You are on page 1of 29

Elemen 1:

Mengumpul
Fakta

Elemen 2:
Merekod
Fakta
Sejarah

Elemen 3:
Penerapan
Unsur
Patriotisme

Penghargaan

Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kerja Kajian Sejarah ini pada waktu
yang ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Rodiah bt Hamzah
dan Mohd Pauji bn Mohd Illias kerana turut membantu semasa saya melakukan kerja
ini.Mereka juga turut memberi nasihat kepada saya dan memberi sokongan semasa saya
melakukan kerja ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Sejarah saya
iaitu Puan Salina bt Suparman kerana beliau telah memberi maklumat kepada saya dan
memberi dorongan semasa saya melakukan kerja ini.

HASIL KAJIAN

Bagaimana Parameswara
Mengasaskan Melaka
Kerajaan Majapahit

-Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh Hindu Buddha.
-Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu.
-Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri.
-Mengamalkan konsep Devaraja.
-Kegemilangan kerajaan Majapahit ialah semasa pemerintah Hayam Wuruk (Raja
Senagara)yang dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada.
-Dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara,China,India,dan Timur Tengah.
-Menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi.
-Antara pelabuhan utamanya ialah Kataha (Kedah Tua)dan Temasik.

Kesimpulan
Sejarah pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara membuktikan telah wujud
kerajaan agung yang berasal daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Sistem pentadbiran yang teratur membolehkan kerajaan ini menyediakan
pelbagai kemudahan di pelabuhan seperti bekalan air,makanan,dan tempat
tinggal.Kemudahan tersebut telah menarik minat pedagang asing untuk singgah dan
berdagang.
Kecekapan dan kemampuan pemimpinya mentadbir kerajaan dan
empayar,serta sistem pentadbiran yang tersusun,telah berjaya mewujudkan suasana
yang aman dan damai.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat juga dapat membantu
kemajuan sesebuah negara.Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kerajaan
awal yang telah membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan
perdagang bertaraf dunia.Kita juga patut bersyukur kerana dikurniai tanah yang subur
serta hasil pertanian yang baik.
Berdasarkan sejarah pembentukan kerajaan awal yang telah kamu
pelajari,ternyata keamanan,semangat bermasyarakat,kesetiaan serta bersatu padu,dan
harmoni merupakan perkara penting dalam perintahan negara.Kebijasanaan pemimpin
dalam menjalin hubungan dengan negara luar telah berjaya menarik kedatangan
pedagang asing.Dalam bab berikutnya pula,akan dibincangkan aspek-aspek
kebijasanaan pemimpin dan kesungguhan rakyat dalam membangunkan kerajaan
Melaka.

Pengasasan Kesultanan

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka


-Kedatangan Parameswara

Asal Usul Nama Melaka


-Berasal daripada Nama Pokok
-Berasal daripada Istilah Arab

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu


Melaka
-Sistem Pemerintahan yang teratur
-Kemudahan Pelabuhan
-Hubungan Diploma
-Bantuan Orang Laut
-Ikatan Konsep Daulat

Parameswara Pengasas
Kesultanan Melayu Melaka
Para sejarawan bersetuju bahawa pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah
Parameswara. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Selepas kejatuhan kerajaan Srivajaya yang berpusat di Palembang,muncul pula
kerajaan Majapahit. Kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan -kawasan Srivajaya
termasuk Palembang dan Temasik. Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja
Palembang dan puteranya,Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan
Palembang daripada kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun ,raja Majapahit
bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan
pengikutnya telah berundur ke Temasik.
Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh
pemerintah Temasik iaitu Temagi.Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan
Siam. Parameswara dapat menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju.
Wawasan Parameswara ini adalah berdasarkan kedudukan Temasik yang
strategik. Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi
pemerintah untuk Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya. Setelah
membunuh Temagi,Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan
kerajaan Srivajaya dapat di wujudkan semula.
Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin
menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Untuk mengelakkan
serangan daripada kerajaan Siam dan Majapahit, Parameswara bersama-sama Orang
Laut berpindah meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas tinggal di Muar,
Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui
Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. Mereka tiba di sebuah perkampungan
nelayan.Penduduknya terdiri daripada orang Melayu,Orang Laut,dan Orang Asli.
Parameswara berpendapat bahawa kedudukan tempat tersebut amat baik kerana

berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih
juga mudah diperolehi.
Selain itu , bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk
bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pokok bakau dan apiapi boleh dijadikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Anain monsun
pula tidak menggangu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung
daripada tiupan angin tersebut.

Asal Usul Nama Melaka


Berasal daripada Nama Pokok

Pernahkah kamu melihat pelanduk dan pokok Melak? Untuk maklumat kamu,
pelanduk dan pokok Melaka dikaitkan dengan sejarah asal usul nama Melaka. Menurut
Sejarah Melayu,semasa Parameswara sedang berehat dibawah pokok Melaka, Parameswara
telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing buruannya.Peristiwa itu di anggap luar
biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Oleh itu Parameswara memilih
tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan. Parameswara memilih tempat tersebut sebagai
Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Berasal daripada Istilah Arab

Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada perkataan Arab. Pedagang-pedagang


Arab memanggil Melaka dengan nama Mulaqah yang bermaksud pertemuan. Selain itu
Melaka juga di sebut sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang.

Kegigihan Parameswara
Membangunkan Kesultanan
Melayu Melaka
Sebagai seorang pemimpin, Parameswara telah melaksanakan pelbagai
langkah untuk membangunkan negeri Melaka.

Sistem Pemerintah yang Teratur

Parameswara telah menyusun pentadbiran di Melaka supaya lebih teratur. Beliau telah
melantik pembesa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri,empat puluh orang
bentara untuk menjalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat
kebesaran diraja.

Kemudahan Pelabuhan

Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan Melaka melalui
kegiatan perdagangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah membaiki kapal, bekalan air
bersih dan makanan, tenaga kerja serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang
daripada pelbagai bangsa. Semua kemudahan ini penting bagi membolehkan mereka datang
berniaga di Melaka.

Kegemilangan Melaka
A. Pentadbiran yang sistematik

Dalam bab ini kamu akan mempelajari kegemilangan Melaka dalam bidang
pentadbiran,perdagangan,hubungan luar ,perkembangan agama Islam, kegiatan ilmu
dan perluasan kuasa. Kegemilangan Melaka adalah hasil usaha gigih sultan dan
pembesarnya. Rakyat juga turut berperanan berganding bahu membantu pemerintah
membangunkan dan memajukan Melaka.

Pentadbiran yang sistematik

Raja/Sultan
Raja /sultan

Pembesar Berempat

Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem


Pembesar Empat Lipatan

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka,Sultan Melaka telah


mengadakan suatu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini boleh digambarkan seperti rajah di atas.
Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang
menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini,sultan
mengetuai teraju pemerintah. Baginda di bantu oleh empat orang pembesar yang di
kenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Pembesar Berempat di bantu oleh Pembesar
Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar
ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan
dengan jujur dan bijaksana.

Sultan

Bendahara

Penghulu

Temenggung

Laksamana

-Penasihat

Bendahari

-Ketua polis

-Ketua

raja dalam

-Pemungut

dan

bidang

hasil atau

penjara

laut

pentadbiran

ufti

-Penguasa

-Pengawal

-Menteri utama

-Ketua

bandar dan

peribadi

-Ketua turus

segala

Kota Melaka

raja

angkatan

Bendahari

-Protokol

-Ketua

perang

-Ketua

istana

duta

-Ketua hakim

urusetia

-Hakim di

-Mengetuai

-Pemangku

istana

darat

utusan

sultan gering

-Ketua

atau keluar

segala

negara

Syahbandar

angkatan

Para pembesar bertanggungjawab menegakkan dan mempertahankan kedaulatan sultan dan


kerajaan Melaka. Mereka juga telah melaksanakan tugas dengan jujur dan bijaksana sehingga
menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang gemilang.
Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting
untuk membina kerajaaj yang kuat dan maju. Untuk meningkatkan sokongan tersebut, sultan
telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Kawasan
pentadbiran pembesar tersebut dipanggil kawasan pegangan.

Pembesar

Kawasan Pegangan

Bendahara

Muar dan Bentan

Penghulu bendahari

Sening Ujung dan Kampar

Temenggung

Tiada kawasan pegangan

Laksamana

Temasik

Hulubalang

Sungai Raya dan Siantan

Selain kawasan pegangan yang berada di bawah kuasa Pembesar Berempat


,sultan Melaka juga melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah
untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini di panggil kawasan pemakanan.
Pada lazimnya pembesar-pembesar akan datang berhadap dan persembahkan ufti kawasannya
kepada sultan.
Kerajaan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur.
Sistem pentadbiran ini diikuti dan diwarisi oleh kerajaan Melayu yang lain di Semenanjung

Tanah Melayu. Sistem ini juga di jadikan panduan dan asas kepada pemerintah sekarang
untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang sistematik.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan sistem pentadbiran yang
kita miliki, kerana tanpa sistem pentadbiran yang cekap, sudah tentu sesebuah kerajaan
menjadi lemah.

B. Perluasan Kuasa

Cara cara Perluasan Kuasa

Melaka berjaya membentuk sebuah empayar yang agung melalui penaklukan,


perkahwinan, dan kerelaan raja negeri lain untuk menjadi naungan Melaka.
Bagi menjamin keselamatan , kemakmuran, dan keutuhan, kerajaan Melaka
telah menakluki beberapa buah kerajaan. Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka ialah
Kampar dan Pahang. Kejayaan ini disebabkan oleh kebijasanaan sultan Melaka dalam
mengatur strategi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban.
Terdapat juga pemerintahyang rela bernaung di bawah kerajaan Melaka.
Antaranya ialah Jambi dan Lingga. Raja-raja yang berada di bawah naungan Melaka
biasanya di tabalkan oleh sultan Melaka.
Perluasan kuasa empayar Melaka juga dilakukan melalui perkahwinan. Putera
dan puteri sultan Melaka akan dikahwinkan dengan putera dan puteri raja negeri lain seperti
Pahang, Kelantan,dan Siak. Perkahwinan ini dapat mengukuhkan hubungan persaudaraan
antara kedua-dua buah kerajaan.
Kerajaan Melaka turut memberi bantuan kepada kerajaan lain yang
menghadapi huru-hara dalam negeri. Kerajaan Melaka telah membantu raja Pasai,Sultan
Zainal Abidin yang hendak digulingkan daripada takhta. Melaka juga turut membantu Pasai
mengalahkan kerajaan Aru yang mengancam Pasai dan Melaka. Dengan itu, kekuasaan
Melaka diakui oleh Pasai walaupun kedudukan Pasai dianggap setaraf dengan Melaka.

Kebijasanaan Pemimpin

Kejayaan Melaka membentu sebuah empayar yang luas disebabkan oleh kebijasanaan
sultan dan pembesarnya. Usaha perluasan kuasa bermula semasa pemerintah Sultan
Muzaffar Shah. Baginda berjaya menguasai Pahang ,Inderagiri,dan Kampar.
Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan menghantar Tun Perak bagi
menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Baginda jagu menjalin hubungan
diplomatik dengan China. Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan sahaja
diiktiraf oleh sebuah kuasa yang kuat seperti China, malahan oleh kerajaan lain di
rantau ini.
Sultan Muzaffar Shah juga bijak menyelesaikan perbalahan antara orang
Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Dengan itu, baginda dapat menumpukan
usaha meluaskan kuasa kerana tidak menghadapi masalah dalam negeri.
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, usaha perluasan kuasa telah
diteruskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah. Baginda berjaya
menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di pantai
Timur Sumatera. Dengan usaha baginda, Pahang,Kampar,dan Inderagiri berjaya
dihalang daripada membebaskan diri daripada penguasaan Melaka.
Selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, tampuk pemerintah kerajaan
Melaka diterajui oleh Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda merupakan seorang
pemimpin yang warak dan sangat mementingkan pentadbiran negara. Buku Sejarah
Melayu menggambarkan Sultan Alauddin Shah sebagai seorang yang gagah.

Adapun akan Sultan Aluddin itu terlalu


perkasa,(tiada berbagai)pada zaman itu
W.G. Shallabear, Sejarah Melayu,
halaman 171.

Sultan Alauddin Riayat Shah sangat mengambil berat tentang keamanan dan
keselamatan dalam negeri. Baginda menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras
kejadian jenaya. Keamanan dalam negeri membolehkan baginda menumpukan sepenuh masa
dan tenaga kepada usaha-usaha perluasan kuasa. Semasa hendak berperang dengan Aru,Sultan
Alauddin Riayat Shah telah memilih hulubalang yang gagah dan berani seperti Laksamana
Hang Tuah bagi menghadapi tentangan tersebut. Akhirnya, kerajaan Melayu Melaka
memperoleh kemenangan dan Aru dapat dikuasai.
Usaha memperluas kuasa kerajaan Melaka turut dibantu oleh pmbesar yang
berwibawa dan cekap. Salah seorang pembesar tersebut ialah Bendahara Tun Perak. Semasa
menjadi penghulu Klang, Tun Perak berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445.
Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke
Melaka. Ini dapat menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.
Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456, Siam sekali lagi
menyerang Melaka. Bendahara Tun Perak mengarahkan supaya askarnya menggunakan
perahu kecil sebagai muslihat perang. Ini menyukarkan pihak Siam untuk mengejarnya.
Mereka juga mengikat jamung di pokok bakau untuk mengelirukan tentera Siam seolah-olah
Melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai. Akhirnya, tentera Siam terpaksa berundur
dan kembali ke Siam.
Bendahara Tun Perak juga berjaya menguasai Pahang yang pada masa itu berada di
bawah kekuasaan Siam. Bendahara Tun Perak sangat setia kepada sultan Melaka. Hal ini
terbukti apabila Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela apabila anaknya Tun Besar
dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad. Kata Bendahara Tun Perak,

Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka,


tetapi akan kita bertuankan seorang ini,
janganlah.
W.G.Shellabear(ed),Sejarah Melayu,
halaman 123.

Bendahara Tun Perak hanya meminta supaya Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja
Muhammad menjadi pengganti sultan. Raja Muhammad kemudiannya dihantar ke Pahang dan
menjadi raja di sana. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam negeri serta
mengekalkan kesetiaan rakyat Melaka.
Ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang seperti berwawasan, mempunyai strategi dan
bertindak bijak, serta taat setia kepada raja dan pemimpin negara boleh mewujudkan
kegemilangan dan kekuatan sesebuah kerajaan.
Perluasan kuasa memberi beberapa kesan terhadap kerajaan Melaka. Melalui dasar
perluasan kuasa ini, Melaka menerima pelbgai ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan
atau ketenteraan.
Dengan menguasai kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di
Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka.
Bekalan barangan juga sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan.
Dasar perluasan kuasa juga telah membolehkan Melaka mengembangkan ajaran
agama Islam ke kawasan yang dikuasainya. Dengan itu, agama Islam tersebar di Kepulauan
Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif semasa saya menjalankan kajian ini ialah

1. Dapat mengumpul banyak maklumat tentang Asal Usul Nama Melaka.


2. Dapat mengetahui Bagaimana Parameswara Mengasaskan Melaka.
3. Dapat menghargai Kemerdekaan dan Kegemilangan Melaka.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya telah gunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah:

1. Menganalisis dokumen.
Saya telah menganalisis dokumen untuk mendapatkan maklumat
tentang Bagaimana
Parameswara Mengasaskan Melaka
2. Menemu bual / menemuramah.
Saya telah menemu bual Cikgu Salina untuk mendapatkan maklumat
tentang tajuk diatas.
3. Pemerhatian.
Saya telah menyemak semula kerja-kerja ini supaya tiada kesalahan
yang berlaku. Semoga cikgu boleh menerima hasil kerja saya.

LAMPIRAN
1.Gambar

2. Peta

Rumusan
Saya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kajian sejarah ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya
pelajari tentang Sejarah Negeri Melaka.
Saya dapat mengetahui pentingnya nilai kesabaran, ketekunan dan rajin dalam
membuat kerja folio ini.
Kajian ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara murid dan guru.

Saya harap kajian ini dapat dijadikan contoh dan dapat dipamerkan ditempat yang
sesuai.

Rujukan

1. Buku
Ahmad Fauzi bin Mohd. Basri, 2006, Sejarah Tingkatan 1, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP).

2. Internet
Web http://www.Melaka.net/history2.htm

3.Orang Sumber
Pn. Salina Suparman, guru sejarah tinkatan 1 SMK SERI DESA.

BIL
1.
2.
3.
4.
5.

PERKARA
Tajuk
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian

M/S

6.

7.
8.
9.

Hasil Kajian
6.1 Bagaimana Parameswara
mengasaskan Melaka
6.2 Asal-usul nama Melaka
6.3 Kegemilangan Melaka
Rumusan
Lampiran
Rujukan

Elemen 3

Penjajahan Portugis di Melaka boleh memupuk nilai murni di kalangan pelajar.


Bincangkan:

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia mempunyai


rakyat yang berbilang kaum dan agama. Serta sistem pentadbiran yang teratur,
kecekapan dan kemampuan pemimpin kerajaan Malaysia sehingga menjadi
maju di mata dunia.

Setiap warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah supaya


kita berbangga menjadi warganegara Malaysia dan bertanggungjawab
mempertahankan Negara serta bersemangat setia Negara dan cintakan Negara
ternyata keamanan, semangat bermasyarakat, kesetiaan serta bersatupadu dan
harmoni merupakan perkara penting didalam sesebuah Negara yang berdaulat.
Selain itu, boleh dijadikan pengajaran untuk panduan kita semua,
supaya generasi kita dapat memupuk semangat patriotisme serta berbangga
akan negara sendiri dan menghargaiserta memelihara kemerdekaan dan
kedaulatan negara,bersemangat kekitaan.

You might also like