon
monoksida yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air, serta oksida-oksida bernitrogen kepada
nitrogen.
(d) Menggunakan bahan api yang lebih bersih dalam kenderaan seperti gas asli dan biodiesel.
(e) Mengharamkan pembakaran sampah dan sisa pertanian secara terbuka.
(f) Menggunakan sumber tenaga alternatif seperti kuasa hidroelektrik, tenaga solar, tenaga angin dan ombak
yang tidak mencemarkan udara.
;(g) Jangan menggunakan semburan aerosol atau bahan pendingin yang mengandungi CFC.
(h) Menanam semula hutan yang telah ditebang kerana pokokpokok menyingkirkan karbon
dioksida daripada udara dan membebaskan oksigen semasa fotosintesis.
(i) Jangan merokok.
(j) Mengurangkan penggunaan sumber dan bahan pembungkus, menggunakannya semula dan mengitar
semula sumber sebanyak yang mungkin.

(k) Menggunakan kawalan biologi untuk menggantikan racun perosak.


(1) Menguatkuasakan undangundang untuk mengurus pembuangan sisa radioaktif secara selamat.
(m) Mendidik orang ramai dan pelajar tentang kepentingan dan caracara mengekalkan udara yang bersih.

You might also like