You are on page 1of 11

Sistem pemerintahan

Malaysia kini merupakan sebuah Negara bangsa berbentuk persekutuan yang


mengandungi komponen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi
negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat. Paksi atau landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan
pemantapan tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu- Islam. Setiap politi Melayu,
diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja
(sistem pemerintahan raja berpelembagaan) adalah sumbangan utama tamadun
melayu dalam tamadun Malaysia. Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua
institusi beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai
komponen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di Negara kita.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Negara yang mengetuai tiga badan
di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan
(legislatif) dan badan kehakiman (judikatif). Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat di
dalam politik dan pemerintahan Negara dan baginda berdasarkan bidang kuasanya
boleh mewakilkan tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya yang dilantik atau
perkenan baginda. Baginda merupakan payung dan paksi kepada perjalanan sistem
pemerintahan Negara. Baginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda
bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Agama dan Adat Istiadat

Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan
adat Melayu menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam
tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu orang Melayu
sebagai orang yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan
beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang. Islam juga
bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan dalam di
dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan
Malaysia dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di
dalam Persekutuan Malaysia.

Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan


Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak kerajaan pusat menerusi Jabatan
Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan-kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
agama negeri melaksanakan pembangunan agama Islam dalam pelbagai bidang
seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa
yang terbatas dan tertentu sahaja. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan
beragama tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengawal atau
menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau
sesat.

Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan

Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat dipisahkan


daripada peranan penting yang dimainkan oleh bahasa melayu. Bahasa Melayu
merupakan bahasa tertua di rantau Asia Tenggara. Bukti-bukti epigrafi menunjukkan
bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi. Sebelum
kedatangan Islam, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno iaitu hasil
percampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno
inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat memakai huruf yang
berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Palava. Menurut deCasparis,
bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan
oleh orang Melayu di kawasan Sumatera Selatan. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan
kewibawaannya. Istilah- istilah yang baru dan cara penghujahan dan pernyataan
yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan
kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik.

Bagi kesusasteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru


dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Agama Islam yang membawa
sinar baru kepada masyarakat turut juga membawa memperkenalkan tulisan yang
wajar dan sesuai untuk dikembangkan penggunaannya di Alam Melayu. Dengan itu,
kertas yang sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih
peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat
dan kalam juga ikut diperkenalkan penggunaannya. Tidak keterlaluan juga
dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak
dengan mereka menerima Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk
menyesesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka
untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri.

Era kolonialisme di Alam Melayu hampir 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka
tidak berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan tamadun Melayu yang
penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen
penting atau teras kepada kebudayaan dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak
penjajah Belanda dan Ingggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasai
institusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama,
mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera dan kesenian
Melayu. Malah ada di kalangan mereka yang bertindak sebagai penaung atau
pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang.

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri Melayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor
menggunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam surat-

menyurat dan penulisan minit. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan


memperuntukkan bahawa Melayu menjadi bahasa kebangsaaan dan bahasa
perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi dan bahasa lain
walaupun boleh diajar dan dipelajari. Pelajaran 1961 juga telah menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Negara. Dalam
dasawarsa lepas, bahasa melayu dilihat agak kehilangan arah dan tercari-cari jati
diri kerana remaja dan pelajar lebih mengemarkan menggunakan bahasa rojak atau
bahasa Inggeris. Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
telah diberikan kuasa oleh kerajaan untuk memantau malah mengambil tindakan
terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan atau mencemarkan kesucian
bahasa kebangsaan ini.

Sistem Perundangan

Antara catatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada
prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Teresat, Kuala Berang,
Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22
Februari 1303 M. Ia mengandungi beberapa catatan tentang hukum Islam yang
perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintah melaksanakan dan
menguatkuasakan ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau
hukum sebat ke atas penzina, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan
antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan.

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam
kerajaan Melayu ialah Undang-Undang Pahang yang disusun semasa pemerintahan
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyiddin Shah (1592-1614) di bawah pengaruh UndangUndang Melaka. Dalam era penjajahan misalnya di era British, mereka tidak berjaya
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang Melayu
apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union.

Pembudayaan Ilmu

Dalam konteks pembudayaan ilmu pengetahuan, tamadun Melayu berperanan


memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu
diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semangat Iqra antara
aspek sosial yang mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam
Melayu. Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu
sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang amat penting. Dengan
kedatangan dan penerimaan Islam, golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar
dalam masyarakat malah diberikan penghormatan yang cukup tinggi oleh semua
lapisan masyarakat. Kedatangan Islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu
dari segi keilmuan dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan pusatpusat keilmuan seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh
ilmuan.

Sistem pendidikan Islam yang mengintegrasikan keperluan hidup duniawi dan


ukhrawi amat relevan dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca,
mecintai ilmu pengetahuan dan cara berfikir yang kritis mesti diwujudkan dan
diberikan keutamaan dalam masyarakat. Oleh kerana pembudayaan ilmu
pengetahuan ini amat disignifikan dalam membina peradaban manusia, sarjana
tempatan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (1997:55) meggariskan beberapa
panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.

Antaranya ialah :

Mementingkan ilmu pengetahuan


Berkekalannya hasil ilmiah
Berterusannya usaha keilmuan
Proses syura dan nilai-nilai kepimpinan
Sikap hormat kritis perlu ada dalam diri setiap orang yang berilmu bagi
merealisasikan budaya keilmuan
Memberi pengiktirafan terhadap peranan kaum wanita.

Jika kita amati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawa kejayaan,
kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam ketika itu
mendekatkan diri dengan Islam. Dalam erti kata lain, mereka memahami Islam
dengan pemahaman yang sebenar dan tulen, mengamalkan ajaran Islam secara
sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai dimensi kehidupan.

Pembinaan Jati Diri Insan

Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam
sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di
kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang
Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang


mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan
diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi
pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir
dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.

Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam


menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam,
Neracha dan al-Ikhwan.

Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua
dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita
peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.

Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa
majmuk yang tinggal dalam negara ini.

Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup
manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan
kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang
menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas
tamadun Malaysia.
Tegasnya,dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya
umat Melayu hari ini kembali semula mengahayati apa yang telah ditetapkan oleh
umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran
Islam yang syumul yang tentunya akan melahirkan watak insan Melayu yang
beriman,bertakwa dan berakhlak mulia.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,


pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Namun perkara ini
dilaksanakan dengan cara tidak menindas kaum-kaum lain. Sebagai contoh hingga
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa
atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain
atau perlucutan/penamatan permit lesen yg dipegang olehnya.
Rasional Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa & sedia
berkorban di kalangan orang Melayu & bukan Melayu ketika penggubalan
perlembagaan.
Perkara-perkara yang khususnya menyentuh 3 perkara iaitu:

Perkhidmatan Awam.

Dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab untuk


menentukan rezab bagi orang Melayu & bumiputera dengan memperuntukkan
kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan di fikirkan perlu.
Namun layanan yang adil mesti diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan
pangkat, gaji & kebajikan yang lain.

Ekonomi

Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan
seimbang menjadi faktor utama yang mempengaruhi hubungan etnik.

Pendidikan

Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan orang Melayu dan


bumiputera dalam kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan pendidikan.Walaupun
kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan
namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak
menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. Toleransi kaum juga menyebabkan
pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi PTPTN
untuk membiayai kos pendidikan mereka.

KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok


manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan
bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai
nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. (TITAS, 2004: 163) Sebelum Perang Dunia
II, kawasan ini dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further
India atau Hindia Jauh. (Azam Hamzah, 1997: 1)

Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu
tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman
terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari
penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya.
Pengajaran akidah Islam oleh para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu
secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini bertambah
mantap apabila para mubaligh berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit
demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini
memberi kesan yang amat besar kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu
tamadun yang menghubungjalin suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai
contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam. Demikian
juga Parameswara di Melaka telah bersedia menerima akidah Islam dari Syed Abdul
Aziz untuk dirinya, keluarganya dan kemudiannya masyarakat Melayu secara
bertahap-tahap mengikut jejak pemerintahnya.

Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world
view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu
disandarkan kepada falsafah Islam. Justeru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu
adalah Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya
merubah kepercayaan, pemikiran, cita rasa dan tingkah laku masyarakat Melayu di
negara dan rantau ini. Menurut Mohd Taib Osman (1988: 2);

Budaya orang Melayu; persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya
pengaruh peradaban-peradaban luar, pertamanya daripada peradaban India,
kemudian peradaban Islam dan mulai abad yang lalu, kita di Semenanjung secara
menyeluruh, daripada peradaban Barat moden. Pada tiap-tiap titik tibanya
pengaruh luar itu, terdapat ciri-ciri yang telah sedia memperlanjutkan budaya di
samping munculnya ciri-ciri yang mengasaskan perubahan.

Kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan
budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi muamalat
di kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi
Islam, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dalam gaya hidup dan
corak pemikiran masyarakat Melayu. Meskipun demikian, masyarakat Melayu tidak
menolak sepenuhnya amalan dan nilai tradisi Hindu dan mereka tetap mengekalkan
unsur-unsur yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Syed Muhammad Naquib
menegaskan bahawa agama Islam telah mengubah jiwa dan fizikal masyarakat
Melayu Malaysia dan Indonesia. Manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat
bahawa kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga
menjadikannya sebahagian daripada dunia Islam (Ismail Hamid, 1991:60).
Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua-dua tokoh di atas dapat dilihat
daripada semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual,
undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian.
Tamadun Melayu tidak mengambil kira sumbangan beberapa kerajaan awal Alam
Melayu seperti kerajaan Srivijaya di Palembang, Langkasuka di Kedah dan Kerajaan
Majapahit di Pulau Jawa yang telah dibina lebih awal daripada Tamadun Melayu,
walaupun sejarah membuktikan bahasa Melayu telah mula digunakan lebih awal
daripada kemunculan Tamadun Melayu. Ini kerana tamadun awal ini tidak
mempunyai rantaian dengan tamadun Melayu yang muncul setelah kewujudan
pengaruh Islam di rantau Alam Melayu. Ikatan rantaian ini terputus kerana dasar
pembinaan masyarakat pada kerajaan awal mempunyai tunjang yang berbeza
dengan tamadun Melayu yang muncul kemudian. Tunjang yang dimaksudkan ialah
agama Islam.

You might also like