You are on page 1of 11

Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam

kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan
berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi
antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang
diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang
begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya.
Globalisasi juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di
ambang globalisasi, maka individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan
ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa
kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah
pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa
hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu
yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai
warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan
memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma
masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan
globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti
masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru.
Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat
penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara membangun
lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur
kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. Namun begitu, arus
globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini seharusnya dielakkan bagi
menjamin keamanan sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar
berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan teknologi yang tidak terkawal. Apabila
hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti peperangan dan
sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu
dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah
pengkomersilan pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman
maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan
untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan kes-kes jenayah
siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat
demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai
yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi
memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber
seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari.
Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada
kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius.
Banyak mesin yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan
disini bahawa tidak semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan
menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat manusia malas
dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga impak negatif
ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana kurangnya faktor

jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya,


negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih membangun.

http://syeeramia09.blogspot.com/2012/08/impak-positif-dan-negatifglobalisasi_12.html

Kesan globalisasi kepada budaya tempatan


Jika diamati globalisasi mempunyai pelbagai tanggapan, bergantung pada bidang
yang dilibati dan ditanggapi seseorang seperti politik, ekonomi, budaya,
perdagangan, komunikasi dan seni.

Globalisasi juga membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan


mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manusia mudah mendapat maklumat dan sukar menapis unsur
negatif yang meresap dalam hati dan minda.

Beberapa istilah seperti dunia tanpa sempadan dan langit terbuka menjadikan
seperti perdagangan; pengembangan kuasa politik dan ekonomi ke arah
pengembangan peradaban. Ia kelihatan mempunyai agenda tersendiri bagi kuasa
Barat.

Bagi menghadapinya, ibu bapa mestilah menyediakan kekuatan jati diri dan akhlak
kepada anak-anak. Anak-anak sangat mudah terpengaruh dengan pelbagai budaya
hedonisme iaitu mementingkan keseronokan dan hiburan semata-mata. Pengaruh
nyanyian, budaya berpakaian, makanan dan juga percakapan sangat pantas masuk.

Pendek kata, proses globalisasi yang dikehendaki adalah mengikut acuan kita
sendiri dan berlaku mengikut kehendak kita. Keterbukaan ekonomi akan diikuti oleh
bidang lain pula, termasuk nilai dan budaya.

Teknologi canggih yang dimanipulasikan oleh Barat, bukan sekadar satelit dan
teknologi maklumat, bahkan penemuan sains lain yang sentiasa diusahakan seperti
mencipta klon supaya membawa perubahan kebudayaan dalam kalangan manusia.

Perubahan pemikiran tentang politik seperti melakukan demonstrasi di jalanan juga


mempunyai pengaruh berikutan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan
pengaruh luar boleh meresap ke negara-negara lain. Globalisasi politik ini juga
mempunyai kesan buruk yang menyusahkan rakyat tidak berdosa seperti peniaga
kecil, orang biasa, pemandu teksi dan para pelancong.

Proses globalisasi politik sekarang sangat pantas meresap dalam pemikiran dan
gaya hidup yang juga dimanipulasikan oleh kuasa-kuasa Barat. Apa yang jelas yang
menjadi tabiat kepada manusia, adalah perkara buruk mudah menjadi ikutan.

Akal fikiran yang dapat memikirkan ke arah kebaikan adalah landasan penting bagi
mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Globalisasi mudah mempengaruhi
perasaan dan sensitiviti masyarakat ke arah bertindak ganas tanpa memikirkan
kesannya.

Budaya ganas, tidak berterima kasih, tidak bersyukur sering meresap melalui
proses globalisasi. Perlakuan cara berpakaian, cara bercakap, cara bertindak
menunjukkan ciri kesejagatan yang dipengaruhi ideologi dan peranannya.

Sebagai benteng yang kuat dalam apa juga kegiatan baik politik, budaya dan
ekonomi, peranan budi bahasa dan akhlak yang diwarisi sejak turun-temurun yang
menjadi budaya Melayu dan tamadun Islam seharusnya menjadi landasan.
Pembangunan dan kemajuan yang sempurna juga mestilah seimbang antara
kerohanian dan kebendaan.

http://abihulwa.blogspot.com/2011/07/oleh-aminuddin-mansor-jikadiamati.html

Globalisasi dikatakan membawa kesan yang mendalam terhadap rakyat sesebuah


negara. Pada pendapat anda apakah kesan globalisasi kepada Malaysia.

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang


menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat." Imam Ghazali ketika berhadapan
dengan cabaran falsafah Yunani pada zamannya, tidak terlalu cepat mengeluarkan
hukuman terhadap falsafah tersebut. Bahkan, beliau mengkaji baik dan buruknya
perkara tersebut sehingga mampu mengeluarkan perkara positif daripada banyak
perkara negatif yang terdapat dalam falsafah Yunani. Justeru, globalisasi juga perlu
dikaji baik dan buruknya sehingga kita dapat menggunakan aspek positif yang ada
untuk menentang keburukan globalisasi.

Kesan baik yang utama ialah rakyat Malaysia perlu mengalami anjakan paradigma,
iaitu mereka perlu menggunakan teknologi terkini berbanding dengan cara
tradisional dalam pelbagai lapangan hidup mereka. Sebagai contoh, negara kita
menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang. Sehubungan dengan ini, rakyat mahu
tidak mahu terpaksa menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kita
akan ketinggalan dalam arus perdana sekiranya kita tidak menguasai ICT. Dalam
era globalisasi, perniagaan dan perdagangan tidak mengenali batasan atau
sempadan. Seorang usahawan batik contohnya, boleh menjual hasil batiknya ke
seluruh dunia dengan hanya mengiklankan dalam internet dan boleh menjalankan
perniagaannya dari rumah. Justeru, beliau dapat menjimatkan kosnya kerana tidak
perlu menyewa bangunan, membayar bil api dan air, serta tidak perlu mengupah
pembantu. Tegasnya, peluang pasaran terbuka di seluruh dunia.

Kesan baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia amnya dan usahawan khusunya
perlu meningkatkan mutu produk mereka dalam era globalisasi. Hal ini demikian
kerana ahli perniagaan kita bukan sahaja berhadapan dengan saingan dari dalam
negara, malah terpaksa bersaing dengan produk dari seantero dunia. Oleh itu,

mahu tidak mahu, rakyat Malaysia perlu berkreatif dan inovatif dalam menampilkan
produk mereka agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Hal ini menuntut
rakyat Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke atas
barangan tempatan agar negara kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju. Justeru, imej negara kita dapat ditingkatkan di
persada dunia.

Seterusnya, globalisasi juga membolehkan negara kita menerima teknologi terkini.


Hal ini disebabkan kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hasil penemuan yang terbaru disiarkan
dalam internet. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam bidang
perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perindustrian, pertanian dan
sebagainya memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari
seluruh dunia dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati
hasilnya. Sebagai contoh, pakar neurologi dari Malaysia boleh mengadakan
telesidang dengan pakar-pakar neurologi dari seluruh dunia untuk mengubati
penyakit berkaitan dengan neurologi. Jelaslah bahawa globalisasi memang
menguntungkan rakyat Malaysia.

Juga, globalisasi mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Globalisasi


bersinonim dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses untuk menjadikan
budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi
dikatakan Semua Untuk Satu. Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya lain
selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika
ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya
timur serta agma Islam. Sebaliknya budaya Amerika merupakan budaya yang
kebanyakannya bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur
amnya dan Malaysia khususnya.Budaya seks bebas dan gay merupakan contoh
yang jelas. Saban hari kita dapat menatap di dada akhbar dan dapat mendengar
berita di radio dan televisyen tentang kebobrokan yang dialami oleh remaja kita
seperti melepak, seks bebas, buang bayi, memakai pakaian yang bukan sahaja
tidak menutup aurat malah berunsur seksi. Tegasnya globalisasi merosakkan
budaya dan norma hidup masyarakat kita yang dipandang mulia seperti kata
peribahasa biar mati anak, jangan mati adat.

Tambahan pula, globalisasi juga telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat


Malaysia. Sebagai contoh, kita dapat lihat betapa ramai yang mengunjungi
Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Kenny Rogers dan sebagainya.
Golongan remaja tidak suka makan makanan ulam dan mereka berpendapat
bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka

sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera dan ringan memudaratkan


kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita
mengalami obesiti. Hal ini bersangkut-paut dengan penyakit seperti penyakit
serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang
dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan ringan dan segera ini
mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan
pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Slogan KFC ialah,
Sedap sehingga menjilat jari. Ini bertentangan dengan budaya masyarakat timur
amnya dan Malaysia khususnya kerana kita tidak dibenarkan menjilat jari selepas
makan. Selain itu, menjilat jari bermakna mengajak umat mengutamakan rasa
sedap. Walhal, kita sepatutnya bersyukur dengan makanan yang disediakan oleh
ibu bapa kita walaupun sederhana kerana berjuta-juta manusia di seluruh dunia
menghadapi kebuluran. Jelaslah bahawa globalisasi mengajar rakyat kita untuk
tidak bersyukur dengan apa yang ada dan menyebabkan rakyat kita menjadi tenaga
kerja yang berpenyakit dan tidak produktif. Akhirnya hal ini akan membantut usaha
kita untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju mengikut acuan kita sendiri
sebagaiman yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya


dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi,
Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap
yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan blok utara
yang kaya terhadap blok selatan yang miskin. Dalam sistem globalisasi, negara
yang kaya akan bertambah kaya , manakala yang miskin akan terus miskin.
Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam
mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negaranegara dunia ketiga yang berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan
Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya
akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era globalisasi, negara
blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi
negara-negara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan
satu bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan sedang
membangun seperti Malaysia.

Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus


mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja
khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang
oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin
dan membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati dan
pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita.

Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan


penjajahan mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhatihati menghadapi era globalisasi ini kerana jangan sudah terhantuk baru tengadah.

ubrato403.blogspot.com/2010/11/globalisasi-dikatakan-membawa-kesan.html

GLOBALISASI EKONOMI DAN IMPLIKASI KEPADA MALAYSIA


DEFINISI GLOBALISASI
Globalisasi merujuk kepada saling bergantungan antara satu sama lain yang lebih
besar di kalangan penduduk manusia dari fasa masa ke masa,ia juga digambarkan
sebagai pemampatan masa dan ruang yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Selain itu,digambarkan juga dalam intensifikasi besar sosial,penyambungan
politik,ekonomi dan budaya serta kebergantungan kepada skala global.Selain itu
,globalisasi juga didefinisikan oleh pelbagai pendapat dari tokoh-tokoh yang
terkenal.Antara pendapat-pendapat mengenai globalisasi ialah:Menurut Anthony
Giddens,Pengarah Sekolah Ekonomi London,globalisasi itu boleh ditakrifkan sebagai
intensifikasi hubungan sosial di seluruh dunia yang menghubungkan kawasankawasan yang jauh dalam apa-apa cara yang berlaku tempatan dibentuk oleh
peristiwa yang berlaku dan sebaliknya.Menurut pendapat,Fredric Jameson,Profesor
kesusasteraan di Duke Universiti pula,konsep globalisasi mencerminkan besar
komunikasi dunia dan ufuk pasaran dunia yang mana kedua-duanya kelihatan jauh
lebih ketara dan serta-merta daripada peringkat awal kemodenan.Bagi pendapat
David Held,profesor sains politik di sekolah Ekonomi London,Globalisasi boleh
dianggap sebagai satu proses (atau ditetapkan proses) yang merangkumi
transformasi dalam organisasi ruangan hubungan sosial dan urus niaga yang dinilai
dalam jangka ekstensif mereka, keamatan, halaju, dan kesan-menjana aliran benua

atau antara wilayah dan rangkaian aktiviti, interaksi dan menjalankan


kuasa.Globalisasi sebagai satu konsep merujuk kepada kedua-dua mampatan dunia
dan menggiatkan kesedaran dunia secara keseluruhannya.Ini adalah pendapat
Roland Robertson,Profesor Sosiologi di Universiti Pittsburgh.Bagi pendapat James
Mittelman,iaitu Profesor hubungan antarabangsa di Universiti Amerika
ialah,globalisasi memampatkan aspek masa dan ruang hubungan sosial.Globalisasi
secara ringkasnya ialah peningkatan saling bergantungan antara sebuah negara
dengan negara yang lain,terutama dari segi ekonomi sehingga wujud satu pasaran
ekonomi dunia yang tidak di hadkan oleh sempadan negara.Melalui globalisasi akan
mempengaruhi keadaan politik,ekonomi dan sosial negara lain.DEFINISI
EKONOMI.Baru sahaja berusia dua abad,ekonomi menjadi satu disiplin akademik
iaitu dengan bermula lahirnya sebuah buku The Wealth of Nation pada tahun
1776 oleh Adam Smith. Selepas itu,lahirnya pula buku The General Theory Of
Employment,Interest dan Money oleh ahli ekonomi British bernama John Maynard
Keynes pada tahun 1936.Selepas dari itu,disiplin ekonomi telah berubah dan
mengalami peningkatan. Kedua-dua buah buku ini menerangkan bahawa asas
ekonomi adalah disebabkan:1.
Kehendak manusia yang tidak terhad
2.
Pemilihan faktor pengeluaran yang tidak terhad.Secara umum ekonomi boleh
didefinisikan sebagai berikut:Ekonomi adalah satu bidang bagaimana manusia dan
masyarakat memilih faktor-faktor pengeluaran terhad untuk digunakan dalam
proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang berbagai-bagai serta
membahagi-membahagikan untuk penggunaan hari ini dengan penggunaan hari ini
dan masa depan ,dia antara beberapa kumpulan dalam masyarakat tersebut bagi
memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.Selain itu,terdapat satu lagi tokoh
ekonomi Inggeris abad ke 19 iaitu,Alfred Marshall(1842-1924)menerangkan ilmu
ekonomi sebagai satu kajian manusia dalam kehidupan sehari-seharian. Kenyataan
ini menunjukkan bahawa ekonomi melibatkan proses pilihan iaitu pilihan bagaimana
menggunakan faktor-faktor yang terhad ini dalam memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad. Lazimnya,proses pilihan iaitu pilihan dan keputusan dibuat tanpa
kita sedari.TEORI DAN KONSEP GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi adalah
globalisasi yang paling menonjol. Dana kewangan Antarabangsa(IMF)mentakrifkan
globalisasi ekonomi sebagai pergantungan ekonomi yang semakin berkembang
antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan
perkhidmatan,pergerakan pelaburan antarabangsa bebas,dan peresapan
teknologi,yang lebih pesat dan meluas.Globalisasi ekonomi juga boleh
didefinisikan sebagai proses integrasi ekonomi antara dua negara yang semakin
meningkat,yang membawa kepada kemunculan pasaran global atau pasaran dunia.
Istilah lain yang selalu digunakan untuk menggambarkan senario tersebut adalah
liberalisasi ekonomi. Bergantung kepada paradigma,globalisasi boleh dilihat sebagai
setu fenomena yang positif dan satu fenomena yang negatif. Walaupun globalisasi
ekonomi berlaku beberapa ribu tahun lepas,namun mula pada kadar yang tinggi
pada 20 hingga 30 tahun yang lepas. Ledakan baru-baru ini telah menyumbang
sebahagian besar oleh Negara maju yang mengintegrasikan dengan ekonomi yang

kurang maju,melalui pelaburan langsung,pengurangan halangan perdagangan serta


pemodenan budaya.Globalisasi adalah lintasan lalu lintas dari satu negara ke satu
negara yang lain. Globalisasi juga boleh menjadi hambatan yang boleh
mengganggu lalu lintas ekonomi antara negara yang harus dikurangi secara
bertahap atau dihilangkan .Di tengah-tengah fenomena globalisasi ada
penyambungan ekonomi transnasional yang kompleks melalui aliran barangan dan
perkhidmatan ,serta modal. Sementara perdagangan antara negara telah wujud
selama berabad-abad lagi ,namun pada era semasa adalah yang pertama di mana
sistem ekonomi antarabangsa telah menjadi betul-betul bebas. DIMENSI
GLOBALISASI EKONOMIGlobalisasi ekonomi merujuk kepada intensifikasi,regangan
dan saling hubungan ekonomi di seluruh dunia. Aliran gergasi modal dan teknologi
telah merangsang perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan. Pasaran juga
melebarkan jangkauan mereka di seluruh dunia dalam proses mewujudkan
hubungan baru di kalangan ekonomi negara. Syarikat transnasional yang
besar,institusi ekonomi antarabangsa yang berkuasa ,dan sistem perdagangan
serantau yang besar telah muncul sebagai blok bangunan utama bagi ekonomi
global abad ke-21.Bagi negara yang mahu terus maju,maka ia harus bergiat aktif
dengan melibatkan diri dalam pentas ekonomi antarabangsa .Ini adalah kerana
globalisasi ekonomi menjadikan persaingan,pengeluaran,kawalan
pasaran,pengurusan,teknologi,dan modal insan turut menjadi global. Proses ini
menyebabkan faktor-faktor pengeluaran bergerak dengan mudah merentasi
sempadan geopolitik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia
yang semakin mengecil itu.Dalam konteks ini,kepentingan saling bergantungan
antara kawasan Negara atau saling melengkapi menjadi ciri penting globalisasi
ekonomi. Aspek saling kebergantungan ini merangkumi
pelaburan,pasaran,pengeluaran,teknologi,dan bekalan buruh. Dalam keadaan
tertentu ,ia turut membabitkan beberapa aspek perkongsian seperti sumber alam
dan tenaga,perkongsian pasaran dan perdagangan,perkongsian modal,perkongsian
teknologi dan kepakaran serta perkongsian buruh dan kerjasama dalam menjaga
alam sekitar. Elemen-elemen kreativiti dan inovasi amat penting dalam
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Corak aliran ekonomi dunia
mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap
kebergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik,pergerakan
migrasi buruh(modal insan)daripada sebuah negara ke negara yang lain. Negara
memerlukan kelebihan bersaing dalam pasaran antarabangsa.IMPLIKASI
GLOBALISASI EKONOMI KEPADA MALAYSIAKesan globalisasi ekonomi adalah sama
ada kesan positif ataupun negatif . Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah
wujud perdagangan bebas,pengaliran modal secara bebas,menggalakkan
persaingan,perluasan pasaran,pemindahan teknologi,peningkatan kualiti produk
dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir.Implikasi negatif pula
termasuklah penghakisan dasar perlindungan,penguasaan syarikat
multinasional(MNC),ancaman terhadap barangan(Produk)perkhidmatan
tempatan,ancaman ke atas industri kecil dan sederhana(IKS),kesukaran untuk
mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara.

Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani dengan bijaksana.Kerajaan Malaysia


sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi.
Kerajaan Malaysia telah merangka dasar-dasar perlindungan yang praktikal untuk
melindungi industri tempatan,terutamanya Industri Kecil Sederhana(IKS)dan juga
dasar membantu usahawan bumiputera.Kesan dari globalisasi ini maka pengalaman
Malaysia adalah positif oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia. Selain itu,nilai
perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding dengan
tahun 1950.Malaysia juga telah memperoleh keuntungan daripada proses
liberalisasi perdagangan dunia iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia ekoran dari
pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara kecil,Malaysia bergantung
kepada pasaran luar negara. Pada masa kini,Malaysia merupakan negara
pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia. Selain itu,
Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri
elektronik iaitu dalam kawasan perdagangan bebas,menyediakan suasana yang
liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa serta menjadikan Pulau Pinang
sebagai FREE TRADE ZONE. Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada
peningkatan dalam eksport serta pembangunan ekonomi negara.Rangka
pembangunan ekonomi yang selari dengan tuntutan ekonomi global,penting bagi
memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan
cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Model Ekonomi
Baru(MEB) dan Program Transformasi Ekonomi(PTE)merupakan tindak balas
kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.Pelancaran Pelan
Hala Tuju ETP yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat
Dagangan Dunia Putra(PWTC)pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan
komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara
setanding dengan ekonomi negara-negara maju.KESIMPULANHakikatnya,globalisasi
ekonomi membawa kesan yang positif dan negatif kepada sesebuah Negara.
Globalisasi ekonomi menuntut sesebuah negara melakukan perubahan dari masa ke
semasa. Sebuah negara juga harus memiliki kelebihan bersaing dalam pasaran
antarabangsa. Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita
berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh
itu,penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing akan memberi
kelebihan untuk melibatkan diri dalam arena antarabangsa. Globalisasi ekonomi ini
dapat diatasi kesan negatifnya apabila di pihak rakyat bersedia menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini.

http://bilaberdetak.blogspot.com/2012/09/globalisasi-ekonomi-danimplikasi.html
http://titasawesome.blogspot.com/

You might also like