You are on page 1of 4

ACARA

1. umum ketibaan

TEKS
Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha,
__________________________________, diiringi
oleh
___________________________.

2. ucapan aluan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke


Kejohanan Sukan Tahunan SK banggol peradong
Kali kali ke-25 bagi tahun 2016.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN
Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang
Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang Kali,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK banggol peradong,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya muridmurid SK banggol peradong yang dirahmati Allah
sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola
kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
banggol peradon Kali kali ke-25. Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit
muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

3. Perbarisan lintas hormat

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan


ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan
lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

4. Menjemput VIP menerima tabik hormat dari


peserta perbarisan

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat

Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang


Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta
perbarisan. Dipersilakan.
-

MUZIK PERBARISAN

5. Perbarisan Bendera kejohanan

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa


bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd
Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera
Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin
Osman, pembawa bendera terengganu ialah adik
Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar .

6. Perbarisan Rumah Biru

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah


Biru dengan mottonya Biru Boleh. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 24 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah
bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn
Umi Kalsom bt Zainal Abidin

7. Perbarisan Rumah Merah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah


yang dianggotai seramai 24 orang peserta
perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap
Lawan. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd
Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk
bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt
Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah
Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

8. Perbarisan Rumah Kuning

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning


yang dianggotai seramai 24 orang peserta
perbarisan dengan mottonya Kuning Dipersada.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal
bin Shaarani. Pembawa sepanduk rumah Kuning
ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua
kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt
Awang.

9. Perbarisan Rumah Hijau

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan


mottonya Hijau Sapu Habis. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin
Zailan dan disertai seramai 24 orang peserta.

Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik


Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen
rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.
10. Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon


keberkatan marilah kita sama-sama menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Irwan Bin Ismail. Semoga dengan bacaan
doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

11. Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita


sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan
lagi Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

12. Menjemput pembawa bendera mengiringi


pembaca ikrar

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera


kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk
bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin
bin Azhari.

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar


kejohanan itu tadi.

13. Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang


Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad

Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan


setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56.
14. CENDERAHATI PERASMI
15. Perbarisan Keluar Padang

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar


padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian
untuk masuk ke khemah masing-masing.
MUZIK PERBARISAN
.
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis
perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam perbarisan lintas hormat.

16. Acara Sukan

MURID BERSEDIA MEMULAKAN ACARA

You might also like