Professional Documents
Culture Documents
Mengumpul
Fakta
Elemen 2:
Merekod
Fakta
Sejarah
Elemen 3:
Penerapan
Unsur
Patriotisme
Penghargaan
Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kerja Kajian Sejarah ini pada waktu
yang ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Rodiah bt Hamzah
dan Mohd Pauji bn Mohd Illias kerana turut membantu semasa saya melakukan kerja
ini.Mereka juga turut memberi nasihat kepada saya dan memberi sokongan semasa saya
melakukan kerja ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Sejarah saya
iaitu Puan Salina bt Suparman kerana beliau telah memberi maklumat kepada saya dan
memberi dorongan semasa saya melakukan kerja ini.
HASIL KAJIAN
Bagaimana Parameswara
Mengasaskan Melaka
Kerajaan Majapahit
-Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh Hindu Buddha.
-Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu.
-Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri.
-Mengamalkan konsep Devaraja.
-Kegemilangan kerajaan Majapahit ialah semasa pemerintah Hayam Wuruk (Raja
Senagara)yang dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada.
-Dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara,China,India,dan Timur Tengah.
-Menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke-15 Masihi.
-Antara pelabuhan utamanya ialah Kataha (Kedah Tua)dan Temasik.
Kesimpulan
Sejarah pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara membuktikan telah wujud
kerajaan agung yang berasal daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Sistem pentadbiran yang teratur membolehkan kerajaan ini menyediakan
pelbagai kemudahan di pelabuhan seperti bekalan air,makanan,dan tempat
tinggal.Kemudahan tersebut telah menarik minat pedagang asing untuk singgah dan
berdagang.
Kecekapan dan kemampuan pemimpinya mentadbir kerajaan dan
empayar,serta sistem pentadbiran yang tersusun,telah berjaya mewujudkan suasana
yang aman dan damai.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat juga dapat membantu
kemajuan sesebuah negara.Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kerajaan
awal yang telah membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan
perdagang bertaraf dunia.Kita juga patut bersyukur kerana dikurniai tanah yang subur
serta hasil pertanian yang baik.
Berdasarkan sejarah pembentukan kerajaan awal yang telah kamu
pelajari,ternyata keamanan,semangat bermasyarakat,kesetiaan serta bersatu padu,dan
harmoni merupakan perkara penting dalam perintahan negara.Kebijasanaan pemimpin
dalam menjalin hubungan dengan negara luar telah berjaya menarik kedatangan
pedagang asing.Dalam bab berikutnya pula,akan dibincangkan aspek-aspek
kebijasanaan pemimpin dan kesungguhan rakyat dalam membangunkan kerajaan
Melaka.
Pengasasan Kesultanan
Parameswara Pengasas
Kesultanan Melayu Melaka
Para sejarawan bersetuju bahawa pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah
Parameswara. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Selepas kejatuhan kerajaan Srivajaya yang berpusat di Palembang,muncul pula
kerajaan Majapahit. Kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan -kawasan Srivajaya
termasuk Palembang dan Temasik. Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja
Palembang dan puteranya,Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan
Palembang daripada kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun ,raja Majapahit
bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan
pengikutnya telah berundur ke Temasik.
Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh
pemerintah Temasik iaitu Temagi.Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan
Siam. Parameswara dapat menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju.
Wawasan Parameswara ini adalah berdasarkan kedudukan Temasik yang
strategik. Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi
pemerintah untuk Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya. Setelah
membunuh Temagi,Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan
kerajaan Srivajaya dapat di wujudkan semula.
Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin
menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Untuk mengelakkan
serangan daripada kerajaan Siam dan Majapahit, Parameswara bersama-sama Orang
Laut berpindah meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas tinggal di Muar,
Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui
Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. Mereka tiba di sebuah perkampungan
nelayan.Penduduknya terdiri daripada orang Melayu,Orang Laut,dan Orang Asli.
Parameswara berpendapat bahawa kedudukan tempat tersebut amat baik kerana
berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih
juga mudah diperolehi.
Selain itu , bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk
bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pokok bakau dan apiapi boleh dijadikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Anain monsun
pula tidak menggangu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung
daripada tiupan angin tersebut.
Pernahkah kamu melihat pelanduk dan pokok Melak? Untuk maklumat kamu,
pelanduk dan pokok Melaka dikaitkan dengan sejarah asal usul nama Melaka. Menurut
Sejarah Melayu,semasa Parameswara sedang berehat dibawah pokok Melaka, Parameswara
telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing buruannya.Peristiwa itu di anggap luar
biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Oleh itu Parameswara memilih
tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan. Parameswara memilih tempat tersebut sebagai
Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.
Kegigihan Parameswara
Membangunkan Kesultanan
Melayu Melaka
Sebagai seorang pemimpin, Parameswara telah melaksanakan pelbagai
langkah untuk membangunkan negeri Melaka.
Parameswara telah menyusun pentadbiran di Melaka supaya lebih teratur. Beliau telah
melantik pembesa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri,empat puluh orang
bentara untuk menjalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat
kebesaran diraja.
Kemudahan Pelabuhan
Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan Melaka melalui
kegiatan perdagangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah membaiki kapal, bekalan air
bersih dan makanan, tenaga kerja serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang
daripada pelbagai bangsa. Semua kemudahan ini penting bagi membolehkan mereka datang
berniaga di Melaka.
Kegemilangan Melaka
A. Pentadbiran yang sistematik
Dalam bab ini kamu akan mempelajari kegemilangan Melaka dalam bidang
pentadbiran,perdagangan,hubungan luar ,perkembangan agama Islam, kegiatan ilmu
dan perluasan kuasa. Kegemilangan Melaka adalah hasil usaha gigih sultan dan
pembesarnya. Rakyat juga turut berperanan berganding bahu membantu pemerintah
membangunkan dan memajukan Melaka.
Raja/Sultan
Raja /sultan
Pembesar Berempat
Pembesar Berlapan
Sultan
Bendahara
Penghulu
Temenggung
Laksamana
-Penasihat
Bendahari
-Ketua polis
-Ketua
raja dalam
-Pemungut
dan
bidang
hasil atau
penjara
laut
pentadbiran
ufti
-Penguasa
-Pengawal
-Menteri utama
-Ketua
bandar dan
peribadi
-Ketua turus
segala
Kota Melaka
raja
angkatan
Bendahari
-Protokol
-Ketua
perang
-Ketua
istana
duta
-Ketua hakim
urusetia
-Hakim di
-Mengetuai
-Pemangku
istana
darat
utusan
sultan gering
-Ketua
atau keluar
segala
negara
Syahbandar
angkatan
Pembesar
Kawasan Pegangan
Bendahara
Penghulu bendahari
Temenggung
Laksamana
Temasik
Hulubalang
Tanah Melayu. Sistem ini juga di jadikan panduan dan asas kepada pemerintah sekarang
untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang sistematik.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan sistem pentadbiran yang
kita miliki, kerana tanpa sistem pentadbiran yang cekap, sudah tentu sesebuah kerajaan
menjadi lemah.
B. Perluasan Kuasa
Kebijasanaan Pemimpin
Kejayaan Melaka membentu sebuah empayar yang luas disebabkan oleh kebijasanaan
sultan dan pembesarnya. Usaha perluasan kuasa bermula semasa pemerintah Sultan
Muzaffar Shah. Baginda berjaya menguasai Pahang ,Inderagiri,dan Kampar.
Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan menghantar Tun Perak bagi
menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Baginda jagu menjalin hubungan
diplomatik dengan China. Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan sahaja
diiktiraf oleh sebuah kuasa yang kuat seperti China, malahan oleh kerajaan lain di
rantau ini.
Sultan Muzaffar Shah juga bijak menyelesaikan perbalahan antara orang
Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Dengan itu, baginda dapat menumpukan
usaha meluaskan kuasa kerana tidak menghadapi masalah dalam negeri.
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, usaha perluasan kuasa telah
diteruskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah. Baginda berjaya
menguasai Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di pantai
Timur Sumatera. Dengan usaha baginda, Pahang,Kampar,dan Inderagiri berjaya
dihalang daripada membebaskan diri daripada penguasaan Melaka.
Selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, tampuk pemerintah kerajaan
Melaka diterajui oleh Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda merupakan seorang
pemimpin yang warak dan sangat mementingkan pentadbiran negara. Buku Sejarah
Melayu menggambarkan Sultan Alauddin Shah sebagai seorang yang gagah.
Sultan Alauddin Riayat Shah sangat mengambil berat tentang keamanan dan
keselamatan dalam negeri. Baginda menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras
kejadian jenaya. Keamanan dalam negeri membolehkan baginda menumpukan sepenuh masa
dan tenaga kepada usaha-usaha perluasan kuasa. Semasa hendak berperang dengan Aru,Sultan
Alauddin Riayat Shah telah memilih hulubalang yang gagah dan berani seperti Laksamana
Hang Tuah bagi menghadapi tentangan tersebut. Akhirnya, kerajaan Melayu Melaka
memperoleh kemenangan dan Aru dapat dikuasai.
Usaha memperluas kuasa kerajaan Melaka turut dibantu oleh pmbesar yang
berwibawa dan cekap. Salah seorang pembesar tersebut ialah Bendahara Tun Perak. Semasa
menjadi penghulu Klang, Tun Perak berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445.
Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke
Melaka. Ini dapat menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.
Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456, Siam sekali lagi
menyerang Melaka. Bendahara Tun Perak mengarahkan supaya askarnya menggunakan
perahu kecil sebagai muslihat perang. Ini menyukarkan pihak Siam untuk mengejarnya.
Mereka juga mengikat jamung di pokok bakau untuk mengelirukan tentera Siam seolah-olah
Melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai. Akhirnya, tentera Siam terpaksa berundur
dan kembali ke Siam.
Bendahara Tun Perak juga berjaya menguasai Pahang yang pada masa itu berada di
bawah kekuasaan Siam. Bendahara Tun Perak sangat setia kepada sultan Melaka. Hal ini
terbukti apabila Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela apabila anaknya Tun Besar
dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad. Kata Bendahara Tun Perak,
Bendahara Tun Perak hanya meminta supaya Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja
Muhammad menjadi pengganti sultan. Raja Muhammad kemudiannya dihantar ke Pahang dan
menjadi raja di sana. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam negeri serta
mengekalkan kesetiaan rakyat Melaka.
Ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang seperti berwawasan, mempunyai strategi dan
bertindak bijak, serta taat setia kepada raja dan pemimpin negara boleh mewujudkan
kegemilangan dan kekuatan sesebuah kerajaan.
Perluasan kuasa memberi beberapa kesan terhadap kerajaan Melaka. Melalui dasar
perluasan kuasa ini, Melaka menerima pelbgai ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan
atau ketenteraan.
Dengan menguasai kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di
Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka.
Bekalan barangan juga sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan.
Dasar perluasan kuasa juga telah membolehkan Melaka mengembangkan ajaran
agama Islam ke kawasan yang dikuasainya. Dengan itu, agama Islam tersebar di Kepulauan
Melayu.
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya telah gunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah:
1. Menganalisis dokumen.
Saya telah menganalisis dokumen untuk mendapatkan maklumat
tentang Bagaimana
Parameswara Mengasaskan Melaka
2. Menemu bual / menemuramah.
Saya telah menemu bual Cikgu Salina untuk mendapatkan maklumat
tentang tajuk diatas.
3. Pemerhatian.
Saya telah menyemak semula kerja-kerja ini supaya tiada kesalahan
yang berlaku. Semoga cikgu boleh menerima hasil kerja saya.
LAMPIRAN
1.Gambar
2. Peta
Rumusan
Saya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kajian sejarah ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya
pelajari tentang Sejarah Negeri Melaka.
Saya dapat mengetahui pentingnya nilai kesabaran, ketekunan dan rajin dalam
membuat kerja folio ini.
Kajian ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara murid dan guru.
Saya harap kajian ini dapat dijadikan contoh dan dapat dipamerkan ditempat yang
sesuai.
Rujukan
1. Buku
Ahmad Fauzi bin Mohd. Basri, 2006, Sejarah Tingkatan 1, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP).
2. Internet
Web http://www.Melaka.net/history2.htm
3.Orang Sumber
Pn. Salina Suparman, guru sejarah tinkatan 1 SMK SERI DESA.
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
PERKARA
Tajuk
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
M/S
6.
7.
8.
9.
Hasil Kajian
6.1 Bagaimana Parameswara
mengasaskan Melaka
6.2 Asal-usul nama Melaka
6.3 Kegemilangan Melaka
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Elemen 3