You are on page 1of 27

Bab 4: Sejarah Dato Onn sebagai Pengasas Negara Bangsa

Pengenalan
Latar Belakang Dato Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor pada 3 Februari
1895. Beliau ialah anak Dato Jaafar Hj. Muhammad, Menteri Besar Johor yang
pertama. Dato Onn mempunyai adik-beradik yang ramai kerana Dato Jaafar
berkahwin sebanyak lima kali dan dikurniakan 13 orang anak. Dato Onn
merupakan anak keempat daripada lapan orang adik-beradik. Dato Onn adalah
berketurunan Melayu dan Turki yang mana ibu Dato Onn, Rugayah Hanim
Abdullah berasal daripada Sacrcia, Turki yang telah dibawa oleh Sultan Abu
Bakar pada tahun 1879 ke Tanah Melayu untuk dikahwinkan dengan adindanya,
Tengku Abdul Majid. Perkahwinan Dato Jaafar dengan Rugayah Hanim Abdullah
diperkenankan oleh Sultan Abu Bakar ekoran rasa sayang beliau terhadap Dato
Jaafar selepas penceraian Rugayah dengan Syed Abdullah Al-Attas. Perkahwinan
tersebut menjadi asas hubungan yang rapat antara Dato Onn dengan kerabat
diraja kerana mempunyai keturunan bangsawan Melayu. Selain itu, hubungan
Dato Onn dengan keluarga Alsagoff dan Al-Attas juga rapat hasil perkahwinan
terdahulu ibunya.
Sumber
:
http://shalattas.blogspot.com/2012/10/surat-terbuka-untuk-sultanibrahim-yem.html
Panduan Guru: Sila rujuk artikel di The Straits Times, 29 Oktober 1989 oleh
Profesor Y. Talib bertajuk, Turkeys links with S.E. Asia: a historical perspective
dalam pinterest.com/sejarahmalaysia

Tahukah anda?
Dato Jaafar atau nama penuhnya Dato Jaafar bin Mohammad adalah ayah
kepada Dato Onn. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga,
Singapura dan merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau
berketurunan kerabat diraja dan bendahara Melaka dan disifatkan sebagai
seorang yang berbudi bahasa dan bersemangat patriotik. Sepanjang beliau
menjadi Menteri Besar Johor (1886-1919), negeri Johor dilihat lebih maju dan
moden ekoran keterbukaan dan perancangan teliti beliau dalam mengendalikan
urusan pentadbiran negeri serta keutamaan pendidikan moden yang ditekankan
oleh beliau kepada rakyat Johor.
Beliau mendapat kepercayaan Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar dalam
menguruskan pentadbiran negeri. Beliau pernah dilantik oleh Sultan Abu Bakar
sebagai Pemangku Raja apabila baginda berada di luar negeri. Kepercayaan juga
diberikan oleh Sultan Ibrahim (pengganti Sultan Abu Bakar) dalam pemilihan
pegawai-pegawai Johor.
Pada tahun 1919, beliau meninggal dunia dan harta benda beliau di ambil oleh
Sultan Ibrahim untuk dijadikan harta negeri ekoran baginda mendapati Dato
Jaafar telah menggunakan wang terlalu banyak dan berhutang dengan kerajaan
Johor dan Tengku Majid (ayah Sultan Ibrahim) sewaktu menjadi Menteri Besar

Johor. Keadaan itu menyebabkan ahli keluarga Dato Jaafar terpaksa hidup
dalam kesederhanaan.
Ayahnya banyak mengajar dan membentuk sikap dan peribadi yang tidak
sombong. Dato' Ja'afar sering bercerita kepada anak-anaknya, mengenai
kehidupan zaman kanak-kanaknya yang susah sehingga mereka terpaksa
menjual kuih dan bertenun kain. Cerita tersebut telah memberi kesedaran
kepada anak-anak Dato Jaafar terutama Onn yang bersimpati dan peka dengan
kehidupan ayahnya. Cerita ayahnya itu juga menjadikan Onn menyedari bahawa
kemewahan hidup yang dinikmatinya itu datang daripada usaha dan
kesungguhan titik peluh bapanya.
Sejak berusia enam tahun, Dato Onn telah menjadi anak angkat Sultan Ibrahim.
Ibunya, Rugayah telah berkahwin dengan Tengku Abdul Majid, bapa saudara
kepada Sultan Ibrahim. Ini bermakna Dato Onn adalah sepupu kepada Sultan
Ibrahim. Manakala kakak Dato Onn, Che Dara merupakan isteri ketiga Sultan
Ibrahim. Mereka mendapat seorang anak yang bernama Tengku Ahmad, dan
digelar Tengku Temenggung Johor. Ikatan perkahwinan ibu dan kakaknya telah
mendekatkan Onndengan kerabat diraja Johor. Ini ditambah pula dengan
kedudukan ayahnya sebagai Menteri Besar Johor. Hubungan tersebut telah
menjadikan istana Johor seperti rumah kedua bagi Dato Onn.
Dato Onn sejak kecil merupakan seorang anak yang sangat cerdas dan aktif.
Beliau sering dimarahi oleh bapanya kerana tidak mematuhi arahan bapanya
yang dianggap sebagai lapuk. Walaupun sering dimarahi oleh bapaya, Dato Onn
tetap menghormati dan menyayangi bapanya. Namun sifat riang beliau mula
berubah menjadi pendiam apabila ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia
lapan tahun. Beliau sering merajuk dengan membawa diri ke kebun istana.
Beliau bebas melakukan aktiviti bersendiri atau bersama putera-putera raja di
situ. Sejak kecil, ketokohan kepimpinan beliau terserlah apabila sering dilantik
menjadi ketua dalam kalangan rakan sebaya beliau.
Beliau mendapat pendidikan Melayu dan pendidikan rohani terlebih dahulu
sebelum dihantar ke England untuk mengiringi putera raja menyambung
pelajaran di sana. Bapanya, Dato Jaafar sendiri telah mengajar aspek kerohanian
(akhlak dan agama) dan adab budaya Melayu kepada beliau. Pelajaran formal
Dato Onn bermula semenjak berusia empat tahun lagi iaitu bermula dengan
mempelajari bahasa Inggeris bersama-sama putera raja yang lain. Dua orang
guru perempuan berbangsa Inggeris didatangkan khas untuk tujuan tersebut.
Pada tahun 1903, ketika berumur sembilan tahun, beliau telah dihantar
mengiringi putera-putera Sultan Ibrahim ke Aldernburgh Lodge School, di
England. Penguasaan bahasa Dato Onn tidak terhad kepada bahasa Inggeris
sahaja malah beliau turut menguasai bahasa Perancis dan Latin serta pernah
menjadi pemidato terbaik di sekolahnya. Pendidikan yang diterima oleh Dato
Onn di England memberi kesan penting terhadap corak pemikirannya. Sebagai
seorang anak muda yang sedang meningkat remaja, fikirannya terbuka untuk
menerima dan menyerap gagasan baru. Beliau dengan mudah membentuk
pegangan yang berbeza daripada nilai masyarakatnya. Beliau mempunyai sikap
yang terbuka, kritikal dan berani dalam memberikan pendapat. Sikap inilah yang
ditekankan dalam kehidupan politiknya.

Pada tahun 1909, Dato Onn telah dihantar pulang ekoran rasa tidak senang
pihak Inggeris terhadap keakraban antara beliau dengan Tengku Mahkota. Pihak
Inggeris bimbang Dato Onn akan mempengaruhi Tengku Mahkota. Sekembalinya
beliau ke tanah air, beliau kemudiannya telah dihantar melanjutkan pelajaran di
Malay College Kuala Kangsar (MCKK) oleh bapanya. Semasa di MCKK, Dato Onn
masih ditemani oleh Tengku Mahkota kerana baginda enggan melanjutkan
pelajaran di England tanpa Dato Onn. Walau bagaimanapun pengajian Dato
Onn di MCKK tidak lama kerana helah pihak Inggeris yang mengatakan Dato
Onn telah bersedia untuk berkhidmat dengan kerajaan Johor. Dato Onn amat
disenangi oleh masyarakat dan beliau sendiri telah mengajar bahasa Inggeris
kepada anak-anak bangsawan Melayu dan guru Jawi beliau.
Dato Onn telah berkahwin beberapa kali sebelum berkahwin dengan Halimah
Hussein. Perkahwinan beliau yang pertama adalah pada akhir tahun 1911
dengan Rafeah Abdullah dan mendapat empat orang anak hasil daripada
perkahwinan tersebut. Pada ketika itu beliau berumur 16 tahun. Selepas
kematian isteri pertamanya, beliau kemudian berkahwin lagi pada tahun 1915
dengan Jamilah yang merupakan anak saudara kepada ibunya. Perkahwinan
beliau dengan Jamilah bertahan selama dua tahun sahaja dan dikurniakan zuriat
namun hayat anaknya tidak panjang. Ekoran masalah kesihatan yang dialami
oleh Jamilah, beliau berkahwin pula dengan Che Kah, seorang pelakon
bangsawan. Usia perkahwinannya dengan Che Kah tidak panjang kerana
mendapat tentangan daripada keluarga beliau.
Tahukah anda?
Rafeah Abdullah merupakan gadis berbangsa cina dan anak angkat kepada Dato
Jaafar. Perkahwinan Rafeah dengan Dato Onn dilangsungkan mengikut adat
istiadat Melayu seperti berinai, berzanji, berarak dan bersanding. Istiadat
perkahwinan ini berlangsung selama tiga hari.
Sumber: Ramlah Adam, 1988. Dato Onn Jaafar: Peranannya dalam Politik dan
Pentadbiran di Tanah Melayu 1930-1962. Disertasi Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Perkahwinan terakhir Dato Onn adalah dengan Halimah Hussein iaitu janda adik
beliau sendiri, Muhammad selepas setahun bercerai dengan Che Kah. Hasil
perkahwinan beliau dengan Halimah telah dikurniakan tujuh orang anak. Anak
beliau yang paling tua adalah Tun Hussein yang merupakan mantan perdana
menteri Malaysia yang ketiga.
Gambar Dato Onn dengan isterinya Datin Halimah Hussein
Sumber: http://srikandeh.blogspot.com/2006/02/dato-onn-jaafar.html

Kerjaya
Permulaan kerjaya Dato Onn bermula pada tahun 1911 iaitu beliau telah
diterima sebagai kerani percubaan dalam Perkhidmatan Awam Johor. Menjelang
akhir tahun itu, beliau telah dilantik sebagai kerani di sektor tersebut. Sejak itu,
sehingga tahun 1917, Dato Onn telah bekerja di hampir tujuh jabatan.
Pengalaman yang luas ini amat berguna kepada beliau apabila dilantik menjadi

Menteri Besar Johor pada 17 September 1947 di bawah peruntukan Undangundang Tuboh Johor 1895. Perlantikan ini tidak dibantah oleh British walaupun
pada masa tersebut Malayan Union sedang beroperasi. Hal ini kerana, pihak
British tidak mahu menambahkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
masyarakat Melayu yang sememangnya menentang Malayan Union.
Panduan Guru: Guru meminta pelajar mengkaji biografi awal Dato Onn dan
menjelaskan ciri-ciri dan faktor yang menunjukkan Dato Onn akan menjadi
seorang pemimpin yang besar pada masa akan datang.
KBAT: Mengenalpasti, mengkategori, menjelaskan, menganalisis, menghujah,
menyimpulkan
Namun tiga tahun kemudian, beliau melepaskan jawatan tersebut untuk
memberi tumpuan kepada parti UMNO. Dua orang abang Dato Onn juga
merupakan mantan Menteri Besar Johor iaitu Dato Abdullah, Menteri Besar Johor
ketiga (1923-1928) dan Dato Mustapha, Menteri Besar Johor keempat (19281931). Manakala Dato Onn pula dilantik menjadi Menteri Besar Johor ketujuh
dari tahun 1947 hingga 1950.
Sebagai kakitangan kerajaan Johor, Dato Onn perlu menyertai pasukan tentera
Johor yang dikenali sebagai Johore Military Forces (JMF). Beliau kemudian
menyambung kerjaya sebagai kerani di pejabat Penasihat British. Namun,
perkhidmatan beliau sangat singkat kerana diberhentikan atas
Johore Military Forces ditubuhkan pada tahun 1887 ketika pentadbiran Sultan
Abu Bakar. Angkatan ini diketuai oleh Sultan Ibrahim sebagai Ketua Turus Agung.
Pada tahun 1917, anggota JMF ialah seramai 10,000 orang. Johor merupakan
satu-satunya negari yang mempunyai angkatan tenteranya sendiri. Angkatan ini
mempunyai pasukan meriam, pancaragam, dan pengawal istana.
Sumber: Ramlah Adam, 2005. Dato Onn Jafar, Pengasas Kemerdekaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tahukah anda?
Undang-undang Tuboh Johor 1895 adalah perlembagaan bertulis yang pertama
di negeri Johor dan digubal di Istana Besar Johor Bahru pada 14 April 1895 oleh
Sultan Abu Bakar bersama pembesar kemudian diwartakan lima bulan selepas
itu. Undang-undang ini dikatakan undang-undang negeri yang pertama
diperkenalkan di Tanah Melayu. Teks undang-undang ini pada awalnya ditulis
dalam Bahasa Jawi dan dicetak oleh Messrs Rodyk and Davidson iaitu sebuah
syarikat guaman di Singapura.
Kandungan undang-undang ini banyak dipengaruhi oleh syariat Islam yang
kebanyakannya merujuk kitab Riau. Undang-undang ini boleh diubah mengikut
situasi semasa sekiranya mendapat persetujuan raja dan Mesyuarat Kerajaan
dengan syarat tidak mengubah maksud sebenar penggubalan undang-undang
ini. Pindaan sebanyak empat kali telah dibuat iatu pada 1 April 1908 (pindaan
pertama), 17 September 1912 (pindaan kedua), 12 Mei 1914 (pindaan ketiga)
dan 17 Julai 1918 (pindaan keempat).

Panduan Guru: Guru boleh meminta murid mencari maklumat berkenaan


Undang-undang Tubuh Johor 1895 dan kaitkan dengan undang-undang yang
terdapat dalam perlembagaan kini.
Sumber: Keanggotaan dalam Badan Perundangan Mengikut Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor 1895, n.a. [atas talian] Diperolehi daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/1453/6/BAB_3.pdf, pp. 172-208.
KBAT: Mentakrif, menjelaskan, menghurai, menganalisa, menghubung kait,
membandingkan, menginterpretasi, menyimpul perintah Sultan Ibrahim pada 31
Jun 1920. Sultan Ibrahim dikatakan tidak berkenan dengan sikap Dato Onn yang
suka membidas Sultan di hadapan sesiapa sahaja.
Sumber:
http://shalattas.blogspot.com/2012/10/surat-terbuka-untuk-sultanibrahim-yem.html
Tindakan Sultan Ibrahim melelong harta benda Dato Jaafar telah menimbulkan
kemarahan Dato Onn dan memberi kesan buruk terhadap ekonomi keluarga
Dato Onn yang selama ini bergantung hidup kepada Dato' Ja'afar. Ini
termasuklah ibu tirinya dan anak-anak buahnya seramai 30 orang. Dato Onn
sebagai waris terdekat terpaksa menyewa sebuah rumah papan di pinggir pekan
Johor Bahru. Ini bererti, segala kemewahan dan kedudukan berdarjat sebagai
golongan pembesar Johor telah luput. Mereka terpaksa hidup sebagai rakyat
biasa.
Sumber:http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-historyhantu-christine-palace.html

Panduan Guru:
Guru minta pelajar menjelaskan iktibar
yang diperolehi daripada peristiwa dalam keratan akhbar tersebut seperti nilai,
prinsip atau pegangan hidup, kritikan terbuka tidak di dapat diterima ekoran
kedudukan sultan yang istimewa dalam perlembagaan dan konflik dapat
ditangani dengan konsep musyawarah.
Tahukah Anda?
Musyawarah merujuk kepada perundingan dengan sesebuah pihak untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam mencapai kata sepakat.
KBAT:
Mengenalpasti,
menyimpulkan

mentafsir,

menilai,

menjelaskan,

menghujah,

Tindakan melelong ini telah memalukan Dato Onn Ja'afar. Maruah dan
kedudukannya dalam kalangan pegawai kerajaan Johor tercemar. Ekoran
perlelongan harta ayahnya itu, beliau tidak lagi diterima dengan senang hati
oleh pegawai Melayu yang lain. Beliau merasa terpencil daripada golongan elit
Johor.

Hubungan yang rapat dengan Sultan Ibrahim menjadi renggang. Sultan Ibrahim
memandang serong kepada Dato Onn dan keluarganya. Walau bagaimanapun,
Dato Onn tetap berbaik dan rapat dengan putera-putera Sultan Ibrahim,
terutama Tengku Ismail (Tengku Mahkota). Dato Onn tetap ke istana dan Sultan
Ibrahim tidak menghalangnya kedatangan beliau ke istana. Hubungannya yang
rapat itu menyebabkan kemurkaan Sultan Ibrahim terhadap Dato Onn tidak
lama.
Dato Onn diambil semula bekerja pada tahun 1922, hasil pujukan Tengku Ismail.
Daripada kelas biasa perkhidmatan awam Johor, Dato Onn dimasukkan ke kelas
V dengan jawatan sebagai Penolong Pegawai di Pejabat Tanah Johor. Beberapa
bulan kemudian iaitu pada 1 Januari 1923, Dato' Onn diberi tugas sebagai
pegawai yang bertanggungjawab dalam Jabatan Tanah Muar. Disusuli dengan
kenaikan pangkat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah (Assistant Collector of
Land Revenue) Muar dengan gaji $1440 setahun pada tahun 1924 sebelum
berpindah ke Batu Pahat dengan jawatan yang sama. Pada tahun 1927, beliau
berpindah ke Johor Bahru.
Kenaikan pangkatnya itu memberi banyak pengalaman dan mengubah sikap
Dato Onn. Beliau mula bersikap degil dan berani dengan pegawai British, D.J.
Campbell yang pada masa itu menjadi ketua jabatannya serta penasihat British
Johor. Sikap ini muncul kerana pengalaman awalnya dengan pegawai British
tidak begitu baik. Dato Onn pernah gagal mendapat peruntukan sebuah
motokar bagi menjalankan kerja-kerjanya di Muar. Beliau juga tidak disediakan
rumah kerajaan yang sesuai apabila dipindahkan ke Batu Pahat dari Muar pada
tahun 1924. Pada tahun 1927 pula, D.J. Campbell, pernah menahan Dato Onn
daripada mendapat elaun $200 setahun

seperti yang diperuntukkan bagi jawatan Penolong Pemungut Hasil Johor. Dato
Onn terpaksa mendapatkan perintah Sultan Ibrahim dalam Majlis Mesyuarat
Negeri Johor bagi mendapatkan semula elaun tersebut. Bagi Dato Onn, tindakan
pihak British terhadap beliau adalah satu penindasan terhadap pegawai Melayu.
Penindasan itu melahirkan semangat anti-British dalam diri Dato Onn. Kehadiran
pegawai British dilihat sebagai satu `penaklukan' ke atas pentadbiran Johor. Bagi
Dato Onn, kebolehan pegawai Inggeris itu tidaklah begitu istimewa jika
dibandingkan dengan kebolehan pegawai Melayu. Ini terbukti apabila pegawai
tadbir Melayu berupaya dan berjaya memajukan Johor sejak zaman Sultan Abu
Bakar lagi. Sikap ayahnya yang menentang kemasukan British pada tahun 1909
itu turut tertanam di jiwanya.
Dato Onn mula berani menunjukkan sikap anti-Britishnya. Beliau mengkritik dan
melawan arahan pihak British atau bersikap tidak peduli terhadap mereka.
Kadang-kadang beliau sengaja datang lewat ke pejabat dengan pakaian yang
tidak kemas. Beliau tidak takut dimarahi oleh pegawai atasan British sebaliknya
dengan berani berkata, "This is my country, you are the servants of my country".
Namun begitu, sikap beliau yang suka mengkritik Sultan Ibrahim telah
menyebabkan beliau di pecat dan di buang daerah pada tahun 1927. Beliau
membawa keluarganya berpindah ke Singapura, dan menyewa sebuah rumah
papan di kawasan setinggan yang sesak di Siglap, Singapura. Siglap merupakan

sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan laut dan didiami oleh orang
Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, buruh kasar dan penarik
beca.
Peta menunjukkan kedudukan lokasi rumah Dato Onn di Singapura
Sumber: Google Earth
Kehidupan Dato Onn di Singapura, sangat sukar. Selepas diberhentikan kerja
dan dibuang daerah pada tahun 1927, beliau gagal mendapat sebarang
pekerjaan kerana pada tahun tersebut berlaku kemelesetan ekonomi. Dato Onn
terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan
keluarganya. Detik kesusahan hidup dato Onn yang dialami pada masa itu
hampir sama dengan kehidupan datuk dan ayahnya sebelum ini. Beliau terpaksa
turun ke laut menjadi nelayan dan sesekali menolong isterinya, Halimah menjual
kuih. Kadang-kadang Dato Onn terpaksa membahagikan sebatang rokok kepada
dua bahagian untuk disimpan pada keesokan hari. Anak-anaknya terpaksa hidup
dalam kesusahan dan terpaksa berjalan kaki ke sekolah.
Apabila beliau tidak dapat turun ke laut menangkap hasil lautan, beliau
meluangkan masa menonton wayang Cina dan opera bangsawan Melayu. Beliau
juga sering tumpang membaca berita-berita yang di jual dan di cetak oleh
syarikat cetak milik saudagar Arab. Oleh sebab minat dan kebolehan beliau
dalam penulisan, Dato Onn telah diberi kepercayaan menyumbangkan rencana
dan akhirnya diterima menjadi penulis di Syarikat Percetakan Akhbar Singapura.
Kelancangan dan keberanian beliau mengkritik pentadbiran Sultan Johor
mendapat liputan meluas dari akhbar lain.

Kemiskinan yang dihadapinya, pergaulan dan penelitian terhadap masyarakat


Melayu disekeliling mempengaruhi kesedaran sosialnya. Bagi Dato Onn,
masalah orang Melayu meliputi politik, pentadbiran, pelajaran, dan ekonomi. Ini
bermakna Dato Onn mempunyai kesedaran yang tinggi sebagai seorang
nasionalis Melayu.
Penglibatan dalam politik
Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan politik tempatan bermula dengan
menjadi seorang penulis akhbar. Beliau pernah bekerja sebagai wartawan pada
tahun 1930 dan diberi kepercayaan menjadi pengarang Lembaga Malaya pada
tahun 1934 dengan modal dan perkongsian bersama Syed Alwi bin Omar Albar
iaitu seorang peminat kesusasteraan Melayu berketurunan Arab Albar. Sebelum
itu, beliau juga pernah menjadi ketua pengarang bagi Warta Malaya pada tahun
1930. Ekoran hasil penulisannya, Dato Onn mula dikenali dan popular dengan
cepat. Beliau dikenali oleh ramai penulis dan disukai oleh masyarakat terutama
pembaca Melayu ekoran hasil penulisannya yang berani. Dato Onn kerap
menulis mengenai persoalan layanan, perbezaan gaji dan elaun hingga menular
kepada perbicaraan dan perbincangan mengenai keadaan kesihatan, pelajaran,
ekonomi, adat resam dan kebudayaan. Kesedaran kepada pelajaran dan minat
pembacaan mula berkembang subur di awal tahun 1930-an.

Panduan Guru: Guru boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kerjaya


Dato Onn sebagai wartawan dalam buku Dato Onn Jaafar: Peranannya Di Dalam
Politik Dan Pentadbiran Tanah Melayu, 1930-1962 oleh Ramlah Adam.

Tahukah anda?
Surat khabar Lembaga merupakan akhbar harian dan kembar kepada
Lembaga Malaya kerana segala proses dilaksanakan di bawah kendalian Dato
Onn. Surat khabar ini ditubuhkan pada Oktober 1935 berbekalkan modal
daripada sumbangan Sultan Ibrahim sebanyak $5,000.
Panduan Guru:
Guru boleh memberi latihan kepada para pelajar melalui beberapa bahan bacaan
dan internet yang bersesuaian:i) Pada pandangan anda, hujahkan sama ada bolehkah seseorang yang pernah
bekerja dengan penjajah (British atau/dan Jepun) dianggap sebagai nasionalis?
ii) Nilaikan antara faktor hubungan rapat dengan pihak bangsawan ataupun
faktor pendidikan dan sikap keberanian yang membolehkan Dato Onn dikatakan
sebagai pemimpin yang hebat.
12
Dato Onn mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan mempunyai
pengalaman menghadapi sikap bias, prejudis dan hipokrit pentadbir Inggeris.
Oleh itu, Dato Onn berasa bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu dan salah
satu caranya adalah melalui penulisan. Beliau telah menulis dengan penuh minat
dan bertanggungjawab tanpa memikirkan lelah dan upah. Beliau telah berusaha
menjadikan akhbar yang dipertanggungjawabkan kepadanya iaitu akhbar Warta
dan Warta Negara begitu laris dan terkenal. Jualan akhbarnya mendapat
sambutan sehingga beliau mampu mengurus dan menerbitkan akhbarnya
sendiri. Selain itu, masyarakat pada ketika itu juga dididik melalui penulisan
beliau berkenaan kepincangan kelemahan orang Melayu serta cara
mengatasinya. Pada masa yang sama, beliau juga mendedahkan kelalaian
institusi raja dan cendekiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. Dato Onn
meletak jawatan sebagai ketua pengarang Warta Malaya pada akhir tahun 1933
ekoran rasa tidak puas ketiadaan kenaikan gaji dan sikap Syed Husein Alsagoff
yang suka menegur penulisan beliau.
Tahukah Anda?
Minat Dato Onn dalam bidang kewartawanan bermula sejak tahun 1927 dengan
menulis secara sambilan. Penulisan beliau dalam akhbar terbitan Singapura iaitu
Sunday Mirror adalah mengkritik pentadbiran Sultan Ibrahim kerana
menggunakan tenaga buruh paksa (orang bukit/asli) dan askar JMF untuk
membina padang lumba kuda, membuka ladang getah dan tebu tanpa sebarang
upah. Setelah beberapa penyelidikan dan penulisan yang dijalankan, Dato Onn
mendapati terdapat beberapa masalah berkaitan dengan orang Melayu. Ekoran
itu, Dato Onn berhasrat untuk membuka sebuah syarikat akhbar. Namun
disebabkan masalah kewangan, Dato Onn membuat cadangan kepada keluarga
Alsagoff iaitu Syed Husein Alsagoff untuk membuka syarikat akhbar sekitar akhir

tahun 1929. Keluarga Alsagoff merupakan sebuah keluarga Arab yang kaya dan
terkenal di Singapura. Dato Onn mula mengenali Syed Husein melalui
perkahwinan adiknya, Azizah dengan sepupu Syed Husein, Syed Mohammad
sekitar tahun 1919. Hasil penulisan yang bagus dan keadaan ekonomi keluarga
Dato Onn yang susah telah membuatkan Syed Husein Alsagoff bersetuju untuk
menerbit akhbar Warta Malaya Press dengan jawatan pengarang utama
diberikan kepada Dato Onn pada tahun 1930 sekaligus menyelesaikan kesulitan
hidup Dato Onn.
13
Pada tahun 1935, Dato Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempena Hari
Kemahkotaan Sultan Johor ke-40. Selamat Johor merupakan majalah
bergambar yang menerangkan kepada masyarakat sejarah negeri Johor dan
kehidupan Sultan Ibrahim serta kaum kerabat baginda. Majalah ini dijual dengan
harga $1.00 seunit. Dato Onn telah memuatkan berita istana yang positif dalam
majalah ini. Tengku Mahkota Ismail telah menyarankan ayahanda baginda
memberi pengampunan kepada Dato Onn kerana jasanya mengangkat
kebajikan yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Sultan Johor berasa sukacita dan
menganggap
Dato Onn telah berjasa kepada baginda dan negeri Johor. Berikutan itu, baginda
berkenan memberi keampunan kepada beliau selepas sebulan beliau majalah ini
diterbitkan.
Sehubungan itu, Sultan Johor menganugerahkan wang sebanyak $5,000 kepada
Dato Onn dan wang tersebut digunakan untuk menerbitkan sebuah akhbar
harian dikenali sebagai Lembaga pada bulan Oktober 1935. Surat khabar ini
menggunakan tulisan Jawi dan diletakkan di bawah kendalian Lembaga Malaya.
Lembaga memuatkan berita daripada luar negeri seperti pergolakan politik
Jepun-China dan keadaan politik kuasa di Eropah sekitar tahun 1935.
Pada tahun 1936, Dato Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor adalah dengan syarat
pandangan beliau tidak disekat kecuali pandangan yang merugikan rakyat.
Beliau telah diberi jaminan kerana beliau dianggap oleh para cendekiawan Johor
sebagai seorang yang berani dan sangat berguna kepada negeri Johor.
Majalah Selamat Johor
Tahukah anda?
Biasiswa Sultan Ibrahim dahulunya hanya diberikan kepada rakyat Johor sahaja
namun kemudiannya dibukakan tawarannya kepada pelajar di semua negeri di
Tanah Melayu bermula pada tahun 1961. Biasiswa ini masih lagi wujud untuk
pembiayaan biasiswa pelajar di peringkat universiti. Manakala bagi biasiswa
sekolah rendah dan menengah di biayai oleh Biasiswa Dato Onn.
Panduan Guru: Guru boleh memberi tugasan kepada para pelajar bagi mengkaji
biasiswa ini dan kesinambungannya pada masa kini.
Sumber: Biasiswa Sultan Ibrahim utk pelajar semua negeri, Berita Harian, 18
September
1961,
hlm.
2.
[atas
talian]
Diperolehi
daripada

http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian196109181.2.19.aspx
KBAT: Mengenalpasti, menghurai, menjelaskan, menghubung kait
14
Ketika Dato Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor pada tahun 1936,
cadangan beliau telah diterima untuk mewujudkan biasiswa pelajaran yang
dinamakan "Sultan Ibrahim Scholarship" kepada pelajar Melayu yang
berkelayakan. Biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang pertama diwujudkan
di negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1938.
Pelajaran dilihat sebagai satu aspek yang sangat penting bagi menjamin dan
membantu orang Melayu. Golongan ini akan berupaya mencapai dan memajukan
bangsa apabila tamat pengajian mereka. Dato Onn juga menggesa agar
pendidikan kepada kaum wanita juga diberi penekanan di samping pelajaran
agama juga tidak diabaikan. Seiring dengan penekanan dalam pelajaran agama,
Dato Onn telah memperkenalkan pemberian tambang penerbangan secara
percuma kepada kakitangan kerajaan beragama Islam yang berkhidmat untuk
kerajaan negeri Johor untuk menunaikan haji. Pada tahun 1939, Dato Onn
dilantik menjadi setiausaha sulit Tengku Mahkota sekaligus menjadi pekerjaan
tetap kepada Dato Onn.
Ketika zaman Jepun pada tahun 1942, pembesar dan pegawai tadbir Johor masih
digunakan khidmat mereka dalam mentabir Johor tetapi melalui arahan pihak
Jepun. Ini termasuklah Dato Onn yang dilantik kembali sebagai ahli Majlis
Mesyuarat Negeri Johor dan hasil cadangan serta sokongan Sultan Ibrahim, Dato
Onn telah diberi kepercayaan oleh Pentadbiran Tentera Jepun menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor bagi mengagihkan makanan. Beliau telah
mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa yang telah diberikan. Beliau
tidak menggunakan kuasa dan pangkat beliau secara berat sebelah. Tetapi, di
dalam senyap dan rahsia, beliau juga turut membantu memberi bekalan
makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun. Beliau mengetahui strategi
yang dibuat oleh Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestaman. Beliau mempunyai
hubungan baik dengan mereka dan juga dengan Malayan Peoples Anti-Japanese
Army (MPAJA).
Kepimpinan DatoOnn terserlah apabila dilantik khas menjadi pegawai daerah
Batu Pahat pada tahun 1945 bagi menghentikan persengketaan kaum antara
orang Melayu dengan orang Cina selepas
15
kemunduran Jepun dari Tanah Melayu. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah
menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap
orang Cina. Dato Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang
Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai.
Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, Dato' Onn pernah
bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran kerajaan British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar penjajah. Pentadbiran Inggeris
yang datang dengan idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan
keistimewaan dan hak orang Melayu. Malayan Union dilihat sebagai satu usaha
kerajaan British untuk menjajah Tanah Melayu secara langsung. Pada Mac 1946,

41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala


Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang di anggap sebagai ancaman terhadap hak
istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja Melayu.
Tahukah Anda?
Kiai Salleh atau nama sebenarnya Haji Mohd Salleh dilahirkan pada tahun 1916
di Tanjung Olak Batu, Muar, Johor. Beliau juga dikenali sebagai Panglima Salleh
atau Panglima Salleh Selempang Merah. Gelaran tersebut diberikan kepada
beliau kerana menentang kekejaman komunis selepas kekalahan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua. Beliau turut dianugerahkan Panglima Melayu oleh Sultan
Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada tahun 1945 di atas kegagahan
dan keberanian beliau. Selepas mendapat pengampunan dan dipenjarakan
sehari oleh pihak British ekoran terlibat dalam pergaduhan di Batu Pahat, Dato
Onn mendapat persetujuan daripada Sultan Ibrahim bagi melantik Kiai Salleh
sebagai Penghulu Simpang Kiri.
Panduan Guru: Guru boleh meminta pelajar membuat satu biografi berkenaan
Kiai Salleh dan penglibatannya dalam menentang kekejaman komunis di Johor.
KBAT:
Mengenalpasti,
menghurai

menyenaraikan,

menjelaskan,

menginterpretasi,

16
Hasil daripada mesyuarat Kongres ketiga yang diadakan di Istana Besar Johor
Bahru pada 1 Mei 1946 ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu yang
dinamakan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan yang akhirnya
berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu
bagi menghalang pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union. Dato Onn
yang amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu telah dilantik oleh pihak
kongres sebagai Presiden pertama. Dato` Onn Jaafar telah berjaya membakar
semangat orang Melayu supaya menentang Gagasan Malayan Union yang
ditubuhkan oleh kerajaan Inggeris. Beliau menyedarkan orang Melayu betapa
bahayanya Malayan Union sebagai satu ancaman yang akan melenyapkan
bangsa di tanah airnya sendiri.
Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru
Sumber: Ramlah Adam, 1988. Dato Onn Jaafar: Peranannya di dalam Politik dan
Pentadbiran Tanah Melayu 1930-1962. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya.
Tahukah anda?
Kelab Sultan Sulaiman telah di bina pada tahun 1909 di Kampung Baru dan
merupakan kelab orang Melayu yang tertua di Malaysia. Kelab ini dinamakan
sempena Sultan Alaidin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa. Kelab ini
ditubuhkan di atas tanah yang diwakafkan oleh Sultan Selangor. Kelab ini
ditubuhkan untuk bersaing dengan kelab Inggeris iaitu Selangor Club yang
dikhususkan untuk pegawaai Inggeris yang berstatus tinggi sahaja. Berlainan
dengan Kelab Sultan Sulaiman yang ditubuhkan untuk kegunaan oleh semua
pegawai Melayu tanpa mengira pangkat dan digunakan untuk tujuan perjumpaan

dan mesyuarat. Kelab ini berperanan sebagai tempat mencetus semangat


menentang Malayan Union dan juga tempat yang membawa kepada peristiwa
penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Sumber: Kelab Sultan Sulaiman: Pencetus Semngat Juang Bangsa Melayu, 2
Disember
2009.
[atas
talian]
Diperolehi
daripada
http://kampungbarukl.blogspot.com/2009/02/kelab-sultan-sulaiman-pencetussemangat.html. (akses 18 Jun 2015)
17
Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan pada Kongres Melayu di
Johor Bahru, 11 Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato Onn
merupakan pengasas dan telah dilantik menjadi Yang DiPertua UMNO. Jawatan
tersebut disandang selama empat tahun berterusan tanpa pencabar namun
pada tahun 1950, Mahmod Mahyuddin mencabar jawatan tersebut. Keputusan
tetap memihak kepada Dato Onn dan ini menunjukkan kewibawaan dan
pengaruh beliau dalam parti ini adalah kuat. Pada 1 Oktober 1946, Dato Onn
dilantik sebagai Pemangku Menteri Besar Johor bagi menggantikan Ungku Ab.
Aziz yang bersara kerana uzur. Kemudian pada 17 September 1947, Dato Onn
dilantik menjadi Menteri Besar Johor dan menjadi ahli rasmi Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP) pada tahun 1948 hingga 1950. Sepanjang beliau menjadi ahli
MPP, beliau pernah menghadiri mesyuarat MPP yang pertama pada Februari
1948 yang merupakan persidangan MPP selepas Persekutuan 1948 ditubuhkan.
Selain itu, Dato Onn juga kerap dilantik menganggotai jawatankuasa khas MPP
dalam mengkaji rang undang-undang sebelum dibentangkan dan diterima.
Tiga tahun kemudian, beliau meletak jawatan untuk menumpukan masanya
kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan
British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketat syarat kerakyatan,
serta memberi hak istimewa Melayu. Selain daripada pengasas UMNO, Dato Onn
juga merupakan pencetus idea kepada penubuhan RIDA (Rural Industrial
Development Authority) untuk membantu sosio-ekonomi Melayu.
Tahukah anda?
Dato Onn pernah mencadangkan penubuhan satu badan kebangsaan untuk
menentang Malayan Union. Penubuhan yang dicadangkan dinamakan sebagai
United Malays Organization (UMO) namun semasa mesyuarat kongres Melayu
1946 nama penubuhan tersebut ditukar hasil cadangan Encik Zainal Abidin yang
juga dikenali sebagai Zaba. Nama yang dicadangkan adalah UMNO.
18
Satu perkembangan baharu berlaku dalam UMNO apabila slogan Hidup Melayu
digantikan dengan Merdeka. Slogan Hidup Melayu mula disorak dengan
penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) sekitar tahun 1946. Ini
dipersetujui dalam persidangan agung pada Mac 1951. Pada bulan Oktober
1949, Dato Onn mula memperkatakan tentang kerjasama dengan kaum lain.
Dato Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan
jika tidak wujud perpaduan kaum. Beliau bertanggungjawab menggalakkan
kerakyatan kebangsaan Tanah Melayu berdasarkan rakyat yang berbilang bangsa

sebagai teras kebangsaan di Tanah Melayu. Dengan itu beliau mencadangkan


agar UMNO membuka pintu keahlian kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar
daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada Pertubuhan
Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan
dengan perkataan Malaya. Dengan cara ini Dato Onn berharap agar pintu UMNO
akan terbuka untuk kaum lain.
Walau bagaimanapun, cadangan beliau dibantah sekerasnya oleh ahli UMNO
seperti UMNO Kelantan, Perlis dan Selangor dengan menyatakan untuk
mengekalkan sifat asli UMNO sebagai sebuah parti Melayu. Rentetan itu, Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada Ogos 1951. Tindakannya diikuti oleh
Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato Onn dipujuk
semula untuk memimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada Ogos
1950.
Maksud kerakyatan kebangsaan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rakyat
didefinisikan sebagai seluruh penduduk di sesebuah negara yang menuruti
sesuatu pemerintahan manakala kerakyatan adalah berkaitan dengan segala hal
yang berlaku terhadap rakyat sama ada menerusi aspek politik, ekonomi
mahupun sosial
Panduan Guru: Guru boleh menekan usaha yang paling penting yang dibuat oleh
Dato Onn ialah pembentukan negara bangsa Tanah Melayu.
19
Dato Onn juga mencetus idea sistem Ahli yang diperkenalkan pada April 1951.
Sistem ini merupakan peringkat separuh kementerian di mana ahli Majlis yang
dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan dan kerajaan. Sistem ini ditubuhkan
untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain dalam sistem pentadbiran
Tanah Melayu. Pada tahun 1952, semua anggota Ahli dimasukkan ke dalam
Majlis Mesyuarat. Ini membolehkan mereka mempunyai pengalaman dalam
bahagian eksekutif perundangan.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26
Ogos, 1951 bersama rakan-rakannya. Kebanyakan pemimpin utama masyarakat
bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisingam dan yang
lainnya telah memberikan sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock
dalam ucapannya pada hari perasmian IMP telah menyeru kepada semua kaum
terutamanya MCA agar memberi kerjasama pada IMP dalam mencapai
matlamatnya iaitu mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun.
Pilihanraya telah dijalankan berasaskan prinsip demokrasi dan diperkenalkan di
peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953. Kemudiaan ianya diperkenalkan
di peringkat perundangan pusat pada tahun 1955. Selain itu, IMP bermatlamat
ke arah memalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah
perkhidmatan Tanah Melayu serta memberi pelajaran asas secara percuma
kepada kanak-kanak di antara 6 hingga 12 tahun. Kajian pandangan Dato Onn
terhadap Perlembagaan Tahukah Anda? Demokrasi bermaksud pemerintahan
oleh rakyat atau perwakilan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.

Panduan
Guru:
Guru
membincangkan
dengan
pelajar
berkenaan
memalayanisasikan perkhidmatan awam dan bagaimana usaha ini membantu
negara mencapai kerajaan sendiri?
Panduan Guru: Guru boleh meminta murid membuat satu penilaian terhadap
tindakan Dato Onn keluar parti dan menubuhkan IMP dengan menyatakan hujah
dan sebab tindakan beliau.
KBAT: Mengklasifikasi, menjelaskan, menghurai, menganalisa, merumuskan
20
Persekutuan Tanah Melayu 1957 memberikan satu gambaran yang menarik
tentang idea beliau mengenai bentuk dan corak negara bangsa yang wujud,
pembahagian kuasa, raja berperlembagaan dan hak asasi. Antara idea beliau
adalah sistem demokrasi berparlimen yang disesuaikan dengan Tanah Melayu,
komposisi ahli Majlis Negeri-negeri (Dewan Negara) atau Senat, dan kerakyatan
melalui dua cadangan iaitu melalui operasi undang-undang dan proses
naturalisasi. Idea beliau dilihat sebagai jendela kepada pemikiran elit politik
negara ini pada 1950-an.
Namun malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang
Melayu kerana tidak yakin dengan konsep berbilang kaum. Orang Cina juga tidak
menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA. Dato E.E.C.
Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan orang India. Dalam pilihan
raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapat dipulihkan.
Pada tahun 1954, beliau menggantikan IMP untuk menubuhkan Parti Negara bagi
tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan
perpaduan nasional dan raja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf
berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris diterima
sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbuka kepada semua kaum
warga Tanah Melayu dan British. Antara ahli Parti Negara ialah Dato Hamzah
Abdullah, Heah Joo Siang, E.E.C. Thuraisingham, V.M. Menon, B.H.Tan, W.M.
Macleod, R. Ramani, Raja Ayob bin Raja Bot dan Dato Abdullah Dahan sebagai
ahli jawatankuasa Parti Negara di peringkat pusat.
Sokongan yang diperoleh oleh Parti Negara lebih baik berbanding IMP
terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan, Johor Kedah dan Selangor.
Sungguhpun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak
memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya pada tahun 1955. Kekalahan
beliau dalam pilihan raya sedikit sebanyak memburukkan imej beliau sendiri dan
imej Parti Negara kerana dilihat sebagai parti yang tidak mendapat sokongan
orang ramai. Walau bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk
mendapatkan tempat dalam politik.
21
Sumber: Ramlah Adam, 2005. Dato Onn Jafar Pengasas Kemerdekaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akhirnya pada usia 62 tahun, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan
parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan

bantuan parti PAS. Antara faktor kejayaan Dato Onn dalam memenangi kerusi di
parlimen Kuala Terengganu ini adalah i) krisis UMNO-MCA dalam perebutan
kerusi untuk pilihan raya; ii) isu pro Melayu kerana percaya kepentingan orang
Melayu akan terjejas ekoran tolak ansur UMNO berkaitan isu kerakyatan; iii)
kelemahan perlembagaan Merdeka 1956 terutama berkaitan dengan isu jus soli
yang diberikan selepas kemerdekaan tidak semestinya akan menambahkan
bilangan undian daripada orang bukan Melayu; iv) penduduk setempat majoriti
adalah orang Melayu dan bersesuaian dengan manifesto Dato Onn yang cuba
untuk menarik orang Melayu ; v) psikologi yang digunakan oleh Dato Onn dalam
memikat hati penduduk setempat dengan mengikut budaya penduduk setempat
selain usaha beliau menjelajah ke seluruh negeri di Tanah Melayu.
Kemenangan di Terengganu menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap parti
ini amat menggalakkan dan sekaligus dapat menebus kembali maruah dan imej
Dato Onn dan Parti Negara. Di Johor, Kelantan, Selangor dan Kedah, Parti Negara
tidak memenangi sebarang kerusi. Malah 36 orang calon Parti Negara kehilangan
wang pertaruhan dalam pilihan raya 1959. Walaupun impian Dato Onn tidak
tercapai tetapi kemenangan empat orang calon adalah kali pertama semenjak
piliharaya 1955.
22
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Januari 1962 ketika berusia
67 tahun dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Dato Onn merupakan salah seorang tokoh yang banyak mempengaruhi
perkembangan politik di negara ini selepas Perang Dunia Kedua. Beliau telah
memimpin gerakan menentang Malayan Union pada tahun 1946, serta terlibat
dalam proses penggubalan Perlembagaan. Pandangan Dato Onn terhadap
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 memberikan satu gambaran
yang menarik tentang idea beliau mengenai bentuk dan corak negara bangsa
yang wujud. Idea beliau dilihat sebagai jendela kepada pemikiran elit politik
negara ini pada 1950-an.
Melalui rekod rasmi 1948, pandangan Dato Onn sering diminta oleh pihak
pentadbir kolonial, ini kerana pengaruh beliau dalam kalangan masyarakat
Melayu dan bukan Melayu. Dato Onn juga memainkan peranan penting dalam
pindaan yang dibuat kepada syarat kerakyatan yang diperkenalkan oleh kerajaan
British dan pengenalan kewarganegaraan negeri terlibat dengan pindaan
kerakyatan. Idea beliau mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai banyak persamaan dengan cadangan Parti Perikatan.
Kelonggaran syarat kerakyatan 1948, fasal 124, adalah idea berani bagi
melahirkan satu masyarakat melalui satu sistem kerakyatan yang sama.
Walaupun pada masa itu idea beliau tidak dapat diterima oleh orang Melayu
yang ketika itu sukar menerima kehadiran kaum Cina dan India yang dianggap
sebagai orang luar. Beliau juga dihina dan dikecam sehingga akhirnya beliau
meletakkan jawatan daripada UMNO. Walaupun usaha beliau telah menyebabkan
syarat kerakyatan jus soli dilonggarkan namun keikhlasan beliau masih diragui
oleh kaum bukan Melayu dan lebih malang lagi pandangan beliau tidak dapat
diterima oleh kedua-dua kaum.

Kesimpulannya idea Dato Onn banyak mempengaruhi proses penggubalan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui tulisan dan ucapan
beliau. Idea beliau yang tidak banyak berbeza dan lebih liberal daripada
cadangan Parti Perikatan dalam senarai negeri dan senarai pusat,
23
konsep perlembagaan, dan konsep demokrasi berparlimen. Oleh itu Dato Onn
banyak berperanan mempengaruhi pembentukan negara bangsa Malaysia.
Idea dan pandangan beliau menjangkau melebih cara pemikiran orang lain.
Beliau sentiasa berusaha mencari keseimbangan diantara ketiga-tiga kaum.
Namun, idea ini sukar difahami kerana kepentingan politik masing-masing. Cara
dan tindakan beliau tidak digemari oleh British dan suasana politik pada ketika
itu telah menghalang beliau muncul sebagai pemimpin utama negara. Mungkin
nasib tidak menyebelahi Dato Onn namun perjuangan beliau boleh dianggap
sebagai pengasas kepada kemerdekaan negara 1957.
Idea bekerjasama yang dipelopori Dato Onn ini akhirnya dilaksanakan oleh
pengganti beliau Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, apabila UMNO
bekerjasama dan kemudian berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC, dibawah
panji Parti Perikatan. Kejayaan idea ini menghasilkan mandat besar bagi Parti
Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955 dan Tunku mengunakan ini sebagai
senjata utama dalam rundingan Kemerdekaan yang berjaya menunjukkan hasil
pada 31 Ogos 1957.
Legasi Dato Onn
Walaupun Dato Onn tidak dinobatkan sebagai bapa kemerdekaan, keluarga
beliau terus mewarisi ciri kepimpinan beliau dan menyumbang kepada
pembangunan negara. Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922
1990) mengikut jejak langkah beliau dan aktif dalam politik. Akhirnya berjaya
menjadi Presiden UMNO keempat dan Perdana Menteri Malaysia ketiga (Januari
1976Julai 1981) setelah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kembali ke
rahmatullah semasa dalam tugas. Cucunda beliau, Dato Hishamuddin Tun
Hussein juga aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO
(ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai ketua Pemuda
UMNO
Panduan Guru: Guru meminta pelajar menghayati usaha perkongsian kaum.
KBAT: Menganalisis, membuat rumusan, menginterpretasi
24
pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau memegang jawatan Menteri
Belia dan Sukan. Pada tahun 2013 beliau masih dilantik sebagai Menteri
Pertahanan.
Antara ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai kecemerlangan dalam
kerjaya dan bidang masing-masing ialah i) Allahyarham Lt. Jen. (B) Dato Jaafar
Onn, mantan Timbalan Panglima tentera darat; ii) Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid,
mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya; iii) Allahyarham Prof. Syed Hussein Al
Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya; iv)
Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam; dan

v) Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, gabenor Bank Negara (juga gabenor Bank
Negara wanita pertama di seluruh Komanwel).
Oleh itu bagi mengenang jasa Allahyarham Dato Onn Jaafar, (1895-1962), beliau
telah dinobatkan sebagai Tokoh Anak Gemilang Malaysia pada 2 September
2007. Upacara ini disiarkan langsung oleh RTM 1, Astro Ria dan Astro Prima,
sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50.
25
Sumber: Dato Onn Jaafar Tokoh Anak Gemilang Malaysia, n.a. Diperolehi
daripada http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/02/dato-onn-jaafar-tokohanak-gemilang-malaysia/
26
Sumber: Malay Nationalist Party to Intensify Campaign against New Proposals,
The Malaya Tribune, 15 Februari 1947.
Panduan Guru:
Dengan menggunakan carta, pelajar dapat membina biografi tokoh di samping
mengaplikasi KBAT
KBAT: Mengenalpasti, mengaplikasi, merumuskan, mengkaji
27
Pendekatan Bibiografi
Standard Pencapaian pelajar Tugasan 1:
1. Membuat kronologi latarbelakang Dato Onn
2. Menghayati nilai positif yang ada pada diri Dato Onn
3. Mengambil iktibar perjuangan politik yang tidak semestinya berakhirnya
dengan tercapai cita-cita
4. Menjiwai semangat perjuangan Dato Onn
5. Menganalisa usaha Dato Onn bagi membina satu bangsa Tanah Melayu.
Sampel Tugasan 1:
Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan dan diminta mencari maklumat
berkaitan biografi Dato Onn kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru.
Arahan tugasan
Pelajar dikehendaki:a. Menggariskan kronologi perjalanan hidup Dato Onn.
b. Menghuraikan sekurang-kurangnya tiga kenangan pahit yang pernah beliau
alami.
c. Sejarah hidup Dato Onn sangat memberi kesan kepada pemikiran Dato Onn.
Bincangkan.

d. Jelaskan mengapakah pemikiran Dato Onn dalam UMNO tidak dapat diterima
oleh orang Melayu pada ketika itu?
e. Huraikan adakah wajar Dato Onn meninggalkan Parti UMNO dan menubuhkan
parti baru pada waktu itu?
28
f. Senaraikan dan rumuskan pengajaran yang dapat diambil daripada keputusan
Dato Onn untuk keluar parti dan akhirnya beliau kurang berjaya dalam
mendapat sokongan terhadap parti baru yang ditubuhkannya.
g. Hujahkan bukti yang menunjukkan Dato Onn merupakan pengasas kepada
pembentukan negara bangsa.
KBAT:
Menggariskan,
menyenaraikan,
membincangkan,
mengkategorikan,
menghubungkaitkan, menganalisa, menghujah.

mengenalpasti,
merumuskan,

menghurai,
mentafsir,

29
Sampel kerja tugasan 1:
a) Kronologi sejarah Dato Onn
1895
Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru
1899
Mendapat pendidikan formal iaitu bahasa Inggeris bersama-sama putera sultan
Johor yang diajar oleh dua orang guru perempuan berbangsa Inggeris
1900
Menjadi anak angkat kepada Sultan Ibrahim ketika berumur enam tahun
1903
Dihantar mengiringi putera Sultan Ibrahim belajar di Aldernburgh Lodge School,
England
1909
-Dihantar kembali ke Tanah Melayu ekoran kebimbangan pihak British akan
keakraban hubungan Dato' Onn dan putera raja.
-Menyambung pengajian di Malay College Kuala Kangsar(MCKK)
1911
-Berkahwin dengan Rafeah Abdulah dan dikurniakan empat orang anak
-Bekerja sebagai kerani percubaan dalam Perkhidmatan Awam Johor. Akhir tahun
dilantik sebagai kerani penuh
1917
-Berkahwin dengan Halimah Hussein selepas setahun bercerai dengan Che Kah.

-Bekerja sebagai Johore Military Forces (JMF)


1920
Diberhentikan kerja atas perintah Sultan Ibrahim
1922
Diambil bekerja semula selepas diperkenankan oleh Sultan Johor hasil pujukan
oleh Tengku Mahkota Johor
1923
Dilantik sebagai pegawai Jabatan Tanah Muar
1924
Dinaikkan pangkat menjadi penolong pegawai Pemungut Hasil Tanah
1927
Dibuang daerah dan berpindah ke Singapura
1930-an
Terlibat dan diberi kepercayaan dalam penulisan akhbar Warta dan Warta Negara
1935
Menerbitkan 'Selamat Johor' sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor ke-40
1938
Menjadi ahli Mesyuarat Negeri Johor
1942
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor semasa pemerintahan Jepun
1946
-Dilantik sebagai presiden pertama UMNO
-Kongres pertama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman untuk menentang Malayan
Union
-pembentukan Kesatuan Melayu dan diganti dengan UMNO
-Dilantik sebagai Menteri Besar Johor
1949
Mengusulkan pembukaan penyertaan kaum lain dalam UMNO namun ditentang
hebat oleh ahli UMNO
1950
Meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor untuk menumpukan kepada UMNO
1951

Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) namun kalah dalam pilihan raya
tahun 1952
1954
Meninggalkan IMP dan menubuhkan Parti Negara namun nasibnya tetap sama
dalam pilihan raya 1955
1959
Menang satu kerusi di parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya
1959 dengan bantuan PAS
1962
Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bharu.
30
b) Peristiwa sedih dalam hidup Dato Onn.
i) Kematian ibunya sewaktu beliau berusia lapan tahun. Selepas pemergian
ibunya, Dato Onn sering kemurungan disebabkan beliau seorang yang manja
dan rapat dengan ibunya.
ii) Beliau telah dipecat dari jawatan Penolong Pemungut Hasil Tanah dan
diberhentikan dari menjadi Askar Timbalan Setia kerana mengkritik sultan.
iii) Setelah dipecat beliau hidup dalam kesusahan di Singapura dan menjadi
nelayan dan penjual kuih. Anak-anak beliau terpaksa hidup dalam kesusahan.
iv) Pandangan beliau terhadap keterbukaan dalam penerimaan kaum lain dalam
parti UMNO tidak diterima oleh ahli UMNO
v) Parti IMP tidak mendapat sambutan dan kalah dalam pilihan raya tahun 1952
vi) Parti Negara tidak memenangi satu pun kerusi dalam piliharaya 1955 namun
memenangi satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1959
c) Sejarah hidup Dato Onn sangat memberi kesan kepada pemikiran Dato Onn.
Bincangkan.
1. Beliau mempunyai latar belakang keluarga yang baik kerana mempunyai
seorang ayah yang berdedikasi. Ini telah memberi keyakinan diri yang tinggi
kepada jiwa dan semangat beliau.
2. Menjadi anak angkat kepada Sultan Johor menyebabkan beliau tidak kekok
dengan orang bangsawan dan biasa dengan pemikiran pemerintah.
3. Sultan Johor pernah memecat beliau dan peristiwa ini membawa kepada
sifatnya yang berani dan tegas dalam melaksanakan sebarang tindakan.
4. Pengalaman ketika berkhidmat sebagai Pegawai Awam Negeri Johor, ketika
menjadi Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) atau Johor Military Force (JMF) telah
menyemaikan perasaan benci kepada British dan menganggap British adalah
servant di Tanah Melayu. Askar
31

Timbalan Setia juga dikenali sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor
merupakan satu pasukan tentera yang ditubuhkan pada tahun 1886 dengan
anggota percubaan seramai 60 orang anak Melayu dan 20 orang askar Punjabi.
Pasukan ini dilatih oeh seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten
Newland. Orang Melayu pertama yang ditauliahkan sebagai pegawai ialah
Kapten Daud bin Sulaiman.
5. Dato Onn pernah menghadapi kesukaran hidup sebagai nelayan dan
menyewa di rumah setinggan di Singapura. Pengalaman ini telah mendedahkan
beliau dengan keadaan sebenar orang Melayu melahirkan satu kesedaran yang
tinggi terhadap masalah orang Melayu dan cara penyelesaian yang sebaiknya
untuk mengatasinya.
d) Jelaskan mengapakah pemikiran Dato Onn dalam UMNO tidak dapat diterima
oleh orang Melayu pada ketika itu.
i. Orang Melayu masih trauma dengan peristiwa kekejaman komunis
ii. Tiada satu sistem pendidikan yang menyatukan ketiga-tiga bangsa.
iii. Kerana perasaan prejudis orang Melayu yang menebal
iv. Orang Melayu belum bersedia untuk berkongsi kuasa
v. Orang Melayu masih belum mengenal hati budi bangsa lain
vi. Orang Melayu takut hilang hak ketuanan
vii. Masih menganggap kaum Cina dan India sebagai orang luar
viii. Belum memahami kepentingan satu bangsa satu negara untuk mencapai
kemerdekaan
Panduan Guru: Guru boleh mendapat maklumat lanjut dengan membaca buku
Kenangan 100 tahun (1886-1986) Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Guru juga
meminta pelajar menyiapkan satu tugasan berkaitan dengan pasukan Askar
Timbalan Setia Negeri.
32
e) Huraikan adakah wajar Dato Onn meninggalkan Parti UMNO dan menubuhkan
parti baru pada waktu itu?
Pada pandangan saya, Dato Onn tidak wajar keluar parti dan menubuhkan parti
baru. Hal ini kerana Dato Onn pada ketika itu telah mendapat kepercayaan yang
tinggi dalam kalangan orang Melayu dan orang British untuk memimpin Tanah
Melayu. Dalam keadaan sistem penyebaran maklumat yang sangat terbatas
pada waktu itu pastinya para penyokongnya tidak ramai yang mengetahui
perihal mengapa beliau keluar parti. Kesannya beliau kehilangan sokongan
daripada ramai orang. Dan akhirnya dia tidak berjaya di bawah parti barunya.
Orang Melayu telah kehilangan tokoh pemimpin politik yang berwibawa. Beliau
sepatutnya bertahan dan sentiasa memberikan masa dan ruang kepada orang
Melayu supaya dapat memikirkan pandangan beliau dan memberikan
kepercayaan yang tinggi bahawa satu masa nanti orang Melayu akan faham.
Sebenarnya beliau juga boleh mengadakan perbincangan lebih lanjut berkenaan

langkah terbaik dan impaknya bersama dengan pemimpin Melayu pada ketika
itu.
f) Senaraikan dan rumuskan pengajaran yang dapat diambil daripada keputusan
Dato Onn untuk keluar parti dan akhirnya beliau kurang berjaya dalam
mendapat sokongan terhadap parti baru yang ditubuhkannya.
i. Dalam berjuang banyak mehnah yang perlu dihadapi dengan sabar. Mehnah
merupakan perkataan Arab yang bermaksud ujian atau kesusahan.
ii. Wawasan merupakan sesuatu yang amat baik namun jika kita terlalu ke
hadapan orang ramai belum dapat menerimanya. Justeru, kita harus laksanakan
secara gradual langkah demi langkah ke arah kejayaan.
iii. Keputusan syura adalah yang terbaik dan diberkati. Oleh itu, sesuatu
permasalahan dapat diselesaikan melalui perbincangan.
33
g) Hujahkan bukti yang menunjukkan Dato Onn merupakan pengasas kepada
pembentukan negara bangsa.
Antara bukti yang menunjukkan usaha Dato Onn untuk mewujudkan negara
bangsa Tanah Melayu ialah seperti berikut:1. Berjaya menggabungkan persatuan Melayu dalam kongres menentang
Malayan Union
2. Menubuhkan parti bersifat kebangsaan iaitu UMNO
3. Mencetuskan idea Sistem Ahli bagi melatih orang Melayu dan kaum lain
dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu. Idea ini mendapat sokongan dan
persetujuan oleh pihak British dan Raja-raja Melayu
4. Melonggarkan kerakyatan jus soli
5. Cadangan untuk penggunaan satu bahasa dan satu bangsa
6. Memberikan cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
7. Menubuhkan Parti Kemerdekaan dengan matlamat untuk mewujudkan satu
bangsa dengan keahlian berbilang bangsa
8. Menubuhkan Parti Negara dengan kerjasama PAS dalam piliharaya 1959
namun ditolak oleh PAS dengan tidak mahu berkongsi dan menyerahkan
kawasan kepada Parti Negara. Namun kejayaan Parti Negara di Terengganu
adalah seiring dengan kejayaan PAS kerana pengundinya ramai terdiri daripada
orang Melayu.
34
Pendekatan Visual
Standard Pencapaian pelajar:
1. Menghayati perjuangan Dato Onn
2. Menghargai kepayahan
mempertahankan negara.

dan

kesusahan

pemimpin

dan

tokoh

negara

3 Semangat juang Dato Onn menjadi sumber inspirasi


Sampel Tugasan 2:
1. Pelajar menonton video Perjuangan Dato Onn melalui alamat youtube
http://www.youtube.com/watch?v=cyOw80QW1z8
2. Guru memberikan slide yang mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan
video supaya mereka mengambil perhatian ketika menonton video tersebut
Arahan tugasan
Pelajar dikehendaki:
a. Senaraikan ciri kepimpinan Dato Onn yang anda dapat lihat daripada video
tadi?
b. Tindakan Dato Onn dianggap bijaksana oleh ramai sarjana. Buktikan
c. Kalau anda menjadi pengikut Dato Onn apakah tujuan anda menyokong
perjuangan beliau?
d. Apakah masalah orang Melayu yang diperjuangkan oleh Dato Onn?
e. Apakah nilai dan iktibar yang boleh anda ambil daripada sajak yang terdapat
dalam video tersebut?
KBAT: Menyenaraikan, mengenalpasti, mengkaji, membincangkan, menterjemah,
merumuskan, melaporkan, menyelesaikan, menjelaskan, menjangka, mentafsir,
menghubungkaitkan, menganalisis.
35
Sampel Kerja Tugasan 2:
a. Senaraikan ciri kepimpinan Dato Onn yang anda dapat lihat daripada video
tadi?
i. Penyabar;
ii. Toleransi;
iii. mencari alternatif;
iv. berbincang untuk menyelesaikan masalah;
v. suka berunding dalam tindakan iaitu segala masalah diselesaikan dengan cara
perdebatan dan perbincangan bukannya menggunakan kekerasan atau senjata;
vi. rasional yang tinggi;
vii. menghormati hak orang lain; dan
viii. tidak pernah putus asa
b. Buktikan Tindakan Dato Onn dianggap bijaksana oleh ramai sarjana. Buktikan
1. Memujuk untuk menghentikan kemarahan orang Melayu dengan komunis
2. Mengadakan rundingan bagi menghentikan masalah perkauman

3. Menjadi pencetus kepada penentangan Malayan Union melalui perbincangan


dengan semua ahli kesatuan Melayu
4. Beliau telah menulis surat dan memberikan penerangan kepada semua
penghulu untuk mendapatkan sokongan menentang Malayan Union.
5. Menyakinkan seluruh lapisan masyarakat mengenai kepentingan kesatuan
6. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi yang dapat menyakinkan golongan
raja dan rakyat biasa bagi bersama menentang Malayan Union.
36
c. Kalau anda menjadi pengikut Dato Onn apakah tujuan anda menyokong
perjuangan beliau?
1. Cara beliau yang rasional
2. Beliau sentiasa berunding sebelum membuat sesuatu tindakan
3. Perjuangan yang jelas dan matlamat yang spesifik
4. Kejayaan
penentangan

beliau

menyakinkan

saya

tentang

kepentingan

tindakan

5. Beliau sangat memahami jiwa dan pemasalahan rakyat


6. Memberikan kesedaran dan kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara
7. Beliau bijak dari segi strategi
8. Beliau seorang yang karismatik dan praktikal
d. Apakah masalah orang Melayu yang diperjuangkan oleh Dato Onn?
1. Masalah perpaduan orang Melayu
2. Masalah kedaerahan yang jumud dan taasub. Jumud bermaksud kolot
manakala taasub pula bermaksud pegangan yang kuat atau fanatik terhadap
sesuatu.
3. Masalah sikap orang Melayu yang mundur dan pemikiran yang sempit
e. Apakah nilai dan iktibar yang boleh anda ambil daripada sajak yang terdapat
dalam video tersebut?
Semangat perjuangan, kebanggaan, cintakan tanah air, bangga dengan
pemimpin, faham dengan erti perjuangan, tidak mengenal erti putus asa, serta
kita mestilah sentiasa bersemangat kental dan tidak mengenal erti putus asa.
37
Standard Pencapaian pelajar:
1. Menyenaraikan harapan Dato Onn dengan pemuda-pemuda Melayu
2. Menyatakan situasi yang berlaku semasa perjuangan politik Dato Onn
3. Mendapat gambaran isu yang dibangkitkan oleh akhbar pada tahun 1940an
dan 1950an.

4. Menghubungkait situasi tersebut dengan cadangan Dato Onn dalam


merealisasikan semangat satu bangsa menjelang kemerdekaan.
Sampel Tugasan 3:
Guru mengedarkan keratan akhbar yang berkaitan dengan Dato Onn kepada
para pelajar dan para pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan yang
diberikan.
Arahan tugasan:
Pelajar dikehendaki:
a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat perkara penting yang terdapat
dalam akhbar tersebut yang bertajuk: Pesanan Dato Onn kepada pemuda
Melayu.
b. Hubungkaitkan situasi ketika itu daripada pantun empat kerat yang terdapat
dalam akhbar tersebut dengan perjuangan Dato Onn mengenai pembentukan
satu bangsa yang merdeka?
c. Analisa tentang maksud yang tersirat daripada kartun yang ada dalam akhbar
tersebut.
Sample Kertas Tugasan 3:
Soalan a)
Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat perkara penting yang terdapat dalam
artikel akhbar tersebut yang bertajuk Pesanan Dato Onn kepada pemuda
Melayu.
1. Ketaatan tidak berbelah bagi pemuda-pemuda Melayu kepada Sultan
2. Muafakat akan menghidupkan semangat orang Melayu
KBAT: Menyenaraikan, mengenalpasti,
menghubungkaitkan, menganalisa.

mengkaji,

merumuskan,

mentafsir,

38
3. Harapan Dato Onn bahawa akan lebih ramai pemuda Melayu dengan
persatuan pemuda Melayu pada tahun yang akan datang
4. Dato Onn menyatakan bendera UMNO dan pergerakan pemuda Melayu Johor
terdapat simbolik tentang perjuangan Melayu
5. Dato Onn juga mengharapkan Bendera tersebut tidak dicemari dan
dipertahankan dengan nyawa demi masa depan orang Melayu.
6. Ucapan tahniah Dato Onn kepada pemuda-pemuda Melayu dengan harapan
hidup Melayu.
Soalan b)
Hubungkaitkan situasi ketika itu daripada pantun 4 kerat yang terdapat dalam
akhbar tersebut dengan perjuangan Dato Onn mengenai pembentukan satu
bangsa yang merdeka?

Masyarakat Melayu tidak boleh menerima bangsa lain dalam Tanah Melayu dan
merasa tidak selesa dengan bangsa lain. Malah orang Melayu meragui kesetiaan
bangsa lain. Oleh itu, usaha Dato Onn dalam mewujudkan satu bangsa itu
bukanlah satu perkara yang dapat diterima oleh orang Melayu dan menjadikan
idea Dato Onn ini amat sukar di terima oleh orang Melayu.
Soalan c)
Analisis tentang maksud tersirat daripada kartun dalam keratan akhbar tersebut.
1. Sikap prejudis orang Melayu terhadap bangsa lain
2. Sukarnya orang Melayu menerima bangsa lain
3. Mereka melihat usaha mewujudkan sebuah bangsa sebagai menghilangkan
ketuanan Melayu
Standard Pencapaian Pelajar
1. Menyatakan secara ringkas konsep 1 Malaysia dan kaitannya dengan negara
bangsa Malaysia
2. Menghidupkan semangat kerjasama antara kaum
3. Memupuk perasaan semangat cintakan negara bersama-sama kaum yang lain
39
40
Sampel Tugasan 4:
Guru
menayangkan
video
lagu
1Malaysia
(http://www.youtube.com/watch?v=hwAOsnMqbcY)

melalui

laman

youtube

Arahan tugasan:
Pelajar dikehendaki:Guru meminta mereka menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan penuh
semangat dan menjalankan kuiz berdasrkan soalan berikut untuk pelajar
sewaktu perhatian semasa aktiviti dijalankan.
a. Apakah isi penting dalam lagu yang anda nyanyikan tadi?
b. Selepas mendengar lagu ini, apakah nilai yang harus ada dalam diri anda
sebagai rakyat Malaysia?
c. Kaitkan lagu ini dengan konsep negara bangsa yang anda tahu.
Sampel kerja tugasan 4
a) Pelajar boleh menyatakan perkara-perkara berikut:i. Satu Malaysia itu ialah perpaduan, menghormati orang lain , kecemerlangan
ii. Negara adalah berasaskan daripada bangsa yang bersatu.
iii. Satu bangsa yang mempunyai matlamat yang sama (seia sekata dan sehati
sejiwa) untuk mencapai matlamat

iv. Visi dan misi negara akan mudah dicapai sekiranya kita bersatu padu
Soalan b:
i. berbangga sebagai rakyat Malaysia, menghormati orang lain, hidup dengan
matlamat dan visi
ii. Sedih, bangga , bersemangat, patriotik, hilangnya prejudis
KBAT: Merekod, Menghurai, Membuat kesimpulan, merumuskan, meringkaskan,
mengkaji, menilai, menterjemahkan.
41
Soalan c:
Usaha membentuk satu bangsa satu negara telah yang dicetuskan oleh Dato
Onn dan masih diteruskan oleh pemimpin hari ini.
Sumber Rujukan: 1. Akhbar Majlis, 6 Sept 1947 2. Akhbar The Malaya Tribune,
1947. Malay Nationalist Party To Intensify Campaign Against New Proposals:
Dato Onn Accused Of Preaching Racial Discord. [atas talian] Diperolehi daripada:
http://10tahun.blogspot.com/2008/02/pkmm-bidas-dato-onn.html (Di akses pada
25 November 2013)
3. Fernando, J. M., 2012. Dato Onn dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957, Persada Jauhari, Kumpulan esei sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk
Wira Dr. Mohd Yusoff B. Haji Hashim. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya, 2012.
4. Md Radzi Ahmad, 2006. Dato Onn Jaafar. [atas talian] Diperolehi daripada:
http://srikandeh.blogspot.com/2006/02/dato-onn-jaafar.html, 27 Februari (Di
akses pada 25 November 2013)
5. ___________, 2011. Struggle and Defiance. The Star, 5 Jun.
6. Ramah Adam, 1988. Dato Onn Jaafar: Peranannya di dalam Politik dan
Pentadbiran Tanah Melayu 1930-1962. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti
Malaya.
7. __________, 2005. Dato Onn Jaafar Pengasas kemerdekaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Saiful Anwar Md Ali, 2012. Hubungan Etnik Di Malaysia, PERAJURIT, Disember
2012, hlm. 32-9
Penulis Asal: Syahriah Bte Besah@Sitam
Disunting oleh Prof. Madya Dr Shakila Yacob dan Nurul Syarmimi Anis Abd Aziz

You might also like